Showing posts with label Cubaan Memasak. Show all posts
Showing posts with label Cubaan Memasak. Show all posts

Aug 18, 2015

Clam Clear Soup...nyum..nyum

Bismillahirahmanirahim................................

Entry kali ini, cubaan memasak lagi. Ni sume gara-gara tak cukup makan clear sup clam kat shushi king. Sup nye yang refreshing memang addicted, aku memang suka bangat ngan sup ni or miso soup. Tapi kat sushi king dia letak dalam 4 ketui je kepah itu pun dah RM8-9 hinggit (small bowl). Kalo large bowl berbelas hinggit mau ah 6-8 ketui kot. 

Kebetulan jumpa kepah kat pasar malam semarak nilai, pe lagi "pucuk dicita ulam mendatang". Sekilo baru RM8 tapi tidoklah aku beli sekilo, beli sikit je dalam semangkuk penuh. Pasal mak, ayah, Qila semua tak makan kepah nanti (cirit n muntah-muntah). Alhamdullilah perut aku ni robust, jadi selagi robust ni makan jelah selagi ok.  

Macam biasa agak2 je wat sup ni, ikut memori taste bud n tokak aku;

Bahan-Bahan:
1. Bawang kecik - hiris halus
2. Halia - Hiris halus
3. Daun bawang - hirishalus
4. Cendawan besar (enoki) - koyak-koyakan
5. white pepper n salt
6. of coz kepah lah kan (rendm sekejap ngan garam sebelum dibasuh) 

Caranya: Reneh semua bahan sehingga masak, perasakan dengan lada sulah n garam.

Clam Mushroom Clear soup with mangkuk and sudu ayam ku.....

Hasilnya.................puas hati so......refreshing nyum..nyumm.. satisfaction sebulan ni. 

Aug 16, 2015

Macaroni...oh Markonah

Bismillahirahmanirahim...................

Juadah yang berjaya dibawa sebagai "potluck" masa jamuan raya bersama penduduk velo residence. Poneng jugaklah pikir nak bawak apa. Mulanya nak buat benda lain, lain pulak yang jadi. Rancangan asalnya nak buat sama ada choc moist cake or baked macaroni n cheese, siap beli semua bahan-bahan untuk buat kek dan macaroni cheese lagi. Tetapi setelah dipertimbang-timbangkan yang mana kalo nak buat kek coklat yg dah lama aku tak buat dan macaroni cheese yang hanya pernah sekali aku buat suatu masa dahulu. Jadi aku membuat keputusan tak nak amik risiko hahaha mana tau tak jadi terus, mau naya. Dah lah first time debut aku kat taman ni, prestasi kene jage. Maka terhasilah macaroni goreng ala markonahku...... apa-apapun ... DONE IS BETTER THAN PERFECT.  

First time makan kat umah yan (housemate 1st year ku di ukm). Sedap gila mak yan masak, sampai setiap kali yan balik dari rumah dia kat gombak mesti pesan macaroni mak die. Jadi aku agak2 jelah apa mak dia masukkan dalam resipi tu, hasilnya macam 70% similar. Hmm maybe air tangan tak sama huhhuu....Sebelum lupa, ni resipinya, bagus untuk aku yang on/off memasak ni sekejap2 lupa memanjang.

Bahan-Bahan:
1.Lada kering
2.Bawang kecik
3.Bawang putih 
** 1-3, blender je semua
4. Bawang putih and Bawang besar
5.Capsicum
6. Tomato cherry
7.Daun bawng & sup
**4-7 Cincang kecik2
8.Mince meat
9.Serbuk kari daging



Cara-Caranya:
Tumis bahan-bahan 1-4 bersama 2 sudu serbuk kari daging dan black pepper, bila dah naik bau masukkan daging cincang yang telah digoreng bersama sedikit minyak terlebih dahulu. Lepas tu masukkan sayur mayur yang ada, tinggalkan sedikit tomato cherry and daun bawang/saderi untuk hiasan nanti.Then baru masukkan macaroni yang telah direbus terlebih dahulu. 





May 1, 2013

Selamat Hari Pekerja

Bismillahirahminirahim....................................

Pejam celik pejam celik dah 7 tahun aku jadi "buruh" rupanya. Alhamdulllilah sebab masih lagi diizinkan  Allah berupaya mencari rezeki di bumi-Nya ini. Seronoknya mencari rezeki ni bila dapat berkongsi hasil titik peluh kita dengan keluarga tersayang. Apatah lagi kalau dapat mengembirakan hati ibu bapa. Walaupun sebenarnya ibubapa tidak mengharapkan wang ringgit kita, tetapi cukup bagi mereka bila melihat anak-anaknya mampu berdikari.

Oleh kerana hari ni cuti, dan tak tau nak pi mana. Jadi rancangan paling baik adalah mencuba resipi baru yang dah lama nak aku buat tapi tak buat-buat. Semuanya kerana kegagalan aku mencari salah satu bahan utamanya iaitu "daun selasih". Susah betul nak cari daun ni kat GIANT, TESCO semua hampeh. Nasib baik semalam jumpa daun ni kat pasar malam. Setelah berhempas & berpulas hampir 2 jam didapur, maka terhasillah lauk pauk tengahari ku; chicken green curry, pucuk meranti goreng, sambal belacan, ulam pucuk pegaga. Ala-ala kampung gitu hehhehe.....

Pucuk meranti goreng, chicken green curry, sambal belacan
Untuk rujukan dimasa hadapan, dan bagi sesiapa yang mengoogle2 cara nak masak green curry thai, bolehlah jenguk2 resipi dibawah. Sodap tak sodap bergantung pada kadar "keyakinan" masing-masing hehehe.

A) Green curry paste/ bahan-bahan tumisan (ditumbuk):
1. Cili hijau/siam
2. lengkuas
3. Kunyit hidup
4. Bawang kecik
5. Bawang putih
6. Ketumbar biji
7. Akar daun ketumbar(option)
8. Serai

B) Bahan-bahan tambahan lain:
1. Daun selasih
2. Daun limau purut
3. Serai
4. Tomato
5. Terung unggu/terung pipit/kacang peas

Bila semua bahan dah siap, panaskan sikit minyak kat periuk, pastu tumis sekejap bahan A, bila dah naik bau boleh lah masukkan ayam/ bahan protein yang kita suka. Masukkan sikit air dan masukkan Bahan B. Bagi mendidih sedikit kuah tu, baru masukkan sedikit santan ke dalam periuk. Seperti biasa, garam gula boleh diletakkan sesedap tekak memasing.



 pucuk meranti.... jarang jumpa kat pasaraya. Kalau pasar tani atau pasar malam adalah jugak

                                                                                                                                              

Apr 17, 2013

"Menu-bermood"

Bismillahirahmanirahim....................................

Dah namanya tekak, macam-macam ragamnya. Lagi-lagi tekak aku ni, sampai aku pun naik heran. Tekak pun ikut mood, kalau datang mood "sup" memanjang lah jawabnya sup. Sup ayam, sup cendawan, sup sayur, sup meatball selalunya "menu-bermood" ni akan berpanjangan selama 1-2 minggu. Antara "menu-bermood" aku yang tersenarai dalam carta heran sperti list dibawah.

  • Bubur nasi - bubur nasi ayam, bubur nasi berdaging, punyelah kreatif siap letak red bean, kacang kuda,dan kacang peas suka hati aku jer nak letak ape. Tapi yang pasti semua yang "bean2" aku suka kecuali mr.bean.
  • Nasi ulam - kalau dah musim nasi ulam sarapan pagi pun aku layan nas ulam....
  • Western food - tak kiralah dari spagetti, macaroni bolognese, ke carbonara ke olio-olio gitu-gitu.
cheese & herb spaghetti;  first class ker? takde judge bolehlah kata heheheh
  • Nasi + lauk-lauk - ada ketika rasa cam nak masak jer...tapi of cozlah nak makan sekali. kalau datang mood ni asam pedas ke rendang ker semua sanggup buat walaupun untuk dinner. Kalau datang "menu-mood" macam ni memang leceh....
  • Roti - takde angin takde ribut tetiba asyik nak makan roti je. Pagi petang siang malam roti. Samapi kepala pun dah bau cam ibu roti...
  • Maggi, bihun, mee, kuew teow - segala jenis mee
  • Sayur - selalunya brokoli+carrot+cendawan+ayam fillet (fried with oyster sauce)... mood chinese lah pulok
Tapi minggu ni mood aku agak sempoi, nasi putih + ayam/ikan goreng + lada,bawang potong letak kicap & limau............addicted dari last week sampai la ni, tak sembuh-sembuh..

Sempoi2 pun, kalau david beckham lalu depan pun boleh tak perasan.....punyelah khusyuk

Feb 7, 2013

Ayam sambal ker ayam masak merah??

بسم الله الرحمن الرحيم



Hajat hati nak masak ayam masak sambal ala-ala kampung tapi termasak ayam masak merah ala-ala lauk untuk Hari Raya.  Jangan cakap waktu belajar atau bekerja je kita boleh hilang fokus, nampaknya waktu memasak pun boleh. Nasib baik tak jauh bezanya. Kalau jadi "Ayam Kari @ lemak cili padi" tak ker haru jadinya.
The best part adalah diwaktu "proses mengacau" - bau semerbak.......perut pun menyanyi...
Letak banyak-banyak kacang pis... pasal aku "peace lover" kuikui...
Masa memasak sebenarnya aku tengah buat "comparison" dalam kepala otak aku, antara ayam sambal dengan ayam masak merah. Dan tanpa disedari bahan-bahan yang aku masukkan semuanya cenderung ke arah Ayam masak merah.

Bahan-bahan dan kaedahnya .....

1. Bawang besar, bawang putih, lada kering, kunyit hidup (kisar halus)
2. Bawang besar, lada merah, halia, tomato, daun sup & daun bawang - (Hiris sesuka hati)
3. Tomato paste (2-3 sudu besar)
4. Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji lada putih (suka hati banyaknya)
5. Kerisik @ santan
6. Kacang pis
7. Ayam yang telah digoreng gitu-gitu.

Tumis No.4 dulu, dah naik bau masukkan No.2 (bawang besar, lada merah, dan halia).
bila dah layu sikit bahan-bahanya masukkan No.1&3. Masukkan garam, gula dan tumis hingga masak dan tak rasa mentah bahan-bahannya. Masukkan ayam goreng dan masukkan kerisik @ santan, tambah air, tambah tomata segar, dan kacang pis dan daun sup dan bawang. Biar 1-2 minit then dah boleh angkat.....S.I.A.P..

Beza ingredient dengan Ayam masak sambal, 

Just guna No.1, titik serai (sebatang-dua), lepas tu perasakan dengan asam jawa garam dan gula. Lagi mudah tapi sedap...... tapi Ayam sambal mak jugak yang pergh.... sedap!


Jan 2, 2013

Even the small thing can bring you smile....lets hope

Bismillahirahmanirahim...............


Memang terbaik lah 2013 ni, awal-awal lagi hajat aku telah tercapai. Sebenarnya aku teringinlah bebenor nak  merasa "Hokkaido Cake" yang famous itu. Gila punyalah lama aku "kempunan" dari   awal tahun 2011 kot. Apa tak lamanya, kalau orang mengidam dah boleh 2 kali beranak agaknya. Bukan apa, selalunya telan air liur tengok photonya je kot kat "google images". Sebelum ni nyaris-nyaris aku dapat menunaikan hajat aku, bila kawan aku datang melawat bawak (Hokkaido cake) sebagai buah tangan. hmm dia macam tahu-tahu jer aku ni memang "hantu desert".

Tapi masa tu aku terpaksa "postpone" kan hajatku disebabkan aku rasa macam was-was nak makan. Pasal "Bakery shop" tu aku tak berapa sure owner n pekerjanya, packaging pun takde "halal logo", tulisan kat packaging pun tulisan jepun, jadi confirmlah ingredientnya pun tidaklah dapat dipastikan ketika itu. So pikir punya pikir, takpelah nampaknya was-was lebih banyak, jadi lebih baik dielakkan. Memanglah Fuiling & Jeya bertuah hari itu, bukan langkah kanan dah, tapi dah langkah kiri dan kanan sekali. Hmmm dari reaksi muka diorang, memang tahap gaban lah sedapnya....... of course lah, originator "jepung" yang buat ni hehe..

Maka bermulalah episod "Pencarian Hokkaido Cake", dan semenjak hari itu, kalau pergi je mana-mana shopping mall, hidung aku akan cukup sensitif dengan "bakery shop" mana lah tau terjumpa kek tu. Tapi hampeh tak jumpa........

Alhamdullilah, last week aku tetiba terpandang, New promotion King's bakery Hokkaido Cake. Macam tak percaya pulak, macam nak nangis pun ada huhuhu terharu sungguh. Oleh kerana aku baru nak mencuba, jadi aku beli 2 pcs dulu. Kalau sedap beli lagi apa susah. Sebelum makan, belek-belek dulu rupa parasnya (hmmm biasa jer macam cup cake), lepas tu hidu-hidu(hmm biase jer baunya macam kek sponge pandan pun ade). Belek sudah, hidu pun sudah apa lagi ngaplah. Sekali makan.........................Amboi Sedapnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!(juling mataku). Mula-mula nampak macam biasa jer, tapi bila masuk je mulut, tambah lagi bila terkena kat part "filling" tu! rasa macam nak pengsan. Walaupun makan sengsorang, rase macam tersipu-sipu malu pulak hehehe. Omputeh kata "Fall in love at first sight" tapi nampaknya sight kene tukar jadi "first bite" lah...........(sah dah angau aku ni dengan cake ni).

Sebenarnya hajat nak tempek gambar kek tu kat sini. Tapi sedar-sedar dah licin,  tinggal paper  cup yang aku tak bedal.  Maka dengan rasa tak bestnya aku pun ciloklah images "Hokkaido cake" ni dari google (TQ google). Hampir sama jer rupanya... mesti tok guru buat cake ni sama hehee. Ini kalau ayah dapat ni, gerentinya suka....pasal ayah pun sama "hantu kek" dengan aku. Mak pun suka juga tapi kena limit lah hehehe sesekali makan tak aper bukan selalu.Insyaallah next time balik, dapatlah mak ngan ayah merasa kek ni...makan ramai-ramai lagi best! bukan seronok apanya, seronok berebut.
photo google... haaa terliur tengoknya,belum rasa lai

Mood:) Happy giler bila hajat tercapai.....


(Jangan berhenti berharap, tanpa harapan maka tiadalah impian, tiada impian bererti tiadalah kehidupan.......) - NHT2013




Dec 28, 2012

Expecting my new gadget........

Bismillahirahmanirahim...........................


Bulan November & December ni, duit gaji mostly spending pada gadjet-gadget termasuklah yang related dengan  En.NBX. Apa-apa hal, yang urgent dan paling priority mestilah didahulukan. En.NBX punya hal jer 5-6 ratus (breakdown servis, tyre servis, termasuklah saman speedtrap). First time kot setelah hampir 7 tahun bawak kereta, aku kena saman. Macam peribahasa melayu" sepandai pandai tupai melompat, akhirnya  jatuh ke-tanah jua" inikan pulak sebuah kereta confirm jatuh atas tanah. Tapi surat cinta ni dari JPJ, bukan saman PDRM. Kesalahan biasalah had laju, area 80 km/h aku bawak sampai 100km/h makanya RM300 jugaklah yang melayang. Walaupun ramai orang akan tunggu sampai dapat diskaun, barulah bayar. Tapi aku  ni jenis tak suka menangguh, nanti rasa macam aku berhutang lah pulak. 

Hajat nak beli external hard disk ni memang dah lama plan (sebelum raya lagi), tapi asyik pending jer. Dulu dapat hard disk free aku terhempaslah pulak, padan muka aku, sempat pakai 1 tahun jer. Akhirnya aku beli juga External HD (1T) setelah beberapa bulan bersabar. Takpe ini semua kehendak bukan keperluan makanya kena banyak bersabarlah yop!!.

Bila dah dapat, ape lagi teruslah transfer siri games show "Running Man" dari Episode 1-94. Terima kasih kepada adik Nana (Soleha) yang bersusah payah mendownload siri ini. Biasalah TV tak berapa nak Beyond kan jadi takdelah siaran ASTRO Beyond. Nak pi rumah angah tiap-tiap minggu malas la pulak. Aku ni main tibai jer beli - brand WD (Western Digital), ok ke tidak insyaallah OK. Apa-apapun semua HD walaupun "Hard" namanya, namun kalau sekali jatuh maknanya "The End" lah. Mudah-mudahan "Hachiko" akan bersamaku dengan lebih lama..

Western Digital External HD a.k.a "Hachiko"
Tak sabar-sabar menunggu iPOD nano aku sampai, petang semalam order online kat Apple Store. Kalau order terus dari Apple store dapat "free engrave" and free shipping, price product dari apple selalunya sama je kat mana-mana outlet. Mula-mula berkira juga nak beli ke tidak benda alah ni. Sebab kalau tak silap aku dari tahun 2011 kot aku dok memikir pasal benda alah ni. Haha orang dah mimpi sampai ke iPad bagai.....aku baru iPod, Nano pulak tu. Takpe biar lambat asal puas hati, ada bebereapa model lah yang masuk dalam list pilihan aku.

1) iPod nano watch - takde la pulak kat apple store (1st choice pada mulanya)
2) iPod shuffle - heheh simple banget la pulak, radio application takde
3) iPod nano - yeah selected!! application cam dlm photo kat bawah
4) iPod touch (4th?ke 5th generation) - too many application that not so useful for me

Setelah mengambil kira pelbagai aspek, maka aku telah membuat keputusan memilih item No.3. Tapi main reason pemilihan adalah berdasarkan application yang paling useful sekali. Tujuannya pun nak dengar radio, music, videos & fitness application, jadi nilah yang paling bagus dan tak membazir. Yelahkan kalau nak tangkap gambar, dalam h/p pun dah ada. Kalau nak buat kerja, laptop pun dah cukup. 

                      iPod Nano a.k.a "Miss green"  
Apa-apapun, hari ni aku berjaya menghasilkan sarapan pagi yang mengenyangkan lagi kehijau-hijauan......biaselah "mood-hijau sokmo" sebab menunggu Miss greeen...........

Bismillahirahmanirahim.....meh makan.... 
Oblong beef, lettuce, tomato, onion, cheddar cheese yang dikapit dengan wholemeal bread 

Oct 26, 2012

Kesederhanaan Aidiladha

Bismillahirahmanirahim.........


Alhamdulilah hari raya aidiladha disambut bersama mak, ayah, dan adik aku Qila. Walaupun yong,angah,ateh ngan ipit  tak dapat berkumpul bersama tapi keberkatan hari yang besar ini tetap aku rasai. Yang penting mak dan ayah ada bersama, rasa gembira bila dapat mengembirakan dan mengubat kesunyian mereka. Yelah sesekali bertemu, menumpuk jugak ah rasa rindu mereka kat anak-anaknya hehhe. 

Macam biase lah bila hari raya, mesti juadah yang menjadi persoalan. Jadi hasil dari perbincangan dan musyawarah kami anak beranak maka dipersetujui lah, nasi minyak berlaukkan kurma ayam dan acar nenas bulan terang menjadi menunya. Sempoi jer, dessert pulak kuih talam ubi. Mula masak memasak kol 5 pagi hahaha tapi semua mak yang masak aku kira assistant jer hehhehe. Mudah jer rupanya nak masak lauk pauk ni, tak banyak bahan memang sempoi. Untuk peringatan aku, aku tulis jugak ah bahan-bahan nak masak lauk pauk ni.
contoh "style" hirisan 
Acar "Nanas bulan terang"

1. Buah nanas, potong sesuka hati saiz & bentuk
2. Bawang kecik belah 4
3. Bawang putih belah 2-3
4. Halia hiris halus seperti lidi
5. Lada besar merah (belah 2-4 jangan putus hujungnya)
5. Kayu manis, bung lawang, buah pelaga, cengkih

# Terlebih dahulu, celur nanas dan letakkan sedikit pewarna kuning. Lepas tu toskan nanas guna penapis untuk buang air nanas tu. Lepas tu tumis 2-5 dengan menggunakan sedikit minyak dan masukkan nanas tadi. dan siap.......................

  Tadaaa sempoi tapi berbaloi beb.........
Kurma Ayam

1. Bawang kecik 
2. Bawang putih 
3. Halia
4. lada besar hijau
#  bahan 1-4, kisar hingga lumat
5. Bawang besar 
6. Lada Merah / hijau (belah 2 @ 4)
7. Tomato
#  Bahan 5-6, di belah-belah mengikut style sesuka hati
8. Kentang (rebus dulu dengan kulit, lepastu baru kupas dan belah 4)
9. Ayam (kukus terlebih dahulu dengan halia & sedikit kunyit)
10. Rempah kurma, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga,cengkih
11. Santan kotak, kerisik

Caranya, tumis bahan kisar, bahan rempah, bahan-bahan yang telah dibelah. Masukkan ayam kentang dan sedikit air selepas bahan tumis dah naik bau. Masukkan santan dan kerisik dan biarkan sehingga pekat. Tapi aku suka yang ada kuah sedikit, jadi boleh adjust guna air.

Kurma ayam..... yang yum....yum.....yum..
Tapi yang best malam ni ada "Hantu Kak Limah Balik Rumah" memang tak boleh tahan lah. Tengok berkali-kali pun tak jemu, tetap ketawa tak kering gusi. Abu hurairah dengan pawang indon (sofi jikan) yang paling tak tahan, lawak abis. Tapi mak ngan ayah aku pun tak kurang hebatnya ekarang ni dah pandai mengenakan orang. Sebelum aku balik kampung mak ada cakap yang ayah bela burung, mati-matilah aku ingat burung tekukur ker burung tiup ker sekali cis.... burung mainan. freee jer kena tipu hehehe

Sekali burung mainan daa...............

Oct 10, 2012

Rain....rain....porridge...porrridge......love...love

Bismillahirahmanirahim..............................

"Hujan yang turun bagaikan mutiara....lalalalalala"

Tak tahulah mengapa, tapi setiap kali hujan. Aku mesti rase gembira gila, rase tenang sekali. Agaknya mungkin pasal bau ketika hujan ada satu bau yang unik. Bau tu datang dari tanah yang lembap, dengan bau itu saja dah dapat menyejukkan hati. Kenapa?? sememangnya manusia berasal dari tanah, hmmm sebab tu kot. Bila rasa gembira, perut pun berkeroncong lagu rock kapak ah mintak diisi. Haaaa waktu camnilah bestnya makan nasi bubur, rasa hangat jer perutku.

Bubur cacamarba.....yang menghangatkan perut......
Sambil makan, sambil tegok master chef. Hahaha kesian diorang kena kaw...kaw...kaw... ngan chef joe. Hari ni boleh tahan hangat chef joe mengeluarkan kata-kata nasihat yang "spicy". terkebil-kebil gak ah mata diorang. Group biru kali ni diketuai telson, anak-anak buahnya pulak ammar, ah hong, joharis, fizuan, azni , etiqa, eida Konflik kali ni, ketua yang mudah putus asa dan buat kerja seperti "melepaskan batuk ditangga". Yang anak-anak kapalnya pulak, ada yang "lebih sudu dari kuah" dan ada pulak yang "talam dua muka". ishh..ish... horror jer tengok diorang ni, masing-masing selfish. Tapi tak perlu risau orang baik selalu menang hahaha cam ezani ngan dato'fazli. So tak rugi jadi baik ni, mulut tak busuk, orang pun x menyampah tengok muka. hehehe tengok che'lah, aku puji dia, walaupun gedik perangai, tapi percakapan xder ah bisa mana hahahaha.

Apapun enjoy ngan bubur home made aku ni. Meyo ngan boot pasni jom masuk tido, hari hujan-hujan cam ni x elok membazirkan masa tido. Waktu nilah katil bantal, selimut semua sejuk. Almaklumlah rumah xde air-cond. @ penghawa dingin kan.

Oct 6, 2012

Sarapan Pagi di Tengahari......................

Bismillahirahmanirahim.......................................

Sarapan Pagi Orang Bujang....memang sempoi, pinggan plastik, 1 cawan kopi &
meja guna storage box ;)

Alhamdullilah.........walaupun dah tengahari, hehehhe sarapan tetap sarapan. Tak ada angin xde ribut tetiba jer tekak nak makan "Breakfast ala Western" lak. Yelah hari-hari makan sarapan melayu (nasi lemak, mee goreng, nasi gorang) nak jugak beralih angin. Simple jer menunya roti gardenia putih, soft boil egg, with baked beans mince meat blackpepper hehehe.

Ingat lagi biler emi tanya, macam mana ko masak baked beans eh? memula aku pelik juga ngan soalan emi ni, mana taknyer baked beans tu dah masak kot dalam tin, so selalunya aku makan terus jelah. Hahaha makan terus ah dari tin, sian manufacturer penat pikir camner nak mengetinkan bendalah itu dan boleh terus makan je.

Baked bean ni memang salah satu kegemaran aku, kalo tengah-tengah malam kebulur, aku bukak je tin ambik sudu terus je ngap heheh memang tekak larong aku ni.Tapi pagi ni, aku saje nak try, macam mana rasenya kalo aku buat benda yang x pernah aku buat dengan baked bean. Aku namakan dia "Baked beans mince meat with Blackpepper". Hmmm sedap jugak, yelah kalo nak compare makan kosong gitu jer. 

Bahan-Bahan yang simple gila.....

1. Baked beans (boleh guna yang light ke cheese ke)
2. Bawang besar cina (dadu kan)
3. Mince meat (heheh guna burger ramli jer)
4. Corn oil (sikit jer coz burger tu pun dah berlemak)
5. Blackpepper (hancurkan)

# ape lai, tumis ah 2,3,4 sampai masak then masukan 1 and perasakan guna blackpepper

wallah siap.... 2 minit jer. Bila makan dengan soft boil egg ngan roti memang mantop. Lagi-lagilah sambil makan sambil berangan, sambil berangan makandepan unggun api diwaktu malam kat Texas,  siap ada kuda n cowboy lagi kuikuikui memang "mantop" ah imaginasi gue.

"Simple is perfect with a pinch of imagination" -NHT 2012

Sep 25, 2012

Aduhai Botok-botok

Bismillahirahmanirahim..............

Haaa nama subject pun dah cam suspicious kan. Botok-botok ni bukan cam "BOTOX" yer, ianya adalh sejenis juadah yang unik dan jarang dibuat orang. Makanan ni popular di johor, kebiasaanya belah-belah batu pahat (yang banyak orang jawa). So mak akulah yang ngajar makan juadah ni. Masa aku kecik (xdelah kecik sangat dalam belasan tahunlah) aku tak gemar benor dengan juadah ni. Apo kobondalah lah yang mak aku masak ni, sana sini daun, selak-selak daun, selak lagi daun, dalam hijau luar hijau" poneng kepala aku dengan klorofil yang berlebih-lebihan ni. 

Tapi itu dulu, sekarang tekak pun dah lari adjustmentnya. Malas nak membebel panjang pasal anak tekak aku ni. Resipinyer giler punyer ringkas tapi yang payah tu nak mendapatkan ramuannya. Sebab terdiri dari pucuk-pucuk pahit yang hanya ada dibelakang semak samun kat kawasan kampung. Dekat pasar x pernh pulak aku jumpa pucuk2ni. So inilah resipi mak aku (mak kata sebar-sebarkan) sebab resipi tak bawak ke kubur. Resipi juga ibarat ilmu kalo x di sebarkan, x mendatangkan apa-apa faedah atau kerugian. Tapi jika di  sebarkan, banyak manfaat yang mendatang.

A) Ramuan Sambal:

1) Rempah kari
2) Rempah kurma 
 * sangai 1,2 sampai bau semerbak (jangan hangit lak)
3) Cili kisar (dah include bawang kecik, halia, lengkuas, bawang putih)
4) Serai, bunga kantan,daun kesum (hiris)
5) Kerisik
6) Asam jawa
7) Gula, garam

Caranya: Gaul semua kasi rata, lepas tu rase guna lidah masing-masing. Modified ah sampai rase boleh diterima tekak.


Gemalai sungguh tangan mak gaul rempah-rempah di atas, kalo aku mesti ganazzz semacam

B) Pucuk-pucuk (guna pucuk2 muda ye):

1)Daun pisang - untuk membungkus je yer.(jangan lak pi makan nanti)
2)Pucuk ubi
3)Pucuk bebuas
4)Pucuk kadok
5)Pucuk betik
6)Pucuk mengkudu
7)Pucuk puding semangkok (ni name dia bukan sukat guna mangkuk)
8) Bunga kantan, kesum, serai, daun kunyit (ikut suka)

Ni herba-herba yang akan mengharumkan juadah ini;Daun kesum, bunga kantan, serai, daun kunyit
Susun daun mengkudu yang paling bawah, pucuk ubi, pucuk kaduk etc

C) Ikan
Boleh lah gune ikan ape2. Selalunya orang guna kembung pelaling, tenggiri or selar papan. Nak sodap pakai ah ikan besar sikit. Kalo ikan isi putih rasanya x berapa nak best.

Cara bungkusan: Lapiskan silang berganti antara pucuk-pucuk ngan sambal tadi, manakala yang ikan tu leh lah letak kat tengah-tengah. Pastu lepas bungkus ngan daun pisang boleh lah pi kukus
Letakkan ikan atas daun-daun tadi lepas tu letak sambal

Bentuk bungkusan buatlah macam mana pun janji tak bocor
Sedia untuk dikukus, lagi lama lagi lembut ah pucuk-pucuk tu lagi sodap  nak nyekik
Kesimpulannya juadah "botok-botok" ni sangat bermanfaat sebab kaya dengan kandungan serat yang tinggi dan protein (dari ikan). Tak mustahil juga daripada herba-herba itu mesti ada agent2 anti-oxidant semula jadi dan enzyme semulajadi. yang sememangnya tidak mempunyai kesan sampingan. Jadi buat orag yang sangat mementingkan kecantikan dalaman dan luaran cuba-cubalah resipi ini. Tak perlulah nak cucuk "botox".

Definition of Botox - "Botulinum toxin is a protein and neurotoxin produced by the bacterium Clostridium botulinum".  Popularly known by one of its trade names, Botox, it is used for various cosmetic and medical procedures. Botulinum can be absorbed from eyes, mucous membranes, respiratory tract or non-intact skin. Botulinum toxin type A has become widespread with many celebrities viewing it as less intrusive and/or artificial than other types of plastic surgery.  Two major areas of side effects: paralysis of the wrong muscle group and allergic reaction. (Source - Wikipedia).


Dah namanya artis penampilan semua nak tip top walaupun usia dah merangkak senja. Kekadang terpikir gak kenapa nak takut muka berkedut-kedut tua tapi tak takut pulak mati. Kalau takut mati lagi berfaedah pasal boleh bawak-bawak bertaubat. Tapi kalau lebih kan takut kepada kekedutan, cucuk tang sini cucuk tang situ, bengkak sana sini, pastu gatai lagi, duit beribu riban melayang akhirnya tua jugak. Akhirnya ke tanah jua, akhirnya dimakan ulat juga.... jadi apo ko paedahnya ya...


Jul 6, 2012

Nasi Ulam gaya ku semberono.....

Why suddenly? cik ijah oiiiii.... reason seperti dibawah ini:

1. pasai makn angah buat tak ajak aku sekali huhuhu, Tak pernah makan pun sebelum ni.
2. my favorite salad = ulam2 @ belakang rumah
3. semalam puasa, macam2 nak makan. mengalahkan pompuan mengandung heheheh

So malam2 buta dok pi GIANT cari ingredient, tp banyak takde.So just use whatever yg aku rasa betul heheheh.

A. Ulam - hiris or cincang : Daun kunyit, laksa leaves(kesum), bunga kantan, lemongrass (serai), kacang panjang, pegaga
B. Bahan perasa  - Tumbuk hingga lumat : Lada hitam, cili (3-4biji) , belacan, bawang kecik (3-4 biji),ikan bilis or ikn masin (goreng dulu)
c. kerisik tapi aku gantikan dengan serunding ikan (huhuhu kelapa parut takde so aku gune je kekreativitian aku yg memang x dapek nk dinafikan ni).
d. Nasi yang panas2 letak garam sikit.

# pasal menyahut cabaran emi, aku gagahkan diri masak pagi2 buta wat breakfst hahaha kire "geng brunch" jadi (mouse lab). dah lah x pernah rase nasi ulam ni tu tup terus je nak wat sendiri,,, tapi yang bagusnya sedap ke dok aku pun x tau coz xleh compare heheheh.

tada.........siap pun "first trial Nasi Ulam"................(ala2 masterchief gitu)


Feb 5, 2012

Yogurt ICe-cream...

First time makan aiskrim yogurt kat tutti fruitty. Sodap sungguh rase nak pi lai hehhe. Macam-macam topping ader pilih jelah various of choclate, sweet, & fruit dry fruit mcm-mcm lagilah. pendek kate semua nak letak kat atas. Ha sedar2 ambik ko RM 33. Size nyer mcm ni je.

Flavour: vanilla, choclate, lemon, gummy bear, peach,choclate rie, raisin, almond (hahah nak murah amik bahan2 yang ringan yer)
Disebabkan tak puas makan aiskrim tu aku cubalah buat sendiri kat rumah.Bahan2 yer simple giler; yogurt marigold (peach) RM 1.80, green apple RM 0.70, dragon fruit RM2.00. Total cost approx. RM4.50. haaa murah jekan? Dah lah senang, banyak la pulak tu. Mudah sungguhkan janji nak mencuba bukanyer susah. Senang juga nak cari duit, antara nak atau x jer.


Cincang je buah2 tu
Lepas tu tuang jer yogurt
Freeze kan dia ; ready to eat nyum....nyum