Oct 8, 2012

Pn. Ramlah a.k.a Rem mai ke Nilai

Bismillahirahmanirahim.......

Petang sabtu baru-baru ni, tanpa disangka-sangka ada orang kuantan datang melawat. heheheh kawan universiti merangkap aku punya "geng  ukm". Kali terakhir jumpa si rem ni, tahun 2010 itupun masa aku pergi kuantan kat majlis kahwin yatie. Tapi masa jumpa x der anak lagi, sekarang ni dah ada buah hati comei, si kecil tu bernama Nur Alia Batrisya. Mula-mula memang pemalu, nak berkepit je ngan mak die, cik ija yang "famous" ngan budak-budak kecik ni pun die x mau. hehehe biasalah anak sulung, memang teramat manja.

galak sungguh mak Alia dapat tangkap gambar dekat depan lobby kejut
Kebetulan rem datang KL pasal pi menghantar bapa mertua nya surgical operation kat HUKL jumaat lepas, operation sebab ada tumor kat leher. Insyaallah semuanya akan selamat, janji kita berusaha terlebih dahulu. Dia lak menumpang kat rumah kakak ipar dia kat Taman Semarak Nilai, dari hari jumaat. So berkesempatan jugak aku jumpa dia n baby nya (1 tahun 4 bulan dah). Yang paling tak tahan tu siap bawak die pergi UKM, bukan apa dia yang dah 6 tahun tak menjenguk UKM. Aku boleh lah kata 2 tahun sekali aku pi ronda UKM hahahaha. Best jugak pi ngan geng, sambil mengingat kembali saat2 manis pahit bersama masa kat U. Memang memori yang indah ah. Rasa cam nak kembali kat masa tu huahuahua.

Syok gile melepak n meng"round" ukm, dari kolej kediaman kami (Kolej Aminuddin Baki), sampai ah ke fakulti kami (Fakulti Kejuruteraan a.k fakulti "kejut"). Ingat lagi dulu budak2 fakulti lain panggil kami "budak kejut" lawak jer... tapi "budak kejut" memang paling sempoi n selekeh baik pompuan lagilah budak lelakinya. haha seluar jeans pi kuliah pun pakai untuk 1 semester, balik kampung barulah basuh. Tapi masa tu kalo masuk kat dlm laut, confirm terpaung ikan2 n sutung2. Tak payah guna tuba bagai. Aku, rem, yatie ngan aiman kire satu "geng gaban" ah. Mana taknya dah lah satu kolej, satu fakulti, satu course lak tu. Pi kelas pun  naik moto sama2, kitorang ni memang cam belangkas ah masa tu. Kenderaan kami sampai sekarang aku hingat no plat depan ah tapinya (CAT, CBG, BHG) ada 3 jer motor. Tapi yang paling "otai" akulah walaupun semua moto tu bukan aku punyer n aku memang takder n x berniat pun nak amik lesen, tapi akulah yang selalu melanyak motor2 diorang hahaha. Tapi moto yati paling aku gemar "CAT" coz kapcai Honda EX5  ni ringan walaupun nak start susah tapi best siot laju jer.....

Kolej Amin yang lagi dikenang (4 tahun beb!) 3 tahun jadi ketua block hahahah 
Fakulti Kejut. no wonder ah budak2 nyer senget kepala ;)
Cafe kejut tempat kitorang mencekik, rem suker giler ngan mee jawa, eman lak tempe or roti canai, yatie..erkkkk tak suke makan jadi semue menu same jer, aku lak ikan keli bakar 1!

kerusi still maintain, tapi payung udah tukarbaru hehehe
Tengah sodap2 berchit-chat sambil menghirup udara segar kat "tasik kejut" yang telah ditreatmentkan. Tetiba teringat kat Naa, coz die tinggal kat area bangi jer. Ni pun dah lame aku tak jumpe walaupun aku kat nilai die kat bangi jarak cume 20km heheh. Rupanya die dok kat "Teras Jenang", haaa aku raser pernah dengar tempat ni tapi x pernah pi ah. Pasal dulu, tahun 2005 aku ambil lesen kete masa final year kat UKM, so jalan latihan and test mase tu jalan teras jenang ke dengkil ah. So xde ah rase cam sesat sgt masa cari rumah si Naa, tapi biler dah sampai nak cari Jalan sentosa 9, Taman Sentosa tu si Naa ni dah meng"confuse"kan aku, so sedar2 aku dah kat Taman Damai. Tapi nasib baik jumpa jugak umah dia sebelum maghrib. Comei betullah anak si Naa tu, mata bulat, asyik tersenyum jer, dah lah tak takut orang. ishhhh rase cam nak curi bawak balik jer. Si comei ni namenya Ariana (memang dah plan lame, masa die kt u lagi kot). Naa ni pun "geng ukm" yng bezanya tak same course je, fakulti n kolej same. Naa ni "budak kejut" gak tp extra kejut coz die budak letrik aku lak budak biochem. 
Ada monumen baru kat tepi tasik, kat seberang kejut tu lak ada buiding baru
(kolej ker fakulti aku pun x sure)
"Tasik kejut" dari teh tarik dah jadi air tebu....
Ariana si mata bulat ngan Alia malu-malu tucing
Dah lama aku tunggu budak2 ni buat reunion, sampai si Aiman dah ada anak dua dah tak buat-buat. 6 Tahun kot kitorang dah berpisah. Kalau ikiut aku yng singgle memg xde prob, tapi diorang yang berfamily ni kene cari waktu yg sesuai ah. Kalo dapat wat reunion nilah list geng aku yang aku harap hadir: 

Yati  - (budak chem, budak kejut, budak amin, budak rempit moto) 
Rem -(budak chem, budak kejut, budak amin, budak rempit moto)
Aiman - (budak chem, budak amin, budak rempit moto)
Ina - (budak amin, budak bilik aku di K5D, K4F, K4G (illegal punya ah) pasal ina kaki komik n kartun cam aku)
Naa - (budak amin, kelab PBSM, budak kejut) 
Sue - (budak amin, budak kejut) 
Mismi - (budak chem, budak kejut, bangi's housemate) 
Ika - (budak chem, budak kejut, bangi's housemate) 
Oman, fairuz n ally - (budak chem, budak kejut, budak glamorous fabulous, budak gelak terbahak,)
Suhaili (budak amin, budak block, bangi'shousemate, budak chem, budak kejut)
Syuhada - (budak amin)

Banyak lagi sebenarnya cuma nanti panjang lak list aku ni, cam x logik ah pulak. Tapi nilah antara teman-teman yang membuatkan aku nak kembali masa belajar kat UKM. Kalo kembali kat UKM pun lepas ni, takkan jumpa ah kawan cam diorang. Boring................................................................

Dari kiri: Aiman, rem, aku, yatie 
kitorang lagi........................
dan lagi............
Thanks rem, sebab sudi mengenang kembali memori bersama di tempat yang penuh nostalgia ini heheh. Actually boleh jer pi round2 ukm sorang2. Cuma seperti "quote" kat bawah ni ah rasenya, (x sanggup eden sob...sob....) 

“The worst part of holding the memories is not the pain. It's the loneliness of it. Memories need to be shared.” ― Lois LowryThe Giver


No comments: