Nov 28, 2012

Black & Red 2012

Bismillahirahmanirahim.....................

Yoshhh akhirnya dugaan "training session" berakhir hari ni. Penat jugak jadi trainer ni, nak menyampaikan information tu senang tapi nak bagi orang betul-betul paham tu susah. Hmmm ditambah pulak dengan aku yang cakap macam "bullet train"ni kan.  Risau jer diorang tak leh nak "capture". Tapi syukur Alhamdullilah. selama 3 hari ni  semuanya berjalan lancar. Yang paling lega feedback dari participant pun positif belaka. 

Jadi berakhirlah episode keteganganku sebagai "amatur trainer". Dan dapatlah aku memblogkan 1, 2 peristiwa yang berlaku semasa annual dinner company pada 23/11/2012. Sememangnya, inilah 1st annual dinner company sepanjang aku bekerja yang dah nak hampir 7 tahun.  Kali terakhir tahun 2005, itupun attend annual dinner semasa zaman U lah dulu. Nak dijadikan cerita mula-mula rasa takkan terjebaklah dalam masalah pemilihan pakaian mengikut tema ni. Yelah cuba berlagak "cool" kan, makan jer pun pasal baju belakang kira. Tapi selepas dihasut sedikit sebanyak oleh teman-teman rapatku sekalian, maka aku secara tak sengajanya terjebak lah dalam isu2 dinner ni. 

Siap ada red carpet lagi tu; kak azrina & me
Posing punyalah baik tapi mataku sikit punyer sepet, semuanya bahana sebab tak pakai cermin mata. Ingat bintang filem jer boleh posing-posing, kitorang pun boleh. Siap posing pun nak ikut warna belon, baju merah ngan belon hitam, baju hitam dengan belon merah. Tapi cam biasa capture ngan tepon " COKIA" kan , Takde mood nak tangkap lebih-lebih pasal banyak gambar "blur". Perasaan sekarang ni pun membuak-buak nak beli camera DSLR. Tapi "duitnya" je tak berapa nak ada huhuhu.

Perkara yang lain yang oku observe masa dinner tu adalah berkaitan dengan nombor, aku dapati ianya sangat menarik. Nombor yang aku paling suka cam biasalah 23. Dan tarikh dinner ni pun 23/11. Tapi aada lagi yang menarik perhatian aku yang related dengan nombor.

- No.lucky draw aku 1219 dan no.ext office aku 1019 ; dan nak jadi lebih misteri emi pulak dapat no. 1217  dan no.ext office dia 1017.
- Laila dan kak azrina pun dapat no. yang unik; Laila - 1224 & kak Azrina 1242
- No. pemenang utama Ipad tu pulak hampir sama ngan no. aku dapat 1229

Aku pun tak tau tapi kalau pasal nombor, aku sangat peka dan gembira kalau dapat kaitkan nombor-nombor tu dengan kehidupan seharian aku. Hahha contohnya macam nombor no.ext office aku. Mungkin sesetengah orang tak akan ambil pusing pun, atau tak sedar pun. 

Walaupun namanya lucky draw, tapi semua yang hadir dapat hadiah. Walaupun tak dapat hadiah utama Ipad, tapi alhamdullilh dapat juga water jug 9.5L, inner material dia stainless steel lagi heheheh best, boleh bawak camping atau berkelah.
Best group performance: PS & PSN (they deserve it;) due to the team effort
I'm loving it... sesuai bangat dengan eden yang payah nak minum air
Hahah ni x boleh blah.. dpat gak lah award sebab "sporting" lah sgt kat office kan
Alhamdullilah, disebabkan award ni dapatlah eden cover duit tol balik kg, last week. Hehhe almaklumlah  dah akhir bulan gaji tak masuk lai. Bila dapat rezeki terpijak ni sangat bersyukur lah kan hehehhehe. RM50 hinggit pun bernilai tuuuuu...................


Nov 24, 2012

Trip Dungun (13/11-15/11) Part 2

Bismillahirahmanirahim..........................


Alhamdulillah akhirnya, mood meng"update" blog ku kembali. Nak menulis ni pun perlukan mood dan masa yang sesuai ditambah pulak tengah berserabut menyiapkan kerja untuk isnin ni. Diharapkan segala urusanku dipermudahkan, almaklumlah first time nak bagi training kat orang luar. Kalau setakat pada staff company or dept sendiri insyaallah takde hal. Tapi kalau pada lecturer universiti tu yang ada hal jadinya. Aku "take five" untuk mengupdate blog aku, supaya otak aku tak jadi tepu dengan "slide presentation" aku yang haru biru ni.

Sambung cerita aku lagi, hari ke-2 trip, kami berjalan-jalan sambil melihat penyu dirantau abang. Aku pun confuse penyu yang merantau tapi abang yang dapat nama hehe. Bebudak lah yang paling gumbira tak hingat. Aku cam biasa layan kan ajer, walaupun terserlah kejakunan masing-masing. Seingat aku, masa kecik-kecik dulu aku pernah lah merasa telur penyu. Sedap sebenarnya, rasa dia masin-masin sebijik macam telur itik masin (tapi bahagian kuning). Telur tu direbus, tapi rebus lama macam manapun telur tu takkan keras punya. Cara makannya gigit sikit kulit telur tu dan sedut, secara automatik telur tu akan kempis macam belon bocor. Tapi sekarang ni penjualan, pengambilan, mahupun pemakanan telur penyu adalah dilarang disebabkan populasi penyu yang menurun. Jangan memain, penyu sendiri yang cakap kat aku hehehe. Nasib baik aku pernah rasa, jadi takdelah terkilan sangat.....

Dari kiri: Amir, Angah n ashraff, isha n abg mie, dan ayin yang macam nak terbang
Dari kiri: Penyu A, B, dan C yang sedang belajar berenang .......cute giler;)
Ni bukan penyu, tapi Tuntung laut bezanya tengok kepak/tangan atas bawah.... heheh
Ni pun bukan penyu tapi anak-anak buahku hehehhe
Hahha isha dah macam saka aku tengok heheheh
Lepas puas hati melihat penyu-penyu yang ada kat rantau abang, pergi ke Kuala Terengganu pulak. Pergi ke Tamadun Islam Edutainment Park. Kat sana ada masjid kristal, dan replica masjid, monumen dan banggunan sejarah islam di seluruh dunia. Untuk masuk dikenakan bayaran dari RM 10-25 per individu berbeza mengikut pakej. Lepas tu pergi ke Desa Murni tengok angah bershoping tudung ngan kain batik, aku tengok jer pasal rambang mata kalau banyak sangat pilihan hehehe. Hisssh dah lah rabun, rambang la pulak. 

Ni jer yang dapat di"snap" pasal cuaca panas terik, tak larat nak tangkap gambar lebih-lebih
On the way balik dari KT ke chalet kat dungun, asyik berhenti jer kat tepi-tepi jalan pasal banyak orang jual makanan kat tepi jalan. Yang paling banyak sata, keropok lekor, jagung bakar, Roti paung, air nira. Kenapa nama roti tu paung aku pun tak berapa mengerti. Roti paung dengan air nira dua-dua aku tak pernah cuba. Walaupun namanya "paung" tapi rasanya memang sedap "fresh baked" lembut dan banyak jenis inti (kaya, kacang, planta, kelapa) dan boleh campur lak tu. Harga 1 buku roti = RM2.50 memang mantop dan sedap! makan sampai boleh jatuh gaung..... punyalah sedap.

Tapi yang aku tak boleh blah.....air nira, hmmm pelik juga jarang aku tak suka soal makan minum ni. Tapi air ni jer yang aku tak boleh nak masuk tekak. Agaknya sebab baunya yang aku tak boleh tahan. Sambung lagi  cakap pasal makanan, masa nak balik ke KL kitorang singgah kat cherating ker kijal? aku pun dah tak ingat, tapi kat situ pi beli lemang dan aku pun terpandang "Buah feveret" aku hehehhe buah ciku, tak sangka ada jual buah ciku. Ape lagi beli ah sekilo baru RM4 siap makcik tu bagi free 3 biji. Hmm mesti kesian tengok muka aku yang excited gile nampak buah ciku. Bukan apa kalau buah ciku, 1 bakul aku boleh licinkan sorang.Lepas tu terpandang la pulak "buah jeruk" punya section, hmm kedondong, betik, mangga, cermai hmmm tu semua sealu makan. tup...tup terpandang kat jeruk buah yang aku tak pernah tengok dan makan. Aku pun tanya lah  mokcik tu, ni buah cermai besar ke makcik? tak ni buah bidara mokcik tu jawab. Apa buah bidara macam dalam pantun jer...............

Nasi lemak buah bidara,
Assalamualaikum pembuka bicara.

heheheh aku karang sendiri pantun kat atas ni, takder dalam dewan bahasa dan pustaka pun. Macam biasa dah kalo namanya tekak larong, semua nak cuba. Jadi aku pun cubalah hmmmmm sedap tapi macam berlendir sikit tekstur nya. Nampaknya bukan aku sorang jer tak berapa suka, ayin pun sama heheh.

"Buah ciku" tinggal sikit jer, sebab dah masuk perut ku

Nilah rupanya "jeruk bidara"

Pendek kata trip ni best pasal dapat bergumbira ngan anak-anak buahku, terasa macam zaman kanak-kanak dulu dan terasa muda diriku ini. Macam biasa, nak juga buat kesimpulan, macam kat bawah ni lah..

1) Setiap detik dalam hidup perlulah sentiasa dihargai. Baik yang pahit, manis, masam, takde rasa mahupun yang pedas. Macam makanan tak cuba tak tau, dah cuba baru tau...

2) Tak salah mengenang kisah lampau kalau untuk mensyukuri nikmat yang telah diperolehi. Tak salah melupakan kisah silam kalau untuk memguatkan langkah ke hadapan. Sebab dalam hidup ini tiada pilihan yang salah kerana semua itu ujian kepada kita Hamba yang lemah.

3) Perlulah cuba sedaya upaya menggembirakan diri kita dahulu, sebab dengan cara itu sahaja kita dapat menggembirakan orang disekeliling kita!


- The End- 

Nov 19, 2012

Kenapa Berdiam?????

Bismillahirahmanirahim.....................................


Al-fatihah kepada para syuhada yang gugur di bumi palestin. Sesungguhnya islam agama yang benar, indah lagi mendamaikan. Sudah terang lagi bersuluh Israel dan yahudi laknatullah itu yang menggila merebut kekuasaan di dunia dengan rakus sekali. Menggila ingin menjadi bangsa terhebat. Sedangkan dunia yang fana ini hanya sementara. Bergembiralah engkau wahai orang kafir, dengan kehebatan anda sekalian di bumi ini. Tahukah kamu? tiada kekalahan bagi orang mukmin, walaupun tumbang, walaupun badan hunyai tak dapat dikenal pasti, kerana kemenangan sebenar telah siap sedia menanti mereka. Kerana Allah itu Maha Penyayang, pengasih, dan Maha Adil. Kerana setiap janjinya adalah benar, Al-Quran itu benar, hari pembalasan itu benar, syurga & neraka itu benar. 


Mata aku sukar dilelapkan, kerana memikirkan nasib umat islam disana. Bolehkah mereka tidur dengan ledakan bom di celah celah rumah mereka. Tembakan peluru menembusi rumah-rumah mereka. Aku terfikir adakah mereka menantikan bantuan dari negara islam yang lain?  Walaupun aku tidak berada dengan mereka, tetapi aku merasa kecewa,adakah mereka pun merasa kecewa? Pelik dimana perginya "pemerintah-pemerintah" yang mengaku memerintah negara islam. Adakah hanya di mulut sahaja? kalau anda adalah pemerintah-pemerintah negara islam yang menegakkan agama islam, takkan palestin dibiarkan   dibelasah Israel begitu sahaja. Dahulu Bosnia, Afghanistan, Iraq, Rohingya semuanya mengalami nasib yang sama (tiada pembelaan dari negara-negara islam yang lain). Dimana perginya komando-komando, askar-askar yang dilatih bertahun-tahun menghadapi musuh? haaa inilah masanya apabila musuh Allah didepan mata, kenapa mendiamkan diri pula?.

Butakah mereka, tulikah mereka, bacul ke mereka dengan orang kafir itu semua. Seakan-akan menghalalkan  perbuatan Israel terkutuk itu. Alangkah aman jika setiap satu pemerintah negara islam menjalankan pemerintahn sepertimana yang dilakukan oleh Rasullullah s.a.w, Abu Bakar r.a, Umar al-khattab r.a, Uthman al-affan r.a, dan Ali Abi Talib r.a. Tiada perbezaan negara, bangsa kerana setiap umat islam itu bersaudara. Sudah pasti Israel laknatullah itu mengorek tanah dan mengambus diri diorang hidup-hidup, kerana orang mukmin yang sejati tidak takut walau sedikitpun dengan mereka. 

Pada ketika ini, rindunya aku padamu Ya Rasullullah, malunya aku padamu kerana aku hanya mampu berdoa dan meluahkan perasaanku. Sungguh lemah kami sekarang ini Ya Rasullullah, hanya mampu membaca berita kematian saudara kami, hanya mengira bilangan yang gugur, hanya menanti genjatan senjata berlaku. 

Wahai saudaraku disana, sesungguhnya Allah amat, amat, amat dekat dengan kita. Sesungguhnya kesusahan dan keperitan itu adalah ujian dari-Nya. Janganlah takut dengan mereka yang tidak beriman, takutlah hanya kepada Allah. Ingatlah bahawa Allah lah sebaik-baik pelindung bagi kita orang mukmin..

"Hasbunallah wani'mal wakil" - cukuplah Allah menjadi penolong kami, dan Allah lah sebaik-baik pelindung"


Yang benar,
NHT 
(Luahan hati yang sudah tidak terbendung lagi kesedihannya)

Nov 16, 2012

Trip Dungun Part 1 (13/11-15/11)

Bismillahirahmanirahim.....................

Hampir 11 tahun aku meninggalkan daerah dungun yang terletak di Terengganu ini. Iaitu pada tahun 2001-2002, selepas SPM eden pi sambung belajar kat Matrikulasi KPM yang terletak di Kolej Teras Timur Dungun. Seingat akulah dulu matrikulasi KPM induk hanya ada kat Melaka, P.Pinang, dan Kuala Pilah manakala yang lain tu hanya menyewa di kolej-kolej swasta yang ada di setiap negeri. Pembahagian pelajar pula berdasarkan tarikh lahir, jadi di kolej aku dulu semuanya lahir bulan Disember, jadi tidak terkejutlah jika housemate aku pun "akhil" sama tarikh lahir dengan aku pada 23 Disember.
Here I am...Dungun aku datang hehehe
Persisiran pantai di Dungun, tapi beware tak semua area boleh mandi manda!
Kolej Teras Timur, Kompleks Sura Gate Teluk Lipat Dungun Terengganu. Ha gempak addressnya, dulu mula-mula dapat surat tawaran Matrikulasi mati-matilah aku ingat kawasan tu ber "gated" dan bertaman indah. Sekali indah nama dari rupa hehehhe. Kelakar pulak bila terkenangkan ramai mak bapa yang patah balik bila melihat keadaan kolej yang nampak "daif" ketika itu. Mana taknya, banggunan-bangunan kat situ semuanya papan atau separuh papan dan batu memang macam bengkel bina semangat. Pendek kata memang macam langit dan bumilah kalau nak compare dengan MRSM @ universiti yang ada dalam Malaysia ni. Alhamdulilah ayah n emak ku kuat semangatnya diorang tak patah balik bila tengok keadaan yang akan menempatkan anaknya. Inilah kelebihan orang duduk kat kampung, skit-sikit kurang tu takde hal lah janji niat mesti betul.

Menginap di Ulek Beach Resort, berhampiran Teluk Gadung Dungun.Oklah kalo nak rate kan 1-10, chalet ni dapat 5. Service front desk tak berapa teratur, masalah bila nak check in bilik  tak kemas lagilah suppose kol 2.00 p.m check in kena tunggu lagi 30 minit pasal baru nak "house keeping". Bilik pulak dpat Jacuzzi yang rosak (ni paling tak boleh tahan). Main reason tu tempah chalet ni. Apa-apapun, terima kasih pada angahku dan Abg mie atas tajaan penginapan heheh itu yang syok tu...semua orang tanggung. Hahah ada hati nak komen itu ini...
Dekat jer dengan UITM Dungun dan Teluk Gadung... Chalet seberang jalan jer laut lepas hahaah
MS10, no bilik chalet ala-ala traditional gitu.....................seram pun ada

First day, jalan2 area sura gate, dan Teluk Gadung, tengok UiTM dungun tempat Abg mie masa diploma. dulu. Yelahkan idea and effort pun dari dia, dia yang excited sangat nak pi mengimbau kembali zaman-zaman mudo dia, tahun 1992 tu dia belajar kat UITM dungun. Nostalgik habis..abang ipar aku ni. Pastu pi tengok KTT pulak hehehe, bangunan kat kolej tu tak banyak berubah tapi bukan lagi KTT tapi jadi sekolah asrama /agama pulak. Hmm syahdu gila pulak bila tengok bangunan-bangunan kat KTT, tak berubah pun. Semuanya sama, bangunan masih kukuh cam dulu-dulu. Tempat tidor ku dulu kat [Rumah -Pulau Duyong].  Rumah untuk student pompuan, pulau redang, pulau besar, pulau kecik (hmm rumah ni macam rumah panjang). Dan rumah paling menakutkan ketika tu Rumah Pulau Besar pasal yatie kata banyak cerita seram kat situ. Nasib baik dorm aku tak berapa takut, paling besar dan separuh batu dan papan. Ada 24 bilik, setiap bilk ada 4 orang, tapi yang uniknya, majoriti penghuni rumah duyong tu ex-MRSM tapi ada satu bilik jer yang sekolah harian biasa, hahahah aku punya bilik lah tu Zura, linda, dan akhil. 2 orang johor (aku & linda), 2 lagi orang Nogori sombilan (akhil nan Zura). hmm rindu bangat kat diorang, tapi tak tau macam mana aku lost contact dengan diorang. Ingat lagi dulu sepatutnya kitorang buat reunion kat dungun after 10 years hmmm 2011. Tapi bila dah lost contact ni nampaknya aku sorang jer yang reunion kat Dungun ni. Nak wat camner.... apa-apapun sayang diorang sebab memberikan kenangan manis untuk diingati....sob..sob..

Kalau tak silap aku, banggunan ni Surau....(ingatan yang tak boleh lupa- solat subuh yang tenang  dan mendamaikan)
Tenang je kat sini.....walaupun rumah macam rumah panjang
Yang banyak berubah, adalah "town" dia. Kalau dulu ada satu jer pasta raya (Banggunan salwa), fast food pulak ada KFC ngan A&W je. Tapi Sekarang Pizza Hut, 7 Eleven, McD pun dah ada. Dekat lorong belakang KTT dulu semak samun je kot, sekarang dah jadi shop lot, macam-macam ada.

Tetap gah... cayalah... kalo takder ni boleh sesat eden hehehe
Loteh jugalah melayan anak-anak buahku ini amir,alisha, dan ayeen. Riuh rendah bilik jadinya macam ada 20 orang, padahal 4 orang je kt dalamnya. Tengah-tengah malam ada yang laparlah, tak nak tidur kat tepi tingkap lah, lepas tu masing-masing kalau dah berendam dalam jakuzi rosak tak nak keluarlah lah pulak. Boleh "diabetes" aku melayan bebudak ni hehehe.

hambik tengah makam lapar, memasing membedal maggi..........syokzzzzzzzzzzzzzzz...
Dari kiri Amir (10tahun), ayeen (8 tahun), isha rongak (5 tahun) 
hahah muka isha lah yang paling kebulur hehhehe sian ank-ank sedaraku ini....

Nov 15, 2012

Selamat Tahun Baru 1434H

Bismilahirahmanirahim..................

Tahun baru dibuka dan tahun 1433H berakhir dan ditutupi dengan doa akhir tahun bersandarkan hati penuh  harapan agar segala dosa kesilapan yang dilakukan dalam tahun 1433H diampunkan oleh Allah s.w.t yang Maha pengasih lagi Maha penerima taubat hambaNya. Tahun baru 1434H disambut dengan penuh keazaman yang tersemat dihati untuk menjadi hamba-Mu yang lebih baik daripada yang baik. Lembaran 1 muharram dibuka dengan diiringi doa awal tahun agar diri sentiasa diberi perlindungan oleh Allah s.w.t daripada tipu daya syaitan, dunia dan hawa nafsu manusia.

"SELAMAT TAHUN BARU/ MAAL HIJRAH 1434H"
 (01 MUHARRAM 1434H)


Insyaallah, setiap satu azam yang aku pasang pada tahun ini akan aku cuba laksanakan dengan sempurna. AMIN.

Nov 12, 2012

Mr.NABOX buat hal.......

Bismillahirahmanirahim.................................

Catatan kali ini, sememangnya untuk ingatan buat diriku yang sungguh kalut lagi serabut. Pada tengahari Ahad yang panas lagi terik, aku pun memulakan langkah untuk memandikan keretaku Mr."NABOX a.k.a NBX", setelah najis mutawasitah kepunyaan seekor burung jatuh ke atas Mr. NABOX. Seingat aku kali terakhir aku menyucikan Mr. NABOX adalah pada awal tahun ni heheh. Dah nak dekat 11 bulan tak mandi rupanya, padan bau hachem....Semuanya berjalan lancar, tayar kereta dengan rem nya sekali aku kilat kan, pendek kata boleh tersenyum sampai ke telinga ah tengok hasilnya. 

