Showing posts with label Bicara Hati. Show all posts
Showing posts with label Bicara Hati. Show all posts

May 5, 2014

Project perumahan tanggung sendiri...Part 1

Bismillahirahmanirahim.....................

Mari berbicara mengenai “Projek Perumahan Tanggung Sendiri”.

Stage 1: Bermulanya dari sebuah impian di pertengahan 2011
Setiap perkara yang terjadi kenalah ada niatnya atau harapannya barulah boleh terjadi. Semuanya bermula bila adikku aqila dah nak masuk SPM. Hmmm timbul pulak rasa cuak bila fikirkan adik nnt lambat laun akan keluar kampong juga, mestilah nak sambung belajar. Ishhh kalo adik sambung belajar of coz mak ngan ayah jelah dua orang kat kampong. Risau pulak kalo emergency ke ape. Daripada aku risau dari jauh lebih baik aku bawak duduk ngan aku kat sini. Jadi inilah yang “trigger” kan niat aku beli rumah.

Stage 2: Survey & pembelian di akhir-akhir 2011-awal 2012
Alhamdulillah aku mempunyai kakak dan sahabat yang banyak membantu dalam proses pemilihan rumah untuk dibeli. Mulanya nak cari rumah Semi-D yelah untuk keselesaan mak ngan ayah, confirmlah kene ada bilik bawah yang luas.  Tapi cari punya cari takdelah pulak yang jual Semi-D yang dalam lingkungan kemampuanku. Antara kawasan-kawasan yang menjadi fokusku:
  •  Kota seri emas  (Pemaju Sime-Darby)
  •  Salak tinggi (Pemaju – tak hengat sudah)
  • Pajam ( Pemaju – Seri Pajam)
  • Nilai (Pemaju Sime-Darby)
  • Bandar Sri Sendayan (Pemaju – Matrix Concept)
Akhirnya setelah menilai dari segi harga, kawasan, keluasan, dan juga advantage2 yang lain. Maka No. 5 lah yang jadi pilihan. Maka tanggal February 2012, termaktublah urusan jual beli dengan pemaju. Pembinaan dijangga siap 2 tahun dari tarikh pemelian iaitu pada akhir 2013.

Stage 3: Upacara penyerahan kunci dan penambah baikan rumah akhir tahun 2013 – April 2014

Ayin n amir model iklan rumah..............terbaru di pasaran kuikui...
Bersyukur pada Allah dengan izin-NYA maka siap jugalah rumahku. Awal bulan Disember aku pi ambil kunci, actually aku lambat hampir sebulan. Masa ambil kunci aku gi ambil dengan Cik Siti Zulikha hehe sebelum dia bertukar status kepada Puan Siti. Selepas ambil kunci maka bermulalah “pening kepalaku” mana taknya berpuluh “planning” kat kepala aku ni mana lagi nak uruskan hal-ehwal rumah baru, rumah yang aku sewa, dan juga hal-ehwal koje. Dulu masa beli rumah aku mati-mati ingat yang siap jer rumah dah boleh pindah masuk terus. Cehhhh itu semua khayalan belaka. Banyak koje nak kene buat lagi aduiiiiiii. Antaranya:

Rumah Sendiri
  • Wiring mengwiring (pasang lampu, kipas bagai)
Wayar-wayar yang terjurai ni kenelah panggil wiring man ....
  • Kitchen cabinet
Nilah rupe asalnyer bahagian dapur.......
  • Plaster ceiling (tak buat takpe, tapi aku buat pasal pengaruh rakan tak x sebaya heheh gurau jo
  • TV platform (Ni pun kes terpengaruh jugak ishhh2)
  • Grill pintu dan tingkap jangan dilupakan, tambah-tambah taman perumahan baru,isshhh sia-sia jer je kene pecah masuk. 
Rumah Sewa
7 tahun nyer barang .......................
  •  Pembungkusan barang-barang dan segala benda yang aku kumpul sejak 2007 – 2014 , huyooo 7 tahun aku menyewa tu.
  • Proses pembersihan rumah sebelum berpindah keluar… nak patah pinggang mengemop besar-besaran, start dar hall ke bilik sehinggalah ke dapur.
  • Proses permindahan barang dari Nilai ke sendayan aku sewa lori 3 tan (RM300 per trip). Hahaha bajet banyak sangat barang kan. Sekali separuh lori pun tak sampai. Barang yang besar macam peti ais, mesin basuh , almari, kerusi malas @ ayah aku panggil kerusi gedik2. ngan katil bujang aku jer  Yang berkotak-kotak tu macam pakaian (2 kotak), buku-buku (4 kotak), CD/DVD Bleach (1 kotak), cookingware(1 kotak) yang lagi 2 kotak tu (barang-barang merapu)
  • Bukan setakat pindah barang jer, sampah pun aku sewa lori RM 50. Yelah tak sampai hati aku tengok rumah pasgaran ni, bila ade jer yg keluar, memasing tinggal barang cam tilam, mesin basuh , dan memacam lagi kat depan beranda  pastu blahhh gitu jer.
  • Bagi training kat next leader hahaha fiza camne nak bayar sewa rumah, bayar bil api air, dan bayar fee security guard. Semua tu aku buat sendiri selama 6 tahun. Jadi tibalah masanya aku menyerahkan tanggungjawab itu, yahooo………
kerusi gedik-gedikku yang berusia 7 tahun.... akan ku bawamu kemana saja.....
Sayu jugalah aku bila blahhh dari ruma sewa ku kat Desa Kasia, sebab dah biasa kot hidup kat situ. Dahlah dekat ngan opis dan segala fasiliti yang penting. Tapi itulah yang dinamakan penghijrahan, inshaallah semuanya akan baik-baik saja ditempat yang baru……..Amin. 

Seminggu sudah masuk rumah baru iaitu pada 26hb April, nasib baik Qila cuti semester, adelah peneman awal-awal tu. Saja je masuk awal dengan Qila dapat usha2 kawasan baru mana tempat nak belanja harian, klinik kat mane, short cut ke tempat keje, jalan yg ok kalau balik lewat malam dan macam-macam lagi. Once dah familiar sikit, semalam juga bawak mak ngan ayah dari kampung. Syahdu jugaklah pasal pagi ni first time sebelum pergi kerja buat sarapan untuk mak ngan ayah dan salam dan cium tangan mak n ayah. Yelah selama ni cium salam masa gi sekolah jer..... InshaAllah aku akan cuba yang terbaik menjaga mereka semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita umat islam di dunia dan akhirat............................

Sep 8, 2013

Listening Theraphy

Bismillahirahmanirahim.............................

Selalu tengok kat TV jer ceramah Dato. Dr Fadzillah Kamsah. Tapi kali ni dapat tengok dan dengar ceramah beliau secara "Live" mengenai "komunikasi 360 degree" yang diadakan di training centre beliau di Bangi. Macam mana aku tergerak hati mengikuti ceramah beliau? Semuanya bermula dari iklan radio, aku tak ingatlah pulak radio mana satu, sama ada radio SINAR atau ERA.


Sekali sekala kalau kepala dah penuh dengan "kerumitan hidup" akal yang rasional pun boleh jadi "haywire". Tambah pula kalau kerjanya menguruskan sana sini situ, setiap pandangan, langkah dan keputusan yang dibuat memang diperhatikan oleh setiap orang tak kiralah dari sudut manapun. Jadi salah satu cara terbaik untuk meng "release tension" adalah dengan "mendengar" bukan hanya dengan telinga (hearing) malah dengan hati yang terbuka (listening). Perbezaan antara "listening and hearing", (hearing) kita mendengar menggunakan telinga boleh jadi masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Kalau yang lagi power kelajuan info yang masuk berkadar langsung dengan kelajuan info yang keluar. Tidak bagi "listening" mahupun menggunakan saluran masuk yang sama iaitu "telinga". Info yang masuk akan terus tersalur ke laluan Qalbu (hati) dan diproses maklumatnya serta disalurkan dan disimpan sebagai memory didalam HD brain seseorang itu.Kalau tidak diamalkan dalam masa 48 hrs maka memori tadi akan terluput. Jadi melalui perkongsian ilmulah kita meng"refresh" ingatan kita. Jadi kalau ada ilmu, lebih baik dikongsi daripada disimpan untuk diri sendiri.....

Memperkenalkan my youngest cats "chomp aka umi kalsom"
Antara Intipati yang menarik untuk dikongsi dan diamalkan bersama, In Sya Allah segala urusan kita didunia untuk akhirat akan dipermudahkan.....

Berniat sebelum pergi bekerja:
Kepentingan niat dalam kehidupan seharian seringkali dipandang remeh. Sekiranya kita tahu bertapa besarnya kepentingan "Niat" itu.  sudah pasti setiap pekerjaan yang kita lakukan akan dimulakan dengan "Niat kerana Allah s.w.t".......kerana

[Allah s.w.t bertindak spertimana yang difikirkan oleh hamba-Nya]

1. Nak cari rezeki yang halal
2. Nak cari ilmu
3. Nak kongsi ilmu
4. Nak senyum
" Orang yang gembira tidak semestinya senyum, tetapi yang tersenyum pasti akan gembira"
5. Nak beri salam
"Beri salam secara sempurna iaitu Assalamualaikum bukan "akum" atau "semekom" kalau nak singkatkan juga terutama jika ditulis didalam sms or email gunalah "As salam" 
6. Nak menghapuskan dosa
"Jika kita bekerja sebaik mungkin dan ikhlas kerana Allah s.w.t sehingga keletihan di petang hari akan gugurlah dosa-dosa kita, seperti peluh yang keguguran"
7. Nak Allah sembuhkan sebanyak mana penyakitku
8. Nak cari kawan baru
"Kawan baru tidak sestinya "orang baru" boleh jadi orang lama di dalam organisasi yang tidak biasa kita beramah mesra dengannya"
9. Nak kenal kawan lama
10. Nak rangsang orang berubah
11. Nak jadikan hari ini lebih baik dari semalam

Untuk menjadi seorang Ketua yang Sejati :
1. Hati yang benar-benar bersyukur kepada Tuhan
2. Patuh perintah Allah
"Amalan Fardhu dan Sunat (e.g solat malam, solat taubat, solat dhuha)"
3. Berterima kasih sesama manusia
4. Sentiasa memaafkan orang lain
"Jangan ingat kita tidak buat silap, kalau kita tidak mampu meminta maaf pada semua orang. Sekurang-kurangnya dengan memaafkan orang lain, orang yang kita buat salah tergerak hati untuk memaafkan kita"
5. Sentiasa mendoakan orang lain
"Doakan kejayaan orang lain, kebahagiaan orang lain dengan ikhlas"
6. Sentiasa membantu tanpa berkira
7. Lakukan setiap perkara dengan terbaik
8. Satukan hati & serasikan Ruh dikalangan warga kerja
9. Elak melakukan maksiat
10. Buang sifat negatif
11. Bantu orang lain untuk sama-sama bersyukur
12. Ingat mati dan bersedia untuk mati dengan menjaga ibadah
13. Bentuk sifat Qanaah
14. Syukur bila berjaya, bersabar bila gagal
15. Sentiasa bertawakkal

Beberapa "Quote" sebagai Pedoman:

"Jika kita berubah dalaman dan luaran, Tuhan akan ubah semua orang dan semua Makhluk dis sekitar kita"

"Kita boleh memohon apa yang kita mahu, tetapi Tuhan akan perkenan apa yang kita perlu, yang baik & yang kita layak dapat"

Budak baik sungguh.....minum susu berdiri;)
Penutup Bicara:

"Ya Allah I am not your most faithful servant, I commit sins yet I tell people not to.....Forgive me and strengthen my Iman".....

Aug 18, 2013

Hadiah dari PENCIPTA.....

Bismillahirahmanirahim...........................


Hadiah daripada Pencipta mendatangi kita dalam pelbagai cara dan bentuk. Semestinya dengan penuh hikmah dan tanpa disangka-sangka. Kerana Allah s.w.t itu Maha Halus lagi Maha Bijaksana. Terdetik hati, untuk mencoretkan cetusan hatiku yang datang tiba-tiba. Di kesempatan hari Ahad ini yang agak lapang, dapat jugak aku berfikir kebelakang apa yang aku perolehi dalam 2-3 mingu kebelakangan ini.

"Salah satu hadiah dari Allah s.w.t adalah sebungkus hadiah yang diturunkan kepada kita melalui Jibril. Dan didalamnya adalah dugaan & ujian" (Dipetik dari Drama siri Cinta Jannah)

"Jangan bermimpi mengecapi kebahagiaan jika takut menghadapi dugaan. Kerana kebahagiaan itu muncul sesudah dugaan." (Dipetik dari salauran Radio)

Fahamilah 2 ayat di atas ni dengan mata hati, inshaallah kita akan sentiasa menerima dugaan & ujian yang mendatang dengan lebih sabar dan tabah. Kerana hadiah itu adalah tanda Kasih-Nya kepada kita hamba-Nya yang selayaknya diuji. Jika hanya melihat dari sudut lahiriahnya sahaja, maka lama kelamaan akan terhumbanlah kita di ruang "kegelisahan yang tiada berpenghujung". Aku juga tidak terlepas dari keadaan ini, terkadang aku kuat dan  terkadang aku lemah. Yang ada padaku hanyalah harapan ku pada-Nya, agar aku sentiasa berlapang dada menerima dugaan & ujian-Nya. Teringat aku, di kala aku berasa hampa dengan kehidupan dunia, dan aku mengadu Kepada-Mu. Dapat aku rasakan Engkau mendengar cetusan hati hamba Mu ini. Tidak pernah Engkau menghampakan permintaan Hamba-Mu ini. Walaupun permintaan yang diminta lain dari yang diberi, namun itu semua kerana Engkau yang Maha mengetahui, lagi Maha penyayang. Setiap yang Engkau berikan kepada Hamba-Mu adalah sebaik-baik pemberian, kerana Engkau yang Maha Halus.

Ya Allah, dikala aku berasa hampa dengan kehidupanku. Engkau berikan aku rasa ketenangan setiap kali aku mengadu Kepada Mu...... 

Ya Allah, dikala aku berasa lemah & kekurangan. Engkau berikan aku kekuatan & keyakinan bilamana aku merayu Kepada Mu.............


Ya Allah dikala aku disakiti oleh hamba-hamba Mu, Engkau berikan aku kesabaran bilamana aku merintih Kepada Mu.............

Ya Allah dikala aku berasa gembira, Engkau berikan aku 2 rasa iaitu rasa kesyukuran atas anugerah kegembiraan itu dan rasa takut jika aku cuai mengingati Mu sesudah itu ........


Ya Allah dikala aku berasa keseorangan di dunia-Mu ini, Engkau berikan aku Teman Sejati yang memenuhkan "kekosongan" bilamana aku memohon Kepada Mu....


Tidak silap lagi, hati ku tidak dapat menipu hatiku sendiri....... setiap hari yang dilalui, tiada satu saat pun aku tidak berasa "goyah" menghadapi setiap detik yang telah Engkau tetapkan untukku. Yang mana untukku penuhi sebagaimana yang Engkau Cintai. Dan untukku jauhkan dari melakukan perkara yang Engkau murkai. Maka Ya Rabbi janganlah Engkau biarkan aku dengan diriku sendiri walaupun hanya sesaat lamanya...................kerana aku tidak mampu. 

Ya Allah, walaupun Jihad ku ini tidak sebesar mereka yang menemui-Mu dengan "Syahid" digengaman kerana memusnahkan musuh-musuh-Mu. Namun Jihadku untuk menawan diriku sendiri dan memperbaiki diriku agar dapat menyampaikan diriku ini kepada-Mu dalam keadaan yang Engkau Redhai amatlah terasa berat bagiku..

- Bicara Hati, dari penyewa hati kepada yang Empunya hati- 


Apr 17, 2013

Keperluan @ Kehendak??

Bismillahirahmanirahim...................

[kredit google image]
Rasa semacam bersalah je pada diri sendiri, hasil daripada aktiviti bershopping ahad lepas. Sebelum bershopping bukan main lagi budget tak ingat. Budget punyalah baik, sebulan sebelum bershopping tu planning nya. Tapi sayang 2,3 ribu kali sayang. Lain yang dibudget, lain pulak yang aku beli. Cubaan.... dugaan... sungguh. Memanglah jumlah perbelanjaan masih dalam range. Tapi benda alah yang aku nak sangat tu tak kesampaian. Hajatnya nak beli handbag baru, sebab aku memang ada satu jer handbag setakat ni, dan yang satu ni pun dah sikit lagi nak terputus. Bukan senang nak timbulkan hajat membeli "handbag" ni, selagi tak lunyai selagi itulah aku dok guna. Selagi boleh lah katakan. Dalam tengah kalut+berkobar-kobar nak mencari penganti "handbag" lama aku ni, satu pun aku tak leh nak berkenan.  Sebesar-besar shoppping kompleks ni takde satu pun melekat dihatiku ish...ish sadis sungguh rasanya. Setelah difikirin barang 2-3 minit, lebih baik aku tak beli sesuatu yang aku tak suka, nanti membazir je aku tak pakai. Hmmm nampak macam bagus jer keputusan yang aku buat. Tapi consequences dari keputusan aku tu sungguh unexpected. Yelah dah tak jadi nak beli , takkan lah nak balik tangan kosong jer, ape lagi antara sedar tak sedar je aku dok beli benda lain. Jadi berlakulah "dialog dalaman" untuk menyedapkan hati sendiri.

Diri aku : Aduih bila cari takde pulak yang bekenan, kalau tak cari ade jer bersidai kat tetepi dinding.. melambai-lambai...

Diri aku lagi: Takpe bulan depan jelah cari kat tempat lin takpun online saje. Banyak pilihan dan tak payah susah-susah nak keluar cari..

Diri aku : Aik nak balik gitu jer ker, tak rasa "kosong" ke? (ala-ala najwa latiff)

Diri aku lagi: hmm kalau camtu meh beli barang "keperluan" 

iyolah sedar-sedar barang keperluan hanya 1/3 jer, yang lebihnya semua kehendak

Diri aku : (mode: Berfikir sambil menyenaraikan ayat2 penyedap hati sendiri)

1. Takpe barang-barang untuk consumption  2-3 bulan punya. Tak payah beli lagi dah
2. Takpe sesekali enjoy duit kerja sendiri apa salahnya. Release tension lah katakan...
3. Takpe mulakan budget yang baru
4. Jauh disudut hati belah kanan ku mengatakan ada hikmah disebaliknya...
5. Walaupun barang tu jenis kehendak as long as aku suka dan meggunakannya dengan sebaik mungkin, maka takkan menjadi masalah...

Daripada 5 ayat yang diatas hanya No.5, yang dapat menyejukkan hati dan kepala aku buat masa ini. InsyaAllah next time aku akan lebih beringat. Kalau tak ingatpun aku akan cuba meng"remind".

Kebetulan masa nak keluar lunch tadi, aku terbaca satu petikan dari news paper The Star. Ayat yang kedua tu macam terkena jer batang hidung sendiri kalau tak tepat pun, sipi-sipi ada. Takpelah at least I learned and desired to improve myself. Which is better than always thought you are in the right track forever & ever........

"Too many people spend money they haven't earned,
To buy things they don't really want,
To impress people they don't like"  ----- by  Will smith


Mar 6, 2013

The Power of Tidur...............

Bismillahirahmanirahim........................................

Setelah beberapa kali ujikaji dan pemerhatian dilakukan ke atas diri ku sendiri. Maka terbuktilah tidur merupakan ubat paling mujarab bagi mereka yang sering menghadapi "sakit kepala" tahap gaban. Punca sakit kepala tu pelbagai, samaada berpunca dari tekanan kerja ke keluarga ker dan pelbagai lagi masalah yang ada. Biasalah bila kerja dah berlambak, tambah lagi dengan isu-isu lain. Otak pun rasa cam berputar-putar 360 darjah. Rasa macam nak "explode" tang tu jugak. Bagi aku yang berperangai "gelabah+nak cepat" akan cuba sedaya upaya nak settlekan semuanya dalam satu hari. 

Langkah pertama yang aku ambil, adalah "menyeru" diriku supaya bertenang. Ya kena bertenang dulu apa-apapun. Kalau tidak macam mana nak aturkan cara untuk selesaikan "masalah" satu persatu.

Langkah kedua: Kalau masih belum selesai tapi sudah kesuntukan masa untuk berfikir. Lebih baik berhenti berfikir.. sebab otak kita mungkin dah penat untuk menghasilkan buah fikiran yang lebih bernas lagi munasabah.

Jangan sampai tertidur di atas kertas kerja.. nanti dalam mimpi pun asyik teringat formula itu ini...
Langkah Ketiga: Elakkan daripada menonton rancangan yang anda gemari. Kerana ini akan hanya melegakan "sakit kepala" sementara waktu sahaja. Masalah yang pending pun hanya daat dilupakan sementara waktu jer. Dan masa tidur anda akan menjadi lebih pendek serta menyebabkan "sakit kepala" berpanjangan sebab tak cukup tidur.

Ni pulak akibat x cukup tidur ........dipagi hari (sakit kepala+hari yg x produktif)
Langkah Keempat: Selesaikan dulu kewajipan (solat isyak), setelah selesai pastikan tempat tidur teratur bersih dan sejuk dan nyaman-nyaman begitu. Kalau badan rasa panas dan tak selesa, silalah mandi yer.... lagi-lagi kalau tengah musim panas terik camni....

Langkah Kelima : Tanamkan niat untuk mendapatkan tidur yang lena untuk menghadapi hari esok dengan tenang dan berkesan. Padamkan lampu, kosongkan minda, sambil mem"busykan" lidah,hati dan otak dengan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan selawat....... Insha Allah esok kita akan jadi lebih kuat, ceria dan tenang...

Lets sleep like this...hehehehe

Mar 3, 2013

Nilai Dirimu......

Bismillahirahmanirahim...............................

Sesungguhnya ilmu Allah itu luas umpama air laut yang terbentang luas yang tiada penghujung. Dan apakah hak seseorang manusia itu untuk merasa angkuh dengan setitis ilmu yang mereka miliki itu. Tanpa izin dari-Nya bukan setitis, bahkan separuh daripada titisan itu pun mustahil untuk diperolehi. Benarlah segala yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada kita adalah RAHMAT bagi mereka-mereka yang bersyukur dan merendah diri namun ianya juga sebagai UJIAN bagi mereka-mereka yang semakin lupa diri. Tidak dapat tidak, aku tidak lepas dari memerhatikan keadaan seperti ini yang membuka mata hatiku agar tidak menggunakan ILMU Allah sebagai alat untuk membanggakan diri di DUNIA milik Allah.............


Bagi mereka yang menggunakan ILMU Allah sebagai Rahmat:

1. Sentiasa merendah diri terhadap teman-teman
2. Sentiasa berkongsi ilmu dengan orang yang memerlukan 
3. Tidak berkira dengan sumbangan yang diberi
4. Tidak memperlekehkan pekerjaan orang lain
5. Sentiasa merasa diri mereka "tidak sempurna pengetahuannya".....
6. Harapan hanyalah tempat yang baik disisi Allah

Bagi mereka yang diuji dengan ILMU Allah s.w.t:

1. Hanya merendh diri kepada mereka yang lebih berkuasa @ berpengetahuan
2. Rasa tidak perlu berkongsi ilmu dengan orang lain
3. Berkira dengan sumbangan yang diberi
4. Perkara biasa dalam merendah-rendahkan pekerjaan atau status orang lain
5. Merasa diri amat sempurna  pengetahuannya....
6. Harapan hanyalah tempat yang tinggi disisi manusia...

Peringatan untuk diriku, pilihan manakah yang engkau inginkan? kesudahan yang mana yang engkau impikan?  semoga Allah memeliharaku dari rasa angkuh dan bangga diri....


Wahai Tuhanku yang memiliki segala ilmu,
Aku hanya hambamu yang diuji oleh-Mu,
Jangan biarkan Rahmat-Mu untukku melupakan Mu,
Jangan biarkan Rahmat-Mu merendahkan diriku di sisi Mu,
Jadikanlah aku seperti mana yang dicintai oleh-Mu........


Feb 26, 2013

Yakinlah PadaNya.........Insha Allah anda akan yakin pada dirimu......

Bismillahirahmanirahim.........

2 minggu yang penuh dengan kejutan. Semoga "kejutan yang baik" membuatkan aku lebih menghargai diriku dan orang disekelilingku. Dan semestinya menambahkan rasa syukur atas segala nikmat yang diberi. Sementara "kejutan yang buruk" menguatkan lagi semangat meneruskan kehidupan di dunia pinjaman ini. 

O.P.P.O.R.T.U.N.I.T.Y  inilah seketul perkataan yang mengambarkan keadaan aku ketika ini. Ya ia terkategori dalam "kejutan yang baik" namun dia datang bersama "Responsibility". Bagi aku yang selalu "under-confident" ni opportunity kerap kali membimbangkan aku. Kalau tak banyak, sedikit confirm ada. Tengah aku didalam dilema, tetiba ada satu iklan kat TV macam tahu-tahu jer situasi aku...... walaupun dengan hanya satu ayat sudah cukup membuka mata aku yang agak kesepetan ini. Nilah ayatnya "Life Begins When You Are out of Your Comfort Zone". Otak aku pun terus berputar-putar tentang consequence daripada keputusan yang bakal aku buat. Setelah mengambil kira, secara tambah dan tolak segala kemungkinan, Insha Allah aku mampu melakukanya selagi aku punya DIA didalam setiap detik yang akan aku lalui. Bukankah hanya Allah yang Maha berkuasa lagi mengetahui buruk dan baik tentang sesuatu itu? jadi wahai cik Halijah mengapakah harus anda bimbang dan berkeluh kesah tentang perkara yang diluar jangkaan akal mu? Insha Allah setiap sesuatu yang dikurniakan adalah untuk kebaikan-mu.


Walaupun secara lahiriahnya burung nampak seperti sangat bebas diangkasa, tapi pada hakikatnya burung juga terikat dengan segala sesuatu yang Allah tetapkan baginya.  Begitu juga aku, walaupun 1.5 juta kali kawan-kawanku bertanya, kenapa aku masih disitu...jawapanya kerana aku masih ada tanggungjawab yang aku ingin usahakan sambil menyaksikan hasilnya. Kerana aku tidak akan sesekali berputus asa meskipun "upah wang" yang aku terima tidak semewah rakan-rakanku yang lain. Kerana itu bukan ukuran bagiku... yang penting adalah kesinambungan peluang untuk adik-adik yang masih menuntut.... itulah perkara yang mengikat aku disini.... semoga Allah s.w.t memberkati usahaku ini dan sentiasa menguatkan semangatku... Amin


Jan 13, 2013

Ada masa "semangat" ku lemau......

Bismillahirahmanirahim......................................

Kelemauan yang dimaksudkan disini boleh lah disamakan dengan "biskut kering" yang dalam tapawe kat rumah yang sudah lemau. Tak crunchy lagi, kalau dicecah teh panas pun dah tak bunyi kruup..kruup..kruup...kruup . Tapi itu biskut, sekali lemau, akan selamanya lemau.Tapi kalau manusia, yang semangat nyer dah lemau? nak pegi mana la pulak. Bila situasi begini datang menyapaku, jiwa rasa macam berperang, sama ada membiarkan saja diriku menjadi "lemau" atau do something supaya diri aku tak jadi macam "biskut kering". Kalau nak jadi pun jadilah "Biskut Oreo, pasal boleh cecah susu dan masih lagi sedap heheheh.

Wahai manusia yang diberi nama "Halijah" mari menyelam sekaki dua ke dalam diri anda untuk mencari sebab musabab kelemauan engkau..

Hasil penyelaman ke dasar diriku......

Bila mana kadar "adrenalin" dalam badan aku menurun, dimana berpunca daripada kurang "urgency" di dalam kerjaya ku kini. Kebanyakkan "task" yang diberi  pada aku agak loose timelinenya. Menyebabkan aku bekerja secara bersenang lenangan......sampai otakku lemau...

Tapi itu semua alasan yang hanya  diatas "surface" sahaja. Padahal semua itu hanya untuk membuatkan aku "sibuk" sehingga aku tak berasa "pathetic" pada diri sendiri. Supaya aku tidak mempunyai kesempatan memikirkan masa depan yang tak dapat kubayangkan. Supaya aku tidak memikirkan betapa aku "takut" untuk menghadapi segalanya. 

Astaghfirullah hal adzim.......................

Apakah aku mahu melarikan diri dari "Ujian" yang perlu diambil oleh setiap hamba-Nya? Apakah cukup dengan pernyataan iman yang diucapkan dimulut? tanpa "Ujian dari-Nya". Sememangnya aku selalu lupa akan hakikat kehidupan ini. Aku lupa kehidupan sebenar bukan di sini, Sedangkan Nikmat dari Mu melimpah ruah bagiku.............Maka 2013, semangatku sudah tidak lemau lagi, dan aku tidak akan takut menghadapinya bersendirian sebab hatiku tidak lagi bersendirian. Walau apa yang mendatang itu semua adalah "ujian". Jadi aku bertekad untuk mengambil "Ujian" itu sehingga pass. Semoga Allah menujukkan jalan-Nya bagiku dan seluruh umat islam yang berasa takut dan ragu-ragu seperti aku suatu ketika dulu.....

Bisikan Hatiku,

Jika engkau lemau... Berehatlah dengan mengimbau akhiratmu...............
Jika engkau resah.... Bermunajatlah kepada -Nya..............
Jika engkau sunyi.....Ingatlah betapa dekatnya Pencipta-Mu....
Jika engkau takut.....Bacalah dan hayatilah kalam-Nya.....
Jika engkau mati......Kembalilah bersama dengan Kasih Sayang Tuhan-Mu....

Jalan Allah adalah Jalan Yang lurus, tapi disepanjang jalan itu akan sentiasa ada cabang syaitan dan hawa nafsu..

Dec 26, 2012

Bawak-bawak berubah

Bismillahirahmanirahim.................................


Jika nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku yang lain, aku ni kira yang paling malas nak "complain" lagi-lagi pasal makanan or servis kat kedai makan.Tak kuasa aku nak pi mengadu pada orang lain or update status kat FB @ meng"complain" kat blog bagai. Setakat tunggu makanan hampir sejam dah banyak kali kot, ada tu dah sampai naik kebas punggung menunggu. Tapi nak kata aku rasa nak pi marah kat tauke or pekerja kedai tak pernah lah sampai ke tahap tu pulak. Bagi aku servis lambat tu perkara biasa yang aku boleh terima. Hatta aku boleh terima lagi kalau tukang ambil order tu tersalah order menu contohlah  kalau order "kuew teow bandung" tapi dapat "mee bandung" ataupun bila order air teh "o" ais tetiba dapat teh "O" limau. Semua ni aku boleh terima, lagipun makanan je kot, asal harga ikut menu yang dapat dan perut  pun kenyang, sudah. STOP. Tauke tak kena marah, aku dapat kenyang....cool jer...........

Tapi yang aku T.A.K > B.O.L.E.H >T.E.R.I.M.A sama ada secara langsung ataupun tidak langsung adalah apabila penjual berkelakuan B.I.A.D.A.P dan menyuruh pembeli turut sama berkelakuan B.I.A.D.A.P.  Ada juga manusia yang suka berkelakuan biadap dan pada masa yang sama suka kalau orang biadap pada dia.

- "NOT ACCEPTABLE" - sama ada secara  fizikal  mahupun mental ;)
Seperti gambar diatas, bas tu umpama diri aku manakala gajah tu umpama "kebiadapan". Kalau kita tak bagi ruang untuk "kebiadapan" masuk maka tak dapat masuklah jawabnya. Tapi kalau kita bagi ruang, seperti buat pintu bas yang lebih besar maka "gajah" atau kebiadapan akan dapat masuk. Umpama kita menerima saja kebiadapan tu berlaku. hmmm pandai sungguh aku berkias, sampai aku sendiri pun poneng..

Situasi kejadian adalah seperti berikut:

Lokasi: 
R&R Seremban (dari KL -Selatan)

Menu:  
Bihun putih & merah, Mee goreng (perencah "kosong" ikan bilis pun takde) /status aku (NO PROB)

Work flow:  
Cashier (Staff 1) space besar untuk cashier / Tukang bungkus (Staff 2) - ditutupi dengan cermin kaca yang tiada lubang. Tapi job scope si tukang bungkus adalah mengambil order dari customer yang berada di depan kaca yang tiada berlubang itu.....

Issue: 
Orang ramai beratur panjang dihadapan "cashier" untuk mengambil order. Kemudian dialog seperti berikut pun berlangsung antara cashier & customer disaksikan oleh si tukang bungkus.

Customer 1: Bihun 2, bungkus ye 
Staff 1       : Sini bayar saje, nak ambik order sila jerit nak apa kat tukang bungkus.(kata si cashier sambil berdiri tegak disebelah "mesin kaching" dengan poyonya)
Customer 1: blurrrr... tapi dia ikut juga arahan, terjerit-jeritlah dia pada si tukang bungkus yang nampak macam "orang paling busy" di sebalik cermin kaca itu.
Staff 2       :   krik....krik (bunyi seperti cengkerik.... diam seribu bahasa), nak kata dia dapat "grab" order tu pun belum pasti lagi.
Customer 1: Maka si customer yang dah kebulur pun terus menerus menjerit sambil mengetuk-ngetuk cermin kaca.
# Adegan ini berlangsung kira-kira 5 minit, lagaknya si customer seperti "romeo yang bertepuk sebelah tangan" ketika itu huhuhuu (dia tidak dipedulikan)
Staff 1        :  RM6:00 (itu sahaja yang diucapkan, tanpa melemparkan senyuman 2 bihun kosong disuakan ke arah customer tadi)
Customer 1: Di pihak customer pulak, bungkusan diambil dan terus blah.....maka tiadalah ucapan terima kasih diberikan kepada si penjual
# Tapi aku gerenti dia makan sambil menyumpah seranah pekerja kedai itu. Sebab dia berkemungkinan tidak dapat lagi berkaraoke lebih dari 1 lagu disebabkan oleh aktiviti terpekik terlolong yang melampau...

Customer 2 dan seterusnya : Turut sama melalui situasi yang sama
# Adegan jerit menjerit sambil ketuk mengetuk berlangsung selama 5 minit bagi setiap customer.......hinggalah tiba kepada customer yang ke-7

Customer 7:  Bihun Putih 1, Mee goreng 1. Tapau yer
Staff 1        :   Sini bayar saje, nak ambik order sila jerit nak apa kat tukang bungkus.
Customer 7:  (Mengulangi lagi) Bihun Putih 1, Mee goreng 1.Tapau yer 
Staff 1      :  (Tetap dengan jawapan yang sama) sini bayar saje, nak ambik order jerit nak apa kat tukang bungkus.
# Maka adegan yang cukup dramatik pun bermula............................
Customer 7:  Mintak maaf bertanya ye, tukang bungkus tu dah lama ke pekak & bisu? 
Staff 1        :  Kenapa pulak?
Customer 7: Sebab tadi encik cashier suruh "jerit" kat dia kalau nak order. Selalunya mereka yang ada masalah pendengaran jer yang camni. Saya pun ingatkan dia ni bisu jugak sebab saya tengok dari tadi dia tak cakap bila customer order kat dia. Itu pasallah saya ingatkan dia bisu. Saya kesian kat dia jadi dengan bijaknya saya order pada encik cashier jer terus. Lagipun encik boleh bercakap dan tak pekak jadi tak payahlah saya menjerit. Tekak saya pun tak berpa sihat ni, almaklumlah musim durian.
# Belum sempat cashier nak memaki hamun, Customer 7 pun dengan ramahnya terus bertanya lagi.....
Customer 7: Sekali lagi mintak maaf bertanya yer, owner encik ni masukkan satu je ker program dalam otak encik cashbot? (cashbot = cashier+robot) sebab selalunya robot ni kena update banyak program and antivirus kalau tak jadi robot yang lembab meng"proses" maklumat. Erkkk encik ni cashbotkan?????? yelahkan kalau manusia tentu encik dah lama buat improvement dalam "sistem pengambilan & pengurusan order yang tak praktikal langsung" macam ni. 
kredit dari blog lain.... "otak kosong"
# Dua-dua staff (cashier dengan tukang bungkus)  ter S.E.N.T.A.P dengan agak lama sebab lama nak memprocess "customer complaint" yang amat sophisticated macam ni. Setelah beberapa minit barulah merah padam muka mereka menahan marah. Berdasarkan reaksi mereka berdua, ternyatalah tiada siapa yang pekak mahupun bisu.. kedua-duanya cukup sempurna sifatnya.....kurniaan illahi. Cuma mereka tidak tahu bagaimana nak menghargai nikmat Allah s.w.t
Customer 7: Encik berdua, bawak-bawaklah berubah untuk jadi lebih bersopan santun, kalau nak biadap juga tak perlulah ajak orang lain sekali biadap. Kalau nak mengajar pun mengajarlah benda yang elok, bukannya mengajar orang terjerit terlolong.....setahu saya, binatang yang bernama anjing je yang suka terpekik terlolong ni......

# Akhirnya berlalulah Customer 7 pergi dengan selambanyer... walaupun tanpa bihun mahupun mee goreng. Walaupun perutnya berkeroncong lagu "bila resah-anuar zain", tapi hatinya rasa puas. Tak rela dirinya diperlakukan seperti anjing yang disuruh menyalak untuk mendapatkan makanan.

Semua cerita diatas adalah pengalamanku sendiri, tetapi perbualan dari Customer 7: adalah kata hatiku yang tak mampu aku lontarkan kepada kedua makhluk Allah itu. Syukur alhamdullilah aku dapat mengawal "darah mudaku", yelah nak menegur kena berhemah. Tapi kalau kita dalam keadaan marah, teguran boleh bertukar makian. Jadi lebih baik berdiam atau beredar sahaja. Untuk pengetahuan, aku sebenrnya dapat membeli bihun dan mee goreng itu, cuma cara aku meng"order" jer yang tak sama macam orang lain hahahha.  Aku order guna isyarat tangan dan kepala. Si cashier dan tukang bungkus bengang  giler ngan cara aku meng"order"  hehehe  aku tak peduli pun, aku lebih rela jadi pekak &bisu dari jadi cam hanjing......
Harap-harap mereka yang berkelakuan seperti penjual-penjual diatas mendapat cahaya kesedaran dari Allah untuk mengubah diri mereka menjadi lebih beradab......bagi sesiapa yang mampu berikanlah teguran kepada mereka yang memerlukan....

Dec 11, 2012

Eden Confuse......plus scary

Bismillahirahmanirahim.....................


Haa title post ni pun dah semacam jer. Asalnya tajuk ni memang diambil terus dari lubuk "hatiku" la ni. Isu yang menjadikan aku berperasaaan sebegini adalah disebabkan oleh kehadiran @ penjelmaan program-program TV (Malaysia) yang menampilkan selebriti-selebriti sebagai "penasihat" bagi masalah-masalah masyarakat yang berpenyakit sosial.

Yang "Confuse" 

Bukan menyangkal kredibiliti artis-artis ini dalam memainkan peranan sebagai masyarakat yang perihatin. Tetapi lebih kepada perasaan berbelah bagi @ omputih kata "confuse" sebab yang menasihatkan itu > kurang @ > bermasalah daripada yang dinasihatkan itu. Bak kata pepatah melayu "Seperti Ketam Mengajar Anaknya Berjalan" adakah kita nak mengikut ibu ketam yang berjalan kengkang??. Sekarang ni trend, asal ada jer skill berceloteh, popular atau ada rupa, maka seseorang itu mampu menjadi apa sahaja. Jadi pelakon, penyanyi, pengacara, pengarah, penerbit hatta jadi pelawak awam pun boleh. Tapi "come on" lah takkan lah nak jadi "kaunselor" pun seminimum itu "qualification" nya. uitttt senangnya hidup kalau macam tu, mak-mak kita pun boleh pakai baju ngerlip bagai, masuk tv dan membebel 1 jam non-stop kat depan TV kot. Nak jadi penasihat ker, pengkritik ker apatah lagi penceramah benda pertama kena tengok adalah "diri sendiri". Ilmu pengetahuan tu mau (No.1), Akhlak yang baik dan selayaknya dicontohi pun (No.1), Mampu memberikan penyelesaian dengan cara yang berhikmah juga (No.1). Kriteria lain popular, petah dalam percakapan,  cantik, cun melecun, kacak tak hingat, seksi meksi tu dah jatuh berdebuk-debuk ke belakang he. 

Tapi ni tidak, stesen TV semakin menggila berlumba-lumba mengambil artis-artis popular, untuk dijadikan contoh tauladan dan penyelesai masalah "sosial" masyarakat. Sedangkan kebanyakkan masalah "sosial yang kronik" sekarang ni, kalau tak sedikit  pasti sebanyak tempias dari mereka-mereka ini jugak.  

"Mungkin ramai yang tak rasa pelik pun, sebab walaupun selebriti tu tidak bertudung @ berpakaian sendat @ tak cukup kain, wajahnya masih "kebelacanan" orang melayu. Jadi kalau mereka membicarakan "isu-isu penyakit sosial" mungkin tak sedar pun kejanggalanya. Tapi cuba bayangkan kalau "Britney spears" bercakap@menasihatkan kita tentang "masalah remaja dan seks rambang" maybe korang pun akan pelik sama macam aku ni haaaa" - (Mood: pelik memanjang) 

Yang "Scary"

"Scary" gitu,  melihatkan mereka-mereka yang berani menghukum tentang "situasi" seseorang di khalayak ramai. Seperti mereka adalah "super baik", "super betul" dan maybe "super ring"  jajan kegemaran ku dulu. Walaupun ilmu tak sedalam mana atau pengalaman pun tak sebanyak mana tetapi mereka tegar menghukum seseorang. Erkkk memang boleh kalau nak menasihat atau membetulkan diri seseorang, tapi kenalah perbaiki diri sendiri terlebih dahulu. Menghukum seseorang tentang sesuatu yang tidak kita ketahui adalah tidak sewajarnya bagi kita manusia. Hanya Allah sahaja yang layak menghukum. 

Kenapa jadi begini, dari pandangan mata hatiku yang disalurkan melalui neuron-neuron terus ke otak. Perkara ini mungkin terjadi atas sebab-sebab yang tak kita sedari dibawah:

1. Masyarakat terlalu menjadikan "selebriti@artis" sebagai icon dan contoh untuk diikuti. Trend sebegini salah yer kawan-kawan, bagi kita orang mukmin icon sebenar dan utama kita hanya Nabi Muhammad s.a.w. Kalau nak cakap susah untuk mengenali Nabi junjungan kita, pi lah beli Biography atau search kat google dan belajar  pasal Nabi Muhammad. Confirm once kita kenal beliau, takde yang lain yang boleh dijadikan contoh.

2. Apelagi stesen-stesen tv pun berebut-rebut lah ambik artis-artis popular yang masyarakat vote & Like. Pastu disuruhnya pulak artis-artis ni berceloteh pot,pet,pot,pet. Kalu dulu artis-artis ni bercakap pasal gossip2 diorang je, tapi sekarang dah semakin advance sikit levelnya.Hmm yang untung penerbit rancangan juga. Kita ni dok melopong kat depan TV. 

3. Kurang @ takde rasa malu. Kalau ulama-ulama yang benar-benar mendalami ajaran islam sebagaimana dibawa oleh Rasullullah. Mereka lebih suka berkata "tidak tahu" atas segala apa yang mereka tidak tahu. Tapi sekarang ni semakin ramai yang berlagak pandai, semuanya serba tahu, semuanya expert, semua boleh buat. Jujurlah pada diri sendiri, kalau tidak tahu buat cara tak tahu. Kalau tidak berpengetahuan buat cara begitu. Sebelum dimalukan orang lain malulah pada diri sendiri dulu.

Kalau nak juga "Artis" sebagai idol dalam menyelesaikan masalah ummah sekarang ni, pilihlah yang betul-betul mempraktikkan ajaran islam. Barulah rasa sesuai dan eden takkan lagi "confuse" dan "ketakutan". Ini tak eden pun "confuse" nak percaya ke tak apa yang dibebelkan kat TV nun. Macam tak percaya ajo....

"Semoga kita sentiasa dihindari daripada sifat tidak tahu malu & sifat malas mencermin diri sendiri, Jangan segan berkata tidak tahu bila kita tidak mengetahui, Tapi malulah bila kita berkata tahu sedangkan kita tidak betul-betul mengetahui".

Nov 19, 2012

Kenapa Berdiam?????

Bismillahirahmanirahim.....................................


Al-fatihah kepada para syuhada yang gugur di bumi palestin. Sesungguhnya islam agama yang benar, indah lagi mendamaikan. Sudah terang lagi bersuluh Israel dan yahudi laknatullah itu yang menggila merebut kekuasaan di dunia dengan rakus sekali. Menggila ingin menjadi bangsa terhebat. Sedangkan dunia yang fana ini hanya sementara. Bergembiralah engkau wahai orang kafir, dengan kehebatan anda sekalian di bumi ini. Tahukah kamu? tiada kekalahan bagi orang mukmin, walaupun tumbang, walaupun badan hunyai tak dapat dikenal pasti, kerana kemenangan sebenar telah siap sedia menanti mereka. Kerana Allah itu Maha Penyayang, pengasih, dan Maha Adil. Kerana setiap janjinya adalah benar, Al-Quran itu benar, hari pembalasan itu benar, syurga & neraka itu benar. 


Mata aku sukar dilelapkan, kerana memikirkan nasib umat islam disana. Bolehkah mereka tidur dengan ledakan bom di celah celah rumah mereka. Tembakan peluru menembusi rumah-rumah mereka. Aku terfikir adakah mereka menantikan bantuan dari negara islam yang lain?  Walaupun aku tidak berada dengan mereka, tetapi aku merasa kecewa,adakah mereka pun merasa kecewa? Pelik dimana perginya "pemerintah-pemerintah" yang mengaku memerintah negara islam. Adakah hanya di mulut sahaja? kalau anda adalah pemerintah-pemerintah negara islam yang menegakkan agama islam, takkan palestin dibiarkan   dibelasah Israel begitu sahaja. Dahulu Bosnia, Afghanistan, Iraq, Rohingya semuanya mengalami nasib yang sama (tiada pembelaan dari negara-negara islam yang lain). Dimana perginya komando-komando, askar-askar yang dilatih bertahun-tahun menghadapi musuh? haaa inilah masanya apabila musuh Allah didepan mata, kenapa mendiamkan diri pula?.

Butakah mereka, tulikah mereka, bacul ke mereka dengan orang kafir itu semua. Seakan-akan menghalalkan  perbuatan Israel terkutuk itu. Alangkah aman jika setiap satu pemerintah negara islam menjalankan pemerintahn sepertimana yang dilakukan oleh Rasullullah s.a.w, Abu Bakar r.a, Umar al-khattab r.a, Uthman al-affan r.a, dan Ali Abi Talib r.a. Tiada perbezaan negara, bangsa kerana setiap umat islam itu bersaudara. Sudah pasti Israel laknatullah itu mengorek tanah dan mengambus diri diorang hidup-hidup, kerana orang mukmin yang sejati tidak takut walau sedikitpun dengan mereka. 

Pada ketika ini, rindunya aku padamu Ya Rasullullah, malunya aku padamu kerana aku hanya mampu berdoa dan meluahkan perasaanku. Sungguh lemah kami sekarang ini Ya Rasullullah, hanya mampu membaca berita kematian saudara kami, hanya mengira bilangan yang gugur, hanya menanti genjatan senjata berlaku. 

Wahai saudaraku disana, sesungguhnya Allah amat, amat, amat dekat dengan kita. Sesungguhnya kesusahan dan keperitan itu adalah ujian dari-Nya. Janganlah takut dengan mereka yang tidak beriman, takutlah hanya kepada Allah. Ingatlah bahawa Allah lah sebaik-baik pelindung bagi kita orang mukmin..

"Hasbunallah wani'mal wakil" - cukuplah Allah menjadi penolong kami, dan Allah lah sebaik-baik pelindung"


Yang benar,
NHT 
(Luahan hati yang sudah tidak terbendung lagi kesedihannya)

Nov 15, 2012

Selamat Tahun Baru 1434H

Bismilahirahmanirahim..................

Tahun baru dibuka dan tahun 1433H berakhir dan ditutupi dengan doa akhir tahun bersandarkan hati penuh  harapan agar segala dosa kesilapan yang dilakukan dalam tahun 1433H diampunkan oleh Allah s.w.t yang Maha pengasih lagi Maha penerima taubat hambaNya. Tahun baru 1434H disambut dengan penuh keazaman yang tersemat dihati untuk menjadi hamba-Mu yang lebih baik daripada yang baik. Lembaran 1 muharram dibuka dengan diiringi doa awal tahun agar diri sentiasa diberi perlindungan oleh Allah s.w.t daripada tipu daya syaitan, dunia dan hawa nafsu manusia.

"SELAMAT TAHUN BARU/ MAAL HIJRAH 1434H"
 (01 MUHARRAM 1434H)


Insyaallah, setiap satu azam yang aku pasang pada tahun ini akan aku cuba laksanakan dengan sempurna. AMIN.

Oct 18, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم


Untuk Hati yang sentiasa merasa kosong, untuk hati yang sentiasa merasa was-was, untuk hati yang sentiasa merasa gelisah, untuk hati yang sentiasa merasa sesal, untuk hati yang sentiasa mendambakan cinta Tuhan-Nya.......

“Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan. Ya Allah,Sesungguhnya aku memohon Cinta-Mu, Dan Cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada Cinta-Mu.

Ya Allah, apa sahaja yang engkau anugerahkan kepadaku daripadaapa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku,hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Alla,jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh. Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai. Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu

(Hadis riwayatAt-Tarmizi, rasullulah saw bersabda, “inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s”)

Oct 2, 2012

Smile...please

Bismillahirahmanirahim......

Alhamdullilah setelah hampir 2-1/2 hari aku dalam mood "down sindrom" akhirnya, petang tadi aku dapat mengembalikan mood aku kepada "normal state". Bagaimana caranya????

Pagi 02/10/2012 - Makan breakfast dengan heavy nya untuk menyemangatkan dan menceriakan hariku..
Tapi method ni tak berapa berkesan, pasal bangun pagi tadi aku rasa macam gastrik. Lepas tu aku gi lak tibai nasi lemak (sambal power giler) plus kuih pedas lak tu. So bertambah tak selesa dibuatnya, daripada emosi je yang"k.o" dah tambah lak ngan perut yang tak berapa best. Bila dah tak selesa gitu, aku pun malas nak berjumpa or bercakap ngan budak-budak ni, so bertambah "gloomy" ah mood aku pagi ni. Hasilnya aku dok mengadap computer dari kol 10:00a.m sampai kol 1:00p.m non-stop (3 hours). Mata pun berpinar, otakku ku pun dah berdenyut-denyut nak cari ayat-ayat instruction yang "mantop" untuk SOP maintenance aku ni.

Tengahari 02/10/2012 - Luncheon time with geng lunch (emi n azrina). Suppose to be happy around them, coz selalu chit chat psl something funny n ceria. Tapi hari ni, diorang dok bukak Topik Drama Swasta yang keluar kat Tv3, apa tu?? "Ku petik Dosa" kot. Start dari dalam kereta sampailah kat kedai makan pastu sambung masa tengah makan dan sambung lagi on de way balik ke offis. Diorang dok pot pet pot pet pasal cerita tu... mood diorang masa bercerita tu taujelah. Dua-dua mood geram tahap gaban, yelah cerita ni memang mantop dalam menaikkan amarah ibu bapa sekalian. hmmmm jadi aku pun dongar jelah, alamatnyer "down sindrom" ku bukan bertambah reda tapi bertambah parah.

Petang 02/10/2012 - Lepas zuhur, aku sambung kojer aku yang pagi tadi, walaupun masih tak siap lagi sampai sekarang, tapi bolehlah. Mood aku lak "seriously straight and focus", aku rase bebudak ni pun x berani nak cakap ngan aku. Sebab kat muka aku tertulis "Stay away i'm in a dangerous mode". So tau jelah biler otak sibuk memfokus kat kerja and diselang selikan pulak dengan perasaan yang emo sana sini. Jadi aura aku masa tu jadi giler menakutkan. Bukan diorang jer takut, aku pun naik takut sekali.

4:45 p.m - Aku naik surau solat asar, sambil berharap agar "mood" aku kembali normal, lepas je solat aku geledah ah rak kat surau aku. So terpandanglah CD2 ceramah, banyak jugak ah tajuk yang best. Aku pun pinjam ah 2 CD memula seram jugak ah nak pinjam sebab tajuknya pun dah cukup mengentarkan jiwa. Sambil sambung balik kerja aku, aku pasang CD n dengar guna headphone, bos aku dah tak terkata apa dah ngan "peel" aku ari ni. Tajuk ceramah nya: Sakaratulmaut daripada Ustaz Haji Ismail Kamus. Alhamdullilah lepas dengar ceramah ini, hati aku rase cam tenang jer n bersemangat balik. Sambil buat kerja sambil dengar rase cam dapat meredakan gejolak perasaan aku. Mana taknya intipati ceramah ni telah berjaya menyedarkan aku dari mainan perasaan aku sendiri.

Bila sesekali kita terasa hampa dengan kehidupan kita kat dunia ni, apa yang perlu kita buat adalah berfikir kembali tentang siapa diri kita, untuk siapa kita hidup, dan apa yang akan terjadi kepada kita selepas kehidupan stage 2 (dunia sekarang ah). Dalam erti kata lain, cara mudah dan pantas untuk mengetahui kesemua diatas adalah dengan mengingati dan merenungi proses "kejadian & kematian & kebangkitan semula " kita.

Kita bermula di alam yang sempit (rahim ibu), kemudian lahir ke alam yang luas (dunia sekarang), kemudian kita dimatikan jasad dan dikeluarkan roh ke alam yang lebih luas (alam barzakh), dan kemudian dibangkitkan dan di kumpulkan ke alam yang lebih luas (padang masyar) dan kemudian diasingkan mengikut amalan-amalan kita di alam yang teramat-amat luas (akhirat yang terkandung didalamnya syurga dan neraka). Jadi kenapalah aku perlu bersedih untuk dunia yang kecil  lagi sementara ini, sedangkan jauh lagi perjalanan yang harus kutempuhi. Benar kata ustaz tu, modal yang paling mahal didunia ini adalah masa. Jadi aku berharap dengan izin Allah dan bimbingan-Nya aku dapat menggunakan sepenuhnya masa yang sedikit ini, tanpa kehampaan dan tangisan duniawi .......

So sekarang saya akan jadi lebih ceria!!!! macam gambar kat bawah! dan jangan biarkan perasaan menguasai diri anda.

yes "everyday smile" even if u have tsunami in your heart;)

Sep 28, 2012

Letter to my cats...

Dear My cats,

I wish all of you living in happy and comfortable life with me. I know sometimes I'm yelling at you and bla..bla...bla...at you. But I want you to know, when I said "don't" its mean I want you to be good,  when I make a sound like "argghh" its mean I'm holding my anger, when I ignoring you, its not mean that I'm not care about you,  instead I just want you to have your time playing with each other.When I put you into the "cage" its mean I want to do a laundry and don't want you to get into fight with the outdoor cats.Why?? because I'm not good enough to trained you to be an excellent fighter and what you will get is only injury. When I bring you to vet and you got your "vaccines injection" its mean I really care about your health and I hope that I can live with you for the next 20 years. Then when I give you a very big "hug" its not mean i'm trying to punish you by suffocating you. Instead its mean that I want to show you how precious you are to me.  So lets try our best to create a beautiful memories together, and definitely I will work harder to give all of you a comfortable place to live.

Please forgive me if you think that I forgot to give my attention and love to you. Please forgive me if I make something that you didn't like. Please forgive me if you feel like i'm limiting your freedom. I want you to know, that its not my intention. All of you is my "dear" and I will always take care of you during healthy or illness. I hope that all of you will forgive my weaknesses. I know I can't be "perfect" at least let me be your (side kick) protector and a best friend of you. I know you can't read this letter, but I know that you really can read a "human heart" like a letter. 

"Semoga Aku tidak menganiaya kamu semua dan semoga aku dapat menjalankan amanah ini dengan penuh keikhlasan dan hanya mengharap keredhaanMu ya Allah, sesungguhnya setiap perbuatan makhluknya akan diperhitungkan olehmu ya Allah. Aku selalu berharap agar aku dipertemukan dengan kucing-kucingku di akhirat kelak dalam keadaan yang baik dan diredhaimu ya Allah"

Regards,
From someone who love u;)

# Initially I want to wrote something happy, funny and humour but its turn out to be like emotional letter sob...sob..sob..

Sep 24, 2012

Ketulusan Hati

Bismillahirahmanirahim....................


Salah satu lirik lagu yang begitu mendalam maksudnya. bergantung kepada individu dalam memahami intipati lirik lagu nyanyian Anuar Zain. Tapi bagi aku lirik ini boleh membuatkan hati bertambah berkobar-kobar mencari redha-Nya dan merebut kasih-Nya. Dia hanya SATU..... selayaknya kita merebut Kasih-Nya. 

Ku katakan pada Diriku yang kerdil dan penuh Dosa Ini, "Sungguh Aku Ingin Melihat Wajah-Mu, Namun adakah Engkau Ya Rahman Ya Rahim akan Melihat Wajahku dengan penuh keredhaan?" sungguh aku rasa malu kepadamu Ya Allah kerna kasih sayangmu yang melimpah, yang kadangkala aku hanyut memburu cinta duniawi. Kembalikanlah aku pada fitrah dan tujuan sebenarnya aku dilahirkan. Sesungguhnya fitrah itu satu, sedari awal kelahiran ia tidak berubah, hanya kita yang lalai. Sesungguhnya Fitrah Manusia hanya satu Mencintai mu sepenuh jiwa dan raga...


Kesemua makhluk bersujud dan bertasbih kepada-Nya. takut dan berserah diri pada-Nya


Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yang ku rasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu
Selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yg ku rasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku



Sep 21, 2012

Monolog Diri Di Pagi Hari

Bismillahirahmanirahim......

Sememangnya sudah lumrah manusia, kerap kali kalah dek api kemarahan. Bila aku berada di pihak yang benar salahkah aku menegaskan yang aku di pihak yang benar. Tiada niat untuk membentak apatah lagi memalukan seseorang, tapi bila di katakan aku lalai / cuai dalam melakukan pekerjaan sedangkan ianya bukan tanggunjawab aku. Otak aku tetiba rasa keliru, hati tetiba rasa lemah. 

Ya Allah sesungguhnya Engkaulah yang Maha mengetahui segala sesuatu, bisikan itulah yang selalu muncul dalam benakku setiap kali aku disalah ertikan. Biarkan saja... kata hati kecilku, tak jadi kudis pun tanggapan hamba sesama hamba. Tapi perlukah? atau yang lebih tepat lagi bolehkah? aku bertahan mendiamkan saja dan menerima kesalahan yang tidak aku lakukan?.Sekuat mana bisikan itu berputar2 dalam hati kecilku, namun mulut ku lantas mengucapkan kata-kata dan bukti-bukti yang sememangnya jelas. Jauh sekali aku berniat untuk menuding jari kesilapan orang lain, hanya untuk menghindarkan diri ini dari disalah erti.

Luahkan keluar setiap rasa yang tak best yang ada dalam diri ketika ini. Dari hati kecilku bergerak terus ke otakku diproses menggunakan "processing yang belum mampu dicipta oleh akal manusia sendiri", terus mengalir melalui neuron-neuron ke jejari yang rancak menaip.Akhirnya semua rasa yang bertoksik ini mengalir keluar dari tubuh dan fikiranku dan terkubur di dalam blog ini buat selama-lamanya. 

Saja letak gambar di bawah ini, kenangan masa tingkatan 5 cemerlang di Sek.Men. Seri Mersing 2010. Rindu pulak pada kerusi meja sekolah. Dah lama x susun kerusi bawah meja.

Yang kena prank: Fatt (tgh tido zzzzz...)
                                                                  Dari kiri (depan) : Suhaimi,fizah,Bai,finas,Ct,aku
                                                         Dari kiri (belakang): fizi,mirzat, zul,izwanul,zulhelmi(arwah).

Al-fatihah buat zulhelmi, kawan ku ini telah kembali ke rahmatullah pada 14hb Sept 2012. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman. 

"Begitulah kehidupan kita sebagai hamba-Nya, segala kenangan manis dan pahit akan tinggal kenangan pabila waktu kita di dunia telah berakhir, yang tinggal hanyalah amal dan doa-doa orang yang masih hidup dan menyayangi kita"