Oct 12, 2013

My little tOmOe...........................

Bismillahirahmanirahim...................................

"Ya Allah engkau kurniakanlah aku dengan Ilmu yang berguna, Engkau lembutkanlah dan bukakanlah hatiku dalam menerima Ilmu-mu. Janganlah Engkau biarkan aku hidup di dunia-Mu dengan kesombongan dan ketamakkan seorang Insan".... Amin......

Letih bangat 2 minggu ni, banyak wat exercise Otak. Troubleshooting memanjang dan "document" lak menggunung atas meja. Kalau setakat selak 2-3 muka surat pastu "sign off" memang senang kerja. Tapi kalau nak hasil titik peluh diberkati maka sewajibnya buat kerja dengan ikhlas dan sebaik mungkin. So kalau kena review maka buatlah dengan sepenuh hati. Apa-apalah janji happy, penat macam mana pun janji puas hati dan bahagia...............
Image from GOOGLE search
Sabtu lepas, dapat panggilan telefon dari Nana. Dari suaranya bunyi macam kecemasan yang amat. Haihhh risau jugak, mulalah pikir yang bukan-bukan. Cuak punya cuak sekali pasal "haiwan yang paling cute" daaa.... tidak lain tidak bukan mestilah makhluk yang bernama "KUCING". Si comel kali ni, adalah Tomoe yang bewarna oren. Perut yang buncit dan muka yang comel (hidung mata, dan gigi yang cute giler).

Tomoe....
Dari apa yang nana cerita, Tomoe ditinggalkan ibunya kat atas bumbung jiran nana. 2 malam si kecil tu meng"meow".. Tak sampai hati pulak bila dengar cerita nana tu, jadi seperti yang telah ditentukan maka bertambahlah ahli si comel berbulu dari 5 kepada 6 super duper kids.

My Super Duper Cats (Meyo, Boot, Capang, Adu, Chomp, and little Tomoe;)

Sep 8, 2013

Listening Theraphy

Bismillahirahmanirahim.............................

Selalu tengok kat TV jer ceramah Dato. Dr Fadzillah Kamsah. Tapi kali ni dapat tengok dan dengar ceramah beliau secara "Live" mengenai "komunikasi 360 degree" yang diadakan di training centre beliau di Bangi. Macam mana aku tergerak hati mengikuti ceramah beliau? Semuanya bermula dari iklan radio, aku tak ingatlah pulak radio mana satu, sama ada radio SINAR atau ERA.


Sekali sekala kalau kepala dah penuh dengan "kerumitan hidup" akal yang rasional pun boleh jadi "haywire". Tambah pula kalau kerjanya menguruskan sana sini situ, setiap pandangan, langkah dan keputusan yang dibuat memang diperhatikan oleh setiap orang tak kiralah dari sudut manapun. Jadi salah satu cara terbaik untuk meng "release tension" adalah dengan "mendengar" bukan hanya dengan telinga (hearing) malah dengan hati yang terbuka (listening). Perbezaan antara "listening and hearing", (hearing) kita mendengar menggunakan telinga boleh jadi masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Kalau yang lagi power kelajuan info yang masuk berkadar langsung dengan kelajuan info yang keluar. Tidak bagi "listening" mahupun menggunakan saluran masuk yang sama iaitu "telinga". Info yang masuk akan terus tersalur ke laluan Qalbu (hati) dan diproses maklumatnya serta disalurkan dan disimpan sebagai memory didalam HD brain seseorang itu.Kalau tidak diamalkan dalam masa 48 hrs maka memori tadi akan terluput. Jadi melalui perkongsian ilmulah kita meng"refresh" ingatan kita. Jadi kalau ada ilmu, lebih baik dikongsi daripada disimpan untuk diri sendiri.....

Memperkenalkan my youngest cats "chomp aka umi kalsom"
Antara Intipati yang menarik untuk dikongsi dan diamalkan bersama, In Sya Allah segala urusan kita didunia untuk akhirat akan dipermudahkan.....

Berniat sebelum pergi bekerja:
Kepentingan niat dalam kehidupan seharian seringkali dipandang remeh. Sekiranya kita tahu bertapa besarnya kepentingan "Niat" itu.  sudah pasti setiap pekerjaan yang kita lakukan akan dimulakan dengan "Niat kerana Allah s.w.t".......kerana

[Allah s.w.t bertindak spertimana yang difikirkan oleh hamba-Nya]

1. Nak cari rezeki yang halal
2. Nak cari ilmu
3. Nak kongsi ilmu
4. Nak senyum
" Orang yang gembira tidak semestinya senyum, tetapi yang tersenyum pasti akan gembira"
5. Nak beri salam
"Beri salam secara sempurna iaitu Assalamualaikum bukan "akum" atau "semekom" kalau nak singkatkan juga terutama jika ditulis didalam sms or email gunalah "As salam" 
6. Nak menghapuskan dosa
"Jika kita bekerja sebaik mungkin dan ikhlas kerana Allah s.w.t sehingga keletihan di petang hari akan gugurlah dosa-dosa kita, seperti peluh yang keguguran"
7. Nak Allah sembuhkan sebanyak mana penyakitku
8. Nak cari kawan baru
"Kawan baru tidak sestinya "orang baru" boleh jadi orang lama di dalam organisasi yang tidak biasa kita beramah mesra dengannya"
9. Nak kenal kawan lama
10. Nak rangsang orang berubah
11. Nak jadikan hari ini lebih baik dari semalam

Untuk menjadi seorang Ketua yang Sejati :
1. Hati yang benar-benar bersyukur kepada Tuhan
2. Patuh perintah Allah
"Amalan Fardhu dan Sunat (e.g solat malam, solat taubat, solat dhuha)"
3. Berterima kasih sesama manusia
4. Sentiasa memaafkan orang lain
"Jangan ingat kita tidak buat silap, kalau kita tidak mampu meminta maaf pada semua orang. Sekurang-kurangnya dengan memaafkan orang lain, orang yang kita buat salah tergerak hati untuk memaafkan kita"
5. Sentiasa mendoakan orang lain
"Doakan kejayaan orang lain, kebahagiaan orang lain dengan ikhlas"
6. Sentiasa membantu tanpa berkira
7. Lakukan setiap perkara dengan terbaik
8. Satukan hati & serasikan Ruh dikalangan warga kerja
9. Elak melakukan maksiat
10. Buang sifat negatif
11. Bantu orang lain untuk sama-sama bersyukur
12. Ingat mati dan bersedia untuk mati dengan menjaga ibadah
13. Bentuk sifat Qanaah
14. Syukur bila berjaya, bersabar bila gagal
15. Sentiasa bertawakkal

Beberapa "Quote" sebagai Pedoman:

"Jika kita berubah dalaman dan luaran, Tuhan akan ubah semua orang dan semua Makhluk dis sekitar kita"

"Kita boleh memohon apa yang kita mahu, tetapi Tuhan akan perkenan apa yang kita perlu, yang baik & yang kita layak dapat"

Budak baik sungguh.....minum susu berdiri;)
Penutup Bicara:

"Ya Allah I am not your most faithful servant, I commit sins yet I tell people not to.....Forgive me and strengthen my Iman".....

Aug 18, 2013

Hadiah dari PENCIPTA.....

Bismillahirahmanirahim...........................


Hadiah daripada Pencipta mendatangi kita dalam pelbagai cara dan bentuk. Semestinya dengan penuh hikmah dan tanpa disangka-sangka. Kerana Allah s.w.t itu Maha Halus lagi Maha Bijaksana. Terdetik hati, untuk mencoretkan cetusan hatiku yang datang tiba-tiba. Di kesempatan hari Ahad ini yang agak lapang, dapat jugak aku berfikir kebelakang apa yang aku perolehi dalam 2-3 mingu kebelakangan ini.

"Salah satu hadiah dari Allah s.w.t adalah sebungkus hadiah yang diturunkan kepada kita melalui Jibril. Dan didalamnya adalah dugaan & ujian" (Dipetik dari Drama siri Cinta Jannah)

"Jangan bermimpi mengecapi kebahagiaan jika takut menghadapi dugaan. Kerana kebahagiaan itu muncul sesudah dugaan." (Dipetik dari salauran Radio)

Fahamilah 2 ayat di atas ni dengan mata hati, inshaallah kita akan sentiasa menerima dugaan & ujian yang mendatang dengan lebih sabar dan tabah. Kerana hadiah itu adalah tanda Kasih-Nya kepada kita hamba-Nya yang selayaknya diuji. Jika hanya melihat dari sudut lahiriahnya sahaja, maka lama kelamaan akan terhumbanlah kita di ruang "kegelisahan yang tiada berpenghujung". Aku juga tidak terlepas dari keadaan ini, terkadang aku kuat dan  terkadang aku lemah. Yang ada padaku hanyalah harapan ku pada-Nya, agar aku sentiasa berlapang dada menerima dugaan & ujian-Nya. Teringat aku, di kala aku berasa hampa dengan kehidupan dunia, dan aku mengadu Kepada-Mu. Dapat aku rasakan Engkau mendengar cetusan hati hamba Mu ini. Tidak pernah Engkau menghampakan permintaan Hamba-Mu ini. Walaupun permintaan yang diminta lain dari yang diberi, namun itu semua kerana Engkau yang Maha mengetahui, lagi Maha penyayang. Setiap yang Engkau berikan kepada Hamba-Mu adalah sebaik-baik pemberian, kerana Engkau yang Maha Halus.

Ya Allah, dikala aku berasa hampa dengan kehidupanku. Engkau berikan aku rasa ketenangan setiap kali aku mengadu Kepada Mu...... 

Ya Allah, dikala aku berasa lemah & kekurangan. Engkau berikan aku kekuatan & keyakinan bilamana aku merayu Kepada Mu.............


Ya Allah dikala aku disakiti oleh hamba-hamba Mu, Engkau berikan aku kesabaran bilamana aku merintih Kepada Mu.............

Ya Allah dikala aku berasa gembira, Engkau berikan aku 2 rasa iaitu rasa kesyukuran atas anugerah kegembiraan itu dan rasa takut jika aku cuai mengingati Mu sesudah itu ........


Ya Allah dikala aku berasa keseorangan di dunia-Mu ini, Engkau berikan aku Teman Sejati yang memenuhkan "kekosongan" bilamana aku memohon Kepada Mu....


Tidak silap lagi, hati ku tidak dapat menipu hatiku sendiri....... setiap hari yang dilalui, tiada satu saat pun aku tidak berasa "goyah" menghadapi setiap detik yang telah Engkau tetapkan untukku. Yang mana untukku penuhi sebagaimana yang Engkau Cintai. Dan untukku jauhkan dari melakukan perkara yang Engkau murkai. Maka Ya Rabbi janganlah Engkau biarkan aku dengan diriku sendiri walaupun hanya sesaat lamanya...................kerana aku tidak mampu. 

Ya Allah, walaupun Jihad ku ini tidak sebesar mereka yang menemui-Mu dengan "Syahid" digengaman kerana memusnahkan musuh-musuh-Mu. Namun Jihadku untuk menawan diriku sendiri dan memperbaiki diriku agar dapat menyampaikan diriku ini kepada-Mu dalam keadaan yang Engkau Redhai amatlah terasa berat bagiku..

- Bicara Hati, dari penyewa hati kepada yang Empunya hati- 


Jul 8, 2013

Sepakat membawa berkat.....

Bismillahirahmanirahim.................


"Once in a while, hati mana yang tidak menangis bila di sakiti. Inikan pula bukan sekali tetapi berkali-kali...."

Ada aku terbaca jika hati kita disakiti oleh orang yang sama berkali-kali, cara yang mujarab adalah menjauhkan diri dari berinteraksi denga "si polan" bukan membenci tetapi hanya mahu merawat hati yang sedang sakit. Sebab setiap orang ada pendirian dan kelakuan masing-masing, jadi kalau tidak mampu mengubah rentak "si polan" maka lebih baik  "Diam" dari berkata-kata "dengarkan" sahaja. Cukup dengan luahan hatiku yang tak seberapa di hari rabu dan di bulan july ini. Lebih baik aku post lebih banyak pasal pengalaman manisku semasa aktiviti car treasure hunt  company aku lagi  best. Agak bangga jugak sebenarnya pasal dapat no.3 daripada 26 kumpulan. Dengan perbezaan markah 1 dari tempat kedua. Memang sipi..........

Walaupun aku berada dalam kumpulan lelaki-lelaki yang mengelarkan diri mereka "boboiboy", tapi tetap happening sebab aku yang buli diorang banyak. Nasib lh dpt minah yg x berape nk gegurl kan kuikui....

Dari kiri basyir, firdaus, radin & me
Haha walaupun name kumpulan agak kebudakan tapi jgn pandang kami sebelah mata.sebab bebudak jer yg bersemangat bab- bab bermain...

Kesian kereta radin kene tepek2 dengn memacam bendalah
Dah namenye team boboiboy jadi setiap ahli ade characternyer lah kan. 2 watak baik 2 lg watak jahat haha....

1) radin sebagai tokdin (driver)
2) firdaus sebagai firdudu (co-pilot)
3) aku lak sebgi haliprob (question coordinator)
4) basyir sbgai bazola (question coordinator)

Dengan power masing-masing maka gempak ah group kami.walaupun x menang tapi tetap diingati ramai kuikui......




Jun 18, 2013

Innokie (04/04 - 17/06/2013)

Bismillahirahmanirahim....................

