Alhamdulilah, akhirnya gerakan mencari owner Oreo sudah berjaya, macam tak percaya yang initiatif macam ni berkesan. Tapi buat apalah nak percaya tak percaya, kerana semua tu pastinya dengan pertolongan-Nya. Kita ni mkhluk hanya mampu berusaha. Panggilan yang pertama aku terima hanya selepas 1 hari flyers diedarkan. Lebih kurang pukul 11:45a.m, setelah diselidik lebih kurang aku pun suruh lah pemanggil tu datang rumah untuk sesi kenal pasti chewah hehhehe macam polis pulak. Dengan ini akhirnya terbuktilah yang security guard memang boleh diharap. Itupun kalau kita tau macam mana nak manipulate diorang. Bukan manipulate ke arah kejahatan pun, sekurang-kurangnya dapat juga berkongsi buat kebajikan sesama jiran.
Menurut owner Oreo, kucing dia ni sebenarnya dah hilang 3 bulan dah. Diorang pun dah tak menaruh harapan nak jumpa Oreo semula. Oreo ni memang manja dan tak takut orang so dah banyak kali jugak lah menghilangkan diri. Tapi sebelum ni paling lama pun 1 minggu, lepas tu dia pandai balik. Hmm agak hebat jugaklah si Oreo ni merantau, sebab rumah owner dia tu phase 1 rumah aku phase 3. Kalau dia dah hilang 3 bulan maknanya, mesti dalam masa tu dah banyak rumah dia singgah, dan tak mustahil ada yang menjaganya selama tu. Harap-harap tak adalah yang call lagi lepas ni mengaku kucing dia, ishhhhh boleh bikin haru lah kalo macam ni.
Perasaan aku selepas menyerahkan Oreo pada ownernya memang gembira gila. Hahaha benda-benda macam ni memang sentimental bagi aku sebab bila dah dicurahkan kasih sayang dan tiba-tiba menghilang, memang tergigit jugalah hati ni. Rupa-rupanya nama Oreo adalah "BOBOI" hahah hampir dekat jugaklah dengan nama yang aku bagi. Dan umurnya dah 3 tahun, aku lak dengan confident tulis kurang setahun. Nampaknya ilmu kekucingan aku masih belum mencukupi heheh. lepas ni terpaksalah pi bertapa menuntut ilmu kat bukit Broga hahhahah.
Final posing from "Oreo" before return to his owner....sob..sob.. |
Farewell Oreo, wish you happy always with your human family....... jangan lari dari rumah lagi. Kalau nak lari jugak pergi buat kad pengenalan dulu....
No comments:
Post a Comment