May 26, 2013

Seminggu di Shanghai......

Bismillahirahmanirahim.....

Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar, walaupun hari bertolak ke sana aku tengah demam selsema.  Tapi syukur jejak jer kaki di sana demam aku pulih 100% hahaha macam tak percaya pulak. Macam biasalah kalau berkelana di negara orang kalau bukan kerana kerja memang tak sah. Inshaallah rezeki sememangnya Allah s.w.t yang tentukan, tugas kita manusia hanya mencari dan mengharapkan kurniaannya. Aku yakin jika kita bekerja keras inshaallah Allah akan membantu mempermudahkan jalan untuk kita..........

Di setiap perjalanan pasti ada kenangan atau pengajaran yang berbaloi untuk dicoretkan:
  • Jangan terlalu "percaya" yang kita tidak gemar atau tak masuk dengan seseorang itu. Sebab end up you have to work with him. Tapi percayalah ianya tak seteruk yang disangka, malah bagi baik. Maha suci Allah, sesungguhnya dia lebih tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Kita manusia hanya tahu meng"andai" semata-mata.....
  • Jangan takbur, sekali bercakap besar satu dunia akan kenal anda. Kalau berkali-kali bagaimana pula?  satu galaksi ka? Kalau mahu diingati orang biarlah pada baik sifatnya bukan kerana cakap-cakap kosong dan sifat-sifat sombong anda. Bukan selamanya kita berada diatas, sebab akhirnya ke bawah tanah juga kita sudahnya. 
  • Bersyukur..bersyukur...bersyukurlah mukminin dan mukminat yang berada di Malaysia ini. Tahukah anda di shanghai konsep keluarga disana adalah  "1 family 1 child only". Kalau tidak anak yang seterusnya tidak akan didaftar sebagai warganegara. Atau bagi yang mampu, kena bayar based on pendapatan tahunan diorang. Ada seorang penjual tu, dia mengandung anak kedua, aku pun tanyalah berapa dia kena bayar untuk register. Jawapannya 30,000 Yuan samalah dengan RM15,000. Bagi mereka yang berpendapatan tinggi kat Malaysia nia apalah sangat kan. Tapi cuba bayangkan yang kerja mengais pagi dan malam. Jadi bersyukurlah rakyat Malaysia, tiada paksaan....tapi mengapa perlu bertelagah? 
  • Bandar yang besar, yang nampak seperti bandaraya jangan sangka senang untuk hidup disana. Lagi-lagi jika anda tidak tahu berkomunikasi in chinese languange (mandarin). Boleh gila jugaklah, hampir 90% pemandu teksi tidak tahu berbahasa inggeris. Nak pergi mana-mana kena sentiasa prepare address yang diterjemahkan ke bahasa mandarin. 



Pearl tower boleh nampak dari Grand Hyatt Hotel (Jin Mao Tower) tempat aku menginap
  • Susah untuk cari makanan muslim di shanghai, hari pertama dan kedua kami berjalan kira-kira 5 km sepanjang Nanjing East Road sampailah ke Nanjing West Road. Mahu patah kakiku, sampai jer kat sana jangan mimpi ah makan ayam, mostly kambing jer yang diorang sediakan. Tapi nasib baik aku ni tekak larong, main sebat jer. Semuanya aku rasa sodap, Alhamdullilah.....
2 x makan kat sini @ MALL 818 near Nanjing west ... kambing jer yang ada
Happy camel restaurant tapi camelnya takder... ikan tu dapat free owner belanja pasal last customer
Karvan middle east  halal restaurant at Hunan Street... ( semuanya lamb yer)

Sekali tengok macam adik beradik pulak (dari kiri: k.eena,k.idura n me)
  • Black market memang banyak lah dari handbag yang berjenama, kasut, sampailah ker blazer or jacket. Bagi mereka yang kaki shopping memang berhabisan lah mereka kat sana. Nasib baik eden ni tak berapa kisah sgt dengan fashion-fashion ni. Pergi shopping pun banyak berhabis dengan souvenier untuk kengkawan opis hehehe. Sebab itu yang aku gemar. 
Sign dalam mandarin yer kawan-kawan kalau bernasib baik jer jumpa tulisan rumi huhuhuu
Kedai ni boleh siapkan tempahan dalam masa 1 hari jer unbelieable... tapi percayalah kerana ianya benar
  • Pesanan buat mereka-mereka yang datang ke sini untuk bershopping. Tawar menawarlah sampai muntah hijau kat situ, diorang layan punya. Tawar harga sampai 10 x ganda murah pun tak mustahil. Bagi yang minat bag berjenama memang ini lah tompatnya tapi Coach design x banyak. Fossil pun jangan harap ada, pasal tanya pun diorang tak tau. Tapi kalau LV, Prada etc... memang banyak. hahahah banyak yang aku tak tau pun ada.
  • Bila malam mesti teringat bebudak kat umah huhuhu rindu tak terkata kat mereka. Rindu nak peluk cium diorang.....lagi-lagi "si bongsu inokie". Kesian diorang bila ambil jer kat vet capang & inokie dua-dua demam. Paling teruk si capang siap batuk ngan selesema sekali....sedih lah pulak pasal tinggal diorang lama sangat. Meyo, si boot ngan Adu dah biasa tinggal lama.....
Sampai je kat umah terus tidur atas baju sejuk aku... rindu peluh aku lah tu kuikui...
Oklah rasanya ni jer yang boleh aku tulis kat blog ni, yang lain tu confidential....hehheehe...

No comments: