Aug 18, 2013

Hadiah dari PENCIPTA.....

Bismillahirahmanirahim...........................


Hadiah daripada Pencipta mendatangi kita dalam pelbagai cara dan bentuk. Semestinya dengan penuh hikmah dan tanpa disangka-sangka. Kerana Allah s.w.t itu Maha Halus lagi Maha Bijaksana. Terdetik hati, untuk mencoretkan cetusan hatiku yang datang tiba-tiba. Di kesempatan hari Ahad ini yang agak lapang, dapat jugak aku berfikir kebelakang apa yang aku perolehi dalam 2-3 mingu kebelakangan ini.

"Salah satu hadiah dari Allah s.w.t adalah sebungkus hadiah yang diturunkan kepada kita melalui Jibril. Dan didalamnya adalah dugaan & ujian" (Dipetik dari Drama siri Cinta Jannah)

"Jangan bermimpi mengecapi kebahagiaan jika takut menghadapi dugaan. Kerana kebahagiaan itu muncul sesudah dugaan." (Dipetik dari salauran Radio)

Fahamilah 2 ayat di atas ni dengan mata hati, inshaallah kita akan sentiasa menerima dugaan & ujian yang mendatang dengan lebih sabar dan tabah. Kerana hadiah itu adalah tanda Kasih-Nya kepada kita hamba-Nya yang selayaknya diuji. Jika hanya melihat dari sudut lahiriahnya sahaja, maka lama kelamaan akan terhumbanlah kita di ruang "kegelisahan yang tiada berpenghujung". Aku juga tidak terlepas dari keadaan ini, terkadang aku kuat dan  terkadang aku lemah. Yang ada padaku hanyalah harapan ku pada-Nya, agar aku sentiasa berlapang dada menerima dugaan & ujian-Nya. Teringat aku, di kala aku berasa hampa dengan kehidupan dunia, dan aku mengadu Kepada-Mu. Dapat aku rasakan Engkau mendengar cetusan hati hamba Mu ini. Tidak pernah Engkau menghampakan permintaan Hamba-Mu ini. Walaupun permintaan yang diminta lain dari yang diberi, namun itu semua kerana Engkau yang Maha mengetahui, lagi Maha penyayang. Setiap yang Engkau berikan kepada Hamba-Mu adalah sebaik-baik pemberian, kerana Engkau yang Maha Halus.

Ya Allah, dikala aku berasa hampa dengan kehidupanku. Engkau berikan aku rasa ketenangan setiap kali aku mengadu Kepada Mu...... 

Ya Allah, dikala aku berasa lemah & kekurangan. Engkau berikan aku kekuatan & keyakinan bilamana aku merayu Kepada Mu.............


Ya Allah dikala aku disakiti oleh hamba-hamba Mu, Engkau berikan aku kesabaran bilamana aku merintih Kepada Mu.............

Ya Allah dikala aku berasa gembira, Engkau berikan aku 2 rasa iaitu rasa kesyukuran atas anugerah kegembiraan itu dan rasa takut jika aku cuai mengingati Mu sesudah itu ........


Ya Allah dikala aku berasa keseorangan di dunia-Mu ini, Engkau berikan aku Teman Sejati yang memenuhkan "kekosongan" bilamana aku memohon Kepada Mu....


Tidak silap lagi, hati ku tidak dapat menipu hatiku sendiri....... setiap hari yang dilalui, tiada satu saat pun aku tidak berasa "goyah" menghadapi setiap detik yang telah Engkau tetapkan untukku. Yang mana untukku penuhi sebagaimana yang Engkau Cintai. Dan untukku jauhkan dari melakukan perkara yang Engkau murkai. Maka Ya Rabbi janganlah Engkau biarkan aku dengan diriku sendiri walaupun hanya sesaat lamanya...................kerana aku tidak mampu. 

Ya Allah, walaupun Jihad ku ini tidak sebesar mereka yang menemui-Mu dengan "Syahid" digengaman kerana memusnahkan musuh-musuh-Mu. Namun Jihadku untuk menawan diriku sendiri dan memperbaiki diriku agar dapat menyampaikan diriku ini kepada-Mu dalam keadaan yang Engkau Redhai amatlah terasa berat bagiku..

- Bicara Hati, dari penyewa hati kepada yang Empunya hati- 


No comments: