Nov 24, 2012

Trip Dungun (13/11-15/11) Part 2

Bismillahirahmanirahim..........................


Alhamdulillah akhirnya, mood meng"update" blog ku kembali. Nak menulis ni pun perlukan mood dan masa yang sesuai ditambah pulak tengah berserabut menyiapkan kerja untuk isnin ni. Diharapkan segala urusanku dipermudahkan, almaklumlah first time nak bagi training kat orang luar. Kalau setakat pada staff company or dept sendiri insyaallah takde hal. Tapi kalau pada lecturer universiti tu yang ada hal jadinya. Aku "take five" untuk mengupdate blog aku, supaya otak aku tak jadi tepu dengan "slide presentation" aku yang haru biru ni.

Sambung cerita aku lagi, hari ke-2 trip, kami berjalan-jalan sambil melihat penyu dirantau abang. Aku pun confuse penyu yang merantau tapi abang yang dapat nama hehe. Bebudak lah yang paling gumbira tak hingat. Aku cam biasa layan kan ajer, walaupun terserlah kejakunan masing-masing. Seingat aku, masa kecik-kecik dulu aku pernah lah merasa telur penyu. Sedap sebenarnya, rasa dia masin-masin sebijik macam telur itik masin (tapi bahagian kuning). Telur tu direbus, tapi rebus lama macam manapun telur tu takkan keras punya. Cara makannya gigit sikit kulit telur tu dan sedut, secara automatik telur tu akan kempis macam belon bocor. Tapi sekarang ni penjualan, pengambilan, mahupun pemakanan telur penyu adalah dilarang disebabkan populasi penyu yang menurun. Jangan memain, penyu sendiri yang cakap kat aku hehehe. Nasib baik aku pernah rasa, jadi takdelah terkilan sangat.....

Dari kiri: Amir, Angah n ashraff, isha n abg mie, dan ayin yang macam nak terbang
Dari kiri: Penyu A, B, dan C yang sedang belajar berenang .......cute giler;)
Ni bukan penyu, tapi Tuntung laut bezanya tengok kepak/tangan atas bawah.... heheh
Ni pun bukan penyu tapi anak-anak buahku hehehhe
Hahha isha dah macam saka aku tengok heheheh
Lepas puas hati melihat penyu-penyu yang ada kat rantau abang, pergi ke Kuala Terengganu pulak. Pergi ke Tamadun Islam Edutainment Park. Kat sana ada masjid kristal, dan replica masjid, monumen dan banggunan sejarah islam di seluruh dunia. Untuk masuk dikenakan bayaran dari RM 10-25 per individu berbeza mengikut pakej. Lepas tu pergi ke Desa Murni tengok angah bershoping tudung ngan kain batik, aku tengok jer pasal rambang mata kalau banyak sangat pilihan hehehe. Hisssh dah lah rabun, rambang la pulak. 

Ni jer yang dapat di"snap" pasal cuaca panas terik, tak larat nak tangkap gambar lebih-lebih
On the way balik dari KT ke chalet kat dungun, asyik berhenti jer kat tepi-tepi jalan pasal banyak orang jual makanan kat tepi jalan. Yang paling banyak sata, keropok lekor, jagung bakar, Roti paung, air nira. Kenapa nama roti tu paung aku pun tak berapa mengerti. Roti paung dengan air nira dua-dua aku tak pernah cuba. Walaupun namanya "paung" tapi rasanya memang sedap "fresh baked" lembut dan banyak jenis inti (kaya, kacang, planta, kelapa) dan boleh campur lak tu. Harga 1 buku roti = RM2.50 memang mantop dan sedap! makan sampai boleh jatuh gaung..... punyalah sedap.

Tapi yang aku tak boleh blah.....air nira, hmmm pelik juga jarang aku tak suka soal makan minum ni. Tapi air ni jer yang aku tak boleh nak masuk tekak. Agaknya sebab baunya yang aku tak boleh tahan. Sambung lagi  cakap pasal makanan, masa nak balik ke KL kitorang singgah kat cherating ker kijal? aku pun dah tak ingat, tapi kat situ pi beli lemang dan aku pun terpandang "Buah feveret" aku hehehhe buah ciku, tak sangka ada jual buah ciku. Ape lagi beli ah sekilo baru RM4 siap makcik tu bagi free 3 biji. Hmm mesti kesian tengok muka aku yang excited gile nampak buah ciku. Bukan apa kalau buah ciku, 1 bakul aku boleh licinkan sorang.Lepas tu terpandang la pulak "buah jeruk" punya section, hmm kedondong, betik, mangga, cermai hmmm tu semua sealu makan. tup...tup terpandang kat jeruk buah yang aku tak pernah tengok dan makan. Aku pun tanya lah  mokcik tu, ni buah cermai besar ke makcik? tak ni buah bidara mokcik tu jawab. Apa buah bidara macam dalam pantun jer...............

Nasi lemak buah bidara,
Assalamualaikum pembuka bicara.

heheheh aku karang sendiri pantun kat atas ni, takder dalam dewan bahasa dan pustaka pun. Macam biasa dah kalo namanya tekak larong, semua nak cuba. Jadi aku pun cubalah hmmmmm sedap tapi macam berlendir sikit tekstur nya. Nampaknya bukan aku sorang jer tak berapa suka, ayin pun sama heheh.

"Buah ciku" tinggal sikit jer, sebab dah masuk perut ku

Nilah rupanya "jeruk bidara"

Pendek kata trip ni best pasal dapat bergumbira ngan anak-anak buahku, terasa macam zaman kanak-kanak dulu dan terasa muda diriku ini. Macam biasa, nak juga buat kesimpulan, macam kat bawah ni lah..

1) Setiap detik dalam hidup perlulah sentiasa dihargai. Baik yang pahit, manis, masam, takde rasa mahupun yang pedas. Macam makanan tak cuba tak tau, dah cuba baru tau...

2) Tak salah mengenang kisah lampau kalau untuk mensyukuri nikmat yang telah diperolehi. Tak salah melupakan kisah silam kalau untuk memguatkan langkah ke hadapan. Sebab dalam hidup ini tiada pilihan yang salah kerana semua itu ujian kepada kita Hamba yang lemah.

3) Perlulah cuba sedaya upaya menggembirakan diri kita dahulu, sebab dengan cara itu sahaja kita dapat menggembirakan orang disekeliling kita!


- The End- 

No comments: