Title post ni sebenarnya tajuk sebuah buku yang aku baru je habis baca. Lepas baca buku ni rasa macam nak tulis "review" la pulak. Dah lama aku tak rasa "excited" gile baca buku "genre-kid's mystey". Kali terakhir aku rase teruja baca buku genre macam ni masa menengah rendah. Zaman-zaman Nancy Drew series dengan famous five series (enid blyton). Masa tu aku rasa cerita2 ni punyalah hebat, nak terkeluar air liur rasenya punyalah excited. Lepas tu sedar-sedar aku dah tak berapa berminat baca buku "juvenile mystery" cam tu. Hmm mungkin masa tingkatan 4-5 aku jarang pergi libray la kot. Yang bestnya buku camni ada juga diterjemahkan kepada bahasa melayu.
Dulu aku selalu cakap "guild bluton" pasal "E" tu mcm "G" |
Character yg paling aku suka "george" |
Berbalik pada Buku yang aku baru habis baca ni, mengisahkan remaja perempuan (Ingrid) yang dari luaran nampak "ordinary" tapi "extraordinary" dari segi ketajaman pemikirannya. Disebabkan dia telah berada di tempat dan waktu yang salah, secara tidak langsung dia telah melibatkan dirinya sebagai "saksi yang tidak diketahui" pada satu kes pembunuhan. Untuk memastikan dirinya kekal sebagai "unknown witnesses" dia cuba sedaya upaya menyelesaikan kes pembunuhan itu sendiri.Yang menjadikan cerita ini menarik, pembayang kepada siapa pembunuh hanya direveal pada page 10 terakhir. Pandai gila penulis cerita ni (Peter Abraham), mengaburi fikiran pembaca dengan meletakkan banyak "Motif pembunuhan" jadi lebih banyak suspect maka lebih susah untuk buat penaakulan yang tepat. Walaupun aku rasa dekat pertengahan tu aku cam dah sure siapa pembunuhnya. Tapi terpaksa baca samapi habis sebab tak tau "modus operandi" nya. Mengenai tajuk buku ni, Ingrid telah memegang watak Alice dalam persembahan theatre di kawasan kejiranannya. Dan situasi Ingrid jatuh ke dalam "crime scene" tu sama macam situasi Alice yang jatuh ke dalam lubang arnab iaitu dengan cara yang tidak disengajakan. Perjalanan penuh adventure Alice untuk keluar dari "wonderland" tu pun lebih kurang sama macam Ingrid yang nak menyelesaikan masalah pembunuhan tu. Jadi bagi orang yang suka mild mystery yang tidak terlampau complicated memang sesuai baca buku ni. Ending dia pun jelas dan terperinci ... heheh tak berserabut sangat kepala otak.
Re-read value: 7 star, Satisfying level - 10 star.
Re-read value: 7 star, Satisfying level - 10 star.
### Tetiba terasa macam nak cari dan buat collection siri "Famous Five" tu.
No comments:
Post a Comment