Showing posts with label Entertainment. Show all posts
Showing posts with label Entertainment. Show all posts

Oct 8, 2012

Gensomaden Saiyuki (flashback)

Bismillahirahmanirahim.......

Kali nak entry pasal salah satu favorite anime series yang aku giler satu masa dulu. Masa aku kat tingkatan2 sampailah series ni stop masa aku study degree. Kira inilah anime yang berkonsepkan "martial art serius" pertama aku suka. Kalau macam macam "sailormoon" ker "dragon ball" tu x berapa serius hehehe tahap darjah rendah jer aku tengok.  Nak cerita lebih-lebih pun pasal anime ni pun, aku dah tak berapa hingat, yelah dah lamer kot tak replay. So semalam masa tengah bershopping kat wangsa walk ngan anak2 buah aku, tetiba terpandang kan DVD gensomaden saiyuki complete episode (1-101 end). Ape lai sambar je ah, harga dl RM60. Oklah selalunya stock DVD Bleach aku RM70 untuk 30 episode je kot. So plan nyer nak layan semula anime ni, selain melayan Master chef MY (tengok che'lah) lepas balik kojer.

Gensomaden Saiyuki (1997-2002)
Dalam citer ni, watak yang paling aku suka ialah si Gojyo yang berambut "merah purple". Character die semestinya  sempoi, degil sikit asyik cari pasal jer ngan goku. Sanzo lak lebih kepada lelaki macho, berbudi pekerti dan selalu menjadi pelerai pergaduhan antara gojyo n goku. Hakkai pulak pendiam, bijak and cool (kire nerd ah ni). Gokku sebenarnya watak paling utama, coz die paling kuat, muda, kuat makan dan paling manja ngan sanzo n hakkai ah tapinya. Ingat lagi Ina pun suka citer ni, so aku ngan die memang sekepala ah kalo berbincang pasal citer ni. Watak yang dia suka of coz lah ... Hakkai si nerd yang bijak. Plus pernah dulu dia cakap dia hanya suka orang lelaki yang pakai "cermin mata". Kuikui tapi realitinya dia tersangkut ngan orang x pakai cermin mata pun. Kesian suaminya.......

Below left: Gojyo,Hakkai
Top left: Sanzo, San Gokku

Sep 25, 2012

Superhero Japanese style Vs American style

Bismillahirahmannirahim........

Ni tengah dalam proses meng"reduce" kan diri dari melayannnnnn anime kegemaran aku "BLEACH" or yang equivalent. Bukan apa kekadang aku dok layannnn sampai berulang kali citer-citer ni ape org puteh cakap "die hard fan" or "kipas susah nak mati". Kenapa aku suka n ape perbezaanya, ha silalah baca pendapat aku seperti di bawah: 

1) Macam-macam adaa..

Kalau "BLEACH", maybe aku suka coz diorang ada macam-macam power. Haa ni sama macam superhero amereka, tapi bezanya superhero barat hanya ada "External power" je, kalo superhero jepun mesti ade "inner power" yang akan ter"gali" keluar by time and experience. hendak2 biler diorang dah hampir nak kalah.
Contoh: Superhero barat (X-MAN) - kalau wolverine power dia kuku yang tajam dan amukan nyer kalau tak puas hati. Ni same je macam kucing, kenapa sebab kucing kalo tgh marah mesti lawan kuar kuku, senang je nak expect power yang bakal keluar...boring.........
Contoh: Superhero japan (BLEACH) - Selalunya tahap permulaan diorang mesti stage diorang berusaha keras untuk jadi kuat lepas tu lama kelamaan diorang sedar diorangnya power (cam ichigo lah hero dlm anime ni) lepastu power diorang increase lagi (spiritiual pressure namanya). Bukan setakat tu diorang punya pedang or tools fight yang lain pun leh increase capability nyer. Kalo dalam citer ni, pedang ichigo boleh tukar menjadi " BANKAI" iaitu tahap paling power lah, siap baju dia pakai pun boleh bertukar. Lepas tu kalau dalam mode "BANKAI" ni power pedang pun bertukar jadi getsuga tensho (lebih nipis tapi power). Superhero barat ada?????? harapkan main laser2 kat mata sambil betul jambul jelah heheheh


    Haa ni jelah senjata "wolverine" kalo nak lebih power kena  polish guna SS cleaner ah heheheh
Kurosaki ichigo bila "Mode Normal"- Baju & Pedang
Kurosaki ichigo bila "Mode BANKAI" - pedang ngan baju pun bertukar;) 
2) Soundtrack yang Hebat.......
Superhero japan biasanya akan mempunyai soundtrack yang amat best didengar telinga lepastu video clip nyer pun best sebab character dalam anime tu akan pakai costume yang lebih santai diluar character diorang.  Pendek kata aku suka giler.....Tapi kalo Batman sound effect awal pun dah cam gelap... masuk citer pun gelap....ending die pun lagilah gelap ..............pendek kata gelap masa depan tengok citer ni

Tahap gaban punyer boring.................. costume sama je.Tangkap gambar pun tegak jer...

Ni Costume BLEACH dalam anime....


Haa yang kat atas tu costume dalam sound track or video clip haaa santai gituuu (antagonis pun hensem2)

Haaa ni lagi cumel...hehehe
3) Ada nilai-nilai murni....(tak percaya kan)
Sikap setiakawan or "Nakama" orang jepun cakap,mostly semua superhero anime yang "bergroup" akan diketengahkan sifat ni. Diorang sanggup berkorban demi kawan and family. Lepastu kalo superhero mesti x mati nyer ade jer kawan2 die yang akan tolong. Tu yang kekadang aku "melalak" bile tengok superhero anime x tahan tengok scene cam ni. Rasa cam harmoni gitu, dalam bertarung2 tu ada gak nilai-nilai kemanusiaan yang diterapkan.

4) Kekadang watak antagonis pun boleh jadi sebaliknya
Haaaa ni lagi x tahan. Kekadang tu disebabkan sifat superhero yang baik giler, character antagonis pun boleh menjadi baik. Tapi selalunya biler dah nak last2 ah huhuh tak sempat nak bertaubat dah mati.... sedih-sedih...
ulqurora ni sebenarnya penjahat  or ESPADA no.3 yang tak berapa nak jahat tapi power.Tapi apakan daya biler nak dekat2 tamat wataknya, tetiba die cam baik hatilah pulok... saje buat aku bengang

Haa ni character yang paling unexpected. Masa season 1-2 Gin ni nampak macam jahat sangat "musuh dalam selimut" tapi masa season 3 barulah terbongkar rahsia yang dia ni sebenarnya "musuh dalam selimut musuh" rupanya. Ending dia pun buatkan aku meleleh air hidung sob....sob...


5) Tahap kelawaan or kehandsoman side kick >/= superhero
Ni lagi x leh tahan anime jepun ni kekadang over cun melecun, dengan mata yang bulat, rambut yang berwarna warni (boleh berdarah hidung ku). Costume diorang jangan cakap ah kekadang pelik pun ader. Kalo superhero barat??? pakai seluar dalam kat luar tulah modal diorang kuikui.....
 Heronya ichigo kurosaki (rambut oren) sidekick nyer pun hebat2 (boleh berdarah hidung!) panas je pipi ni 


                             Haa beza kan. team super hero barat semua hudus2 heheheh. Boleh berdarah mata ku!

6) Jalan cerita straight forward
Senang sikit nak tengok kartun kenalah straight forward kalo dak dah jadi drama swasta kan. Lagipun kalo yang kena berpikir sangat, boleh cepat bosan dibuatnye....

TAPI ada jugak kelemahan superhero japanese style ni.... from anime nak pi real nyer filem guna orang betul x berapa nak best. Tapi kalau kartun superhero barat nak pi filem terbalik lah pulak hensem sgt la pulak orangnya kuikui......Ni pandangan aku aje, terserah pada masing-masing suka Japanese style or Amarika style kooo..melayu style pun buleh....