Showing posts with label Books. Show all posts
Showing posts with label Books. Show all posts

Feb 6, 2013

DOWN THE RABBIT HOLE

Bismillahirahmanirahim............

Title post ni sebenarnya tajuk sebuah buku yang aku baru je habis baca. Lepas baca buku ni rasa macam nak tulis "review" la pulak. Dah lama aku tak rasa "excited" gile baca buku "genre-kid's mystey". Kali terakhir aku rase teruja baca buku genre macam ni masa menengah rendah. Zaman-zaman Nancy Drew series dengan famous five series (enid blyton). Masa tu aku rasa cerita2 ni punyalah hebat, nak terkeluar air liur rasenya punyalah excited. Lepas tu sedar-sedar aku dah tak berapa berminat baca buku "juvenile mystery" cam tu. Hmm mungkin masa tingkatan 4-5 aku jarang pergi libray la kot. Yang bestnya buku camni ada juga diterjemahkan kepada bahasa melayu. 

Dulu aku selalu cakap "guild bluton" pasal "E" tu mcm "G"
Character yg paling aku suka "george" 
Berbalik pada Buku yang aku baru habis baca ni, mengisahkan remaja perempuan (Ingrid) yang dari luaran nampak "ordinary" tapi "extraordinary" dari segi ketajaman pemikirannya. Disebabkan dia telah berada di tempat dan waktu yang salah, secara tidak langsung dia telah melibatkan dirinya sebagai "saksi yang tidak diketahui" pada satu kes pembunuhan. Untuk memastikan dirinya kekal sebagai "unknown witnesses" dia cuba sedaya upaya menyelesaikan kes pembunuhan itu sendiri.Yang menjadikan cerita ini menarik, pembayang kepada siapa pembunuh hanya direveal pada page 10 terakhir. Pandai gila penulis cerita ni (Peter Abraham), mengaburi fikiran pembaca dengan meletakkan banyak "Motif pembunuhan" jadi lebih banyak suspect maka lebih susah untuk buat penaakulan yang tepat. Walaupun aku rasa dekat pertengahan tu aku cam dah sure siapa pembunuhnya. Tapi terpaksa baca samapi habis sebab tak tau "modus operandi" nya. Mengenai tajuk buku ni, Ingrid telah memegang watak Alice dalam persembahan theatre di kawasan kejiranannya. Dan situasi Ingrid jatuh ke dalam "crime scene" tu sama macam situasi Alice yang jatuh ke dalam lubang arnab iaitu dengan cara yang tidak disengajakan. Perjalanan penuh adventure Alice untuk keluar dari "wonderland" tu  pun lebih kurang sama macam Ingrid yang nak menyelesaikan masalah pembunuhan tu. Jadi bagi orang yang suka mild mystery yang tidak terlampau complicated memang sesuai baca buku ni. Ending dia pun jelas dan terperinci ... heheh tak berserabut sangat kepala otak.

Re-read value: 7 star, Satisfying level - 10 star.

### Tetiba terasa macam nak cari dan buat collection siri "Famous Five" tu.

Dec 31, 2012

NHT's Carta: TOP 10 Books for 2012

Bismillahirahmanirahim..........

Carta buku meletop sepanjang pembacaan aku di Tahun 2012. Carta "count down" dari No.10 ke No.1. Kaedah penilaian berdasarkan beberapa aspek seperti kadar "side effect" selepas membaca (yang positif jer), tahap kesayangan terhadap buku itu, kadar pengulangan (baca berulang2 kali), kadar keterujaaan ketika menbaca, dan juga "recommended" value. 

No.10 Paling Reminder : Lembutkanlah Hatimu 
Semua yang berkaitan dengan seketul daging yang pasti ada di dalam setiap diri manusia. Bilamana elok hatimu maka eloklah semua anngota yang lain dan bilamana rosak hatimu maka rosaklah anggota yang lain. menyentuh persoalan Mengapa, Bagaimana, Siapa dan Kenapa?. Mengapa perlu dijaga "hati" itu, Bagaimaana cara menjaga hati agar sentiasa bersih, Kenapa hati menjadi kotor dan keras, dan juga Siapa kah pemilik hati yang hakiki.....................


No.9 Paling Cuak : Misteri Hotel
Koleksi kisah-kisah seram diseluruh dunia. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia. Semua berlaku di hotel, motel, rumah tumpangan, apartment hatta tempat mandi awam. First time baca meremang jugaklah, tambah pulak baca sorang-sorang dalam bilik heheheh. Bagi sesiapa yang tahap "ghostphobia" dia tinggi disarankan membaca di waktu siang.Kalau cuak lagi bolehlah baca sambil tengok TV dengan famili. Gerenti pembacaan anda akan lancar gila tanpa perlu keluar masuk toilet. Setahun sekali bolehlah mengulang baca buku ni, tapi confirm "feel" takkan sama macam mula-mula baca



No.8 Paling Inspire : Rabiatul Adawiyah
Selepas baca buku ni, memang kagum melihat keikhlasan seorang wanita yang bernama Rabiatul Adawiyah ini.Sungguh tinggi ilmunya, cukup mantap akhlaknya, cukup ikhlas percintaanya pada illahi. Sememangnya buku yang perlu diulang baca... 



No.7 Paling Feminist : Nice Girls Don't  Get the Corner Office
Selalunya begitulah, asal namanya perempuan tak sedikit mungkin sebanyak yang berfikir bahawa perempuan sesuai diletakkan di ceruk-ceruk sempit atau invisible cthnya macam kat tepi dindinglah, penjurulah, kalau dulu-dulu lak orang kata kat cerok dapur nun letaknya. Jangan "Emo" rileks, itu pandangan memasinglah. Tapi bagi aku semua itu boleh diubah tapi perlulah berbatas, jangan langgar hukum islam, tak menzalimi atau menyakiti orang sekeliling, tak mengacau tanggunjawab sebagai seorang perempuan (muslimah/ ibu/isteri/anak) sudah......dalam buku ni ada 101 mistakes, ade yang aku agree dan ada yang tidak. Yang betul kita ikut yang tak berapa nak betul biarkan jer....

No.6 Paling "Women Idol" : Khadijah 
My idol, kerana beliau adalah seorang wanita yang cukup gagah. Kegagahan wanita itu tidak terletak kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:

1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menanggung kerinduan bila ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala permintaan.

Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan...


No.5 Paling Adventure: The Hobbit
Ni semua gara-gara cerita ni dah dibikin M.O.V.I.E barulah tergerak nak baca. Padahal dah lama berkepuk dalam almari dari 2009 lagi kot. Tapi last month baca, boleh tahan lah adventure+fantasy nyer. Siapa yang suka trilogy L.O.T.R confirm layan buku or movie ni....


No.4 Paling Fantasy : The Tales of Beedle The Bard
Kompilasi cerita-cerita dongeng, fantasi dan seangkatan dengannya. Aku memang minat cerita yang keanak-anakan ni, sambil baca boleh meleleh air liur punyalah fokus gitu........kalau "waktu exam" menelaah macam ni ada faedahnya. Confirm 30A1 dalam dakapan masa SPM dulu.......



No.3 Paling "Pelik" : Si kembar Furou
Ye aku memang hantu komik, sampai 7Eleven pun tak dapat nak catch up dengan kadar bacaan aku. Tapi nilah satu-satunya komik yang paling terpahat kat otak aku. Kembar yang akan nampak hantu bila terpisah... dari kecik sampai dewasa. Kesian diorang kena berkepit je walaupun bukan kembar siam, hatta lumba lari pun kena berdua. Jadi cikgu diiorang pun poneng nak masukkan diorang dalam kategori lelaki ke perempuan. 

Syukur Alhamdulilah Allah dah bagi keistimewaan kat kita ni manusia, iaitu pandangan yang terhijab daripada benda-benda ghaib. Tapi realiti sekarang, dah ramai yang bengong. Siap seru-seru lagi, ada yang disuruh menjelma, ada yang diajak berbual dan ada jugak yang diajak bergaduh...tak caya tengoklah kat TV. Sekarang ni dah ada "Ghost hunter", Ghost Lab","paranormal" kalau yang versi melayu "Seekers" la pulak. Aku rasa "hantu" pun dah mula ber"holiday" sekarang ni sebab manusia pun dah banyak berperangai mengalahkan diorang...kuikui..



No.2 Paling Menyentuh : Dimana Dia Di Hatiku?
Buku ni merupakan salah satu buku yang amat bermakna bagi aku. Semua isi kandungan didalamnya, seperti membaca isi hatimu, membaca luahan, keluhan dirimu. Buku yang memperingatkan kita akan  kekerdilan kita. Buku yang memperingatkan akan tujuan sebenar kita di dunia singgahan. Bila rasa down atau bila rasa lelah dengan ujian atau bila rasa hampa buku ini salah satu buku yang bagus untuk mengembalikan semangat kita. Yang menyedarkan kita semua yang kita lakukan adalah untuk diri kita sendiri......



No.1 Paling "menginsafi" : 100 Tokoh Dalam Dakapan Rasullulah S.A.W
Catatan kisah-kisah sahabat Rasullullah yang menempuhi pelbagai kepayahan dan kesulitan tetapi tetap mempunyai tahap keimanan yang mantap dan tidak dapat digugat. Maka selayaknya mereka berada didalam dakapan Rasulllullah. Buku yang mengalirkan air mata sedari kisah yang pertama hingga keakhirnya. Bukan kerana kisah pilu disebabkan kepayahan mereka. Tetapi air mata ketakutan bila dibandingkan dengan tahap "diriku" dengan mereka disisi Allah dan Rasullah. Betapa kerdilnya jika nak dibandingkan tahap kasihnya mereka kepada Allah dan Rasul. 

Kalau kita mencari cinta yang hakiki iaitu cinta yang sebenar, bacalah buku ini. Air mata sebaldi pun tak membazir, bengkak mata pun tak mengapa sebab buku ini benar-benar menginsafi diri.

# Strongly recommended - Bagus untuk diri kita dalam merebut Cinta Allah dan Rasullullah. 




Dengan ini, tersenarailah sudah carta buku paling meletop, mantap dan yang sewaktu denganya. Semua ini adalah berdasarkan penilaian yang dibuat oleh aku sendiri semata-mata. 

Ucapan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua penulis-penulis di seluruh dunia, semoga anda semua dapat menghasilkan karya-karya yang mantap lagi pada tahun depan. Amin......................

Dec 15, 2012

Kerana Aku Suka.......

Bismillahirahmanirahim......................

Pendek kata puas hatilah bila dapat jugak menjejakkan kakiku di "BIG BAD WOLF" 2012 di Mines, tahunlepas dengar je cerita orang. Disini ingin diiucapkan jutaan terima kasih pada kawan-kawanku yang sekepala ngan aku.  Bila masuk je dalam "exhibition hall" tu rasa macam tak nak keluar-keluar. Rasa meluap-luap, excited betul kat dalam tu, kiri kanan depan belakang buku. Memang murah dalam range (RM8- RM12), kalau yang mahal sikit dalam range RM20 -RM30 yang lagi mahal selalunya kulit tebal dan buku yang masih hangat dipasaran. Hahaha best giler bila dikelilingi buku, berdebar-debar, siap blushing2 lagi bila tengok buku-buku ni semua. Tambah best lagi bila "outing" dengan kawan yang jarang kita bersama. Satu pengalaman baru bila banyak kawan-kawan yang berlainan personaliti. Sebab setiap individu itu mempunyai personaliti yang sangat "unik". Jadi perhatikanlah dan ambilah sebanyak mana pengajaran. Bukan apa selain daripada buku, peringatan  tentang kehidupan boleh juga daripada individu2 di sekeliling kita. Biar mata sepet tapi mata hati terbuntang luas "melihat". Supaya tidak mudah berputus asa dengan rahmat Allah dan juga sebagai "free warning" kepadaku supaya tidak mudah terpedaya dengan hiasan dan kemewahan dunia sementara. 
Photo cilok dari Instagram kak fazila.... heheh
Depan entrance exhibition hall tu adalah diorang letak 2 biji Lamborghini. Erkkk kalau bawak balik kampung yang hitam ni confirm juling mata orang kampung aku hahaha. Tapi Alhamdulillah Mr. NBX pun dah memuaskan hatiku sekarang ni. Tapi serius En WOLF 1 ni amatlah hensem.... huhuhu
Lamborghini version "big bad wolf" - WOLF
Antara buku yang dibeli heheheh
Buku yang aku suka sebenarnya pelbagai genre, tak kiralah misteri ke seram, comic, history, fantasy, fairy tale, novel dan banyak lagi  semuanya aku layan. Cuma satu jer jenis buku yang aku allergik iaitu "NOVEL CINTA" melayu. Pasal apa? hmmm pasal aku "trauma kot" kalau dulu zaman-zaman buku Alaf21 @ creative mostly novelnya amatlah sedih tahap sadis. Terlampau banyak "dugaan" bukan lagi lepas jatuh ditimpa tangga dah tapi turut juga dilanggar lori hatta dihempap atap rumah jiran sebelah. Erghhhh aku tak tahan kot nak baca cerita macam tu. Rasanya buku novel melayu  terakhir yang aku baca sampai muntah adalah "ombak rindu" lepas tu aku terus STOP baca novel melayu. Kalau karya ahadiat akasha pulak percintaan nya ya ampun!, kompleks sungguh. Bukan lagi "cinta  3 segi" tapi dah sampai "Cinta hexagon" dah  jadinya, poneng kepala eden. Cukup gementar aku dengan novel-novel ini, sebab "percintaan antara makhluk" digambarkan terlalu memeritkan dan hanya mendatangkan penderitaan. Walaupun aku cuba mengatasi trauma ini tapi "cannot go" kot. Tapi sekarang ni, novel cinta melayu era millenium ni terlampau "menggelikan" aku la pulak. Sebab kebanyakkannya over romantik,  "boleh berdarah hidung" baca benda-benda yang romantik ni. So untuk kesihatan aku, jadi "Novel Cinta-Melayu" dikategorikan sebagai (Book allergy) yang masih lagi aku tak jumpa antidote baginya.

Free Gift (bookmark) - for every purchasing hehehe suke.. suke...suke!
Tak mahu membuang masa lagi, buku-buku tu memanggil2 aku mintak dibaca. Apalagi sambung baca "the hobbit" Bilbo baggins sambil makan kudap-kudapan....


" We don't need to wait for someone else to bring us happiness, because happiness is a choice" - So lets start to make our life full of happy things!!! (NHT 2012)


Mar 13, 2009

The Curious Incident of the Dog in the night time......

3 days nak habiskan coz hari ke-2 buku ni hilang secara tiba-tiba.
Main Character story ni Christopher 15 years old. Aku tulis ni coz buku ni ade something yang aku x nak lupa.

Yang Best pasal buku ni...
Bukan pasal kenapa dog tu mati tapi pasal;

1. Christopher ni obsess sangat pada “Prime Number” 2,3,5,7,11,13,17,19..and so on
Aku suka sebab aku pun obses kat no. tapi no. 23. Dari kecik lagi. Tp aku tak pernah tengok movie: 23 yg jim carrie berlakon tu coz takut heheh. Sebenarnya rasa mcm bersemangat bila kita obses kat sesuatu tu.

2. He found that people words always confusing.hehehe ni best; example 1) People often say "Be quiet" , but they dont tell how long to be quite. 2) sign with " Keep off the grass" it should say either "Keep off the grass around this sign" or "Keep off all the grass in this park"

hahha memang pelik ade jugak makhluk pengor mcm ni kalo buat " SOP" mesti hebat.

3. "People say that u always have to tell the truth but they do not mean this because u are not allowed to tell old people that they are old"

4." loving someone is helping them when they get trouble, looking after them, and telling them the truth"

Yang Hampir Sama.....
1. Christopher ni melalui hari-hari dia based on warna kereta..kalo die terserempk

4 red cars in a row -> " Good Day -> so mood die pun baik
3 red cars in a row -> " Quite Good Day" -> so mood die suam2 kuku je ah
5 red cars in a row -> "Super Good Day" -> ha ni sangatlah baik
4 yellow cars in a row -> "Bad day" - > mood tahap cipan punya buruk
ha ni pun aku suke jugak coz aku pun ade gak set mood aku tp dengn warne baju..
Warna Hitam - ni tengah bersemangat
Warna Kelabu - Leave me alone
Warna purple - ni tengah happy go lucky
Warna pink - ni biler tengah x betul
Warna Biru - ni biler mood tengah neutral
Warna coklat - bile mood aku tengah "whatever"
Warna hijau - bile nak berseronok / outing rase cam free pakai colour ni

2. He hate yellow;

His reason: Yellow means banana,...
My reason: mase sekolah rendah rumah sukan aku kuning so track suit kene warne kuning (1/2 giler aku dibuatnyer), then rumah sukan aku paling tercorot (for 6 years). Masuk sek menengah pun same (+ lagi 5 years penderitaan aku)
Yang Tak Sama.......
1. He hate raining day coz nnt die rase cam bad mood
hahaha aku suke giler hari hujan rase tenang (coz biler hujan ada bau cam tanah) and maybe coz aku lahir mase hujan.. pasal tulah aku rase happy.
Yang Tak Paham...
1.Dia takleh makan makanan yang berlainan kategori dan bersentuhan dalam satu plate contoh; 1 plate de coslow, sosej, scramble egg semua bersentuhan so die x leh nk mkn. Tapi dlm buku ni die boleh lak dok mencekik sandwich. confuse dah eden.
By the way aku dah x "curious" langsung pasal anjing yang mati tu huuhu.... kesian anjing tu