"Tiada suatu pun yang ada di dunia ini akan kekal selamanya. Dan itu adalah kepastian untuk kita mengharunginya. Sama ada engkau ditinggalkan mahupun engkau yang meninggalkan, keduanya pasti dirasai". 

08/06/2013
Badan Innokie rasa panas sedikit tapi tiada tanda-tanda selsema macam si Capang. Agak risau bila innokie macam kurang makan dan asyik tidur saja. Hari tu terus pergi ke Muezza klinik, menurut Dr. yang bertugas ketika itu Innokie mungkin mengalami "Post fever deppression". Tapi hatiku terdetik macam ada yang tak kena. Dr. bagi dia makan A/D hmmm nampak macam dia dah berselera semula. Tapi kena makan bersuap. (mood- maintain cool...)

09/06/2013
Innokie langsung tak nak makan, soft food A/D pun taknak walaupun bersuap.Oleh kerana dia dah tak ak makan, yang boleh aku buat hanya bagi dia air mengunakan syringe. Nak pergi balik ke klinik dah malam plus hari ahad. Jadi aku bersabar sajalah menunggu hari esok. (mood - tak senang duduk)


10/06/2013
Sebelum pergi kerja, tengok innokie dah nampak lemah giler sebab tak makan dan kurang air. Jadi terpaksa bagi dia air banyak-banyak guna syringe. Di ofis tak berapa nak fokus sebab teringatkan innokie dirumah. Waktu lunch terus pecut balik rumah, masa 1 jam yang ada aku terus bawak innokie ke Klinik Muezza. Tapi tutup la pulak sebab lunch. Tak de tempat lain terpaksalah pergi ke petshop mano. Walaupun aku tak berapa nak "confident" dengan reputasi klinik ni. Sampai je kat klinik mano,diorang cakap innokie memang dah kritikal sebab dah dehydrate sangat. Kesian aku tengok innokie, Dr. inject dextrose guna syringe kat beberapa tempat. Tak sanggup nak tengok, Dr. sarankan tigglkan innokie 1-2 hari untuk pemantauan. Aku pulak tak fikir panjang terus setuju. (mood - positif giler)

11/06-12/06/2013
Habis waktu kerja petang tu terus jer pergi klinik dan tengok innokie. Hmm keadaan tak banyak berubah. Still shaking, dan ada kesan darah kat tepi mulut. Ya Allah apa yang telah aku buat, hantar innokie kat tempat macam ni. Pasti susah nak bagi innokie makan dan minum, tapi jangan lah sampai berdarah mulutnya  dipaksa bukak. Inokie pun semakin comot, hingus meleleh melekat kat lubang hidung dengan muka dia. Fikirlah dah lah si kecik tu tak sihat, tersumbat pulak lubang hidungnya. Agak hangin jugaklah aku ketika tu. Aku buat keputusan untuk jaga innokie sendiri, walaupun Dr. kata treatment tak habis lagi. (mood -hangin dengan service petshop)

13-14/06/2013
Setelah beberapa hari aku jaga innokie, beri ubat, makan A/D dan minum air semua pakai syringe. am Sentiasa lap muka dia dengan kain dan air suam untuk buat dia lebih selesa. Hmmm walaupun keadaan dia masih sama tak nak makan dan minum, tapi dia dah macam bertenaga sedikit sebab boleh menipis setiap kali nak bagi makan minum. (mood - berusaha sebaik mungkin!!!!!!!)

15/06/2013
Pagi-pagi dah tercongok kat klinik muezza, nasib baik Dr.Jowa ada. Agak terkejut jugak bila Dr. kata kemungkinan dia terkena virus infection. Sebab selalunya kalau kucing demam atau selsema tak effect selera makan dia. Lagi pulak innokie tak sempat divaksin, jadi potensi nak kena infection memang agak tinggi. Terus jer teringat pada BOBO dan Melon,dua ekor kucingku yang telah pergi disebabkan virus infection. Aku redha tapi mataku tetap bergenang, agak payah jugaklah nak menahan ianya dari jatuh didepan Dr. Ingat lagi dulu, masa BoBo didiagnose kena FIP masa, masa tu Dr.Zul yang periksa aku menangis teresak-esak kat depan Dr. tu sebab dah tak tertahan. Dr. kata tak boleh buat apa, 1-2 hari jer dia dapat bertahan. Sama jugalah dengan Melon. Alhamdullillah kali ni, aku lebih tenang takdelah samapi teresak-esak depan Dr.   (mood - redha akan ketentuan Allah)



