Sambil-sambil melayan movie Jurassic Park 3 kat TV2 ni, ade jugak masa nak mengupdate blog aku ini. Walaupun dah tengok cerita ni, tapi ke"horror"an dia masih terasa ke tulang jauhnya.
Sabtu yang membahagiakan sebab dapat bermalas-malasan dirumah bersama anak-anak berbuluku. Tapi ada yang tak kena, Innokie si kecil nampak macam lemah je tak nak makan pulak tu. Asyik tidur je sambil buat muka sayu. Tak senang duduk jugalah aku dibuatnya. Kucing yang umur baru 3-4 bulan ni memang teramat mudahlah dapat demam dengan selsema. Jadi tengahari tadi bawa innokie jumpa verterinar lagi. Walaupun minggu lepas dah bawak, tapi demam dia macam tak baik juga walaupun ubat dah habis aku beri. Kali ni Dr. cakap innokie sekarang tengah dalam fasa " Post fever depression". Tapi hati kecilku rasa bukan macam post depress je, pendek kata hatiku masih rasa tak sedap...
Melepek jer kat bantal......mana si pergi innokie yang periang???? |
Capang tumpang 4 kaki tidur sebelah innokie yang demam... |
Haaaa ambik engkau kucing pun boleh depress. Sebab Dr. kata temperature die takdelah panas sangat, Dr. suap makan pun laju jer die telan. Pendek kata dia "depress" saje je nak bermanja-manjaan dengan aku. Takpelah nampaknya makan bersuaplah si Innokie ni 1-2 hari ni ye. Nasib baik weekend kalau weekdays risau juga.
Itu cerita pasal si innokie, pasal Meyo pulak, sekarang ni bila naik kereta mesti nak menyemak tidur atas riba aku. Sanggup tu tersepit celah stereng janji dapat menyelit kat aku. issshhh nak kasi 1-2 cepuk tak samapi hati pulak lagi -lagi ble die buat muka tak bersalah. Sabar jelah, kereta sebelah pandang jek aksi kitorang. Dah rasa macam sarkas bergerak pulak aku ni.

Look at me.... I am Miss co-pilot..... |
And then co-pilot pun membuta zzzzzzz...............hampeh |
Amboi-amboi sodap sungguh menikmati pemanadangan ye Meyo... eden yang seksa |
tido lagi.zzzz................................... |
"Ya Allah apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai"
No comments:
Post a Comment