Showing posts with label Sports / Trekking / santai. Show all posts
Showing posts with label Sports / Trekking / santai. Show all posts

May 2, 2013

Hiking: Gunung Nuang (Janda Baik)

Bismillahirahmanirahim.........................


Alhamdullilah sabtu yang lepas (27/04/2013) berjaya menawan satu lagi puncak gunung yang ada di Negara Malaysia yang indah lagi permai ini. Gunung Nuang namanya, sebelum mendaki macam-macam cerita aku dengar pasal gunung ni. Antara yang paling popular adalah potensi yang tinggi untuk sesat kat dalam hutan ni. Cuak jugak memula tu, hampir-hampir  je tak jadi pergi. Bukan apa aku ni walaupun boleh dikatakan selalu masuk hutan tapi pengalaman bermalam atau bercamping dalam hutan tak pernah lagi. Untuk pengetahuan ada 2 laluan bagi pendaki, pilihan pertama dari hulu langat (selangor). Laluan ni lebih pendek tetapi lebih "mencanak" pendakian nya. Laluan kedua pulak dari Janda baik (pahang). Mengikut kata-kata dari pendaki-pendaki, laluan ni lebih panjang tapi tidak terus menerus "mencanak" pendakiannya.

Perjalanan kali ni bermula dengan tersangatlah awalnya dan panjang sekali. Kali ni group pendakian ada 23 orang ramainya. Tapi yang aku kenal adalah dalam 5-6 orang. Tapi semuanya baik-baik belaka dan peramah, bagusss bertambah lagi member-member sekepala dengan aku hehehe. Tapi kali ni Yoke ling pun tak pasal-pasal  terjebak sekali. Kesian amoi tu kena bangun pagi-pagi.

4:30a.m - 6:00a.m       : Dari nilai ke Genting Sempah R&R
6:30a.m -7:20a.m        : Bergerak ke janda baik dan berkumpul di starting point
7:30a.m -12:30 p.m     : Pendakian bermula dan tiba ke puncak Gunung
12:30p.m - 2:30p.m     : Berehat-rehat sambil membuang-buang pacat di badan
2:30p.m -7:30p.m        : bergerak turun dan tiba di starting point

Memasing fresah dan bersemangat nak memulakan perjalanan (laila & yoke ling)
Peace yer laila hahhahaa memula biasalah gumbira

Salah satu scenery yang sejuk mata memandang...........

Melintasi perumahan orang asli...... anda pasti disambut dengan salakan anjing .... haaa ni die punye chief!
Banyak la pulok pokok-pokok tumbangnya.......


Tabahjer lah.... tanah yang amat lah licin.....
Kalau renung lama-lama kat tanah, nampaklah 10-20 ekor pacat mengiut2
Antara pengalaman yang best merentasi rimbunan akar2 kayu... siap boleh main henjut2 lagi
Yang bawah tu macam buah "zaitun" yang ada kat sekolah rendah aku (kategori snek aku dulu)
Air terjun chemperoh "Terbaik!!"
Perjalanan dari starting point ke air terjun ni mengambil masa 1 jam +++. Cabaran sepanjang perjalanan adalah keadann yang teramatlah becak, pacat-pacat jangan cakap lah memasing sampai jer air terjun dok mengira berapa ekor pacat yang melekat kat memasing.... kat sini berehat lebih kurang 1/2 jam. Bagi sesiapa yang nak top up air boleh lah ambil kat sini. Tak perlu risau airnya bersih jernih dan rasanya pun sedap.... aku selamba je minum. Sebelum meneruskan pendakian, kitorang punyer guide dah warning... kalau ade sesiapa nak quit baik patah balik dari sini. Pasal perjalanan lepas ni memang menjerihkan... semuanya "mencanak" tingginya. Bagi mengambarkan kepayahan ini, maka tiada gambar dapat aku snap selepas dari air terjun hahahha.

Haaa ini jer mercu tanda puncak gunung ni.... yeah!!!! (ade model inter frame kat pokok tu)
Tak sangka kat atas ni pun macam zoo, gile jinak tupai ni, gemuk2 pulak tu
Batu tanda sempadan diatas puncak gunung (antara negeri pahang & selangor)
Ada yang masak maggi rusky, aku tapau nasi lemak tapi sambal, telur timun nasi semua campur, dan photo  "tongkat heroku".

SUMMARY:

1) Ketinggian pendakian 1493m
2) Cabaran: ketahanan fizikal, tahap kelicinan/kebasahan tanah, pacat memacat, jalan yang agak "confuse"
3) Salah seorang kawan terseliuh bahu dan hampir pitam masa perjalanan turun
4) Beberapa kali kakiku cramp pasal kesejukan meredah sungai & air terjun.nasib baik ada bawak minyak panas.... so masalah dapat diselesaikan dengan bijak
5) Aku sudah dapat menerima kehadiran pacat dengan lebih "tenang" hahhaha dah tak geli dah. Siap boleh tolong orang lain buang pacat-pacat dari badan diorang
6) Pengalaman dari atas puncak tak berapa menarik (puncak yang agak sempit)....mungkin juga sebab aku keletihan untuk cuba menikamti keindahan tersembunyinya.....
7) Alhamdullilah masa mendaki amalkan zikir-takbir dan masa menuruni tempat tinggi amalkan zikir-tasbih insyaallahakan rasa lebih tenang dan kurang penatnya........
8) Masa mendaki, terdetik hati aku "kalau lah ada kayu macam tongkat kan bagus". Tak berapa lama lepas tu tetiba aku jumpa kayu yang sebijik macam tongkat, lurus dan sedang-sedang elok ketinggiannya dengan aku. Bersyukur sangat masa tu,sebab ianya sangat membantu. Masa turun tu, ada juga terasa macam nak bawak balik jer tongkat tu. Tapi bebudak tu kata lebih baik ditinggalkan saja kat hutan tu. Tapi sempat juga aku ambil gambar tongkat tu untuk kenangan (refer photo sebelah nasi lemak tu).
9) Walaupun aku cakap semuanya mengenai cabaran fizikal tetapi apa yang penting adalah kekuatan mental dan spirit kita......Because " You're the only one who gets to decide where your limit is"



Apr 9, 2013

Hiking: Air Terjun Perlus Hulu Langat

Bismillahirahmanirahim.................................


Alhamdullilah........dan terima kasih pada kawan-kawan yang sekepala dengan aku. Hiking kali ini pada 06/04/2013 memang istimewa sebab semuanya "kaum hawa" dan destinasi penamatnya bukan pemandangan indah di puncak tertinggi tetapi pemandangan nyaman air terjun yang terpencil lagi tidak tercemar. Air terjun perlus ni terletak di daerah hulu langat dan lebih spesifik lagi di Batu 14 pekan hulu langat. Bertolak dari Nilai seawal 5.45 pagi dengan Ika dan Devi. Kemudian kami singgah pula di Bangi seksyen 3 untuk pick up laila. Dari Bangi terusmasuk ke lebuhraya Kajang Silk > persimpangan ke Cheras selepas itu masuk ke persimpangan pekan Hulu Langat. Berhenti Solat Subuh di Masjid Hishamudin / masjin pekan hulu langat. Selepas solat  subuh berhenti pulak bersarapan pagi dekat warong depan masjid. Pekena roti canai sekeping, siap tapau nasi lemak pulak tu. Yelah nanti lepas hiking confirm kebulur punya. Perjalanan diteruskan lagi hingga berjumpa dengan sign board  "Sungai Pangsun" dan Asli Adventure Base Camp. Perjalanan  menaiki kereta dari Nilai ke sungai pangsun tu  mengambil masa lebih kurang 1.5 jam.
.

Perjalanan menggunakan kudrat kaki dan otot2 pun berlangsung. Perjalanan bermula dengan menempuh kebun orang asli, dan yang sungguh best adalah merentasi anak sungai. Hahaha ikutkan hati nak jer aku terjun ke dalam sungai tapi disebabkan hiking pun belum bermula, ku pendamkan saja niatku ini...........

Jalan kampung merentasi penempatan Orang Asli...........................
Selepas merentasi anak sungai, kami meredah hutan pulak, suasana pun agak gelap sebab banyak pokok besar dan rimpunan buluh. Nyamuk dah jadi macam DJ radio JOHARA, bergema jer kat cuping telinga aku.......

Jalan yang nampak pelik, dan rimpunan buluh lemang gamaknya..... tetiba lapor la pulak..
Terkejut jugalah lebih kurang 10-15minit berjalan tetiba jer jumpa kebun orang, siap ada pucuk manis, pokok durian, bunga kantan yang tak tahan tu....ambik buat laksa sedap ni hahahha. Nasib baik iman kuat tau haram halal, mengambil hasil titik peluh orang lain tanpa meminta izin, dah jatuh kategori mencuri dah tu.Kang buat tuan punya tak halalkan, tak pasal-pasal kembung perut tu...

Pondok menunggu durian gamaknya........
Pendakian kali ini memang santai sikit dari segi stamina tapi amat mencabar tahap "kegelian" aku. Sepanjang mendaki tu, ada lbih kurang 5-6 ekor pacat hinggap kat aku, tapi 2 ekor memang kenyang  tahap gaban hisap darah aku. Gila tabah pacat ni, walaupun aku dah pakai stokin tebal, hisap dari luar pun jadi. Kira ni pengalaman pertama aku dengan si pacat. Jadi mula-mula tu agak kaget, tanpa pikir asal hinggap jer aku  terus jer aku rentap bendalah tu. Apa lagi memancut2 darahnye....tak berhenti pulak tu. Yang lagi aku geram masa turun seekor lagi pacat hinggap dan gigit ditempat yang sama. Sabar jelah aku, apa-apapun nasib baik kena kat kaki... tapi sampai hari ni ada lagi bekas gigitan tu.

Dari kiri; Si pacat the criminal; kakiku as a victim; emergency no. EXCEPT pacat bites huhuh
Apa-apapun pendakian perlu diteruskan,aku tak sangka yang aku punya tahap "geli" tu mengalahkan penat dan lelah.  Tetiba jer rasa cam adneralin aku meningkat.....sebab dah tak tahan menanggung rasa geli ngan pacat. Aku jalan cepat-cepat supaya pacat takde can nak panjat kaki or badan aku huhuu...
Sempot lagi posing atas batang paip................
Walaupun nak cepat sampai, tapi sempat jugalah aku snap beberapa photo tumbuhan yang agak menarik. 
 

Setelah hampir 2jam setengah mendaki akhirnya sampai juga ke destinasi  terakhir iaitu Air terjun Perlus. Memang seronok sebab takde orang lain kat situ hanya kami berlapan. Aku orang pertama yang sampai di air terjun tu, terima kasih pada en. pacat sebab dia lah aku mendaki macam lipas kudung..... tak sabar nak bukak kasut dan cuci bekas gigitan tu. Darah masi mengalir keluar, guna handyplast pun dah tak jalan. Apa-apun "pemandangan yang indah dan menakjubkan" sebagai reward untuk gigitan en. pacat.....hahha memang berbaloi-baloi....

Ultimate goal.... achieved!!!!!!!!!!

Mandi sampai lebam...... hahhhaha
Dari kiri: Ika, Devi, Laila, Mariam, Emi, Nurul ,Ros. &............(aku  as  photographer)...

Jan 29, 2013

Bukit Tabur (Journey to the West)

 Bismillahirahmanirahimm......................

Alhamdulillah, Mission accomplished!! bagi pendakian Bukit Tabur (West) yang terletak di Taman Melawati, Ulu Klang telah berjaya dilancarkan........

Dari Nilai ke kawasan trekking mengambil masa lebih kurang 45 minit, selepas tol sungai besi, masuk simpang [Kuantan Cheras] ikut MRR2 terus je drive sampai signboard Zoo Negara (U-turn), tapi jangan pi U-Turn pulak belok terus  ke kanan. Drive terus sampai jumpa Bulatan Bukit Mas. Lepas tu aku pun dah tak berapa nak ingat, pasal kereta depan yang aku follow pun macam sesat jugak.  Dari bulatan tu ambil pukul 12 rasanya. Lepas tu terus drive sampai jumpa Hutan Simpanan Kekal macam kat bawah ni.Selagi tak jumpa papan tanda kuning ni jangan berhenti mencari. Laluan masuk ke hutan ni, tak berapa nak jelas, jadi asal nampak orang naik, ikut jelah. 
Baru jer nak 30minit mendaki dah ada cam adegan "Who' the Boss". Tapi itu semua fitnah, sebenarnya  skill camera man ni yang  power  sebab boleh create situasi yang dramatik begini  kuikuikui..

Group mendaki kali ini dianjurkan oleh Kelab KLAIM (Presiden lantik sendiri -Maznan) dan ahli kelab biasa-biasa soja terdiri dari radin, dani, Jue dan aku. Sebenarnya ramai lagi ahli kelab, tapi semuanya tak free pada 19/01/2013. Jadi terpaksalah import kawan UPM radin (ajib & khairuddin (agaknya)). Aku pulak secara diktatornya mengarahkan adikku join sekali. Jadi semua sekali ada 8 orang, walaupun sikit tapi kalo dah ditentukan Allah kami akan berada di situ, confirm jadi punyalah. 

Photo kiri: 2 sahabat baik radin; Photo tengah: Adikku, aku Jue n Radin; Photo kanan: Pokok/akar yang pelik
No wonder ah nama bukit ni bukit tabur, memang berterabur sungguh laluanya. Awal-awal trek nyer rasa macam trek biase je. Ada sikit-sikit laluan yang nampak macam tangga dari akar2 kayu atau batu-batan. Tapi lama kelamaan mendaki boleh tahan lah tahap kepenatannya.

Jangan risau sesat kat sini, sebab sepanjang laluan pendakian akan ada "check point" yang dicat kat batu-batu besar. Oleh kerana kitorang ni majoriti tak pernah kesini, maka kitorang naik jer ikut suka hati. Tak tau sume sekali "check point" ada berapa sebenarnya. Pendakian dari "check point 1 hingga 9" mengambil masa lebih kurang 2 jam itupun sebab banyak kali berhenti hehehe. Tahap kesukaran laluan boleh dikatakan macam "appetizer" lah untuk memanaskan badan.
Panjat jangan Tak panjat
Pemandangan cantik bila memanjat puncak-puncak batu, bagi sesiapa yang  "fobia pada ketinggian" mungkin bermasalah memanjat puncak berbatu macam ni.......
Adikku Qila terpaksa ditinggalkan bersama Maznan.... risau juga aku tinggalkan diorang berdua huhuhu
Akhirnya dua orang peserta terpaksa ditinggalkan di "check point 9", sebab gerun untuk melakukan aksi seterusnya iaitu memanjat puncak batu yang cerun dengan menggunakan teknik ala-ala spiderman @ cicakman. Ya pemanjatan tanpa sebarang alat bantuan seperti tali mahupun tangga.  Boleh dikatakan yang aku tertipu jugaklah, sebab ingatkan puncak berbatu yang tahap "horror" nyer cerun dan berbahaya itu adalah puncak yang terakhir (puncak 10) rupa-rupanya banyak lagi puncak yang agak sama teknik dan tahap ke"horror"annya.

Sampai puncak ke 14 barulah penyeksaan tamat. Inilah yang dinamakan "main course" @ stage "Adneraline Rush". Punyalah cuak, sampai masa memanjat tu dah tak ingat ape, rasa macam pesalah yang diacukan pistol dikepala, nak taknak kena juga panjat dengan segala kudrat dan keberanian yang ada. Masa tu dah tak ingat dah "fobia tempat tinggi" ke apa. Yang ada kat kepala jangan jatuh, pasal kalau tergelincir sikit memang alamat kain putih menanti. Masa tu barulah aku asyik terfikir napelah aku buat aktiviti-aktiviti begini. Kalau nak buat perupamaan lebih kurang macam nilah bunyinya "Pendakian puncak berbatu (puncak 10-14) ini ibarat  percubaan membunuh diri yang tidak dirancang". Masa tu tak taulah berapa level Adneralin aku, tapi selepas semua selesai rasa macam tenang dan lega gila. Pasal bila tahap Adneralin tinggi (pada waktu kecuakan) akan menurun sedikit demi sedikit bila  otak mula menyalurkan signal "terlepas dari bahaya"  mula merembeskan hormone endorphin yang mengurangkan emosi yang terganggu atau kesakitan ketika itu.... inilah result tengok discovery channel memanjang.. 


Apa-apapun posing dulu...big smiley;)
Masa untuk merentasi puncak ke-10 hingga 14 mengambil masa 1 jam. Selalunya untuk turun orang akan ambil jalan pintas antara puncak ke-13 dan 14. Kat situ ade trek ke bawah yang kurang merbahaya dan pantas. Perjalanan turun boleh jadi 1 jam je kalau lalu trek kebun tu. Tetapi disebabkan kami telah meninggalkan "Nakama" dan adikku kat check point 9 maka terpaksalah kami menuruni jalan yang sama. Sekali fikir memang bodoh tindakan itu tapi selepas 2 kali fikir lagi bodoh rasanya. Tapi masa tu aku fikir bukan berdasarkan logik tetapi berdasarkan hati. Siapa tak sayang adik oiiiiiii... masak aku dengan mak ngan ayah aku kalau jadi ape-ape kat adikku sorang ni. 
Dengan pemandangan macam ni memang berbaloi.......
Memang unik bukit ni, sebab view kat kiri kanan nya memang cantik dan segar... rasa cam nak nangis pulak
Sungai yang terpelihara nampak berliang liuk dari atas

Tumbuhan kat puncak pun dah nampak lain, macam kat luar Malaysia....
Di sebelah kanan puncak pulak boleh tengok kesesakan jalan raya, banggunan-banggunan
Jadi Bukit ni memang unik macam berada di dua tempat yang berbeza pada satu masa, tengok kiri nampak Keindahan Alam Semulajadi tanpa pencerobohan manusia, di sebelah kanan pulak menyaksikan pembanggunan yang mengambarkan kemodenan hidup manusia.

Pokok-pokok yang ala-ala jepun di check point terakhir

Final checkpoint; tak seperti yang dijangka, ianya tanah mendatar dan berlumut....lepak sekejap 30minit


gambar kenangan selepas tamat sesi pendakian... maka bermulalah sesi pencarian "makanan tengahari" :)
Syukur semuanya berjalan lancar, tiada yang injured, tapi adalah seorang pendaki (perempuan & lelaki), yang luka berdarah mungkin masa memanjat batu tu dia tergelincir dan terseret kat batu-batu. Hmmmm diorang ni pun satu dah tau nak memanjat bukit berbatu janganlah pakai seluar pendek. haaa kan sedih paha gebu-gebu dah berparut.. siapa yang susah diri sendiri jugak. 

Perjalanan naik mengambil masa 3 jam dan turun pun 3 jam maka dalam sehari anda mungkin berjaya menawan bukit ini. Tapi kalo masa turun ambik jalan pintas 4 jam pun dah boleh cover naik turun........tapi masa mengupdate blog ni ambik masa seminggu almaklumlah banyak cuti last week. So bergumbira bersama keluarga kat kampung sampai terlupa mengupdate..

Apa-apapun Qilla belum turun lagi dah cakap siang-siang tak nak ikut aku lagi wat aktiviti macam ni. Jogging jer dia akan teman aku. Sian adik aku gayat lah pulak. Sepanjang jalan merengek kuikui....


Nov 9, 2012

Hiking: Broga Hill (03/11/2012)

Bismilllahirahmanirahim...........


Alhamdulilah.....yahoooo(8x)....berjaya juga aku "hiking" Bukit Broga. Selama ni dengar cerita dari kawan-kawan aku jer. Semua orang cakap pemandangan kat situ cantik, siap boleh amik gambar kahwin lagi kat situ macam angkasawan negara dr. sheikh muzafar. Last year IBSRC ada gak buat aktiviti ni,  tak dapat join , hmm terkilan gak lah masa tu (aktiviti macam ni kalau pergi ramai-ramai lagi meriah dan gumbira)

Terima kasihlah atas jasa maznan kerana telah berusaha gigih memastikan aktiviti ni menjadi. Hahahah mana tak gigihnya, setiap hari bagi email "soft reminder", ha penuh inbox dengan email dia ishish..semangat sungguh beliau ni.Tak taulah kenapa, kali ini aku punyalah tahap gaban malas nak prepare baik dari segi fizikal @ emosi. Yang aku pikir ok naik bukit esok.  Masa nak pi hiking kat gunung dato' dan ledang dulu, bukan main lagi preparationya. Padan muka aku, disebabkan aku dengan sempoi tak ready kan barang2 yang nak dibawa, tup...tup... aku terlambat bangun. Hambik kau! aku sempat mandi je kot, setitik air pun aku tak minum. terus hidup enjin jalan terus. Harapanlah kan, nak bawak bekal air, makanan, first aidkan. Semua tu aku tak bawak, pasal dh kalut sangat. Penat jer malam tu aku buat ubi rebus, plan asalnya nak buat "ubi rebus sambal tumis" tapi dah x sempat nak masak sambal tumis, dengan ubi-ubi aku tak bawak.

Sebenarnya janji ngan diorang nak gerak dari ofis pukul 6.15a.m, last-last pukul 6.45a.m jugak geraknya. Nasib baik follow suhaime, kalo x mesti sesa. Sebab ini kira first time aku pi broga, ingatkan kat area semenyih kajang, rupanya ke depan lagi. Kalau lalu jalan kajang semenyih highway aku ingatlah, sebab pernah jugak 2-3 kali pergi sungai tekala. Tapi kalau lalu mantin memang eden tak pernah. Jadi untuk mengelakkan kesesatan di masa hadapan, ini dia instruction pergi ke Broga dari arah Nilai.

Dari Nilai ---- pergi ke arah LEKAS highway (tapi jangan masuk)-----Terus je drive ke arah mantin bila ada simpang (Kajang/Kuala Lumpur (Kiri) & Mantin Seremban(Terus) ---- Masuk kiri ------- Terus jer sampai jumpa Beranang pastu terus lagi sampai jumpa persimpangan ke BROGA --- Masuk kanan ----& Lepas tu terus jer sampai jumpa banyak kereta parking.

Parking kat ladang sawit RM2.00 per entry
Walaupun cabaran dan struktur muka bumi dia tak berapa susah compare tu gunung dato atau ledang, tapi stamina masa nak daki puncak pertama tu boleh tahan kena kuat lah. Sebab dia menaik jer takde kawasan landai. Tapi dari Puncak 1 ke 2 dan 3 (steady jer aku;). Kat sini yang bestnya lalang dia cun.. dan tenang. Kalo aktiviti ni jadi aktiviti bulanan pun bagus. Tapi kena cari member sorang dua yang gemar aktiviti cam ni baru enjoy heehhehe.

Haaa ramai manusia, tak payah takut lah sesat jalan ke apa hehhe
Biaselah tangkap gambar guna "Cokia" jer 
Nampak macam senja, sebenarnya snap ngadap mtahari terbit 
Atas puncak 1, mendatar sikit (kat sini lah nak amik nafas sikit) hehhehe

Sambil berehat, sambil snap orang turun naik  
yoshhhh on da way to next peak
Suke betul ambil gambar celah-celah lalang hehheh;)


Ni jer laluan batu yang ada...sikit jer nak sampai puncak 
Hahhaa papan tanda yang menandakan aku dah sampai ke puncak
Batu yang ada kt puncak, kira spot paling tinggi lah ni; dari kiri  azmir, Jue, gue, dani, & unknown
Nilah rombongan cik kiah selepas tamat pendakian.... lebih kurang  3 jam naik turun (berehat lama atas puncak)

Next hiking Gunung Angsi, hahha selagi ada kudrat akan ku layan pendakian-pendakian yang akan datang. Hopefully calcium aku byk lagi kalo tak kena minum ANELENE GOLD lah gamaknya...