May 1, 2013

Selamat Hari Pekerja

Bismillahirahminirahim....................................

Pejam celik pejam celik dah 7 tahun aku jadi "buruh" rupanya. Alhamdulllilah sebab masih lagi diizinkan  Allah berupaya mencari rezeki di bumi-Nya ini. Seronoknya mencari rezeki ni bila dapat berkongsi hasil titik peluh kita dengan keluarga tersayang. Apatah lagi kalau dapat mengembirakan hati ibu bapa. Walaupun sebenarnya ibubapa tidak mengharapkan wang ringgit kita, tetapi cukup bagi mereka bila melihat anak-anaknya mampu berdikari.

Oleh kerana hari ni cuti, dan tak tau nak pi mana. Jadi rancangan paling baik adalah mencuba resipi baru yang dah lama nak aku buat tapi tak buat-buat. Semuanya kerana kegagalan aku mencari salah satu bahan utamanya iaitu "daun selasih". Susah betul nak cari daun ni kat GIANT, TESCO semua hampeh. Nasib baik semalam jumpa daun ni kat pasar malam. Setelah berhempas & berpulas hampir 2 jam didapur, maka terhasillah lauk pauk tengahari ku; chicken green curry, pucuk meranti goreng, sambal belacan, ulam pucuk pegaga. Ala-ala kampung gitu hehhehe.....

Pucuk meranti goreng, chicken green curry, sambal belacan
Untuk rujukan dimasa hadapan, dan bagi sesiapa yang mengoogle2 cara nak masak green curry thai, bolehlah jenguk2 resipi dibawah. Sodap tak sodap bergantung pada kadar "keyakinan" masing-masing hehehe.

A) Green curry paste/ bahan-bahan tumisan (ditumbuk):
1. Cili hijau/siam
2. lengkuas
3. Kunyit hidup
4. Bawang kecik
5. Bawang putih
6. Ketumbar biji
7. Akar daun ketumbar(option)
8. Serai

B) Bahan-bahan tambahan lain:
1. Daun selasih
2. Daun limau purut
3. Serai
4. Tomato
5. Terung unggu/terung pipit/kacang peas

Bila semua bahan dah siap, panaskan sikit minyak kat periuk, pastu tumis sekejap bahan A, bila dah naik bau boleh lah masukkan ayam/ bahan protein yang kita suka. Masukkan sikit air dan masukkan Bahan B. Bagi mendidih sedikit kuah tu, baru masukkan sedikit santan ke dalam periuk. Seperti biasa, garam gula boleh diletakkan sesedap tekak memasing.



 pucuk meranti.... jarang jumpa kat pasaraya. Kalau pasar tani atau pasar malam adalah jugak

                                                                                                                                              

No comments: