Bismillahirahmanirahim.....................
Hampir 11 tahun aku meninggalkan daerah dungun yang terletak di Terengganu ini. Iaitu pada tahun 2001-2002, selepas SPM eden pi sambung belajar kat Matrikulasi KPM yang terletak di Kolej Teras Timur Dungun. Seingat akulah dulu matrikulasi KPM induk hanya ada kat Melaka, P.Pinang, dan Kuala Pilah manakala yang lain tu hanya menyewa di kolej-kolej swasta yang ada di setiap negeri. Pembahagian pelajar pula berdasarkan tarikh lahir, jadi di kolej aku dulu semuanya lahir bulan Disember, jadi tidak terkejutlah jika housemate aku pun "akhil" sama tarikh lahir dengan aku pada 23 Disember.
|
Here I am...Dungun aku datang hehehe |
|
Persisiran pantai di Dungun, tapi beware tak semua area boleh mandi manda! |
Kolej Teras Timur, Kompleks Sura Gate Teluk Lipat Dungun Terengganu. Ha gempak addressnya, dulu mula-mula dapat surat tawaran Matrikulasi mati-matilah aku ingat kawasan tu ber "gated" dan bertaman indah. Sekali indah nama dari rupa hehehhe. Kelakar pulak bila terkenangkan ramai mak bapa yang patah balik bila melihat keadaan kolej yang nampak "daif" ketika itu. Mana taknya, banggunan-bangunan kat situ semuanya papan atau separuh papan dan batu memang macam bengkel bina semangat. Pendek kata memang macam langit dan bumilah kalau nak compare dengan MRSM @ universiti yang ada dalam Malaysia ni. Alhamdulilah ayah n emak ku kuat semangatnya diorang tak patah balik bila tengok keadaan yang akan menempatkan anaknya. Inilah kelebihan orang duduk kat kampung, skit-sikit kurang tu takde hal lah janji niat mesti betul.
Menginap di Ulek Beach Resort, berhampiran Teluk Gadung Dungun.Oklah kalo nak rate kan 1-10, chalet ni dapat 5. Service front desk tak berapa teratur, masalah bila nak check in bilik tak kemas lagilah suppose kol 2.00 p.m check in kena tunggu lagi 30 minit pasal baru nak "house keeping". Bilik pulak dpat Jacuzzi yang rosak (ni paling tak boleh tahan). Main reason tu tempah chalet ni. Apa-apapun, terima kasih pada angahku dan Abg mie atas tajaan penginapan heheh itu yang syok tu...semua orang tanggung. Hahah ada hati nak komen itu ini...
|
Dekat jer dengan UITM Dungun dan Teluk Gadung... Chalet seberang jalan jer laut lepas hahaah |
|
MS10, no bilik chalet ala-ala traditional gitu.....................seram pun ada |
|
|
First day, jalan2 area sura gate, dan Teluk Gadung, tengok UiTM dungun tempat Abg mie masa diploma. dulu. Yelahkan idea and effort pun dari dia, dia yang excited sangat nak pi mengimbau kembali zaman-zaman mudo dia, tahun 1992 tu dia belajar kat UITM dungun. Nostalgik habis..abang ipar aku ni. Pastu pi tengok KTT pulak hehehe, bangunan kat kolej tu tak banyak berubah tapi bukan lagi KTT tapi jadi sekolah asrama /agama pulak. Hmm syahdu gila pulak bila tengok bangunan-bangunan kat KTT, tak berubah pun. Semuanya sama, bangunan masih kukuh cam dulu-dulu. Tempat tidor ku dulu kat [Rumah -Pulau Duyong]. Rumah untuk student pompuan, pulau redang, pulau besar, pulau kecik (hmm rumah ni macam rumah panjang). Dan rumah paling menakutkan ketika tu Rumah Pulau Besar pasal yatie kata banyak cerita seram kat situ. Nasib baik dorm aku tak berapa takut, paling besar dan separuh batu dan papan. Ada 24 bilik, setiap bilk ada 4 orang, tapi yang uniknya, majoriti penghuni rumah duyong tu ex-MRSM tapi ada satu bilik jer yang sekolah harian biasa, hahahah aku punya bilik lah tu Zura, linda, dan akhil. 2 orang johor (aku & linda), 2 lagi orang Nogori sombilan (akhil nan Zura). hmm rindu bangat kat diorang, tapi tak tau macam mana aku lost contact dengan diorang. Ingat lagi dulu sepatutnya kitorang buat reunion kat dungun after 10 years hmmm 2011. Tapi bila dah lost contact ni nampaknya aku sorang jer yang reunion kat Dungun ni. Nak wat camner.... apa-apapun sayang diorang sebab memberikan kenangan manis untuk diingati....sob..sob..
|
Kalau tak silap aku, banggunan ni Surau....(ingatan yang tak boleh lupa- solat subuh yang tenang dan mendamaikan) |
|
Tenang je kat sini.....walaupun rumah macam rumah panjang |
Yang banyak berubah, adalah "town" dia. Kalau dulu ada satu jer pasta raya (Banggunan salwa), fast food pulak ada KFC ngan A&W je. Tapi Sekarang Pizza Hut, 7 Eleven, McD pun dah ada. Dekat lorong belakang KTT dulu semak samun je kot, sekarang dah jadi shop lot, macam-macam ada.
|
Tetap gah... cayalah... kalo takder ni boleh sesat eden hehehe |
Loteh jugalah melayan anak-anak buahku ini amir,alisha, dan ayeen. Riuh rendah bilik jadinya macam ada 20 orang, padahal 4 orang je kt dalamnya. Tengah-tengah malam ada yang laparlah, tak nak tidur kat tepi tingkap lah, lepas tu masing-masing kalau dah berendam dalam jakuzi rosak tak nak keluarlah lah pulak. Boleh "diabetes" aku melayan bebudak ni hehehe.
|
hambik tengah makam lapar, memasing membedal maggi..........syokzzzzzzzzzzzzzzz... |
|
Dari kiri Amir (10tahun), ayeen (8 tahun), isha rongak (5 tahun) |
|
hahah muka isha lah yang paling kebulur hehhehe sian ank-ank sedaraku ini.... |
4 comments:
tengok bebudak ni makan meggi..tetibe aku rase nak p kedai beli meggi cup..best wooo..
Saya pun ex-KTT. Tapi saya lahir bulan Oktober.
Batch 2001/2002. Masa ni tak silap ada batch senior yang ambil 3 semeter
Assalamualaikum sahabat. Saya rumah ekar tebu. Ketua rumah jason masa tu. Batch KTT 2 sem spm2000
Post a Comment