Oct 1, 2012

Dimanakah Adu ku??

Bismillahirahmanirahim.....................

Genap seminggu Adu dengan aku, tapi semalam Adu telah menghilangkan diri dari rumah. Sekarnag ni masih dalam mood "Tidak percaya" yang Adu telah menghilangkan diri. Semalam lepas balik (4:00p.m)dari hantar Qila ke IPB kampung pandan, aku tengok si Adu ada dalam bilik tengah sedap mmbuat taik mata. Jadi akupun ambillah peluang keemasan ini untuk mengisi perut aku dengan nasi tengahari yang aku tapau jer. Masa makan aku bukak ah sliding door coz panas. Plus meyo n si boot dalam cage. Adu lak tengah membuta. Sambil makan mengadap tv, aku xder lak dengar si Adu ni menyusup lalu belakang aku nak ke sliding door. Entahlah agaknya sedap sangat kot lauk tapau tengahari or aku yang sangat kebulur masa tu. Sampai tak sedar dia menyusup keluar.

Aku punyalah baik planning, lepas makan terus nak solat Asar lepas tu nak menumpang tido dengan Adu kat bilik. Tapi siap je makan, aku masuk bilik. Adu dah takder... pucat lesi jugak ah masa tu. Ape lai terus cari ah kat atas, luar depan, luar belakang, semua takde. Pastu "round" satu taman cari Adu. Tetiba teringat kat k.ayu (ex-owner), jangan-jangan Adu balik rumah dia kot. Yelah rumahnya pun selang 5 buah rumah je kot, pluis k.ayu dah jaga dia hampir 10 bulan. Maybe die masih ter"bonding" dengan tuan lamanya. Tapi lepas call k.ayu, die cakap xde la pulak Adu balik rumah dia. huhuhu mase tu bertambah gelisah lah aku dibuatnya. Sepanjang malam asyik pikirkan si Adu, sampai mimpi pun ada sekali. Bangun-bangun jer ngendap kat luar tingkap takut-takut die ada kat luar.

Apalah salah aku kali ni? rase cam dah tak bermaya dibuatnya. Yelah dulu ichigo pun camni, terus jer hilang tak balik-balik. Sungguh Allah menguji aku untuk bersabar dan menerima segala yang terjadi. Sungguh Allah lah yang berhak memberi nikmat kepada hamba-Nya dan juga mengambil kembali nikmat itu daripada hamba-Nya. 

"Ya Allah, sekiranya inilah takdirnya kau buanglah rase sedih ini dari hatiku supaya ia tidak berpanjangan dan melalailkan aku dan supaya aku sentiasa bersyukur pada-Mu. Ya Allah sekiranya, Adu yang ku-rindui ini baik bagiku, disisi-Mu kembalikanlah ia kepada ku Ya Allah. Ya Allah, sesungguhnya engkaulah yang Maha Mengetahui segala sesuatu".



No comments: