Showing posts with label family event. Show all posts
Showing posts with label family event. Show all posts

May 5, 2014

Project perumahan tanggung sendiri...Part 1

Bismillahirahmanirahim.....................

Mari berbicara mengenai “Projek Perumahan Tanggung Sendiri”.

Stage 1: Bermulanya dari sebuah impian di pertengahan 2011
Setiap perkara yang terjadi kenalah ada niatnya atau harapannya barulah boleh terjadi. Semuanya bermula bila adikku aqila dah nak masuk SPM. Hmmm timbul pulak rasa cuak bila fikirkan adik nnt lambat laun akan keluar kampong juga, mestilah nak sambung belajar. Ishhh kalo adik sambung belajar of coz mak ngan ayah jelah dua orang kat kampong. Risau pulak kalo emergency ke ape. Daripada aku risau dari jauh lebih baik aku bawak duduk ngan aku kat sini. Jadi inilah yang “trigger” kan niat aku beli rumah.

Stage 2: Survey & pembelian di akhir-akhir 2011-awal 2012
Alhamdulillah aku mempunyai kakak dan sahabat yang banyak membantu dalam proses pemilihan rumah untuk dibeli. Mulanya nak cari rumah Semi-D yelah untuk keselesaan mak ngan ayah, confirmlah kene ada bilik bawah yang luas.  Tapi cari punya cari takdelah pulak yang jual Semi-D yang dalam lingkungan kemampuanku. Antara kawasan-kawasan yang menjadi fokusku:
  •  Kota seri emas  (Pemaju Sime-Darby)
  •  Salak tinggi (Pemaju – tak hengat sudah)
  • Pajam ( Pemaju – Seri Pajam)
  • Nilai (Pemaju Sime-Darby)
  • Bandar Sri Sendayan (Pemaju – Matrix Concept)
Akhirnya setelah menilai dari segi harga, kawasan, keluasan, dan juga advantage2 yang lain. Maka No. 5 lah yang jadi pilihan. Maka tanggal February 2012, termaktublah urusan jual beli dengan pemaju. Pembinaan dijangga siap 2 tahun dari tarikh pemelian iaitu pada akhir 2013.

Stage 3: Upacara penyerahan kunci dan penambah baikan rumah akhir tahun 2013 – April 2014

Ayin n amir model iklan rumah..............terbaru di pasaran kuikui...
Bersyukur pada Allah dengan izin-NYA maka siap jugalah rumahku. Awal bulan Disember aku pi ambil kunci, actually aku lambat hampir sebulan. Masa ambil kunci aku gi ambil dengan Cik Siti Zulikha hehe sebelum dia bertukar status kepada Puan Siti. Selepas ambil kunci maka bermulalah “pening kepalaku” mana taknya berpuluh “planning” kat kepala aku ni mana lagi nak uruskan hal-ehwal rumah baru, rumah yang aku sewa, dan juga hal-ehwal koje. Dulu masa beli rumah aku mati-mati ingat yang siap jer rumah dah boleh pindah masuk terus. Cehhhh itu semua khayalan belaka. Banyak koje nak kene buat lagi aduiiiiiii. Antaranya:

Rumah Sendiri
  • Wiring mengwiring (pasang lampu, kipas bagai)
Wayar-wayar yang terjurai ni kenelah panggil wiring man ....
  • Kitchen cabinet
Nilah rupe asalnyer bahagian dapur.......
  • Plaster ceiling (tak buat takpe, tapi aku buat pasal pengaruh rakan tak x sebaya heheh gurau jo
  • TV platform (Ni pun kes terpengaruh jugak ishhh2)
  • Grill pintu dan tingkap jangan dilupakan, tambah-tambah taman perumahan baru,isshhh sia-sia jer je kene pecah masuk. 
Rumah Sewa
7 tahun nyer barang .......................
  •  Pembungkusan barang-barang dan segala benda yang aku kumpul sejak 2007 – 2014 , huyooo 7 tahun aku menyewa tu.
  • Proses pembersihan rumah sebelum berpindah keluar… nak patah pinggang mengemop besar-besaran, start dar hall ke bilik sehinggalah ke dapur.
  • Proses permindahan barang dari Nilai ke sendayan aku sewa lori 3 tan (RM300 per trip). Hahaha bajet banyak sangat barang kan. Sekali separuh lori pun tak sampai. Barang yang besar macam peti ais, mesin basuh , almari, kerusi malas @ ayah aku panggil kerusi gedik2. ngan katil bujang aku jer  Yang berkotak-kotak tu macam pakaian (2 kotak), buku-buku (4 kotak), CD/DVD Bleach (1 kotak), cookingware(1 kotak) yang lagi 2 kotak tu (barang-barang merapu)
  • Bukan setakat pindah barang jer, sampah pun aku sewa lori RM 50. Yelah tak sampai hati aku tengok rumah pasgaran ni, bila ade jer yg keluar, memasing tinggal barang cam tilam, mesin basuh , dan memacam lagi kat depan beranda  pastu blahhh gitu jer.
  • Bagi training kat next leader hahaha fiza camne nak bayar sewa rumah, bayar bil api air, dan bayar fee security guard. Semua tu aku buat sendiri selama 6 tahun. Jadi tibalah masanya aku menyerahkan tanggungjawab itu, yahooo………
kerusi gedik-gedikku yang berusia 7 tahun.... akan ku bawamu kemana saja.....
Sayu jugalah aku bila blahhh dari ruma sewa ku kat Desa Kasia, sebab dah biasa kot hidup kat situ. Dahlah dekat ngan opis dan segala fasiliti yang penting. Tapi itulah yang dinamakan penghijrahan, inshaallah semuanya akan baik-baik saja ditempat yang baru……..Amin. 

Seminggu sudah masuk rumah baru iaitu pada 26hb April, nasib baik Qila cuti semester, adelah peneman awal-awal tu. Saja je masuk awal dengan Qila dapat usha2 kawasan baru mana tempat nak belanja harian, klinik kat mane, short cut ke tempat keje, jalan yg ok kalau balik lewat malam dan macam-macam lagi. Once dah familiar sikit, semalam juga bawak mak ngan ayah dari kampung. Syahdu jugaklah pasal pagi ni first time sebelum pergi kerja buat sarapan untuk mak ngan ayah dan salam dan cium tangan mak n ayah. Yelah selama ni cium salam masa gi sekolah jer..... InshaAllah aku akan cuba yang terbaik menjaga mereka semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita umat islam di dunia dan akhirat............................

Dec 24, 2012

Dua Puluh Tiga December......................2312

Bismillahirahmanirahim.........................

Selamat memperingati Tarikh Kelahiran Diriku...................
23 Disember 1983, uwek-uwek sedutan nafas pertama setelah 9 bulan berada di dalam kegelapan rahim seorang wanita yang dipanggil emak. Agaknya begitulah bunyi tangisan pertamaku hehehehe aku pun tak tau yang sebenar-benarnya macam mana. Kekadang tu aku terfikir juga, adakah tangisan bayi yang baru lahir itu adalah tangisan kegembiraan atau tangisan ketakutan. Mungkin gembira kerana diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk melihat dan menerokai kehidupan dunia yang nampak luas dan terang setelah lama bergelap. Atau adakah ia tangisan ketakutan kerana bermulalah ujian dalam memikul amanah Allah sebagai hamba dan khalifahnya di dunia ini.

Nasib baik yong balik kampung, kalau tak takdelah kek ni hehehe. Kek ni bukan "secret recipe" murah jer... kat mersing ni mana nak cari kek ala-ala "secret recipe" hehehe. Nak wat sendiri jangan mimpi lah, tapi  boleh tahan lah sedap kek ni, pasal ayah makan 2 slice. Sebab selalunya jarang ayah makan banyak kek cam ni. Terima kasih juga pada adik ku Qila, si Tabby orange tu memang taste aku he. Tapi kalau meyo, adu ngan si boot ada sekali lagi best. Huhuhu rindu kat mereka, kalau tak disebabkan oleh ketidak laratan aku ke sana sini, memang dah aku angkut sekali semuanya balik kampung huhuhu.
Muka pun dah macam sayo, psl potong kek kol 10 p.m, dah nak tido pun.......
Hidup itu indah bila kita tidak merumitkan kehidupan kita. Salah satu petikan dari majalah Solusi, yang aku yakin dapat membuatkan kita berasa bahagia dengan kehidupan kita sekarang adalh eperti yang aku coretkan di bawah.

"Sentiasalah  memandang orang-orang yang dibawah dalam segala hal duniawi, dan selalulah memandang orang-orang yang diatas untuk segala urusan akhirat"
- Ertinya jika kita berasa serba kekurangan pandanglah orang yang lebih tidak bernasib baik daripada kita nescaya kita bertambah bersyukur. Jika kita berasa puas dengan amalan-amalan kita seharian, pandanglah orang-orang yang lebih atas (alim ulama) necaya kita akan bertambah insaf & takut serta terus memperbaiki akhlak dan amalan kita.

Jadi sempena birthday aku yang ke 29 tahun ni, terimalah lagu yang giler sempoi dari Awie rafael................... Ada yang tersirat disebaliknya yang kekadang kita lupa akan nikmat yang Allah s.w.t telah berikan kepada kita.

"Asalkan Aku OK"

Selamat pagi, selamat pagi aku ucapkan,
Burung merpati bernyanyi di ruang halaman,
Hidup ini indah kukatakan, hidup ini indah lawa,
Hidup ini indah ternyata.

Selamat petang, selamat petang aku ucapkan,
Kanak-kanak kecil berlari di ruang halaman,
Hidup ini indah kukata, Hidup ini indah lawa,
Hidup ini indah ternyata.

Asal aku OK, duit dalam kocek,
Hidup dengan sederhana,
Keluarga semua OK,
Masa depan cantik,

Asal aku OK, hidup macam tauke,
Teman ada sentiasa,
Bernyanyi dan karaoke,
Kaya macam Dato' K

Hidup tanpa masalah dunia,
Hidup mewah tanpa berhutang,
Hati bersih tak lupa sembahyang,
Inilah kehidupan,
Inilah kehidupan.

Otak cergas tanpa menipu,
Jangan marah-marah,
Tak perlu begitu,
Inilah kehidupan,
Inilah kehidupan.

Asal aku OK, duit dalam kocek,
hidup dengan sederhana,
Keluarga semua OK,
Masa depan cantik,
Hidup jauh narkoba dunia,

Asalkan aku OK, hidup macam tauke
Teman ada sentiasa,
Bernyanyi dan karaoke,
Kaya macam Dato' K,
Hidup tanpa masalah dunia.

Dec 4, 2012

Ingat! ada yang semakin menjauh dan ada yang menghampiri.....

Bismillahirahmanirahim.................................


Peringatan buat diriku yang seringkali melupakan tentang hakikat sebenar kehidupan:

Ada benda yang semakin menjauh dari kita iaitu   ................................. Masa lalu
Ada benda yang semakin mendekat kepada kita iaitu..............................Kematian

Al-fatihah buat suami sahabatku Amal, semoga sahabatku Amal tabah menghadapi kehilangan orang yang disayanginya. Semua yang berlaku semestinya ujian dari-Nya kepada kita. Pada jam 7:00 a.m (01/12/2012) aku dikejutkan dengan  berita  pemergian suami Amal melalui SMS kak fazilla. Oleh kerana aku pun tengah sibuk bersiap sedia pergi ke majlis perkahwinan sepupu aku di Batu Pahat, jadi otak macam keliru sikit pagi tu, tambah lah pulak dengan beberapa panggilan temanku yang lain minta kepastian tentang berita itu. Alhamdullilah, SMS takziah aku kepada Amal, di jawab dengan pantas oleh Amal. Lega rasanya bila mendapat maklum balas dari Amal, aku yakin Amal dapat menerima dugaan ini dengan tabah kerana Amal adalah ex-housemateku yang paling sporting dan ceria yang pernah aku kenal amat penyabar dan penyayang orangnya. Insyaallah, aku yakin Allah akan bagi yang terbaik untuk keduanya. Dan kepada aku pula, setiap kali menerima berita kematian, tambah lagi umur yang hampir baya dengan aku. Pasti akan rasa cam kebas-kebas jer, otak ligat berputar adakah aku akan mengadap-Nya dengan kematian yang baik atau tidak. Rasa ngilu mengenangkan saat yang pasti akan kunjung tiba itu. 

Pada hari yang sama aku pergi ke Majlis perkahwinan adik sepupuku umairah a.k.a umi. Meriah bangat, hampir semua saudara mara belah ayah dapat hadir di rumah pak uda. Rasa bersalah juga bila tiba, tengok semua mak-mak sedara dan saudara-saudara yang lain memakai baju kain ela yang mak uda bagi. Huhuhu aku bukan tak nak pakai cuma aku tak sempat nak hantar tempah. (heheh dalam hati cakap tu semua alasan). Baju tu pun masih ada dalam almari tak berjahit. Catering kat batu pahat kira murah jugalah, dahlah lauk sampai 5 jenis (beef black pepper, dalca daging, kurma daging, ayam goreng, acar nenas, nasi putih, nasi beriani) semua tu baru RM10/kepala. Berbaloi ah, tapi takkan nak order kat batu pahat, makan nya kat mersing pulak (contohnyalah). Balik hari jer, pergi pagi balik KL semula dah malam. Tapi yang paling rugi tu masa balik tak singgah rumah tunang ipit (intan) kat lubuk sipat kalo tak dapat ah sebakul dua durian ngan rambutan. Semuanya pasal takut berjangkit "chicken pox" dari abang si Intan huhuhu.

Balik rumah dengan mata yang bengkak, pasal allergy lepas makan "buah mata kucing" . Oleh kerana aku sedar sympton allergik ari ahad, maka terpaksa lah pi NCI belakang rumah pasal klinik kat area nilai ni banyak tutup. Sound funny, selalunya orang allergy seafood ker, shellfish (ni normal bg aku), tapi buah mata kucing pun dah masuk list allergy aku. Hmmmm ni sign of ageing lah ni, makin hilang nikmat dunia kuikui. So dapat jugalah injection Piriton 1cc tapi effect dia kus semangat. Injection malam, tapi sampai pagi esoknya aku dalam condition yang blurr...n berkhayal, hahahah sampai ke pukul 4:00p.m aku rasa cam berhalusinasi. End up aku tak makan pun Piriton tablet  4mg waktu malam aku just ambil cetirizine 10mg waktu pagi. Bukan apa yang Citirizin tu xde effect dizziness or blurrnesss huhuhu. Aku ni dah lah selalu berkhayal, kang ambil lagi piriton bertambah-tambah berkhayal.

Hari ni Alhamdullilah bengkak mata dah kurang cuma tinggal fluffy + redness sikit kat area bawah mata. nampak cam beruang panda pakai makeup ah.. huhuhu. Selalulah aku ni memperingati diri bahawa penyakit adalah cara yang Allah kasihkan kan kita, kerana dengan kesabaran menahan kesakitan maka Allah menghapuskan dosa kita dan memberi pahala kepada kita. Bilamana kita percaya dan beriman kepada-Nya Amin........
  

Nov 24, 2012

Trip Dungun (13/11-15/11) Part 2

Bismillahirahmanirahim..........................


Alhamdulillah akhirnya, mood meng"update" blog ku kembali. Nak menulis ni pun perlukan mood dan masa yang sesuai ditambah pulak tengah berserabut menyiapkan kerja untuk isnin ni. Diharapkan segala urusanku dipermudahkan, almaklumlah first time nak bagi training kat orang luar. Kalau setakat pada staff company or dept sendiri insyaallah takde hal. Tapi kalau pada lecturer universiti tu yang ada hal jadinya. Aku "take five" untuk mengupdate blog aku, supaya otak aku tak jadi tepu dengan "slide presentation" aku yang haru biru ni.

Sambung cerita aku lagi, hari ke-2 trip, kami berjalan-jalan sambil melihat penyu dirantau abang. Aku pun confuse penyu yang merantau tapi abang yang dapat nama hehe. Bebudak lah yang paling gumbira tak hingat. Aku cam biasa layan kan ajer, walaupun terserlah kejakunan masing-masing. Seingat aku, masa kecik-kecik dulu aku pernah lah merasa telur penyu. Sedap sebenarnya, rasa dia masin-masin sebijik macam telur itik masin (tapi bahagian kuning). Telur tu direbus, tapi rebus lama macam manapun telur tu takkan keras punya. Cara makannya gigit sikit kulit telur tu dan sedut, secara automatik telur tu akan kempis macam belon bocor. Tapi sekarang ni penjualan, pengambilan, mahupun pemakanan telur penyu adalah dilarang disebabkan populasi penyu yang menurun. Jangan memain, penyu sendiri yang cakap kat aku hehehe. Nasib baik aku pernah rasa, jadi takdelah terkilan sangat.....

Dari kiri: Amir, Angah n ashraff, isha n abg mie, dan ayin yang macam nak terbang
Dari kiri: Penyu A, B, dan C yang sedang belajar berenang .......cute giler;)
Ni bukan penyu, tapi Tuntung laut bezanya tengok kepak/tangan atas bawah.... heheh
Ni pun bukan penyu tapi anak-anak buahku hehehhe
Hahha isha dah macam saka aku tengok heheheh
Lepas puas hati melihat penyu-penyu yang ada kat rantau abang, pergi ke Kuala Terengganu pulak. Pergi ke Tamadun Islam Edutainment Park. Kat sana ada masjid kristal, dan replica masjid, monumen dan banggunan sejarah islam di seluruh dunia. Untuk masuk dikenakan bayaran dari RM 10-25 per individu berbeza mengikut pakej. Lepas tu pergi ke Desa Murni tengok angah bershoping tudung ngan kain batik, aku tengok jer pasal rambang mata kalau banyak sangat pilihan hehehe. Hisssh dah lah rabun, rambang la pulak. 

Ni jer yang dapat di"snap" pasal cuaca panas terik, tak larat nak tangkap gambar lebih-lebih
On the way balik dari KT ke chalet kat dungun, asyik berhenti jer kat tepi-tepi jalan pasal banyak orang jual makanan kat tepi jalan. Yang paling banyak sata, keropok lekor, jagung bakar, Roti paung, air nira. Kenapa nama roti tu paung aku pun tak berapa mengerti. Roti paung dengan air nira dua-dua aku tak pernah cuba. Walaupun namanya "paung" tapi rasanya memang sedap "fresh baked" lembut dan banyak jenis inti (kaya, kacang, planta, kelapa) dan boleh campur lak tu. Harga 1 buku roti = RM2.50 memang mantop dan sedap! makan sampai boleh jatuh gaung..... punyalah sedap.

Tapi yang aku tak boleh blah.....air nira, hmmm pelik juga jarang aku tak suka soal makan minum ni. Tapi air ni jer yang aku tak boleh nak masuk tekak. Agaknya sebab baunya yang aku tak boleh tahan. Sambung lagi  cakap pasal makanan, masa nak balik ke KL kitorang singgah kat cherating ker kijal? aku pun dah tak ingat, tapi kat situ pi beli lemang dan aku pun terpandang "Buah feveret" aku hehehhe buah ciku, tak sangka ada jual buah ciku. Ape lagi beli ah sekilo baru RM4 siap makcik tu bagi free 3 biji. Hmm mesti kesian tengok muka aku yang excited gile nampak buah ciku. Bukan apa kalau buah ciku, 1 bakul aku boleh licinkan sorang.Lepas tu terpandang la pulak "buah jeruk" punya section, hmm kedondong, betik, mangga, cermai hmmm tu semua sealu makan. tup...tup terpandang kat jeruk buah yang aku tak pernah tengok dan makan. Aku pun tanya lah  mokcik tu, ni buah cermai besar ke makcik? tak ni buah bidara mokcik tu jawab. Apa buah bidara macam dalam pantun jer...............

Nasi lemak buah bidara,
Assalamualaikum pembuka bicara.

heheheh aku karang sendiri pantun kat atas ni, takder dalam dewan bahasa dan pustaka pun. Macam biasa dah kalo namanya tekak larong, semua nak cuba. Jadi aku pun cubalah hmmmmm sedap tapi macam berlendir sikit tekstur nya. Nampaknya bukan aku sorang jer tak berapa suka, ayin pun sama heheh.

"Buah ciku" tinggal sikit jer, sebab dah masuk perut ku

Nilah rupanya "jeruk bidara"

Pendek kata trip ni best pasal dapat bergumbira ngan anak-anak buahku, terasa macam zaman kanak-kanak dulu dan terasa muda diriku ini. Macam biasa, nak juga buat kesimpulan, macam kat bawah ni lah..

1) Setiap detik dalam hidup perlulah sentiasa dihargai. Baik yang pahit, manis, masam, takde rasa mahupun yang pedas. Macam makanan tak cuba tak tau, dah cuba baru tau...

2) Tak salah mengenang kisah lampau kalau untuk mensyukuri nikmat yang telah diperolehi. Tak salah melupakan kisah silam kalau untuk memguatkan langkah ke hadapan. Sebab dalam hidup ini tiada pilihan yang salah kerana semua itu ujian kepada kita Hamba yang lemah.

3) Perlulah cuba sedaya upaya menggembirakan diri kita dahulu, sebab dengan cara itu sahaja kita dapat menggembirakan orang disekeliling kita!


- The End- 

Nov 16, 2012

Trip Dungun Part 1 (13/11-15/11)

Bismillahirahmanirahim.....................

Hampir 11 tahun aku meninggalkan daerah dungun yang terletak di Terengganu ini. Iaitu pada tahun 2001-2002, selepas SPM eden pi sambung belajar kat Matrikulasi KPM yang terletak di Kolej Teras Timur Dungun. Seingat akulah dulu matrikulasi KPM induk hanya ada kat Melaka, P.Pinang, dan Kuala Pilah manakala yang lain tu hanya menyewa di kolej-kolej swasta yang ada di setiap negeri. Pembahagian pelajar pula berdasarkan tarikh lahir, jadi di kolej aku dulu semuanya lahir bulan Disember, jadi tidak terkejutlah jika housemate aku pun "akhil" sama tarikh lahir dengan aku pada 23 Disember.
Here I am...Dungun aku datang hehehe
Persisiran pantai di Dungun, tapi beware tak semua area boleh mandi manda!
Kolej Teras Timur, Kompleks Sura Gate Teluk Lipat Dungun Terengganu. Ha gempak addressnya, dulu mula-mula dapat surat tawaran Matrikulasi mati-matilah aku ingat kawasan tu ber "gated" dan bertaman indah. Sekali indah nama dari rupa hehehhe. Kelakar pulak bila terkenangkan ramai mak bapa yang patah balik bila melihat keadaan kolej yang nampak "daif" ketika itu. Mana taknya, banggunan-bangunan kat situ semuanya papan atau separuh papan dan batu memang macam bengkel bina semangat. Pendek kata memang macam langit dan bumilah kalau nak compare dengan MRSM @ universiti yang ada dalam Malaysia ni. Alhamdulilah ayah n emak ku kuat semangatnya diorang tak patah balik bila tengok keadaan yang akan menempatkan anaknya. Inilah kelebihan orang duduk kat kampung, skit-sikit kurang tu takde hal lah janji niat mesti betul.

Menginap di Ulek Beach Resort, berhampiran Teluk Gadung Dungun.Oklah kalo nak rate kan 1-10, chalet ni dapat 5. Service front desk tak berapa teratur, masalah bila nak check in bilik  tak kemas lagilah suppose kol 2.00 p.m check in kena tunggu lagi 30 minit pasal baru nak "house keeping". Bilik pulak dpat Jacuzzi yang rosak (ni paling tak boleh tahan). Main reason tu tempah chalet ni. Apa-apapun, terima kasih pada angahku dan Abg mie atas tajaan penginapan heheh itu yang syok tu...semua orang tanggung. Hahah ada hati nak komen itu ini...
Dekat jer dengan UITM Dungun dan Teluk Gadung... Chalet seberang jalan jer laut lepas hahaah
MS10, no bilik chalet ala-ala traditional gitu.....................seram pun ada

First day, jalan2 area sura gate, dan Teluk Gadung, tengok UiTM dungun tempat Abg mie masa diploma. dulu. Yelahkan idea and effort pun dari dia, dia yang excited sangat nak pi mengimbau kembali zaman-zaman mudo dia, tahun 1992 tu dia belajar kat UITM dungun. Nostalgik habis..abang ipar aku ni. Pastu pi tengok KTT pulak hehehe, bangunan kat kolej tu tak banyak berubah tapi bukan lagi KTT tapi jadi sekolah asrama /agama pulak. Hmm syahdu gila pulak bila tengok bangunan-bangunan kat KTT, tak berubah pun. Semuanya sama, bangunan masih kukuh cam dulu-dulu. Tempat tidor ku dulu kat [Rumah -Pulau Duyong].  Rumah untuk student pompuan, pulau redang, pulau besar, pulau kecik (hmm rumah ni macam rumah panjang). Dan rumah paling menakutkan ketika tu Rumah Pulau Besar pasal yatie kata banyak cerita seram kat situ. Nasib baik dorm aku tak berapa takut, paling besar dan separuh batu dan papan. Ada 24 bilik, setiap bilk ada 4 orang, tapi yang uniknya, majoriti penghuni rumah duyong tu ex-MRSM tapi ada satu bilik jer yang sekolah harian biasa, hahahah aku punya bilik lah tu Zura, linda, dan akhil. 2 orang johor (aku & linda), 2 lagi orang Nogori sombilan (akhil nan Zura). hmm rindu bangat kat diorang, tapi tak tau macam mana aku lost contact dengan diorang. Ingat lagi dulu sepatutnya kitorang buat reunion kat dungun after 10 years hmmm 2011. Tapi bila dah lost contact ni nampaknya aku sorang jer yang reunion kat Dungun ni. Nak wat camner.... apa-apapun sayang diorang sebab memberikan kenangan manis untuk diingati....sob..sob..

Kalau tak silap aku, banggunan ni Surau....(ingatan yang tak boleh lupa- solat subuh yang tenang  dan mendamaikan)
Tenang je kat sini.....walaupun rumah macam rumah panjang
Yang banyak berubah, adalah "town" dia. Kalau dulu ada satu jer pasta raya (Banggunan salwa), fast food pulak ada KFC ngan A&W je. Tapi Sekarang Pizza Hut, 7 Eleven, McD pun dah ada. Dekat lorong belakang KTT dulu semak samun je kot, sekarang dah jadi shop lot, macam-macam ada.

Tetap gah... cayalah... kalo takder ni boleh sesat eden hehehe
Loteh jugalah melayan anak-anak buahku ini amir,alisha, dan ayeen. Riuh rendah bilik jadinya macam ada 20 orang, padahal 4 orang je kt dalamnya. Tengah-tengah malam ada yang laparlah, tak nak tidur kat tepi tingkap lah, lepas tu masing-masing kalau dah berendam dalam jakuzi rosak tak nak keluarlah lah pulak. Boleh "diabetes" aku melayan bebudak ni hehehe.

hambik tengah makam lapar, memasing membedal maggi..........syokzzzzzzzzzzzzzzz...
Dari kiri Amir (10tahun), ayeen (8 tahun), isha rongak (5 tahun) 
hahah muka isha lah yang paling kebulur hehhehe sian ank-ank sedaraku ini....

Oct 26, 2012

Kesederhanaan Aidiladha

Bismillahirahmanirahim.........


Alhamdulilah hari raya aidiladha disambut bersama mak, ayah, dan adik aku Qila. Walaupun yong,angah,ateh ngan ipit  tak dapat berkumpul bersama tapi keberkatan hari yang besar ini tetap aku rasai. Yang penting mak dan ayah ada bersama, rasa gembira bila dapat mengembirakan dan mengubat kesunyian mereka. Yelah sesekali bertemu, menumpuk jugak ah rasa rindu mereka kat anak-anaknya hehhe. 

Macam biase lah bila hari raya, mesti juadah yang menjadi persoalan. Jadi hasil dari perbincangan dan musyawarah kami anak beranak maka dipersetujui lah, nasi minyak berlaukkan kurma ayam dan acar nenas bulan terang menjadi menunya. Sempoi jer, dessert pulak kuih talam ubi. Mula masak memasak kol 5 pagi hahaha tapi semua mak yang masak aku kira assistant jer hehhehe. Mudah jer rupanya nak masak lauk pauk ni, tak banyak bahan memang sempoi. Untuk peringatan aku, aku tulis jugak ah bahan-bahan nak masak lauk pauk ni.
contoh "style" hirisan 
Acar "Nanas bulan terang"

1. Buah nanas, potong sesuka hati saiz & bentuk
2. Bawang kecik belah 4
3. Bawang putih belah 2-3
4. Halia hiris halus seperti lidi
5. Lada besar merah (belah 2-4 jangan putus hujungnya)
5. Kayu manis, bung lawang, buah pelaga, cengkih

# Terlebih dahulu, celur nanas dan letakkan sedikit pewarna kuning. Lepas tu toskan nanas guna penapis untuk buang air nanas tu. Lepas tu tumis 2-5 dengan menggunakan sedikit minyak dan masukkan nanas tadi. dan siap.......................

  Tadaaa sempoi tapi berbaloi beb.........
Kurma Ayam

1. Bawang kecik 
2. Bawang putih 
3. Halia
4. lada besar hijau
#  bahan 1-4, kisar hingga lumat
5. Bawang besar 
6. Lada Merah / hijau (belah 2 @ 4)
7. Tomato
#  Bahan 5-6, di belah-belah mengikut style sesuka hati
8. Kentang (rebus dulu dengan kulit, lepastu baru kupas dan belah 4)
9. Ayam (kukus terlebih dahulu dengan halia & sedikit kunyit)
10. Rempah kurma, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga,cengkih
11. Santan kotak, kerisik

Caranya, tumis bahan kisar, bahan rempah, bahan-bahan yang telah dibelah. Masukkan ayam kentang dan sedikit air selepas bahan tumis dah naik bau. Masukkan santan dan kerisik dan biarkan sehingga pekat. Tapi aku suka yang ada kuah sedikit, jadi boleh adjust guna air.

Kurma ayam..... yang yum....yum.....yum..
Tapi yang best malam ni ada "Hantu Kak Limah Balik Rumah" memang tak boleh tahan lah. Tengok berkali-kali pun tak jemu, tetap ketawa tak kering gusi. Abu hurairah dengan pawang indon (sofi jikan) yang paling tak tahan, lawak abis. Tapi mak ngan ayah aku pun tak kurang hebatnya ekarang ni dah pandai mengenakan orang. Sebelum aku balik kampung mak ada cakap yang ayah bela burung, mati-matilah aku ingat burung tekukur ker burung tiup ker sekali cis.... burung mainan. freee jer kena tipu hehehe

Sekali burung mainan daa...............

Oct 21, 2012

Si comel ashraff

Bismillahirahmanirahim...................


Sedar tak sedar ashraff dah masuk 5 bulan, hehehhe anak sedara aku yang paling muda setakat ni. Geram ikut kan hati tiap2 minggu nak pi jenguk dier. Pasal dia comel sangat, kalo nangis suara dier serak2 rockers hahaah comei sungguh. Ishhh budak kecil memang pandai ambil hati orang, sekali pandang mesti hati terpaut terus jatuh cinta. So kalo nak belajar ngorat kena belajar ngan budak-budak comei ni heheheh. 

Pipi comei, bau yang menyamankan huhu rase nak gigit2 je pipi 

Haaa sekarang, rambut ashraff dah tumbuh tebal dah
cam rambut chef adu kuikui
Tapi raya aji ni, ashraff tak balik kampung huhuhu sian aku. Terpaksa ah main ngan meyo, hehhe tak sabar nak balik kampung pasal mak kata ayah ada hobi baru. Sekarang ni ayah dok bela burung tekukur namenya "awang kecik" hahahah klasik sungguh namenya. Mak dok merungut kate burung tu asyik memekak jer. haishhhh nak wat camner


Sep 22, 2012

Aidilfitri 1433H

Bismillahirahmanirahim................


Hari ni baru terasa nak meng"hupdate" blogku ini selepas bergayut lama ngan Nas. Rasa tenang sikit dapat berborak ngan kawan-kawan ngam sekepala ngan aku. Barulah ada semangat nak menulis blog heheheh. Walaupun bulan syawal dah pun berlalu, tapi aku tetap gak nak men"hupdate" suasana hari raya aidilfitri 1433H yang lepas hehehe.

Ni nak coret2 sikit masa bercuti panjang kat kampungku. Alhamdullilah semua ahli berkeluarga dapat berkumpul. Biasalah bila masing-masing dah ada keluarga sendiri terpaksa ah balik bergilir-gilir. Bukan apa, bilik ada 4 jer, mana nak kongsi ngan keluarga yong, angah, ateh , mak ayah. Suruh yang lelaki sume tidok kat ruang tamu ada yang x mau. Takkan lah org pompuan yang nak tido bergelimpangan kat ruang tamu. Aku, qila & ipit semua tido bilik mak heheeh yang pasti kami mesti ade bilik coz x kami single mingle lagi heheheh.Raya ni seronok coz dapat anak buah baru "en.Ashraf" Geram je tengok hidung die rase cam nak kemam jer.

Dan buat pertama kalinya jugak, raya tahun ni dapat bergambar dengan ramai-ramai ngan atok perempuan makteh, ucu. Keluarga makteh sedondon pakai baju raya biru turqois. Ucu laak warna purple2. Keluarga aku lak bercelaru warna warni. hahaha tahun ni aku malas nak pakai baju raya.Jubah raya jer. Tu pun jubah yang selalu aku pakai hahaahah.

Ni baru 3 keluarga (belah ayah) je berkumpul (keluarga makteh, ucu ngan ayah) belum tambah lagi 4 keluarga yang lain
Hari-raya ke-4 pulak, adikku taufik a.k.a ipit bertunang dengan Intan Hanim. Maka bermulalah rombongan cik esah ke "Kampung Parit Wodorono" @ lubuk sipat. Tak taulah kenapa nama tempat itu begitu. Walaupun nama tempatnya unik, persekitaran kampung nyer sangat lah tenang. Memang 100% prkampungan melayu-jawa-bugis. Meh layan.....................gambar-gambar semasa majlis pertunanganya.

Kesian rombongan cik esah sume kenit-kenit  almaklumlah cucu baru masuk 6 orng.  hahahah kerahan buruh kanak-kanak. Tema kelabu la gamaknya
ecehcehceh... sesi bersalaman dengan bakal mak mentua sambil diperhatikan pakcik berkopiah putih..
Hai dah nasib badan terpaksa jadi ibu gantian....... huhuuhu mak nya sibuk berbalas pantun.

En. Taufik n Intan Hanim heheheh malu-malu kangarooo la pulak




Aug 15, 2012

Mood Raya dah mula dah...........

Bismillahirahmanirahim,

Haa mood aku la ni dah macam meyo " merenung jauh nun"................................................

Nak balik raya!!!!!!!!!!!!!!
La ni buat tu  tak betul buat ni tak betoi semua macam serba tak kena. Jasmani jer ade kat tompek koje, rohaninya dah kat kampung nun.Astaghfirullah.....ape  nak jadiklah dgn anak pak Taib ni. Huhuh yolah, office pon rase longang jer. hmmm takkan lah diorang dah dok pakat start cuti rayo awal kot. Ape eden nak buat sorang2 kat opis ni... Oleh kerano bosan yang dah mencapai tahap meriam katak GABAN. Aku pun wat la perkara2 seperti di bawah yang takde pun dlm "Job Description" aku..

Buat sedikit " checklist" sebelum pulang ke kampung untuk berhari raya hehehe. Bukan untuk apa sekadar mengelakkan huru-hara semasa nak balik nanti.Aku ni gelabah x bertempat orgnyer.

1. Isi leave form (walaupun HR dah inform from 22nd to 24th tu force leave heheh)
Annual leave tinggal 11 hari stelah ditolak 4 hari for raya
2. Ensure segala bagai tempahan kuih raya, kek raya, or baju raya dapat sehari sebelum balik raya heheh (kalao dapat terlalu awal, jangan lak dok makan kuih tu before raya hehe kang x pasal2 kena owder balik)
3.Start packing 2 hari sebelum bertolak (segala bagai baju, toiletries, medicine, laptop, sume jenis charger, kuih2 raya, buku2, CD reader, favoret DVD )
4. Start packing 1 hari sebelum bertolak balik untuk barang keperluan "Meyo" and "Adeq". (litterbox kena basuh & keringkan dulu, cat sand (utuk keperluan perkumuhanya), food cat, food bowl, water bowl.Semua ni lepas packing dah boleh sumbat kat bonet belakang.
5.Check condition kereta (servis minyak hitam, gear oil, alignment and balancing) at least 2 week before balik beraya. 2 days before that kena check angin tayar dengan coolant and air bateri. ha yang ni jer aku x gemor huhuh duit laiii ah nampaknya
6.Bila semua dah ready boleh ah sumbat sume malam sebelum bertolak except my cats. Pagi lak kena kemas cage dan letak kat luar rumah. Pastu 2 ekor binatang peliharaan aku  will be in the "cat carrier" huhuhu.Jawabnya habis jer sahur dah kena start mengemas diorang.  Start from 3am, 2 ekoq tu kena fasting lah kan. kalo x haru biru dlm kereta kalau diorang nak ek ek.

Melakukan aktiviti2 yang tak terpikir nk buat kat Ofis

1. Kemas bagai nak rak business card yang telah berusia lebih kurang 6 tahun lamanya heheh.Hasilnya sungguh memuaskan. Lepas ni xdelah aku terkial2 cari no.

Aug 7, 2012

Berpuasa Di 106-A Kg.Seri Pantai Mersing

Bismillahirahmanirahim....

Alhamdullilah dapat gak aku berpuasa kat kampung tahun ni. 3 hari pun jadiklah. Best tak terkata, rasa nak je berpuasa sebulan kat kampung. Lauk pauk xdelah havoc sangat tapi mood ngan suasana tu yang best n damai. hari pertama mak masak lauk singgang ikan cermin, ikan bakar, sayur bayam ngan tepung bungkus. Best gile, tapi aku x sempatpun tolong mak ngan ayah masak coz aku xlarat gile. Sampai je rumah kol 1.30p.m pas zuhur aku collapse "membuta".Sedar-sedar mak kejut dah asar. Kuih pun dah siap. Tepung bungkus tu dalamnya macam kuih koci (tepung pulut inti kelapa gula merah) kat luar dia lak dilapis dengan bubur sumsum tapi bezanya lebih manis. So nak buat kuih ni ada 3 peringkat ah. Mula-mula buat lapisan luar caranya macam wat bubur sum-sum. Lepastu baru buat lapisan dlm yang macam kuih kochi tu. Pastu together2 kukus. Barulah siap n boleh dimakan...tapi lepas berbuka lah kan. 

Hari kedua ikut ayah pi pasar basah pagi. Best gile banyak sungguh ikan segar2 n macam2 lak tu rambang mata gue. Last2 beli ikan asuh ngan kekachi (nak bwk balik Nilai), kupang ngan ketam. Geram je aku tengok ikan ketarap tu, bukan ape x pernah makan. Ayah kata kalo bakar sedap giler. Nak beli besar gaban lak tu. Nak makannya 3 orang jer, jadi terpaksalah juga aku kawal nafsu aku ni heheh. Kat bawah ni aku ade letak gambar2 ikan yang cun2 aku google je imej ikan2 ni.
Nilah ikan ketarap @ bayan:warna biru menakutkan tapi mesti sodap ni!
Ni pulak ikan kekachi@kachi; ni kalau masak asam pedas @ kari pasti menjilat pinggan ni
Si cantik manis ni malay namenya Asuh @ tambak; Masak Asam pedas or bakar memang ngetop 
Kalau nak dibandingkan kesedopan ikan-ikan ni 10x ganda lagi sodap compered tu ikan siakap and 20x lagi sodap dari ikan bawal. Masak 3 rasa ke, masam manis ke, stim ke semua boleh bagi ikan kachi or asuh ni. Hahah tu pasal ah kalo balik kampung ikan siakap tu aku tgk sebelah mato jer heheh. 

