Weekend yang berjaya dihabiskan sepenuhnya di rumah dengan segala bagai aktiviti kerumahan yang nampak senang tapi sebenarnya memerlukan banyak kesabaran dan kekuatan menta. Terutamal bagi orang yang tak berapa nak rajin macam aku ni. Selepas penat mengemas, masa bergolek-golek dengan 3 ekor buah hatiku (Si boot, Adu n Meyo) pulak. Hasil daripada masa yang diluangkan bersama bebudak ni selama 2 hari, maka terhasillah laporan tentang pattern or habit tidur bebudak ni. Report daripada observation ni adalah seperti dibawah:
A) Masing-masing ada feveret spot nak membuta or tido...zzzzzzzzzz.....
B) Spot tidur diorang berubah mengikut perubahan tempat aku melepak e.g kalau aku melepak kat ruang tamu sambil tengok TV diorang akan cenderung tidur sekitar ruang tamu. Kalau aku melepak dalam bilik lain pulak feveret spot diorang
C) Meyo n Adu jer boleh tidur secara kuak lentang, Si boot sangat bersopan dia lebih suka tidur mengiring.
D) Duration tidur bebudak ni dipengaruhi oleh "owner"nya. Kalau lama "owner" dia tidur maka lama jugaklah bebudak ni tidur.
D) Duration tidur bebudak ni dipengaruhi oleh "owner"nya. Kalau lama "owner" dia tidur maka lama jugaklah bebudak ni tidur.
Now their Feveret Spot/ habit is Revealed.....................................
1. Si boot a.k.a adik
The best "Bed" for her (kerusi rotan ku) |
Kalau dibiarkan...boleh tidur sampai 2-3 jam kat sini...;) |
Satu-satunya kerusi yang ada kat rumah sewa aku sekarang (kerusi malas) ala atuk-atuk. Inilah tempat yang paling budak ni gemar, tapi itupun kalau kerusi ni tak occupied lah. Kalau aku yang duduk kat situ maka dia akan pilih ke 2nd option iaitu dengan sendirinya masuk dalam cage n tidur kat situ.
Memang ada persamaan antara kerusi rotan n cage ni, (dua-dua permukaan berjaring)... |
Tapi lain pulak kalau aku melepak kat dalam bilik, feveret spot dia of coz lah atas katil bawah kaki aku heheh...bagus jugak tak payah lah selimut kaki bagai, sorok jer kaki bawah badan dia.....panas terus. Selesa dan boleh tidur lena sampai ke pagi.
2. Adu a.k.a aduhai..........
Walaupun Adu ni "boy" tapi tempat feveret budak ni adalah di dapur. Tapi kadang-kadang budak ni suka jugak tidur kat mana aku duduk. Kalau dalam bilik aku melepak, maka kat bawah tempat sidai telekung ngan sejadah lah tempat budak ni suka landing. Budak ni memang senang dan selalu tidur, tapi budak ni jugaklah yang paling liat nak bangun .
Adu boy............................... |
Adu yang bercita-cita menjadi "chef" merenung masa depannya sambil bertemankan periuk belanga |
Nilah yang dinamakan alim-alim kucing, tak dapat beriktikaf di masjid , bawah sejadah pun jadilah.Alhamdullilah |
3. Meyo...the big sister.... (dalam hati ada taman)
Meyo ni kalau tengok sekali pasti ada yang kata budak ni kucing jantan. Semuanya disebabkan oleh raut wajahnya yang macho lagi hensem, ditambah pulak dengan attitude dia yang ala-ala tomboy.Bak kata fiza Meyo ni "Feminist" or anti lelaki. Tapi hanya "owner" dia jer yang kenal budak sorang ni. Budak ni bukannya anti lelaki, tapi sebenarnya tak berapa biasa dengan lelaki-lelaki diluar sana. Chewah... emo pulak owner dia ni. Tapi dalam macho-macho si Meyo, budak ni sangatlah manja sebenarnya. Meyo cuma tak nak tunjuk manja dia depan si boot or Adu, takut hilang "cool" hahahha (aku agak jer).Pasal tempat tido, Meyo ni tak ada feveret spot nak tido. Di mana mata dia ngantuk kat situ lah dia tidor. Tapi kalau nak cakap pasal tempat menyorok or tempat dia buat perangai memang banyak. Menyorok dalam almarilah, dalam bakul baju, dalam bakul tempat surat sampaikan dalam bekas simapn bawang pun dia pernah menyorok. Tahap "habit" suka menyorok si Meyo ni memang cukup bijak dan boleh menyebabkan kemarahan tahap "boiling point".
Meyo's sleeping style, memang hampeh heheh |
Sleeping style ala-ala perempuan melayu terakhir.... ada juga kelembutannya |
Sleeping like a coccon..... |
Showing her innocent face when she's got caught.......(this tactic really work on me! |
Bila menulis pasal kucing-kucingku ini, rasa macam tak boleh nak berhenti menaip. Sebab terlampau banyak benda baru yang aku lalui bila bersama bebudak ini. hehehehe apa-apapun sayang mereka semua muah........ walaupun bila aku tengah "pressure" dengan keadaan sekelilingku, bebudak ni mampu buat aku hadapi semuanya dengan senyuman....
Syukur alhamdullilah atas kurniaan nikmat yang tidak terhingga ini..........
Syukur alhamdullilah atas kurniaan nikmat yang tidak terhingga ini..........
1 comment:
kim slm kt Adu :)
Post a Comment