Hajat hati nak masak ayam masak sambal ala-ala kampung tapi termasak ayam masak merah ala-ala lauk untuk Hari Raya. Jangan cakap waktu belajar atau bekerja je kita boleh hilang fokus, nampaknya waktu memasak pun boleh. Nasib baik tak jauh bezanya. Kalau jadi "Ayam Kari @ lemak cili padi" tak ker haru jadinya.
The best part adalah diwaktu "proses mengacau" - bau semerbak.......perut pun menyanyi... |
Letak banyak-banyak kacang pis... pasal aku "peace lover" kuikui... |
Masa memasak sebenarnya aku tengah buat "comparison" dalam kepala otak aku, antara ayam sambal dengan ayam masak merah. Dan tanpa disedari bahan-bahan yang aku masukkan semuanya cenderung ke arah Ayam masak merah.
Bahan-bahan dan kaedahnya .....
1. Bawang besar, bawang putih, lada kering, kunyit hidup (kisar halus)
2. Bawang besar, lada merah, halia, tomato, daun sup & daun bawang - (Hiris sesuka hati)
3. Tomato paste (2-3 sudu besar)
4. Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji lada putih (suka hati banyaknya)
5. Kerisik @ santan
6. Kacang pis
7. Ayam yang telah digoreng gitu-gitu.
Tumis No.4 dulu, dah naik bau masukkan No.2 (bawang besar, lada merah, dan halia).
bila dah layu sikit bahan-bahanya masukkan No.1&3. Masukkan garam, gula dan tumis hingga masak dan tak rasa mentah bahan-bahannya. Masukkan ayam goreng dan masukkan kerisik @ santan, tambah air, tambah tomata segar, dan kacang pis dan daun sup dan bawang. Biar 1-2 minit then dah boleh angkat.....S.I.A.P..

Beza ingredient dengan Ayam masak sambal,
Just guna No.1, titik serai (sebatang-dua), lepas tu perasakan dengan asam jawa garam dan gula. Lagi mudah tapi sedap...... tapi Ayam sambal mak jugak yang pergh.... sedap!
No comments:
Post a Comment