Oct 30, 2012

Kejutan yang tidak disangka-sangka

Bismillahirahmanirahim...................................


Dah namanya kejutan, memang lah tanpa disangka kan. Orang putih kata "surprise" tapi ni bukan kejutan hari lahir ke apa. Ceritanya berlaku pada hari ini, pada pagi yang hening lagi menenangkan. Macam biasa bersiap untuk pergi kerja bagi aku, ambik masa dalam 30 minit jer. Tengah sibuk ke hulu hilir tu, aku dengar bunyi kucing kat luar rumah. Bunyi macam memanggil mintak makanan, jadi tentulah macam tengah marah. Pelik juga setahu aku kalau "Misaki" @ "Kuchiki" mesti dah masuk rumah mintak makan, tak pernah pulak diorang mengiau. Rutin nya diorang akan tunggu aku keluar rumah, panaskan enjin pastu baru bagi makan diorang. "Meyo" dengan "Si boot" aku tak keluarkan dari sangkar, makanan minuman semua dah siap, jadi diorang takder ah nak mengiow-ngiow.

Makin lama dibiar makin kuat pulak bunyiknya. Sambil aku membebel aku keluar juga ah menjenguk kat luar, issshhh kebulur betul si misaki ni. Bila keluar jer....jeng..........jeng.......jeng... Adu terpacul kat tepi kereta. Macam tengah tunggu aku, lepas nampak aku jer die terus berhenti mengiow. Terus je pergi kat bekas makanan Misaki, lapar rupanya. Terkejut juga ah, mana taknya dah nak dekat sebulan dia menghilangkan diri. Ingatkan tak kan jumpa dah lagi. Tak sangka dia akan balik rumah aku, walaupun aku jaga die seminggu, nampaknya dia masih lagi ingat kat aku. Bulu dia dah banyak sikit, cuma perut jer kerus sikit. Mesti tak cukup makan, tidur kat mana aku pun tak tau, comot gila badan dia. Nak mandikan aku dah tak cukup masa nak pi kerja. So aku sempat bagi makan, pastu masukkan dalam cage. 

Waktu rehat 1:00p.m-2:00p.m aku balik rumah, mandikan si Adu pasal dia busuk sangat. Meyo ngan Boot buat-buat tak kenal dengan Adu, kelakar betul. Cemburu tak hingat. Yang peliknya dia macam tak pernah hilang, pasal dia macam tahu jer bilik aku, nak minum air kat tandas mana. Macam dia tak lupa semua tu. Syukur alhamdulilah dia dah pulang, bertambah lagi satu penguat semangatku. Terima kasih Allah, dikala aku tertanya-tanya tentang sesuatu yang menggembirakan aku, kau berikan kegembiraan itu. Jadi Ya Allah jadikanlah aku hamba mu yang sentiasa bersyukur dan bersangka baik pada-mu. Semoga kegembiraan yang kau berikan akan menguatkan lagi semangatku yang semakin longlai dikala ini...

macam biasa favorite spot dier;)



Oct 26, 2012

Kesederhanaan Aidiladha

Bismillahirahmanirahim.........


Alhamdulilah hari raya aidiladha disambut bersama mak, ayah, dan adik aku Qila. Walaupun yong,angah,ateh ngan ipit  tak dapat berkumpul bersama tapi keberkatan hari yang besar ini tetap aku rasai. Yang penting mak dan ayah ada bersama, rasa gembira bila dapat mengembirakan dan mengubat kesunyian mereka. Yelah sesekali bertemu, menumpuk jugak ah rasa rindu mereka kat anak-anaknya hehhe. 

Macam biase lah bila hari raya, mesti juadah yang menjadi persoalan. Jadi hasil dari perbincangan dan musyawarah kami anak beranak maka dipersetujui lah, nasi minyak berlaukkan kurma ayam dan acar nenas bulan terang menjadi menunya. Sempoi jer, dessert pulak kuih talam ubi. Mula masak memasak kol 5 pagi hahaha tapi semua mak yang masak aku kira assistant jer hehhehe. Mudah jer rupanya nak masak lauk pauk ni, tak banyak bahan memang sempoi. Untuk peringatan aku, aku tulis jugak ah bahan-bahan nak masak lauk pauk ni.
contoh "style" hirisan 
Acar "Nanas bulan terang"

1. Buah nanas, potong sesuka hati saiz & bentuk
2. Bawang kecik belah 4
3. Bawang putih belah 2-3
4. Halia hiris halus seperti lidi
5. Lada besar merah (belah 2-4 jangan putus hujungnya)
5. Kayu manis, bung lawang, buah pelaga, cengkih

# Terlebih dahulu, celur nanas dan letakkan sedikit pewarna kuning. Lepas tu toskan nanas guna penapis untuk buang air nanas tu. Lepas tu tumis 2-5 dengan menggunakan sedikit minyak dan masukkan nanas tadi. dan siap.......................

  Tadaaa sempoi tapi berbaloi beb.........
Kurma Ayam

1. Bawang kecik 
2. Bawang putih 
3. Halia
4. lada besar hijau
#  bahan 1-4, kisar hingga lumat
5. Bawang besar 
6. Lada Merah / hijau (belah 2 @ 4)
7. Tomato
#  Bahan 5-6, di belah-belah mengikut style sesuka hati
8. Kentang (rebus dulu dengan kulit, lepastu baru kupas dan belah 4)
9. Ayam (kukus terlebih dahulu dengan halia & sedikit kunyit)
10. Rempah kurma, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga,cengkih
11. Santan kotak, kerisik

Caranya, tumis bahan kisar, bahan rempah, bahan-bahan yang telah dibelah. Masukkan ayam kentang dan sedikit air selepas bahan tumis dah naik bau. Masukkan santan dan kerisik dan biarkan sehingga pekat. Tapi aku suka yang ada kuah sedikit, jadi boleh adjust guna air.

Kurma ayam..... yang yum....yum.....yum..
Tapi yang best malam ni ada "Hantu Kak Limah Balik Rumah" memang tak boleh tahan lah. Tengok berkali-kali pun tak jemu, tetap ketawa tak kering gusi. Abu hurairah dengan pawang indon (sofi jikan) yang paling tak tahan, lawak abis. Tapi mak ngan ayah aku pun tak kurang hebatnya ekarang ni dah pandai mengenakan orang. Sebelum aku balik kampung mak ada cakap yang ayah bela burung, mati-matilah aku ingat burung tekukur ker burung tiup ker sekali cis.... burung mainan. freee jer kena tipu hehehe

Sekali burung mainan daa...............

Oct 23, 2012

Bau hangit di pagi hari isnin

Bismillahirahmanirahim.......................................


Orang dahulu kala pernah berkata, malang tidak berbau tetapi pagi ni ada bau la pulak, bau terbakar. Iaini bajuku terbakar masa tengah diseterika. Sesekali nak juga bercerita pasal perkakas rumah yang nampak je kecik tapi sangat penting dalam rutin seharian. Aku sememangnya fail dalam bab-bab gosok baju ni. Seingat aku jumlah keseluruhan pakaian aku yang aku telah hanguskan mengunakan seterika dah lebih dari 10 kali rasanya. Baju baru lebih kurang 3 kali, yang selebihnya  baju2 favorite aku. ishhhh aku dah tak sanggup lagi membazirkan baju-baju aku dengan kaedah semacam ni huhuuuhuu. Aku ni bukannya banyak sangat bajunya, mana ada collection baju sampai 2-3 almari. Dalam almari 1/3 daripadanya je yang aku kerap pakai. So kalo kerap pakai kerap jugalah diseterika, tapi kalo seterika asyik "berlubang" je baju lepas tu, tak ke hangin jadinya.

Setakatni semua yang terhangus tu baju aku je. Sebab aku memang jarang gosok baju orang lain, except baju mak ngan ayah aku. Tapi bila gosok baju mak n ayah tak pulak hangus huhuhu. Aku rasa tangan aku ni ade "heating element" tu yang biler seterika asyik overheating jer. Tapi tadi emi ada cakap kalau seterika tu dah buat sekali bakar membakar ni berkemungkinan akan berlaku lagi berkali-kali. Memang pun sebelum ni pun aku rase macam nak beli baru jer seterika. Tapi bila tengok elok lagi, sayang la pulak. Lagipun ni seterika mun yang bagi (sebenarnya dia terlupa amik balik), hehehe rasa sedih la pulak nak buang. Jadi kalo ade kesan terbakar kat seterika tu, aku kikis lagi. Tapi sekarang aku dah tak tahan lagi aku nak jugak beli sterika baru, daripada aku bakar 10 pasang baju lebih baik aku beli jer sterika baru tak sampai Rm100 pun reger Rm30 pun ade. Kalo baju rege rm50 satu kalo 10 tak ke RM500?? haa boleh suruh bibik harian datang 7-8 kali upah gosok baju plus kemas rumah lai.
Memperkenalkan seterika baruku "super controller"
yang diharapkan dapat mengawal takat lebur dengan berkesan huhuhu
Mintak maaf seterika mun, setelah hampir 7 tahun bersama dan 11 tahun hayat ko berbakti pada owner ko, jadi aku terpaksa jugak merehatkan anda untuk selama-lamanya. Agaknya ko dah penat sampai badan ko pun dah tak leh nak control, berehatlah anda di dalam kotak.  Jangan risau jasa ko pada aku tak akan aku lupai sob..sob walaupun banyak baju aku ko bakar. Kalo lepas ni terbakar jugak walaupun dah tukar seterika baru, memang sahlah aku yang x der bakat menggosok  baju huhuhu.

