Dec 26, 2012

Bawak-bawak berubah

Bismillahirahmanirahim.................................


Jika nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku yang lain, aku ni kira yang paling malas nak "complain" lagi-lagi pasal makanan or servis kat kedai makan.Tak kuasa aku nak pi mengadu pada orang lain or update status kat FB @ meng"complain" kat blog bagai. Setakat tunggu makanan hampir sejam dah banyak kali kot, ada tu dah sampai naik kebas punggung menunggu. Tapi nak kata aku rasa nak pi marah kat tauke or pekerja kedai tak pernah lah sampai ke tahap tu pulak. Bagi aku servis lambat tu perkara biasa yang aku boleh terima. Hatta aku boleh terima lagi kalau tukang ambil order tu tersalah order menu contohlah  kalau order "kuew teow bandung" tapi dapat "mee bandung" ataupun bila order air teh "o" ais tetiba dapat teh "O" limau. Semua ni aku boleh terima, lagipun makanan je kot, asal harga ikut menu yang dapat dan perut  pun kenyang, sudah. STOP. Tauke tak kena marah, aku dapat kenyang....cool jer...........

Tapi yang aku T.A.K > B.O.L.E.H >T.E.R.I.M.A sama ada secara langsung ataupun tidak langsung adalah apabila penjual berkelakuan B.I.A.D.A.P dan menyuruh pembeli turut sama berkelakuan B.I.A.D.A.P.  Ada juga manusia yang suka berkelakuan biadap dan pada masa yang sama suka kalau orang biadap pada dia.

- "NOT ACCEPTABLE" - sama ada secara  fizikal  mahupun mental ;)
Seperti gambar diatas, bas tu umpama diri aku manakala gajah tu umpama "kebiadapan". Kalau kita tak bagi ruang untuk "kebiadapan" masuk maka tak dapat masuklah jawabnya. Tapi kalau kita bagi ruang, seperti buat pintu bas yang lebih besar maka "gajah" atau kebiadapan akan dapat masuk. Umpama kita menerima saja kebiadapan tu berlaku. hmmm pandai sungguh aku berkias, sampai aku sendiri pun poneng..

Situasi kejadian adalah seperti berikut:

Lokasi: 
R&R Seremban (dari KL -Selatan)

Menu:  
Bihun putih & merah, Mee goreng (perencah "kosong" ikan bilis pun takde) /status aku (NO PROB)

Work flow:  
Cashier (Staff 1) space besar untuk cashier / Tukang bungkus (Staff 2) - ditutupi dengan cermin kaca yang tiada lubang. Tapi job scope si tukang bungkus adalah mengambil order dari customer yang berada di depan kaca yang tiada berlubang itu.....

Issue: 
Orang ramai beratur panjang dihadapan "cashier" untuk mengambil order. Kemudian dialog seperti berikut pun berlangsung antara cashier & customer disaksikan oleh si tukang bungkus.

Customer 1: Bihun 2, bungkus ye 
Staff 1       : Sini bayar saje, nak ambik order sila jerit nak apa kat tukang bungkus.(kata si cashier sambil berdiri tegak disebelah "mesin kaching" dengan poyonya)
Customer 1: blurrrr... tapi dia ikut juga arahan, terjerit-jeritlah dia pada si tukang bungkus yang nampak macam "orang paling busy" di sebalik cermin kaca itu.
Staff 2       :   krik....krik (bunyi seperti cengkerik.... diam seribu bahasa), nak kata dia dapat "grab" order tu pun belum pasti lagi.
Customer 1: Maka si customer yang dah kebulur pun terus menerus menjerit sambil mengetuk-ngetuk cermin kaca.
# Adegan ini berlangsung kira-kira 5 minit, lagaknya si customer seperti "romeo yang bertepuk sebelah tangan" ketika itu huhuhuu (dia tidak dipedulikan)
Staff 1        :  RM6:00 (itu sahaja yang diucapkan, tanpa melemparkan senyuman 2 bihun kosong disuakan ke arah customer tadi)
Customer 1: Di pihak customer pulak, bungkusan diambil dan terus blah.....maka tiadalah ucapan terima kasih diberikan kepada si penjual
# Tapi aku gerenti dia makan sambil menyumpah seranah pekerja kedai itu. Sebab dia berkemungkinan tidak dapat lagi berkaraoke lebih dari 1 lagu disebabkan oleh aktiviti terpekik terlolong yang melampau...

Customer 2 dan seterusnya : Turut sama melalui situasi yang sama
# Adegan jerit menjerit sambil ketuk mengetuk berlangsung selama 5 minit bagi setiap customer.......hinggalah tiba kepada customer yang ke-7

Customer 7:  Bihun Putih 1, Mee goreng 1. Tapau yer
Staff 1        :   Sini bayar saje, nak ambik order sila jerit nak apa kat tukang bungkus.
Customer 7:  (Mengulangi lagi) Bihun Putih 1, Mee goreng 1.Tapau yer 
Staff 1      :  (Tetap dengan jawapan yang sama) sini bayar saje, nak ambik order jerit nak apa kat tukang bungkus.
# Maka adegan yang cukup dramatik pun bermula............................
Customer 7:  Mintak maaf bertanya ye, tukang bungkus tu dah lama ke pekak & bisu? 
Staff 1        :  Kenapa pulak?
Customer 7: Sebab tadi encik cashier suruh "jerit" kat dia kalau nak order. Selalunya mereka yang ada masalah pendengaran jer yang camni. Saya pun ingatkan dia ni bisu jugak sebab saya tengok dari tadi dia tak cakap bila customer order kat dia. Itu pasallah saya ingatkan dia bisu. Saya kesian kat dia jadi dengan bijaknya saya order pada encik cashier jer terus. Lagipun encik boleh bercakap dan tak pekak jadi tak payahlah saya menjerit. Tekak saya pun tak berpa sihat ni, almaklumlah musim durian.
# Belum sempat cashier nak memaki hamun, Customer 7 pun dengan ramahnya terus bertanya lagi.....
Customer 7: Sekali lagi mintak maaf bertanya yer, owner encik ni masukkan satu je ker program dalam otak encik cashbot? (cashbot = cashier+robot) sebab selalunya robot ni kena update banyak program and antivirus kalau tak jadi robot yang lembab meng"proses" maklumat. Erkkk encik ni cashbotkan?????? yelahkan kalau manusia tentu encik dah lama buat improvement dalam "sistem pengambilan & pengurusan order yang tak praktikal langsung" macam ni. 
kredit dari blog lain.... "otak kosong"
# Dua-dua staff (cashier dengan tukang bungkus)  ter S.E.N.T.A.P dengan agak lama sebab lama nak memprocess "customer complaint" yang amat sophisticated macam ni. Setelah beberapa minit barulah merah padam muka mereka menahan marah. Berdasarkan reaksi mereka berdua, ternyatalah tiada siapa yang pekak mahupun bisu.. kedua-duanya cukup sempurna sifatnya.....kurniaan illahi. Cuma mereka tidak tahu bagaimana nak menghargai nikmat Allah s.w.t
Customer 7: Encik berdua, bawak-bawaklah berubah untuk jadi lebih bersopan santun, kalau nak biadap juga tak perlulah ajak orang lain sekali biadap. Kalau nak mengajar pun mengajarlah benda yang elok, bukannya mengajar orang terjerit terlolong.....setahu saya, binatang yang bernama anjing je yang suka terpekik terlolong ni......

# Akhirnya berlalulah Customer 7 pergi dengan selambanyer... walaupun tanpa bihun mahupun mee goreng. Walaupun perutnya berkeroncong lagu "bila resah-anuar zain", tapi hatinya rasa puas. Tak rela dirinya diperlakukan seperti anjing yang disuruh menyalak untuk mendapatkan makanan.

Semua cerita diatas adalah pengalamanku sendiri, tetapi perbualan dari Customer 7: adalah kata hatiku yang tak mampu aku lontarkan kepada kedua makhluk Allah itu. Syukur alhamdullilah aku dapat mengawal "darah mudaku", yelah nak menegur kena berhemah. Tapi kalau kita dalam keadaan marah, teguran boleh bertukar makian. Jadi lebih baik berdiam atau beredar sahaja. Untuk pengetahuan, aku sebenrnya dapat membeli bihun dan mee goreng itu, cuma cara aku meng"order" jer yang tak sama macam orang lain hahahha.  Aku order guna isyarat tangan dan kepala. Si cashier dan tukang bungkus bengang  giler ngan cara aku meng"order"  hehehe  aku tak peduli pun, aku lebih rela jadi pekak &bisu dari jadi cam hanjing......
Harap-harap mereka yang berkelakuan seperti penjual-penjual diatas mendapat cahaya kesedaran dari Allah untuk mengubah diri mereka menjadi lebih beradab......bagi sesiapa yang mampu berikanlah teguran kepada mereka yang memerlukan....

No comments: