Orang dahulu kala pernah berkata, malang tidak berbau tetapi pagi ni ada bau la pulak, bau terbakar. Iaini bajuku terbakar masa tengah diseterika. Sesekali nak juga bercerita pasal perkakas rumah yang nampak je kecik tapi sangat penting dalam rutin seharian. Aku sememangnya fail dalam bab-bab gosok baju ni. Seingat aku jumlah keseluruhan pakaian aku yang aku telah hanguskan mengunakan seterika dah lebih dari 10 kali rasanya. Baju baru lebih kurang 3 kali, yang selebihnya baju2 favorite aku. ishhhh aku dah tak sanggup lagi membazirkan baju-baju aku dengan kaedah semacam ni huhuuuhuu. Aku ni bukannya banyak sangat bajunya, mana ada collection baju sampai 2-3 almari. Dalam almari 1/3 daripadanya je yang aku kerap pakai. So kalo kerap pakai kerap jugalah diseterika, tapi kalo seterika asyik "berlubang" je baju lepas tu, tak ke hangin jadinya.
Setakatni semua yang terhangus tu baju aku je. Sebab aku memang jarang gosok baju orang lain, except baju mak ngan ayah aku. Tapi bila gosok baju mak n ayah tak pulak hangus huhuhu. Aku rasa tangan aku ni ade "heating element" tu yang biler seterika asyik overheating jer. Tapi tadi emi ada cakap kalau seterika tu dah buat sekali bakar membakar ni berkemungkinan akan berlaku lagi berkali-kali. Memang pun sebelum ni pun aku rase macam nak beli baru jer seterika. Tapi bila tengok elok lagi, sayang la pulak. Lagipun ni seterika mun yang bagi (sebenarnya dia terlupa amik balik), hehehe rasa sedih la pulak nak buang. Jadi kalo ade kesan terbakar kat seterika tu, aku kikis lagi. Tapi sekarang aku dah tak tahan lagi aku nak jugak beli sterika baru, daripada aku bakar 10 pasang baju lebih baik aku beli jer sterika baru tak sampai Rm100 pun reger Rm30 pun ade. Kalo baju rege rm50 satu kalo 10 tak ke RM500?? haa boleh suruh bibik harian datang 7-8 kali upah gosok baju plus kemas rumah lai.
Mintak maaf seterika mun, setelah hampir 7 tahun bersama dan 11 tahun hayat ko berbakti pada owner ko, jadi aku terpaksa jugak merehatkan anda untuk selama-lamanya. Agaknya ko dah penat sampai badan ko pun dah tak leh nak control, berehatlah anda di dalam kotak. Jangan risau jasa ko pada aku tak akan aku lupai sob..sob walaupun banyak baju aku ko bakar. Kalo lepas ni terbakar jugak walaupun dah tukar seterika baru, memang sahlah aku yang x der bakat menggosok baju huhuhu.
Memperkenalkan seterika baruku "super controller" yang diharapkan dapat mengawal takat lebur dengan berkesan huhuhu |
No comments:
Post a Comment