Oct 21, 2012

Si comel ashraff

Bismillahirahmanirahim...................


Sedar tak sedar ashraff dah masuk 5 bulan, hehehhe anak sedara aku yang paling muda setakat ni. Geram ikut kan hati tiap2 minggu nak pi jenguk dier. Pasal dia comel sangat, kalo nangis suara dier serak2 rockers hahaah comei sungguh. Ishhh budak kecil memang pandai ambil hati orang, sekali pandang mesti hati terpaut terus jatuh cinta. So kalo nak belajar ngorat kena belajar ngan budak-budak comei ni heheheh. 

Pipi comei, bau yang menyamankan huhu rase nak gigit2 je pipi 

Haaa sekarang, rambut ashraff dah tumbuh tebal dah
cam rambut chef adu kuikui
Tapi raya aji ni, ashraff tak balik kampung huhuhu sian aku. Terpaksa ah main ngan meyo, hehhe tak sabar nak balik kampung pasal mak kata ayah ada hobi baru. Sekarang ni ayah dok bela burung tekukur namenya "awang kecik" hahahah klasik sungguh namenya. Mak dok merungut kate burung tu asyik memekak jer. haishhhh nak wat camner


Oct 18, 2012

Aku terima nikahnya ... jeng...jeng ...jeng

Bismillahirahmanirahim.......................

Al-kisahnya, pada 12/10/2012 salah seorang sahabat baik ku telah diijabkabulkan menjadi seorang isteri. Status bertukar dari cik kepada puan hehehe. Alhamdullilah, semoga nana berbahagia disamping suami tercinta dan sentiasa sabar melaksanakan tanggungjawab seorang isteri. Bukan senang memikul tanggungjawab ini, tetapi sememangnya mudah bagi mereka-mereka yang sabar. Jadi nak dijadikan cerita sehari selepas akad nikah dia, aku terus demam. Pelik dia yang kahwin aku yang demam, bukan ape demam sebab kena hujan, so demam ni berlarutan dari ari sabtu lepas sampai ah semalam. Entry pasal kenduri kawin ni pun tertangguh sampai hari ni. Of coz lah sebab badan tak sedap plus kepala yang berpusing-pusing. 

Saat menanti pak imam mai, sure nerbes ni heheheh 
Baju pink tudung purple (mak pengantin), sebelah pengantin (adik pengantin)
Ai  na... nape x percaye ker? dah jadi isteri orang (muke giler confuse) hehhe
Keluarga pengantin perempuan heheh sume cute2 ;)
alamak "ombak rindu" la pulak kuikui
sesi bergambar dengan staff inno and ex-staff
dari kiri (k.azrina n kids, wani n adan, pengantin (hafiz, n nana), mimi,k.aida, thira,farhana , laila
Sedih jugaklah dapat hadir waktu nikahnyer saja. Masa kenduri esoknya x mampu nak pi, coz demam.ralat gak ah x dapek nak jumpa bebudak ex inno. Apa-apapun tumpang rase gembira dengan kemeriahan hari paling bahagia bagi  nana n hafiz.

Emi n k.azrina yang telah dipaksa olehku memposing kat bilik pengantin ;)
teringat ah tu zaman anak dara diorang 

Photo kenangan bersama pengantin yang diraikan,
peace yo!!

بسم الله الرحمن الرحيم


Untuk Hati yang sentiasa merasa kosong, untuk hati yang sentiasa merasa was-was, untuk hati yang sentiasa merasa gelisah, untuk hati yang sentiasa merasa sesal, untuk hati yang sentiasa mendambakan cinta Tuhan-Nya.......

“Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan. Ya Allah,Sesungguhnya aku memohon Cinta-Mu, Dan Cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada Cinta-Mu.

Ya Allah, apa sahaja yang engkau anugerahkan kepadaku daripadaapa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku,hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Alla,jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh. Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai. Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu

(Hadis riwayatAt-Tarmizi, rasullulah saw bersabda, “inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s”)

Oct 10, 2012

Rain....rain....porridge...porrridge......love...love

Bismillahirahmanirahim..............................

"Hujan yang turun bagaikan mutiara....lalalalalala"

Tak tahulah mengapa, tapi setiap kali hujan. Aku mesti rase gembira gila, rase tenang sekali. Agaknya mungkin pasal bau ketika hujan ada satu bau yang unik. Bau tu datang dari tanah yang lembap, dengan bau itu saja dah dapat menyejukkan hati. Kenapa?? sememangnya manusia berasal dari tanah, hmmm sebab tu kot. Bila rasa gembira, perut pun berkeroncong lagu rock kapak ah mintak diisi. Haaaa waktu camnilah bestnya makan nasi bubur, rasa hangat jer perutku.

Bubur cacamarba.....yang menghangatkan perut......
Sambil makan, sambil tegok master chef. Hahaha kesian diorang kena kaw...kaw...kaw... ngan chef joe. Hari ni boleh tahan hangat chef joe mengeluarkan kata-kata nasihat yang "spicy". terkebil-kebil gak ah mata diorang. Group biru kali ni diketuai telson, anak-anak buahnya pulak ammar, ah hong, joharis, fizuan, azni , etiqa, eida Konflik kali ni, ketua yang mudah putus asa dan buat kerja seperti "melepaskan batuk ditangga". Yang anak-anak kapalnya pulak, ada yang "lebih sudu dari kuah" dan ada pulak yang "talam dua muka". ishh..ish... horror jer tengok diorang ni, masing-masing selfish. Tapi tak perlu risau orang baik selalu menang hahaha cam ezani ngan dato'fazli. So tak rugi jadi baik ni, mulut tak busuk, orang pun x menyampah tengok muka. hehehe tengok che'lah, aku puji dia, walaupun gedik perangai, tapi percakapan xder ah bisa mana hahahaha.

Apapun enjoy ngan bubur home made aku ni. Meyo ngan boot pasni jom masuk tido, hari hujan-hujan cam ni x elok membazirkan masa tido. Waktu nilah katil bantal, selimut semua sejuk. Almaklumlah rumah xde air-cond. @ penghawa dingin kan.

Oct 8, 2012

Gensomaden Saiyuki (flashback)

Bismillahirahmanirahim.......

Kali nak entry pasal salah satu favorite anime series yang aku giler satu masa dulu. Masa aku kat tingkatan2 sampailah series ni stop masa aku study degree. Kira inilah anime yang berkonsepkan "martial art serius" pertama aku suka. Kalau macam macam "sailormoon" ker "dragon ball" tu x berapa serius hehehe tahap darjah rendah jer aku tengok.  Nak cerita lebih-lebih pun pasal anime ni pun, aku dah tak berapa hingat, yelah dah lamer kot tak replay. So semalam masa tengah bershopping kat wangsa walk ngan anak2 buah aku, tetiba terpandang kan DVD gensomaden saiyuki complete episode (1-101 end). Ape lai sambar je ah, harga dl RM60. Oklah selalunya stock DVD Bleach aku RM70 untuk 30 episode je kot. So plan nyer nak layan semula anime ni, selain melayan Master chef MY (tengok che'lah) lepas balik kojer.

Gensomaden Saiyuki (1997-2002)
Dalam citer ni, watak yang paling aku suka ialah si Gojyo yang berambut "merah purple". Character die semestinya  sempoi, degil sikit asyik cari pasal jer ngan goku. Sanzo lak lebih kepada lelaki macho, berbudi pekerti dan selalu menjadi pelerai pergaduhan antara gojyo n goku. Hakkai pulak pendiam, bijak and cool (kire nerd ah ni). Gokku sebenarnya watak paling utama, coz die paling kuat, muda, kuat makan dan paling manja ngan sanzo n hakkai ah tapinya. Ingat lagi Ina pun suka citer ni, so aku ngan die memang sekepala ah kalo berbincang pasal citer ni. Watak yang dia suka of coz lah ... Hakkai si nerd yang bijak. Plus pernah dulu dia cakap dia hanya suka orang lelaki yang pakai "cermin mata". Kuikui tapi realitinya dia tersangkut ngan orang x pakai cermin mata pun. Kesian suaminya.......

Below left: Gojyo,Hakkai
Top left: Sanzo, San Gokku

Pn. Ramlah a.k.a Rem mai ke Nilai

Bismillahirahmanirahim.......

Petang sabtu baru-baru ni, tanpa disangka-sangka ada orang kuantan datang melawat. heheheh kawan universiti merangkap aku punya "geng  ukm". Kali terakhir jumpa si rem ni, tahun 2010 itupun masa aku pergi kuantan kat majlis kahwin yatie. Tapi masa jumpa x der anak lagi, sekarang ni dah ada buah hati comei, si kecil tu bernama Nur Alia Batrisya. Mula-mula memang pemalu, nak berkepit je ngan mak die, cik ija yang "famous" ngan budak-budak kecik ni pun die x mau. hehehe biasalah anak sulung, memang teramat manja.

galak sungguh mak Alia dapat tangkap gambar dekat depan lobby kejut
Kebetulan rem datang KL pasal pi menghantar bapa mertua nya surgical operation kat HUKL jumaat lepas, operation sebab ada tumor kat leher. Insyaallah semuanya akan selamat, janji kita berusaha terlebih dahulu. Dia lak menumpang kat rumah kakak ipar dia kat Taman Semarak Nilai, dari hari jumaat. So berkesempatan jugak aku jumpa dia n baby nya (1 tahun 4 bulan dah). Yang paling tak tahan tu siap bawak die pergi UKM, bukan apa dia yang dah 6 tahun tak menjenguk UKM. Aku boleh lah kata 2 tahun sekali aku pi ronda UKM hahahaha. Best jugak pi ngan geng, sambil mengingat kembali saat2 manis pahit bersama masa kat U. Memang memori yang indah ah. Rasa cam nak kembali kat masa tu huahuahua.

Syok gile melepak n meng"round" ukm, dari kolej kediaman kami (Kolej Aminuddin Baki), sampai ah ke fakulti kami (Fakulti Kejuruteraan a.k fakulti "kejut"). Ingat lagi dulu budak2 fakulti lain panggil kami "budak kejut" lawak jer... tapi "budak kejut" memang paling sempoi n selekeh baik pompuan lagilah budak lelakinya. haha seluar jeans pi kuliah pun pakai untuk 1 semester, balik kampung barulah basuh. Tapi masa tu kalo masuk kat dlm laut, confirm terpaung ikan2 n sutung2. Tak payah guna tuba bagai. Aku, rem, yatie ngan aiman kire satu "geng gaban" ah. Mana taknya dah lah satu kolej, satu fakulti, satu course lak tu. Pi kelas pun  naik moto sama2, kitorang ni memang cam belangkas ah masa tu. Kenderaan kami sampai sekarang aku hingat no plat depan ah tapinya (CAT, CBG, BHG) ada 3 jer motor. Tapi yang paling "otai" akulah walaupun semua moto tu bukan aku punyer n aku memang takder n x berniat pun nak amik lesen, tapi akulah yang selalu melanyak motor2 diorang hahaha. Tapi moto yati paling aku gemar "CAT" coz kapcai Honda EX5  ni ringan walaupun nak start susah tapi best siot laju jer.....

Kolej Amin yang lagi dikenang (4 tahun beb!) 3 tahun jadi ketua block hahahah 
Fakulti Kejut. no wonder ah budak2 nyer senget kepala ;)
Cafe kejut tempat kitorang mencekik, rem suker giler ngan mee jawa, eman lak tempe or roti canai, yatie..erkkkk tak suke makan jadi semue menu same jer, aku lak ikan keli bakar 1!

kerusi still maintain, tapi payung udah tukarbaru hehehe
Tengah sodap2 berchit-chat sambil menghirup udara segar kat "tasik kejut" yang telah ditreatmentkan. Tetiba teringat kat Naa, coz die tinggal kat area bangi jer. Ni pun dah lame aku tak jumpe walaupun aku kat nilai die kat bangi jarak cume 20km heheh. Rupanya die dok kat "Teras Jenang", haaa aku raser pernah dengar tempat ni tapi x pernah pi ah. Pasal dulu, tahun 2005 aku ambil lesen kete masa final year kat UKM, so jalan latihan and test mase tu jalan teras jenang ke dengkil ah. So xde ah rase cam sesat sgt masa cari rumah si Naa, tapi biler dah sampai nak cari Jalan sentosa 9, Taman Sentosa tu si Naa ni dah meng"confuse"kan aku, so sedar2 aku dah kat Taman Damai. Tapi nasib baik jumpa jugak umah dia sebelum maghrib. Comei betullah anak si Naa tu, mata bulat, asyik tersenyum jer, dah lah tak takut orang. ishhhh rase cam nak curi bawak balik jer. Si comei ni namenya Ariana (memang dah plan lame, masa die kt u lagi kot). Naa ni pun "geng ukm" yng bezanya tak same course je, fakulti n kolej same. Naa ni "budak kejut" gak tp extra kejut coz die budak letrik aku lak budak biochem. 
Ada monumen baru kat tepi tasik, kat seberang kejut tu lak ada buiding baru
(kolej ker fakulti aku pun x sure)
"Tasik kejut" dari teh tarik dah jadi air tebu....
Ariana si mata bulat ngan Alia malu-malu tucing
Dah lama aku tunggu budak2 ni buat reunion, sampai si Aiman dah ada anak dua dah tak buat-buat. 6 Tahun kot kitorang dah berpisah. Kalau ikiut aku yng singgle memg xde prob, tapi diorang yang berfamily ni kene cari waktu yg sesuai ah. Kalo dapat wat reunion nilah list geng aku yang aku harap hadir: 

Yati  - (budak chem, budak kejut, budak amin, budak rempit moto) 
Rem -(budak chem, budak kejut, budak amin, budak rempit moto)
Aiman - (budak chem, budak amin, budak rempit moto)
Ina - (budak amin, budak bilik aku di K5D, K4F, K4G (illegal punya ah) pasal ina kaki komik n kartun cam aku)
Naa - (budak amin, kelab PBSM, budak kejut) 
Sue - (budak amin, budak kejut) 
Mismi - (budak chem, budak kejut, bangi's housemate) 
Ika - (budak chem, budak kejut, bangi's housemate) 
Oman, fairuz n ally - (budak chem, budak kejut, budak glamorous fabulous, budak gelak terbahak,)
Suhaili (budak amin, budak block, bangi'shousemate, budak chem, budak kejut)
Syuhada - (budak amin)

Banyak lagi sebenarnya cuma nanti panjang lak list aku ni, cam x logik ah pulak. Tapi nilah antara teman-teman yang membuatkan aku nak kembali masa belajar kat UKM. Kalo kembali kat UKM pun lepas ni, takkan jumpa ah kawan cam diorang. Boring................................................................

Dari kiri: Aiman, rem, aku, yatie 
kitorang lagi........................
dan lagi............
Thanks rem, sebab sudi mengenang kembali memori bersama di tempat yang penuh nostalgia ini heheh. Actually boleh jer pi round2 ukm sorang2. Cuma seperti "quote" kat bawah ni ah rasenya, (x sanggup eden sob...sob....) 

“The worst part of holding the memories is not the pain. It's the loneliness of it. Memories need to be shared.” ― Lois LowryThe Giver


Oct 6, 2012

Sarapan Pagi di Tengahari......................

Bismillahirahmanirahim.......................................

Sarapan Pagi Orang Bujang....memang sempoi, pinggan plastik, 1 cawan kopi &
meja guna storage box ;)

Alhamdullilah.........walaupun dah tengahari, hehehhe sarapan tetap sarapan. Tak ada angin xde ribut tetiba jer tekak nak makan "Breakfast ala Western" lak. Yelah hari-hari makan sarapan melayu (nasi lemak, mee goreng, nasi gorang) nak jugak beralih angin. Simple jer menunya roti gardenia putih, soft boil egg, with baked beans mince meat blackpepper hehehe.

Ingat lagi biler emi tanya, macam mana ko masak baked beans eh? memula aku pelik juga ngan soalan emi ni, mana taknyer baked beans tu dah masak kot dalam tin, so selalunya aku makan terus jelah. Hahaha makan terus ah dari tin, sian manufacturer penat pikir camner nak mengetinkan bendalah itu dan boleh terus makan je.

Baked bean ni memang salah satu kegemaran aku, kalo tengah-tengah malam kebulur, aku bukak je tin ambik sudu terus je ngap heheh memang tekak larong aku ni.Tapi pagi ni, aku saje nak try, macam mana rasenya kalo aku buat benda yang x pernah aku buat dengan baked bean. Aku namakan dia "Baked beans mince meat with Blackpepper". Hmmm sedap jugak, yelah kalo nak compare makan kosong gitu jer. 

Bahan-Bahan yang simple gila.....

1. Baked beans (boleh guna yang light ke cheese ke)
2. Bawang besar cina (dadu kan)
3. Mince meat (heheh guna burger ramli jer)
4. Corn oil (sikit jer coz burger tu pun dah berlemak)
5. Blackpepper (hancurkan)

# ape lai, tumis ah 2,3,4 sampai masak then masukan 1 and perasakan guna blackpepper

wallah siap.... 2 minit jer. Bila makan dengan soft boil egg ngan roti memang mantop. Lagi-lagilah sambil makan sambil berangan, sambil berangan makandepan unggun api diwaktu malam kat Texas,  siap ada kuda n cowboy lagi kuikuikui memang "mantop" ah imaginasi gue.

"Simple is perfect with a pinch of imagination" -NHT 2012

Oct 5, 2012

Biar lambat asal tip top....99.9% satisfied

Bismillahirahmanirahim...........

Alhamdullilah akhirnya, siap juga draft SOP aku for 1st reviewing. Walaupun ambil masa 5 hari tapi hasilnya insyaallah memuaskan. Revision 0 ade dalam 11 page jer....tang aku yang revise approx. 40 page. Buat novel ker ape? lantak pi ah janji aku paham n end user pun senang nak paham. Nanti yang nak guna SOP ni pun eden jugak. Novel he....tetiba teringat mimpi aku semalam, tak sangka dalam mimpi aku semalam, aku pekerjaan sebenar aku adalah "Novelis" haa ejaan tu pun tak tau betul ke tak. Camner lah leh mimpi sampai ke situ. Gamaknya memang dah time kot aku "quit" main lego ngan machine2 aku ni. 

So sekarang dengan berbaki masa tambahan beberapa jam lagi ni sebelum boleh bercuti hujung minggu ni, aku plan nak mengemas "cubicle" aku. Seminggu aku dok bergelumang dengan lambakan manual-manual n folder-folder entah aper2 kat atas meja aku ni. Sampai nak cari h/p pun kena misscall gune phone ofis. Punyalah sadis keadaan aku, coffee cup aku jgn citer ah "fermented" kot with fungus n shintake mushroom heehhe. Next week mulakan "task" yang baru yeahhhhh. Nak muntah dah dok mengadap benda alah yang sama.  Inilah lagu yang mendayu......dayu kat kepala aku sekarang ni. Sambil melayan lagu ni sambil mengemas meja...lalalallalalalalalal..........

Secrets by One Republic (Arigato nas for the CD;) 

I need another story
Something to get off my chest
My life gets kinda boring
Need something that I can confess

'Till my sleeves are stained red
From all the truth that i've said
Come by it honestly I swear
Thought you saw me wink, no 
I've been on the brink,so

Tell me what you want to hear
something that were like those years
I'm sick of all the insincere
So i'm gonna give all my secrets away

This time 
Dont need another perfect line
Dont care if critics ever  jump in line
 I'm gonna give all my secrets away

My god
Amazing that we got this far
Its like we're chasing all those stars
Who's driving shiny big black cars

And everyday I see the news,all the problem that we could solve
And when a situation rises, just wrote into an album
Seen it straight to go
I don't really like my flow, no,so


Tell me what you want to hear
something that were like those years
I'm sick of all the insincere
So i'm gonna give all my secrets away

This time 
Dont need another perfect line
Dont care if critics ever  jump in line
 i'm gonna give all my secrets away

Oh got no reason, got no shame,
got no family I can blame
Just dont let me dissapear
I'll telling you everything

Oct 2, 2012

Smile...please

Bismillahirahmanirahim......

Alhamdullilah setelah hampir 2-1/2 hari aku dalam mood "down sindrom" akhirnya, petang tadi aku dapat mengembalikan mood aku kepada "normal state". Bagaimana caranya????

Pagi 02/10/2012 - Makan breakfast dengan heavy nya untuk menyemangatkan dan menceriakan hariku..
Tapi method ni tak berapa berkesan, pasal bangun pagi tadi aku rasa macam gastrik. Lepas tu aku gi lak tibai nasi lemak (sambal power giler) plus kuih pedas lak tu. So bertambah tak selesa dibuatnya, daripada emosi je yang"k.o" dah tambah lak ngan perut yang tak berapa best. Bila dah tak selesa gitu, aku pun malas nak berjumpa or bercakap ngan budak-budak ni, so bertambah "gloomy" ah mood aku pagi ni. Hasilnya aku dok mengadap computer dari kol 10:00a.m sampai kol 1:00p.m non-stop (3 hours). Mata pun berpinar, otakku ku pun dah berdenyut-denyut nak cari ayat-ayat instruction yang "mantop" untuk SOP maintenance aku ni.

Tengahari 02/10/2012 - Luncheon time with geng lunch (emi n azrina). Suppose to be happy around them, coz selalu chit chat psl something funny n ceria. Tapi hari ni, diorang dok bukak Topik Drama Swasta yang keluar kat Tv3, apa tu?? "Ku petik Dosa" kot. Start dari dalam kereta sampailah kat kedai makan pastu sambung masa tengah makan dan sambung lagi on de way balik ke offis. Diorang dok pot pet pot pet pasal cerita tu... mood diorang masa bercerita tu taujelah. Dua-dua mood geram tahap gaban, yelah cerita ni memang mantop dalam menaikkan amarah ibu bapa sekalian. hmmmm jadi aku pun dongar jelah, alamatnyer "down sindrom" ku bukan bertambah reda tapi bertambah parah.

Petang 02/10/2012 - Lepas zuhur, aku sambung kojer aku yang pagi tadi, walaupun masih tak siap lagi sampai sekarang, tapi bolehlah. Mood aku lak "seriously straight and focus", aku rase bebudak ni pun x berani nak cakap ngan aku. Sebab kat muka aku tertulis "Stay away i'm in a dangerous mode". So tau jelah biler otak sibuk memfokus kat kerja and diselang selikan pulak dengan perasaan yang emo sana sini. Jadi aura aku masa tu jadi giler menakutkan. Bukan diorang jer takut, aku pun naik takut sekali.

4:45 p.m - Aku naik surau solat asar, sambil berharap agar "mood" aku kembali normal, lepas je solat aku geledah ah rak kat surau aku. So terpandanglah CD2 ceramah, banyak jugak ah tajuk yang best. Aku pun pinjam ah 2 CD memula seram jugak ah nak pinjam sebab tajuknya pun dah cukup mengentarkan jiwa. Sambil sambung balik kerja aku, aku pasang CD n dengar guna headphone, bos aku dah tak terkata apa dah ngan "peel" aku ari ni. Tajuk ceramah nya: Sakaratulmaut daripada Ustaz Haji Ismail Kamus. Alhamdullilah lepas dengar ceramah ini, hati aku rase cam tenang jer n bersemangat balik. Sambil buat kerja sambil dengar rase cam dapat meredakan gejolak perasaan aku. Mana taknya intipati ceramah ni telah berjaya menyedarkan aku dari mainan perasaan aku sendiri.

Bila sesekali kita terasa hampa dengan kehidupan kita kat dunia ni, apa yang perlu kita buat adalah berfikir kembali tentang siapa diri kita, untuk siapa kita hidup, dan apa yang akan terjadi kepada kita selepas kehidupan stage 2 (dunia sekarang ah). Dalam erti kata lain, cara mudah dan pantas untuk mengetahui kesemua diatas adalah dengan mengingati dan merenungi proses "kejadian & kematian & kebangkitan semula " kita.

Kita bermula di alam yang sempit (rahim ibu), kemudian lahir ke alam yang luas (dunia sekarang), kemudian kita dimatikan jasad dan dikeluarkan roh ke alam yang lebih luas (alam barzakh), dan kemudian dibangkitkan dan di kumpulkan ke alam yang lebih luas (padang masyar) dan kemudian diasingkan mengikut amalan-amalan kita di alam yang teramat-amat luas (akhirat yang terkandung didalamnya syurga dan neraka). Jadi kenapalah aku perlu bersedih untuk dunia yang kecil  lagi sementara ini, sedangkan jauh lagi perjalanan yang harus kutempuhi. Benar kata ustaz tu, modal yang paling mahal didunia ini adalah masa. Jadi aku berharap dengan izin Allah dan bimbingan-Nya aku dapat menggunakan sepenuhnya masa yang sedikit ini, tanpa kehampaan dan tangisan duniawi .......

So sekarang saya akan jadi lebih ceria!!!! macam gambar kat bawah! dan jangan biarkan perasaan menguasai diri anda.

yes "everyday smile" even if u have tsunami in your heart;)

Oct 1, 2012

Dimanakah Adu ku??

Bismillahirahmanirahim.....................

Genap seminggu Adu dengan aku, tapi semalam Adu telah menghilangkan diri dari rumah. Sekarnag ni masih dalam mood "Tidak percaya" yang Adu telah menghilangkan diri. Semalam lepas balik (4:00p.m)dari hantar Qila ke IPB kampung pandan, aku tengok si Adu ada dalam bilik tengah sedap mmbuat taik mata. Jadi akupun ambillah peluang keemasan ini untuk mengisi perut aku dengan nasi tengahari yang aku tapau jer. Masa makan aku bukak ah sliding door coz panas. Plus meyo n si boot dalam cage. Adu lak tengah membuta. Sambil makan mengadap tv, aku xder lak dengar si Adu ni menyusup lalu belakang aku nak ke sliding door. Entahlah agaknya sedap sangat kot lauk tapau tengahari or aku yang sangat kebulur masa tu. Sampai tak sedar dia menyusup keluar.

Aku punyalah baik planning, lepas makan terus nak solat Asar lepas tu nak menumpang tido dengan Adu kat bilik. Tapi siap je makan, aku masuk bilik. Adu dah takder... pucat lesi jugak ah masa tu. Ape lai terus cari ah kat atas, luar depan, luar belakang, semua takde. Pastu "round" satu taman cari Adu. Tetiba teringat kat k.ayu (ex-owner), jangan-jangan Adu balik rumah dia kot. Yelah rumahnya pun selang 5 buah rumah je kot, pluis k.ayu dah jaga dia hampir 10 bulan. Maybe die masih ter"bonding" dengan tuan lamanya. Tapi lepas call k.ayu, die cakap xde la pulak Adu balik rumah dia. huhuhu mase tu bertambah gelisah lah aku dibuatnya. Sepanjang malam asyik pikirkan si Adu, sampai mimpi pun ada sekali. Bangun-bangun jer ngendap kat luar tingkap takut-takut die ada kat luar.

Apalah salah aku kali ni? rase cam dah tak bermaya dibuatnya. Yelah dulu ichigo pun camni, terus jer hilang tak balik-balik. Sungguh Allah menguji aku untuk bersabar dan menerima segala yang terjadi. Sungguh Allah lah yang berhak memberi nikmat kepada hamba-Nya dan juga mengambil kembali nikmat itu daripada hamba-Nya. 

"Ya Allah, sekiranya inilah takdirnya kau buanglah rase sedih ini dari hatiku supaya ia tidak berpanjangan dan melalailkan aku dan supaya aku sentiasa bersyukur pada-Mu. Ya Allah sekiranya, Adu yang ku-rindui ini baik bagiku, disisi-Mu kembalikanlah ia kepada ku Ya Allah. Ya Allah, sesungguhnya engkaulah yang Maha Mengetahui segala sesuatu".