Alhamdullilah setelah hampir 2-1/2 hari aku dalam mood "down sindrom" akhirnya, petang tadi aku dapat mengembalikan mood aku kepada "normal state". Bagaimana caranya????
Pagi 02/10/2012 - Makan breakfast dengan heavy nya untuk menyemangatkan dan menceriakan hariku..
Tapi method ni tak berapa berkesan, pasal bangun pagi tadi aku rasa macam gastrik. Lepas tu aku gi lak tibai nasi lemak (sambal power giler) plus kuih pedas lak tu. So bertambah tak selesa dibuatnya, daripada emosi je yang"k.o" dah tambah lak ngan perut yang tak berapa best. Bila dah tak selesa gitu, aku pun malas nak berjumpa or bercakap ngan budak-budak ni, so bertambah "gloomy" ah mood aku pagi ni. Hasilnya aku dok mengadap computer dari kol 10:00a.m sampai kol 1:00p.m non-stop (3 hours). Mata pun berpinar, otakku ku pun dah berdenyut-denyut nak cari ayat-ayat instruction yang "mantop" untuk SOP maintenance aku ni.
Tengahari 02/10/2012 - Luncheon time with geng lunch (emi n azrina). Suppose to be happy around them, coz selalu chit chat psl something funny n ceria. Tapi hari ni, diorang dok bukak Topik Drama Swasta yang keluar kat Tv3, apa tu?? "Ku petik Dosa" kot. Start dari dalam kereta sampailah kat kedai makan pastu sambung masa tengah makan dan sambung lagi on de way balik ke offis. Diorang dok pot pet pot pet pasal cerita tu... mood diorang masa bercerita tu taujelah. Dua-dua mood geram tahap gaban, yelah cerita ni memang mantop dalam menaikkan amarah ibu bapa sekalian. hmmmm jadi aku pun dongar jelah, alamatnyer "down sindrom" ku bukan bertambah reda tapi bertambah parah.
Petang 02/10/2012 - Lepas zuhur, aku sambung kojer aku yang pagi tadi, walaupun masih tak siap lagi sampai sekarang, tapi bolehlah. Mood aku lak "seriously straight and focus", aku rase bebudak ni pun x berani nak cakap ngan aku. Sebab kat muka aku tertulis "Stay away i'm in a dangerous mode". So tau jelah biler otak sibuk memfokus kat kerja and diselang selikan pulak dengan perasaan yang emo sana sini. Jadi aura aku masa tu jadi giler menakutkan. Bukan diorang jer takut, aku pun naik takut sekali.
4:45 p.m - Aku naik surau solat asar, sambil berharap agar "mood" aku kembali normal, lepas je solat aku geledah ah rak kat surau aku. So terpandanglah CD2 ceramah, banyak jugak ah tajuk yang best. Aku pun pinjam ah 2 CD memula seram jugak ah nak pinjam sebab tajuknya pun dah cukup mengentarkan jiwa. Sambil sambung balik kerja aku, aku pasang CD n dengar guna headphone, bos aku dah tak terkata apa dah ngan "peel" aku ari ni. Tajuk ceramah nya: Sakaratulmaut daripada Ustaz Haji Ismail Kamus. Alhamdullilah lepas dengar ceramah ini, hati aku rase cam tenang jer n bersemangat balik. Sambil buat kerja sambil dengar rase cam dapat meredakan gejolak perasaan aku. Mana taknya intipati ceramah ni telah berjaya menyedarkan aku dari mainan perasaan aku sendiri.
Bila sesekali kita terasa hampa dengan kehidupan kita kat dunia ni, apa yang perlu kita buat adalah berfikir kembali tentang siapa diri kita, untuk siapa kita hidup, dan apa yang akan terjadi kepada kita selepas kehidupan stage 2 (dunia sekarang ah). Dalam erti kata lain, cara mudah dan pantas untuk mengetahui kesemua diatas adalah dengan mengingati dan merenungi proses "kejadian & kematian & kebangkitan semula " kita.
Kita bermula di alam yang sempit (rahim ibu), kemudian lahir ke alam yang luas (dunia sekarang), kemudian kita dimatikan jasad dan dikeluarkan roh ke alam yang lebih luas (alam barzakh), dan kemudian dibangkitkan dan di kumpulkan ke alam yang lebih luas (padang masyar) dan kemudian diasingkan mengikut amalan-amalan kita di alam yang teramat-amat luas (akhirat yang terkandung didalamnya syurga dan neraka). Jadi kenapalah aku perlu bersedih untuk dunia yang kecil lagi sementara ini, sedangkan jauh lagi perjalanan yang harus kutempuhi. Benar kata ustaz tu, modal yang paling mahal didunia ini adalah masa. Jadi aku berharap dengan izin Allah dan bimbingan-Nya aku dapat menggunakan sepenuhnya masa yang sedikit ini, tanpa kehampaan dan tangisan duniawi .......
So sekarang saya akan jadi lebih ceria!!!! macam gambar kat bawah! dan jangan biarkan perasaan menguasai diri anda.

yes "everyday smile" even if u have tsunami in your heart;) |
No comments:
Post a Comment