Bismilllahirahmanirahim...........
Alhamdulilah.....yahoooo(8x)....berjaya juga aku "hiking" Bukit Broga. Selama ni dengar cerita dari kawan-kawan aku jer. Semua orang cakap pemandangan kat situ cantik, siap boleh amik gambar kahwin lagi kat situ macam angkasawan negara dr. sheikh muzafar. Last year IBSRC ada gak buat aktiviti ni, tak dapat join , hmm terkilan gak lah masa tu (aktiviti macam ni kalau pergi ramai-ramai lagi meriah dan gumbira)
Terima kasihlah atas jasa maznan kerana telah berusaha gigih memastikan aktiviti ni menjadi. Hahahah mana tak gigihnya, setiap hari bagi email "soft reminder", ha penuh inbox dengan email dia ishish..semangat sungguh beliau ni.Tak taulah kenapa, kali ini aku punyalah tahap gaban malas nak prepare baik dari segi fizikal @ emosi. Yang aku pikir ok naik bukit esok. Masa nak pi hiking kat gunung dato' dan ledang dulu, bukan main lagi preparationya. Padan muka aku, disebabkan aku dengan sempoi tak ready kan barang2 yang nak dibawa, tup...tup... aku terlambat bangun. Hambik kau! aku sempat mandi je kot, setitik air pun aku tak minum. terus hidup enjin jalan terus. Harapanlah kan, nak bawak bekal air, makanan, first aidkan. Semua tu aku tak bawak, pasal dh kalut sangat. Penat jer malam tu aku buat ubi rebus, plan asalnya nak buat "ubi rebus sambal tumis" tapi dah x sempat nak masak sambal tumis, dengan ubi-ubi aku tak bawak.
Sebenarnya janji ngan diorang nak gerak dari ofis pukul 6.15a.m, last-last pukul 6.45a.m jugak geraknya. Nasib baik follow suhaime, kalo x mesti sesa. Sebab ini kira first time aku pi broga, ingatkan kat area semenyih kajang, rupanya ke depan lagi. Kalau lalu jalan kajang semenyih highway aku ingatlah, sebab pernah jugak 2-3 kali pergi sungai tekala. Tapi kalau lalu mantin memang eden tak pernah. Jadi untuk mengelakkan kesesatan di masa hadapan, ini dia instruction pergi ke Broga dari arah Nilai.
Dari Nilai ---- pergi ke arah LEKAS highway (tapi jangan masuk)-----Terus je drive ke arah mantin bila ada simpang (Kajang/Kuala Lumpur (Kiri) & Mantin Seremban(Terus) ---- Masuk kiri ------- Terus jer sampai jumpa Beranang pastu terus lagi sampai jumpa persimpangan ke BROGA --- Masuk kanan ----& Lepas tu terus jer sampai jumpa banyak kereta parking.
|
Parking kat ladang sawit RM2.00 per entry |
Walaupun cabaran dan struktur muka bumi dia tak berapa susah compare tu gunung dato atau ledang, tapi stamina masa nak daki puncak pertama tu boleh tahan kena kuat lah. Sebab dia menaik jer takde kawasan landai. Tapi dari Puncak 1 ke 2 dan 3 (steady jer aku;). Kat sini yang bestnya lalang dia cun.. dan tenang. Kalo aktiviti ni jadi aktiviti bulanan pun bagus. Tapi kena cari member sorang dua yang gemar aktiviti cam ni baru enjoy heehhehe.
|
Haaa ramai manusia, tak payah takut lah sesat jalan ke apa hehhe |
|
Biaselah tangkap gambar guna "Cokia" jer |
|
Nampak macam senja, sebenarnya snap ngadap mtahari terbit |
|
Atas puncak 1, mendatar sikit (kat sini lah nak amik nafas sikit) hehhehe |
|
Sambil berehat, sambil snap orang turun naik |
|
yoshhhh on da way to next peak |
|
Suke betul ambil gambar celah-celah lalang hehheh;) |
|
Ni jer laluan batu yang ada...sikit jer nak sampai puncak |
|
Hahhaa papan tanda yang menandakan aku dah sampai ke puncak |
|
Batu yang ada kt puncak, kira spot paling tinggi lah ni; dari kiri azmir, Jue, gue, dani, & unknown |
|
Nilah rombongan cik kiah selepas tamat pendakian.... lebih kurang 3 jam naik turun (berehat lama atas puncak) |
Next hiking Gunung Angsi, hahha selagi ada kudrat akan ku layan pendakian-pendakian yang akan datang. Hopefully calcium aku byk lagi kalo tak kena minum ANELENE GOLD lah gamaknya...
No comments:
Post a Comment