Pagi tu tolong ayah cabut ubi kayu. Boleh tahan ah penatnya, dah lama tak mencabut ubi ni. petang lak aktiviti menggondolkan sayur2 yang ada kat laman rumah. Pucuk ubi, limau sambal, lada padi, daun pisang (ni nak wat lepat ke bakar ikan ke nanti).Kira kalo balik nilai x sah kalo x penuh bonet kete ngan sayur2 dan ikan hehehe. Biasalah kat Nilai ni susah nak jumpa ikan laut.Kalo ikan keli ke puyu ke banyak ah.  Menu hari kedua masak (lauk lemak labu bersama kupang,labu dan kacang panjang), pucuk ubi dgn sambal asam. ikan bakar lolong, ketam rebus ngan kuih ubi goreng berlado. Hahaha aku cuba buat kek lapis coklat cheese kukus tapi jadi cam puding lak. Tapi ayah suka coz cam lembik2 (almaklumlah pakai gigi pelasu).Hari ketiga tak berbuka kat kampung pun, huhu coz dah balik ke Nilai pagi tu.
Memang terbaek ah hasilnya!!!!            
Moral of the story: Kalo makan makanan feveret kita ni kenalah selalu beringat, jangan dok tibai banyak sangat. haa la ni balik Nilai dah gatal2 area bibir aku ni coz byk sgt makan seafood. Padan dengan muka eden huhuh......

Jun 26, 2012

Bila Bersama Insan-insan Tersayang

Trip Gunung Ledang to Ayer Keroh Feb (2012)

Alahamdullilah dapat menyaksikan Keindahan Alam yang Diciptakan Allah dalam Masa 6 hari. Maha Besar Allah yang selalu terjaga dan memberi Segala untuk kita nikmati & hayati...

Alhamdullilah dapat jugak bawak mak ngan ayah pi bercuti, pertama kali ah jalan jauh sikit.Bermalam lak tu, ishhh mula-mula cuak juga bawak ayah ku yang terkenal seantero dunia dengan ketegasannya.1 hari 1 malam kat tangkak, tido kat chalet sebelah air ter lagii (mt ophir reort or G.LDG resort). Oklah 1 bilik boleh muat 2 orang. RM150/night (ipit support). Mak, Qila ngan aku 1 bilik, ayah ngan ipit 1 bilik. tapi bilik sebelah-sebelah. 

Malam tu kitorang lepak kat bilik ayah hehehe sembang2 n gossip2 dulu sambil makan sate. yang lawaknye takde mangkuk nak isi kuah sate. Ape lagi dlm cawan lah makanya heehhe ayah relaks je. Heheh mesti dlm hati die kate "camni anak2 aku kat luar". Mana taknya selalu nak makan semua kene berhidang. Mak jangan cakap ah, sememangnya sempoi!. hmm tetiba aku rase aku ni sempoi ikut gene mak kot hehehe ganas ikut gene ayah.Pagi lepas subuh terus pi sarapan, cepat2 sebab nak terjun kat air terjun.Padahal ankle aku baru je injured (ligament injury -2 spot) tapi akulah ketuanya bab-bab terjun menerjun ni heheh. Hahaha Qila jangan cakap ah tergedik2 ah dapat mandi air terjun. almaklumlah "si itik" dapat kolam besar. Ayah ngan mak tak terkata ape dah tgk anak2 die mcm itik jumpe air. Ayah kata kalau dulu dia ada masa memang dah lama dia ajar anak2 die berenang. Mata dia nampak sedih la pulak masa dia ckp macam tu. hmmm alah takpe pun, janji kitorang dapat membesar, disayangi oleh mereka dan berdikari sendiri lepas tu pun dah lebih dari cukup. Memang ah anak ramai, kecik2 lak tu mesti ah banyak kerja kene buat ;).

Lepas tu kitorang terus pi Ayer Keroh, tidur semalam kat Hotel Seri Malaysia (ni aku support). Sebelum merewang ngan Angah kitorang bawak mak ngan ayah pi Taman Rama2, hehehe pastu diorang dah tak larat.Malam tu pi Sg. duyung melahap seafood.... tak ingat dunia ah mase tu.Sedar2 Uric acid tinggi lepas beberape bulan.Rasekan penangan seafoosd... menyebabkan aku terpaksa "See doc" pulak
                                                            Taman rama-rama Melaka
Adik, ipit, mak n ayah @ Taman rama-rama
                                Ayah ngan mak lepas penat berjalan pi mengurut sat hehehe

mak posing kt G.LDG

Trip Cameron highland MARCH (2012)

First time pi sini perghhh, pergi dengan angah n family, stay kat brinchang 3D2N.masa nak pi lalu tapah masya allah rase nak muntah nasib baik bukan aku yg drive. Jalan berliku2 curam2 lak tu isshhhh kembang kencup je perut aku. Paling best kat sini pasar malam dia ah. Banyak gila sayur, yang x pernah makan pun ade. Aku main beli je, selada air, kailan yng mcm ade lendir, water lily ?? aku pun dah tak ingat namenya. Untuk keselamatan semuanya aku goreng belacan hahahaa nasib baik sodap.


Makcik ngan anak buah
strawberry farm

Angah, amir, alisyha, cik ijah, Ayin yg macam sumo kurus;)
                                                           Dekat ladang Teh ala-ala ombak rindu