16/06/2013
Disaat aku tengah menulis blog ni, Innokie meronta-ronta macam kena heart attack. Aku tengok dia macam tengah dalam kesakitan yang amat. Kesian dia sakit sangat sampai kaki berkerekot. Setengah jam jugak lah aku tunggu tepi dia. Maybe dalaman dia dah rosak itu yang termuntah-muntah air. Tapi alhamdullilah lepas tu dia dah boleh "mengeow". (mood - sayu hati)




17/06/2013
Pagi selepas sahur, aku bagi innokie ubat antibiotik dan air gamat. Alhamdullilah dia nak telan.Sebelum pergi kerja aku bagi dia 100plus untuk dia bertahan sampai tengahari. Waktu lunch macam biasa pecut balik ke rumah bagi dia air gamat. Entah kenapa hari ni rasa berat jer nak balik rumah, macam khayal buat kerja tak sedar dah pukul 7. Dah lah hari ni puasa, pe lagi pecut ke as-salam, tapau nasi. Sampaikat ruma sempat juga menjeling kat carrier innokie. Hmm tido nampaknya. Tengah kalut-kalut nak berbuka, ada pulak penyewa baru nak hantar barang.Jadi berbuka pun lambat, nak bagi innokie makan ubat pun terlambat jugak. Habis berbuka terus bukak fridge n ambik ubat untuk innokie. Macam biasa aku pun panggil-pangillah si inokie... hmm tidur kot. Bukak jer carrier, aik lain macam jer position tidurnyer tegak semacam je nampaknya. Bila sentuh, keras dah badannya. Rupanya innokie dah takde. Agak blurr aku sekejap. Nak nangis pun tak mampu. Tengah-tengah blurr tu aku pi amik wuduk dan terus solat maghrib. Lepas salam, baru lah aku dapat melepaskan apa yang terpendam. terus duduk diatas sejadah dan berfikir sejenak akan Nikmat-Nya walaupun sementara ianya tetap anugerah. (mood- redha tanpa sebarang sesalan)

Walaupun kata orang "kalau berkasih biar sedikit, sebab tidak mahu terlebih bersedih bila terpaksa berpisah". Tapi bagiku, curahkanlah kasih sayang sebanyak yang boleh kepada apa yang kita cintai, sebab aku akan merasa lebih merelakan pemergiannya. Supaya kenangan yang manis sahaja yang melekat di minda dan supaya aku lebih bersyukur bila mengingatkan kembali nikmat yang Allah pinjamkan padaku...kerana sesungguhnya

"Ya Allah apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, jadikanlah ia keredhaan untuku dalam mencintai setiap apa yang Engkau cintai"

Jun 9, 2013

Innokie ohhh meyo....

Bismillahirahmanirahim......


Sambil-sambil melayan movie Jurassic Park 3 kat TV2 ni, ade jugak masa nak mengupdate blog aku ini. Walaupun dah tengok cerita ni, tapi ke"horror"an dia masih terasa ke tulang jauhnya.

Sabtu yang membahagiakan sebab dapat bermalas-malasan dirumah bersama anak-anak berbuluku. Tapi ada yang tak kena, Innokie si kecil nampak macam lemah je tak nak makan pulak tu. Asyik tidur je sambil buat muka sayu. Tak senang duduk jugalah aku dibuatnya. Kucing yang umur baru 3-4 bulan ni memang teramat mudahlah dapat demam dengan selsema. Jadi tengahari tadi bawa innokie jumpa verterinar lagi. Walaupun minggu lepas dah bawak, tapi demam dia macam tak baik juga walaupun ubat dah habis aku beri. Kali ni  Dr. cakap innokie sekarang tengah dalam fasa " Post fever depression". Tapi hati kecilku rasa bukan macam post depress je, pendek kata hatiku masih rasa tak sedap...

Melepek jer kat bantal......mana si pergi innokie yang periang????
Capang tumpang 4 kaki tidur sebelah innokie yang demam...

Haaaa ambik engkau kucing pun boleh depress. Sebab Dr. kata temperature die takdelah panas sangat, Dr. suap makan pun laju jer die telan. Pendek kata dia "depress" saje je nak bermanja-manjaan dengan aku. Takpelah nampaknya makan bersuaplah si Innokie ni 1-2 hari ni ye. Nasib baik weekend kalau weekdays risau juga.

Itu cerita pasal si innokie, pasal Meyo pulak, sekarang ni bila naik kereta mesti nak menyemak tidur atas riba  aku. Sanggup tu tersepit celah stereng janji dapat menyelit kat aku. issshhh nak kasi 1-2 cepuk tak samapi hati pulak lagi -lagi ble die buat muka tak  bersalah. Sabar jelah, kereta sebelah pandang jek aksi kitorang. Dah rasa macam sarkas bergerak pulak aku ni.

Look at me.... I am Miss co-pilot.....
And then co-pilot pun membuta zzzzzzz...............hampeh

Amboi-amboi sodap sungguh menikmati pemanadangan ye Meyo... eden yang seksa 
tido lagi.zzzz...................................

"Ya Allah apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai"


Jun 4, 2013

Jemput-jemput pisang

Bismillahrahmanirahim.............................

Ada orang panggil cekodok pisang, tapi selalunya kalau orang johor atau lebih specifik lagi keluarga den, kitorang lebih suka panggil jemput-jemput. Kalau letak ikan bilis, hanya tukar nama belakang lah dari jemput-jemput pisang jadi jemput-jemput ikan bilis.kenapa jemput-jemput, maybe sebab teknik "membentunya" sebelum digoreng, sejemput demi sejemput dimasukkan dalam minyak panas.hmm cam logik jugak penjaelasan aku ni.

Compare antara jemput-jemput pisang dengan ikan bilis, aku lebih suka ikan bilis sebab boleh cicah dengan sos cili. Pasal den tak berapa nak suka kuih ni, jadi  aku post kat sini resipi "jemput-jemput pisang" untuk rujukan ku bila-bila nanti. 

Bahan-bahan:
First trial, bolehlah buat gedik-gedik tokak sendiri
  • Pisang kalau boleh bukan pisang mahal atau pisang yang sedap dimakan begitu sahaja. (sayang bila dipenyek-penyekkan)
  • Tepung gandum
  • Gula 
  • Garam
  • Air suam 
  • karbonat soda
Sabtu lepas balik kampung ambik adik pasal dia dah nak naik semester. Kebetulan bulan june ni birthday ayah ku yang ke 66 tahun. Sepatutnya 05/06 tapi aku gi sambut in advance 01/06 hehe cepat 4 hari. Selamba jer, kalau ikut semua boleh. Kali ni Vanilla sponge cake pulak. Walaupun bukan homemade, tapi shopmade kira ok jugalah daripada "no"made kan.
Nyumm..nyum.... 

May 26, 2013

Seminggu di Shanghai......

Bismillahirahmanirahim.....

Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar, walaupun hari bertolak ke sana aku tengah demam selsema.  Tapi syukur jejak jer kaki di sana demam aku pulih 100% hahaha macam tak percaya pulak. Macam biasalah kalau berkelana di negara orang kalau bukan kerana kerja memang tak sah. Inshaallah rezeki sememangnya Allah s.w.t yang tentukan, tugas kita manusia hanya mencari dan mengharapkan kurniaannya. Aku yakin jika kita bekerja keras inshaallah Allah akan membantu mempermudahkan jalan untuk kita..........

Di setiap perjalanan pasti ada kenangan atau pengajaran yang berbaloi untuk dicoretkan:
  • Jangan terlalu "percaya" yang kita tidak gemar atau tak masuk dengan seseorang itu. Sebab end up you have to work with him. Tapi percayalah ianya tak seteruk yang disangka, malah bagi baik. Maha suci Allah, sesungguhnya dia lebih tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Kita manusia hanya tahu meng"andai" semata-mata.....
  • Jangan takbur, sekali bercakap besar satu dunia akan kenal anda. Kalau berkali-kali bagaimana pula?  satu galaksi ka? Kalau mahu diingati orang biarlah pada baik sifatnya bukan kerana cakap-cakap kosong dan sifat-sifat sombong anda. Bukan selamanya kita berada diatas, sebab akhirnya ke bawah tanah juga kita sudahnya. 
  • Bersyukur..bersyukur...bersyukurlah mukminin dan mukminat yang berada di Malaysia ini. Tahukah anda di shanghai konsep keluarga disana adalah  "1 family 1 child only". Kalau tidak anak yang seterusnya tidak akan didaftar sebagai warganegara. Atau bagi yang mampu, kena bayar based on pendapatan tahunan diorang. Ada seorang penjual tu, dia mengandung anak kedua, aku pun tanyalah berapa dia kena bayar untuk register. Jawapannya 30,000 Yuan samalah dengan RM15,000. Bagi mereka yang berpendapatan tinggi kat Malaysia nia apalah sangat kan. Tapi cuba bayangkan yang kerja mengais pagi dan malam. Jadi bersyukurlah rakyat Malaysia, tiada paksaan....tapi mengapa perlu bertelagah? 
  • Bandar yang besar, yang nampak seperti bandaraya jangan sangka senang untuk hidup disana. Lagi-lagi jika anda tidak tahu berkomunikasi in chinese languange (mandarin). Boleh gila jugaklah, hampir 90% pemandu teksi tidak tahu berbahasa inggeris. Nak pergi mana-mana kena sentiasa prepare address yang diterjemahkan ke bahasa mandarin. 



Pearl tower boleh nampak dari Grand Hyatt Hotel (Jin Mao Tower) tempat aku menginap
  • Susah untuk cari makanan muslim di shanghai, hari pertama dan kedua kami berjalan kira-kira 5 km sepanjang Nanjing East Road sampailah ke Nanjing West Road. Mahu patah kakiku, sampai jer kat sana jangan mimpi ah makan ayam, mostly kambing jer yang diorang sediakan. Tapi nasib baik aku ni tekak larong, main sebat jer. Semuanya aku rasa sodap, Alhamdullilah.....
2 x makan kat sini @ MALL 818 near Nanjing west ... kambing jer yang ada
Happy camel restaurant tapi camelnya takder... ikan tu dapat free owner belanja pasal last customer
Karvan middle east  halal restaurant at Hunan Street... ( semuanya lamb yer)

Sekali tengok macam adik beradik pulak (dari kiri: k.eena,k.idura n me)
  • Black market memang banyak lah dari handbag yang berjenama, kasut, sampailah ker blazer or jacket. Bagi mereka yang kaki shopping memang berhabisan lah mereka kat sana. Nasib baik eden ni tak berapa kisah sgt dengan fashion-fashion ni. Pergi shopping pun banyak berhabis dengan souvenier untuk kengkawan opis hehehe. Sebab itu yang aku gemar. 
Sign dalam mandarin yer kawan-kawan kalau bernasib baik jer jumpa tulisan rumi huhuhuu
Kedai ni boleh siapkan tempahan dalam masa 1 hari jer unbelieable... tapi percayalah kerana ianya benar
  • Pesanan buat mereka-mereka yang datang ke sini untuk bershopping. Tawar menawarlah sampai muntah hijau kat situ, diorang layan punya. Tawar harga sampai 10 x ganda murah pun tak mustahil. Bagi yang minat bag berjenama memang ini lah tompatnya tapi Coach design x banyak. Fossil pun jangan harap ada, pasal tanya pun diorang tak tau. Tapi kalau LV, Prada etc... memang banyak. hahahah banyak yang aku tak tau pun ada.
  • Bila malam mesti teringat bebudak kat umah huhuhu rindu tak terkata kat mereka. Rindu nak peluk cium diorang.....lagi-lagi "si bongsu inokie". Kesian diorang bila ambil jer kat vet capang & inokie dua-dua demam. Paling teruk si capang siap batuk ngan selesema sekali....sedih lah pulak pasal tinggal diorang lama sangat. Meyo, si boot ngan Adu dah biasa tinggal lama.....
Sampai je kat umah terus tidur atas baju sejuk aku... rindu peluh aku lah tu kuikui...
Oklah rasanya ni jer yang boleh aku tulis kat blog ni, yang lain tu confidential....hehheehe...

May 2, 2013

Hiking: Gunung Nuang (Janda Baik)

Bismillahirahmanirahim.........................


Alhamdullilah sabtu yang lepas (27/04/2013) berjaya menawan satu lagi puncak gunung yang ada di Negara Malaysia yang indah lagi permai ini. Gunung Nuang namanya, sebelum mendaki macam-macam cerita aku dengar pasal gunung ni. Antara yang paling popular adalah potensi yang tinggi untuk sesat kat dalam hutan ni. Cuak jugak memula tu, hampir-hampir  je tak jadi pergi. Bukan apa aku ni walaupun boleh dikatakan selalu masuk hutan tapi pengalaman bermalam atau bercamping dalam hutan tak pernah lagi. Untuk pengetahuan ada 2 laluan bagi pendaki, pilihan pertama dari hulu langat (selangor). Laluan ni lebih pendek tetapi lebih "mencanak" pendakian nya. Laluan kedua pulak dari Janda baik (pahang). Mengikut kata-kata dari pendaki-pendaki, laluan ni lebih panjang tapi tidak terus menerus "mencanak" pendakiannya.

Perjalanan kali ni bermula dengan tersangatlah awalnya dan panjang sekali. Kali ni group pendakian ada 23 orang ramainya. Tapi yang aku kenal adalah dalam 5-6 orang. Tapi semuanya baik-baik belaka dan peramah, bagusss bertambah lagi member-member sekepala dengan aku hehehe. Tapi kali ni Yoke ling pun tak pasal-pasal  terjebak sekali. Kesian amoi tu kena bangun pagi-pagi.

4:30a.m - 6:00a.m       : Dari nilai ke Genting Sempah R&R
6:30a.m -7:20a.m        : Bergerak ke janda baik dan berkumpul di starting point
7:30a.m -12:30 p.m     : Pendakian bermula dan tiba ke puncak Gunung
12:30p.m - 2:30p.m     : Berehat-rehat sambil membuang-buang pacat di badan
2:30p.m -7:30p.m        : bergerak turun dan tiba di starting point

Memasing fresah dan bersemangat nak memulakan perjalanan (laila & yoke ling)
Peace yer laila hahhahaa memula biasalah gumbira

Salah satu scenery yang sejuk mata memandang...........

Melintasi perumahan orang asli...... anda pasti disambut dengan salakan anjing .... haaa ni die punye chief!
Banyak la pulok pokok-pokok tumbangnya.......


Tabahjer lah.... tanah yang amat lah licin.....
Kalau renung lama-lama kat tanah, nampaklah 10-20 ekor pacat mengiut2
Antara pengalaman yang best merentasi rimbunan akar2 kayu... siap boleh main henjut2 lagi
Yang bawah tu macam buah "zaitun" yang ada kat sekolah rendah aku (kategori snek aku dulu)
Air terjun chemperoh "Terbaik!!"
Perjalanan dari starting point ke air terjun ni mengambil masa 1 jam +++. Cabaran sepanjang perjalanan adalah keadann yang teramatlah becak, pacat-pacat jangan cakap lah memasing sampai jer air terjun dok mengira berapa ekor pacat yang melekat kat memasing.... kat sini berehat lebih kurang 1/2 jam. Bagi sesiapa yang nak top up air boleh lah ambil kat sini. Tak perlu risau airnya bersih jernih dan rasanya pun sedap.... aku selamba je minum. Sebelum meneruskan pendakian, kitorang punyer guide dah warning... kalau ade sesiapa nak quit baik patah balik dari sini. Pasal perjalanan lepas ni memang menjerihkan... semuanya "mencanak" tingginya. Bagi mengambarkan kepayahan ini, maka tiada gambar dapat aku snap selepas dari air terjun hahahha.

Haaa ini jer mercu tanda puncak gunung ni.... yeah!!!! (ade model inter frame kat pokok tu)
Tak sangka kat atas ni pun macam zoo, gile jinak tupai ni, gemuk2 pulak tu
Batu tanda sempadan diatas puncak gunung (antara negeri pahang & selangor)
Ada yang masak maggi rusky, aku tapau nasi lemak tapi sambal, telur timun nasi semua campur, dan photo  "tongkat heroku".

SUMMARY:

1) Ketinggian pendakian 1493m
2) Cabaran: ketahanan fizikal, tahap kelicinan/kebasahan tanah, pacat memacat, jalan yang agak "confuse"
3) Salah seorang kawan terseliuh bahu dan hampir pitam masa perjalanan turun
4) Beberapa kali kakiku cramp pasal kesejukan meredah sungai & air terjun.nasib baik ada bawak minyak panas.... so masalah dapat diselesaikan dengan bijak
5) Aku sudah dapat menerima kehadiran pacat dengan lebih "tenang" hahhaha dah tak geli dah. Siap boleh tolong orang lain buang pacat-pacat dari badan diorang
6) Pengalaman dari atas puncak tak berapa menarik (puncak yang agak sempit)....mungkin juga sebab aku keletihan untuk cuba menikamti keindahan tersembunyinya.....
7) Alhamdullilah masa mendaki amalkan zikir-takbir dan masa menuruni tempat tinggi amalkan zikir-tasbih insyaallahakan rasa lebih tenang dan kurang penatnya........
8) Masa mendaki, terdetik hati aku "kalau lah ada kayu macam tongkat kan bagus". Tak berapa lama lepas tu tetiba aku jumpa kayu yang sebijik macam tongkat, lurus dan sedang-sedang elok ketinggiannya dengan aku. Bersyukur sangat masa tu,sebab ianya sangat membantu. Masa turun tu, ada juga terasa macam nak bawak balik jer tongkat tu. Tapi bebudak tu kata lebih baik ditinggalkan saja kat hutan tu. Tapi sempat juga aku ambil gambar tongkat tu untuk kenangan (refer photo sebelah nasi lemak tu).
9) Walaupun aku cakap semuanya mengenai cabaran fizikal tetapi apa yang penting adalah kekuatan mental dan spirit kita......Because " You're the only one who gets to decide where your limit is"