Tetiba teringat engine oil dah exceed hadnya, aku tak pi lagi workshop. Hmm esok jelah ari isnin aku pi service kereta buat alignment balancing sekali. Tapi setakat top up air bateri, la ni pun aku boleh buat hehehe. Nak dijadikan cerita disebabkan oleh kegelabahan aku, aku dengan tak sengaja menjatuhkan salah satu penutup bateri tu, pop... jatuh terus masuk kat dalam enjin yang berselirat. Huaaaaa cuak gila aku, apa aku nak buat ni, nanti air bateri tu terkeluar kalau tak tutup. macam-macam perkara buruk aku pikir, air bateri terkeluar masuk dalam fuse box, terbakar n meletup ah kereta ku....macam mana nak pi kerja kalau takde kereta. Huhuhu cuba untuk bertenang, apa lagi dengan lampu suluh dan kayu "chopstik" aku pun dok korek kat dalam enjin, makin aku jolok makin jauh ke dalam lak penutup tu. Dan yang lebih sadis ianya terus hilang dari pandangan mataku yang rabun ini. Setelah terkesima sekejap dengan harapan yang semakin layu, tiba-tiba sesuatu terlintas kat otak belah kiri aku..."hmmm penting juga penutup kecik ni".Memang aku tak sangka sebab perkara kecik ni jer aku boleh jadi kelam kabut, sungguh besar impact benda kecik ni rupanya.  Tengah poneng-poneng pikir strategi seterusnya tiba-tiba kedengaran lah suara apek mendayu-dayu memanggil "Surat khabar lama, bateri lama, surat khabar lama, besi lama" haaaa gembira bukan kepalang aku ketika itu. Macam pepeatah melayu mengatakan "Seperti orang mengantuk di sorongkan bantal", tetiba harapan tadi yang semakin layu menjadi segar semula hehehe.

Stop...stop apek..dengan gagah berani aku menahan lori apek surat khabar lama. Hai apek, Lu ada dapat bateri lama ker? oooh ada kata apek tu. Aku dengan muka tak malu, terus jer straight to the point, Lu ada tak penutup bateri yang boleh fit dengan bateri kereta saya tak apek?. Nasib baik apek tu baik, dia siap layan aku test satu-satu penutup bateri yang dia ada. Walaupun sebenarnya, satu pun takde yang sama, at least adalah satu tu yang agak kena tapi longgar sikit. Takpelah ini temporary jer, jadi aku solitip dulu bagi ketat sikit. Esok baru aku bawak kat workshop, cari penutup yang betul-betul fit (kt workshop banyak sikit bateri lama). Jadi aku pun mintaklah ngan apek sambil buat muka kesian yang amat. Bak kata pepatah melayu   membalas jasa apek tu aku pun jual lah sangkar kucing ngan bateri lama kereta kawan aku. heeheh daripada terbiar jer sangkar kucing tu (pasal dah rosak) lebih baik aku jual.  Bateri lama tu pun "housemate" lama main tinggal je. Jadi daripada menyemak kat depan rumah baik aku jual. Hehee hasil jualan tu dapat lah dalam RM8, bolehlah beli penyapu rumah yang dah kopak.

Walaupun berbeza sungguh tapi bolehlah dari takder.......
Hasil dari kerisauan tahap gabanku... sebelum sampai bengkel
Ceritanya tak berhenti disini, aku punya bonet enjin la pulak yang tak boleh tutup. isshhhh poneng kepala eden, kalau tak boleh tutup takut-takut kereta tak hilang tapi bateri dan enjin pulak yang kena kebas nanti. Ape lagi call workshop, nasib baik ada kedai yang bukak. Terus buat service, penutup bateri pun diorang tukar dengan yang lebih fit.Lepas balik dari workshop aku pi lah bukak semula bonet enjin tu, heheh hajat nak confirmkan jer dah betul-betul elok ke belum. Tup....tup tak boleh tutup semula...arghhhhh tensen betoi.. .. oleh kerana aku tensen aku biar jer Mr.NABOX kat luar dengan bonet enjin terbuka. Hahahah padan muka dia, siapa suruh buat hal... tidoq ah hang camtu malam ni. Esok baru aku pikir camner nak settlekan. 

Moral of the story:

a. Jangan acuh tak acuh dengan benda/perkara kecil, walaupun kecil tapi mampu buat kepaloku poneng.
b. Jangan buang bateri lama,kalao nak jual juga ambik 1 ke 2 penutupnya buat spare 
c. Jangan buang resit service kereta anda, pasal contact no. semua ada kat situ (berguna untuk kecemasan)
d. Jangan malas memandikan kereta sendiri, nanti dia memberontak macam Mr.NABOX (sesekali dia nak bermanja kot). 
e. Sayangi dan hargailah harta anda, kerana dia telah dianugerahkan Allah untuk mempermudahkan kehidupan kita.
e. Jangan mengeluh atas apa yang terjadi, kerana tanpa disangka hari anda telah dipenuhi aktiviti-aktiviti yang sihat lagi aktif ...(hahah walaupun initial plan nak rehat kat rumah sambil guling-guling ngn meyo, boot, n adu) tapi akhirnya jadi lainlah pulak.
f.  Hargai setiap detik yang dilalui kerana banyak pelajaran yang dapat diambil. 

Nov 10, 2012

Kepenatan yang berlanjutan......

Bismillahirahmanirahim.............................


Penat naik Broga tak habis lagi, tapi dah kena menghadapi hari kerja yang agak "hectic" minggu ni. Begitulah rasanya pergi kerja subuh-subuh dan balik isyak-isyak, ishhh  nasib baik 2 hari jer. Kalau hari-hari, boleh jadi bengong jadinya. Tetiba terasa bertuahnya aku, ofis sekangkang kera dari rumah, tapi tak taulah pulak berapa distance kangkangan kera tu. Tulah bila dah terbiasa masuk kerja pukul 9:00a.m, dan start kereta lagi 5 minit nak pukul 9:00a.m, nilah jadinya. Alkisahnya, kena attend WIF (World Innovation Forum) kat KLCC selama 2 hari (5 - 6 Nov). Forum start pukul 8:30a.m, rumah pulak kat Nilai N/9, kalo drive malas gile nak melepak dalam kereta bila jalan "jam" lagi-lagi kat area sg.besi dan Jln tun razak - tabung haji .Lagipun ticket parking mak aih mahal siot setengah hari dah kena ~ RM33 ish22. Jadi lebih   naik komuter dari seremban ke KL central pastu tukar naik Putra LRT ke KLCC. Pukul 5:30a.m dah bangun mandi, siap-siap sembanhyang subuh pastu kol 6:15a.m dah kena ada kat komuter station. Sedar tak sedar hampir 5 tahun jugalah aku tak naik public transport, jadi agak terkedu-kedu sekejap. Wah tak sangka train komuter dah baru, siap ada "Ladies coah" lagi, TV pun ada kat setiap coach. Pendek kata semua barulah, stesen terakhir pun bukan lagi Rawang - Seremban, tapi Rawang - Sungai Gadut (senawang). Kalau panjang kan lagi sampai mersing kan bagus. Tak payah drive balik kg, naik jer komuter, tak penat. Tido jer lah jawabnya. Putra LRT pulak, pembaharuan pada "Ticket Machine Station" dah ala-ala macam MRT kat singapore nun. Dah tak pakai dah ticket kertas/plastic card tu, sekarang ni pakai token (macam kat games station tu).Cukup cerita pasal "public transport innovation", mari bercerita pasal "Innovation Forum" pulak.

First impression aku "blurr" sebab title forum tu macam general sangat. ke"blurr"an ni pun mungkin disebabkan lack information given by organizer melalui HR dept. aku. Jadi apa nak expect?? malas nak fikir. Dalam 2 hari ada 7 dialogue session, 1 roundtable discussion tink tank. Lepas session 1 barulah paham objective sebenar forum ni. Disusuli pulak dengan roundtable tink tank, semakin clear lah objektifnya, hahaha dan terasa lah aku akan kemanfaatan forum ini. Tapi hairan juga aku ada juga participant  yang meluahkan "kebosanan" masa sesi dialogue tu. Tak kurang juga lah yang mulut ternganga bukan pasal khusyuk mendengar tapi khusyuk membuat taik mata hahaa.Sedikit sebanyak ilmu yang dapat dikumpulkan dan dicatat disini sepanjang Forum ni berlangsung.

Bila cakap pasal innovasi, yang selalu kita terfikir adalah sesuatu produk yang terhasil daripada pemikiran yang kreatif bagi manfaat manusia sejagat. Tapi sebenarnya innovasi adalah suatu proses pengharapan, pmbelajaran, penemuan, penambah baikan, dan pengstabilan yang berterusan sama ada pada sesuatu produk, organisasi, mahupan sesuatu sistem. Jadi innovasi tu sangat meluas, tapi yang pasti innovasi selalu terjadi pada sesuatu"environment" tertentu. Environment yang macam mana akan trigger innovasi ni?

"Crisis environment" : petikan dari salah seorang speaker , Prof. Nobu (japan), ada mengatakan, "Crisis is terrible thing to waste" sampai macam tu sekali dia orang jepun ni menilai sesuatu keadaan yang negatif pada dasarnya. Bagi mereka yang berfikiran positif, bila berlaku krisis yang mereka nampak ialah peluang yang terbuka luas untuk innovation. Keadaan akan menjadi terdesak menyebabkan "driving force"  untuk berfikir secara kreatif akan lebih meningkat. Sama jugalah bak kata orang putih "When it is dark enough you can see the stars" bila gelap kita bersemangat nak cari lampu, bila ada cahaya kita duduk relaks je tak buat apa-apa. Ha nilah yang dikatakan tabiat makhluk yang bernama manusia. "Culture environment" : Bila budaya sesuatu bangsa itu sentiasa menitik beratkan innovasi dalam diri mereka setiap hari, maka terjadilah komuniti macam "sillicone valley" kat US dan Tokyo. Kalau kat jepun, innovation bukan hanya berkisar dekat universiti, private sector, government area je tapi pada setiap individu tak perlu disuruh-suruh pun. Pasal dalam diri mereka budaya "independent innovation" tu dah lamaberada dalam darah daging mereka. Cth paling senang selipar jepun, simple jer tapi sampai sekarang kita (malaysian) guna.

Tetapi yang paling bestnya, hari pertama aku terserempak dengan Aiman, hahaha dari jauh aku rasa macam kenal je minah ni. Tak sangka dapat ketemu dia kat sini, lepas jugaklah rindu dihati bila jumpa dia, hampir 4 tahun tak jumpa, tu yang seronok. Tapi kalau dapat jumpa ramai-ramai, lagi best!!!! huhuhu. Oleh kerana Biomaaysia dengan WIF ni sama venue dia, aku pun merewang pi booth IBL kat Biomalaysia. Sempak jugak ah mem"posing"kan diri. Muka masing-masing tak boleh blah.......aku tengok.

dari kiri; the blurr me, k.azrina,nana, n laila... apa-apapun background lalang tu aku suka cam kat broga pulak;)

Nov 9, 2012

Hiking: Broga Hill (03/11/2012)

Bismilllahirahmanirahim...........


Alhamdulilah.....yahoooo(8x)....berjaya juga aku "hiking" Bukit Broga. Selama ni dengar cerita dari kawan-kawan aku jer. Semua orang cakap pemandangan kat situ cantik, siap boleh amik gambar kahwin lagi kat situ macam angkasawan negara dr. sheikh muzafar. Last year IBSRC ada gak buat aktiviti ni,  tak dapat join , hmm terkilan gak lah masa tu (aktiviti macam ni kalau pergi ramai-ramai lagi meriah dan gumbira)

Terima kasihlah atas jasa maznan kerana telah berusaha gigih memastikan aktiviti ni menjadi. Hahahah mana tak gigihnya, setiap hari bagi email "soft reminder", ha penuh inbox dengan email dia ishish..semangat sungguh beliau ni.Tak taulah kenapa, kali ini aku punyalah tahap gaban malas nak prepare baik dari segi fizikal @ emosi. Yang aku pikir ok naik bukit esok.  Masa nak pi hiking kat gunung dato' dan ledang dulu, bukan main lagi preparationya. Padan muka aku, disebabkan aku dengan sempoi tak ready kan barang2 yang nak dibawa, tup...tup... aku terlambat bangun. Hambik kau! aku sempat mandi je kot, setitik air pun aku tak minum. terus hidup enjin jalan terus. Harapanlah kan, nak bawak bekal air, makanan, first aidkan. Semua tu aku tak bawak, pasal dh kalut sangat. Penat jer malam tu aku buat ubi rebus, plan asalnya nak buat "ubi rebus sambal tumis" tapi dah x sempat nak masak sambal tumis, dengan ubi-ubi aku tak bawak.

Sebenarnya janji ngan diorang nak gerak dari ofis pukul 6.15a.m, last-last pukul 6.45a.m jugak geraknya. Nasib baik follow suhaime, kalo x mesti sesa. Sebab ini kira first time aku pi broga, ingatkan kat area semenyih kajang, rupanya ke depan lagi. Kalau lalu jalan kajang semenyih highway aku ingatlah, sebab pernah jugak 2-3 kali pergi sungai tekala. Tapi kalau lalu mantin memang eden tak pernah. Jadi untuk mengelakkan kesesatan di masa hadapan, ini dia instruction pergi ke Broga dari arah Nilai.

Dari Nilai ---- pergi ke arah LEKAS highway (tapi jangan masuk)-----Terus je drive ke arah mantin bila ada simpang (Kajang/Kuala Lumpur (Kiri) & Mantin Seremban(Terus) ---- Masuk kiri ------- Terus jer sampai jumpa Beranang pastu terus lagi sampai jumpa persimpangan ke BROGA --- Masuk kanan ----& Lepas tu terus jer sampai jumpa banyak kereta parking.

Parking kat ladang sawit RM2.00 per entry
Walaupun cabaran dan struktur muka bumi dia tak berapa susah compare tu gunung dato atau ledang, tapi stamina masa nak daki puncak pertama tu boleh tahan kena kuat lah. Sebab dia menaik jer takde kawasan landai. Tapi dari Puncak 1 ke 2 dan 3 (steady jer aku;). Kat sini yang bestnya lalang dia cun.. dan tenang. Kalo aktiviti ni jadi aktiviti bulanan pun bagus. Tapi kena cari member sorang dua yang gemar aktiviti cam ni baru enjoy heehhehe.

Haaa ramai manusia, tak payah takut lah sesat jalan ke apa hehhe
Biaselah tangkap gambar guna "Cokia" jer 
Nampak macam senja, sebenarnya snap ngadap mtahari terbit 
Atas puncak 1, mendatar sikit (kat sini lah nak amik nafas sikit) hehhehe

Sambil berehat, sambil snap orang turun naik  
yoshhhh on da way to next peak
Suke betul ambil gambar celah-celah lalang hehheh;)


Ni jer laluan batu yang ada...sikit jer nak sampai puncak 
Hahhaa papan tanda yang menandakan aku dah sampai ke puncak
Batu yang ada kt puncak, kira spot paling tinggi lah ni; dari kiri  azmir, Jue, gue, dani, & unknown
Nilah rombongan cik kiah selepas tamat pendakian.... lebih kurang  3 jam naik turun (berehat lama atas puncak)

Next hiking Gunung Angsi, hahha selagi ada kudrat akan ku layan pendakian-pendakian yang akan datang. Hopefully calcium aku byk lagi kalo tak kena minum ANELENE GOLD lah gamaknya...

Nov 2, 2012

Goodbye Oreo........

Bismillahirahmanirahim...........

Alhamdulilah, akhirnya gerakan mencari owner Oreo sudah berjaya, macam tak percaya yang initiatif  macam ni berkesan. Tapi buat apalah nak percaya tak percaya, kerana semua tu pastinya dengan pertolongan-Nya. Kita ni mkhluk hanya mampu berusaha. Panggilan yang pertama aku terima hanya selepas 1 hari flyers diedarkan. Lebih kurang pukul 11:45a.m, setelah diselidik lebih kurang aku pun suruh lah pemanggil tu datang rumah untuk sesi kenal pasti chewah hehhehe macam polis pulak. Dengan ini akhirnya terbuktilah yang security guard memang boleh diharap. Itupun kalau kita tau macam mana nak manipulate diorang. Bukan manipulate ke arah kejahatan pun, sekurang-kurangnya dapat juga berkongsi buat kebajikan sesama jiran. 

Menurut owner Oreo, kucing dia ni sebenarnya dah hilang 3 bulan dah. Diorang pun dah tak menaruh harapan nak jumpa Oreo semula. Oreo ni memang manja dan tak takut orang so dah banyak kali jugak lah menghilangkan diri. Tapi sebelum ni paling lama pun 1 minggu, lepas tu dia pandai balik. Hmm agak hebat jugaklah si Oreo ni merantau, sebab rumah owner dia tu phase 1 rumah aku phase 3. Kalau dia dah hilang 3 bulan maknanya, mesti dalam masa tu dah banyak rumah dia singgah, dan tak mustahil ada yang menjaganya selama tu. Harap-harap tak adalah yang call lagi lepas ni mengaku kucing dia, ishhhhh boleh bikin haru lah kalo macam ni.

Perasaan aku selepas menyerahkan Oreo pada ownernya memang gembira gila.  Hahaha benda-benda macam ni memang sentimental bagi aku sebab bila dah dicurahkan kasih sayang dan tiba-tiba menghilang, memang tergigit jugalah hati ni. Rupa-rupanya nama Oreo adalah "BOBOI" hahah hampir dekat jugaklah dengan nama yang aku bagi. Dan umurnya dah 3 tahun, aku lak dengan confident tulis kurang setahun. Nampaknya ilmu kekucingan aku masih belum mencukupi heheh. lepas ni terpaksalah pi bertapa menuntut ilmu kat bukit Broga hahhahah.

Final posing from "Oreo" before return to his owner....sob..sob..

Farewell Oreo, wish you happy always with your human family....... jangan lari dari rumah lagi. Kalau nak lari jugak pergi buat kad pengenalan dulu....


Nov 1, 2012

Gerakan mencari diperhebatkan

Bismillahirahmanirahim...................


Minggu ini, aku dihujani dengan perkara-perkara berkaitan dengan kucing. Tapi tidak mengapa, apa sahaja yang berkaitan dengan kucing atau yang sewaktu dengannya itu semua menggembirakan aku hehehe. Selang sehari adu balik, seekor kucing yang amatlah comel dan friendly datang ke rumah. Si comel yang berbulu panjang dan hitam likat, tetiba jer bermanjaan kat kaki aku. Yang kelakarnya, tak beri salam terus jer masuk rumah dan terus jer masuk bilik aku minum air, makan makanan meyo, naik atas tilam dan terus landing. Terkejut jugak lah dengan situasi yang serba pantas macam ni.Warna bulu yang hitam pekat dan mata yang "orange gold" memang sebijik macam kucing yang aku impi-impikan. Macam mimpi jadi kenyataan pulak.

Bagi aku kucing hitam sangat "cool" dan "mysterious". Bukan mysterious yang mistik lah, mysterious ni lebih kepada character mereka. Dan disebabkan dia cool lah sangat, maka aku namakan dia "Oreo" pasal hampir dekat dengan "warrior" ;) kuikui. Oreo ni tak mengiow langsung, bisu ke ape tak tau la pulak. Pastu selamba jer buat benda hal dia tak pedulikan si meyo dan boot. Nampak macam "meyo" dan "boot" tak dapat nak buat apa-apa kat dia hahahaha kesian meyo. Selalunya meyo, kalo ada kucing luar masuk, dia lah yang akan berlagak macam tuan rumah. Siap penampar-penampar kepala kawan tu.
Hampir tak dapat nak cam mukanya sebab bulu terlalu panjang  dan gelap hahaha
Walaupun hatiku dah terpaut pada Oreo, yang bukan hak kita tidak sepatutnya kita miliki. Oleh itu aku berazam mencari owner si "Oreo".  Takpe dapat bela sekejap pun jadilah.   Jadi sebagai preventive" action daripada aku lebih jatuh hati pada Oreo. Aku telah menglipat gandakan usaha pencarian "owner"  sebenar Oreo. Dengan harapan dapat menyambungkan kembali jalinan kasih mereka berdua;). Semoga Allah mempertemukan kembali mereka, sebagaimana Adu kembali kepadaku. Amin....... 

Step by step: Gerakan mencari Oreo's owner" :

Sementara gerakan mencari berlangsung, Oreo akan ditempatkan di dalam rumah, dan dijaga bersama-sama kucingku yang lain. Semoga tiada pilih kasih berlaku sepanjang penjagaan ini. 

1. Buat "flyers notice" - Found Cat Unknowm (macam kat bawah ni)
1st time buat camni;) macam detective conan la pulak.......
3. Hantar flyers tu kat security guard kawasan perumahan ni untuk diedar-edarkan pada penduduk setempat
4. Tunggu panggilan (oleh itu phone hendaklah sentiasa dalam keadaan full charged)
5. Bila dah ada orang yang contact, soal siasat dulu orang tu untuk pastikan dia adalah owner yang sebenar. 
6. Setelah dipastikan betul oreo adalah kepunyaan si pemanggil.Boleh diuruskan hal-hal penyerahan.
7. Jika setelah diserahkan kepada orang berkenaan, dan ada pemanggil lain yang mengaku owner. Maka dengan bijaknya aku akan bagi dia contact no. orang yang aku serahkan si Oreo.
8. Segala hal yang terjadi setelah itu adalah urusan actual owner or fake owner.
9. Jika tiada sebarang tuntutan,  secara automatiknya aku mengistiharkan "oreo" berada di bawah jagaan aku 10. Mission will be considered accomplished once Oreo return to its owner or own by me. 

Meriah sungguh rumah aku, housemate pun dah tak tau nak kata ape. Jumlah keseluruhan housemate aku sekarang ni 5 homosapiens and 4 indoor cats and approx. 6 outdoor cats.  Bila dah ada 4 ekor kucing kat dalam rumah, meyo dan boot tak nak keluar bilik, semuanya gara-gara nak berebut tempat tidur atas katil aku. Pagi tadi sedar-sedar semua tidur dengan aku, meyo, boot, dan oreo. Adu pulak tidur dalam cage sebab cirit birit, sorilah adu selagi tak sembuh tak boleh tidur luar cage. Alhamdulilah nampaknya tugas dan tanggungjawab aku sebagai penjaga semakin bertambah, jawabnya kena bangun awal untuk siapkan mereka sebelum pergi kerja. Bersyukur sebab hari aku akan kembali sibuk kerana kalau ada sedikit masa kita akan lebih mendekatkan diri kita Allah. Teramat halus dan Indah setiap pertolongan dan kasih sayang daripada Allah, sekiranya kita merenung setiap perkara yang terjadi dengan akal kita.