Dapat lagi aku bertemu dengan ramadhan tahun ini. Sedar tak sedar, ini dah masuk kali ke-29 hehehe of coz lah 6 tahun pertama tak faham ape-ape lagi pasal puasa. Ini kan pulak ibadah-ibadah sunat yg lain.Malu ada, lawak pun ade bila teringatkan pengalaman berpuasa masa darjah rendah dulu. ishhhh barang yg lepas x usah dikenang. Kira aku ni nakal dalam diam harap mata je kuyu. Dulu masa kecik favorite air masa berbuka mesti air tauhu @ soya hehehe org kampung panggil air tahu. walaupun aku suke bangat air ni tapi xdeah dapt hari2. Makanan pulak dari kecik sampai besar aku dok kesah janji kena berbuka dengan nasi putih, lauk ape pun aku bantai. Haa senang je nak jaga aku ni tolak yg haram, kayu,papan, batu je.
Kuih-kuih kalau ada aku mknlah xde wat dono jer lah. Tapi menu yang aku paling selesa masa berbuka adlh nasi putih, 1 jenis lauk (ikan or ayam or daging), 1-2 jenis sayur, kalo ade sambal belacan pun best. Haa nilah menu yg paling selesa bagi aku. Pasal aku cepat rambang mata kalo menu banyak sgt atas meja, bukan ape nnti aku x tau nak makan yg mana dulu,sudahnya semua aku tibai hehehe. Tetiba nak menulis pengalaman berbuka puasa sepanjang 29 tahun..
Dari kecik - 17 tahun : Confirmlah hari-hari berbuka ngan keluarga tercinta (best!!!! mak masak) sambal tumis pun sodap. Masa sekolah rendah waktu berbuka akan didengarkan dgn ketukan bedok(hmm bedok ke gendang aku pun x sure). Tapi bunyik tulah yg dinanti-nantikan.Bila naik tingkatan, bunyi siren bomba telah mengantikan ketukan bedok. Hmmm katanya sebab tak nak bagi org kampung confuse, sebab kalo ade orang meninggal pun selalunya orang masjid akan ketuk bedok. Tapi la ni siren pun aku dah tak dengar, dah rosak gamaknye. Jadi skrg ni follow bunyi azan kat masjid ah.
18 - 19 tahun : Masa ni aku kat matriks KTT dungun, bersama2 roommate (linda, akhil,zura) kitorang tapau je kat cafe pokcik. Kat sini ada 2 cafe depan ngan kat belakang. Yang depan tu selalunyer jual makanan goreng2 (nasi, mee, bubur) ape ek org kate "ala-carte". Yang kat belakang lak jual nasi putih n lauk campur. Of cozlah kan aku lebih kepada cafe yang kat belakang heheh walaupun ikan cencaru n selayang je memanjang.
20 -24 tahun : Masa ni aku berpuasa selama 4 tahun di UKM bangi, best coz berbuka ngan kawan2. Selalunya aku lebih banyak berbuka ngan roomate (yan),illegal roomate (ina) or dengan budak block (k.gee, midah,akmal,amal,shira (dah lupe ah)). Tapi kekadang aku bukak jugak dengan coursemate aku (yati, eman,rem,syuhadah,naa, sue). Best coz kalo muak beli mknn kat kolej aku (aminuddin baki) aku pi beli kat kolej ungku umar or pasar malam (setiap selasa n sabtu). Hmm teringatkan kt kwn2 lama.
Sekarang:Berbuka di rumah sewa je, untuk mendapat lebih keberkatan dan tidak mahu melakukan pembaziran chewah!. Aku masak je makanan berbuka puasa sendiri, takdelah gempak sangatkan. Takdelah nak masak nasi arab bagai nyer kan.Tapi kalo setakat tekak aku je yang nak digembirakan kira boleh ah tahan hehehe. Bila weekend pi umah angah berbuka ramai-ramai, masak 2 orang cepat sikt hehehe. Sebenarnya banyak kebaikan berbuka dirumah, bukan hanya dapat mengelakkan "pembaziran melampau" tapi dapat juga "menjauhi diri dari perkara-perkara yang was-was" contohnya, kita tak tahu makanan yang dimasak itu dari "air tangan orang yang menjaga solat atau tidak". Aku ada terbaca satu artikel kat blog yang menceritakan kisah Nabi Musa dengan seorang umatnye yang bernazar untuk minum air kencing anjing hitam sekiranya dikurniakan anak. Untuk membatalkan nazarnya itu setelah dia dikurniakan anak, dia pun meminta nasihat dari Nabi Musa, masalh itu diselesaikan dengan menyuruh hamba Allah itu meminum air di atas bumbung orang yang tak solat. Maknanya Air kencing anjing hitam samalah dengan air tadahan dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat. hmmm mari kita fikirkan bagaimana pula kalau air itu dari tangannya pula? kehinaanya mesti lebih berganda dari air kencing aning hitam. Mungkin scenario macam nilah yang menyebabkan kita gelap hati, dan liat untuk melakukan ibadah. Yelah kan macam tukang masak kat kedai mamak, tukang masak kat kopitiam or restoran makanan segera. Ish2 kalau dipikirkan mesti dah berbaldi kita makan air tangan seumpama itu (moga Allah melindungi kita dari buta hati).
Yang lagi satu ni adalah sebab utama aku malas berbuka ditempat-tempat selain rumah cth kat hotel ke shopping complex ke sebab kita akan "terkocoh-kocoh nak solat maghrib" yelah iman didada takdelah semantop mana, masih belajar bertatih dalam memahami keindahan islam jadi (confirmlah sempoi punya solat maghrib doa pun ala kadar je, wirid apatah lagi), pastu balik dah penat terus tidur, isyak kalau larat proceed before tido kalo x bangun tengah malam.Solat terawih apatah lagikan malas la pulak nak ceritek.
Jom muhasabah diri kita ni sekali sekala, Ramadhan tu 30 hari je setiap tahun. Nak dibazirkan dengan benda-benda remeh ni memang tak berbaloi. Tuhan bagi akal kepada manusia untuk berfikir mana yang baik mana yang buruk, tapi kita ni memang suka benda yang baik dimata kita tapi buruk disisi Allah. Peringatan untukku, kalau aku boleh cuba sedaya upaya menguruskan hal2 duniawi, semestinya aku perlulah juga merancang hal2 untuk akhirat juga.. Contohlah boleh dikatakan semua orang ada "financial plan" untuk masa hadapan tak kiralah untuk diri ke (simpanan hari tua), anak-anak ke (merancang punyelah hebat untuk 60-80 tahun akan datang punya rancangan laktu). Tapi kita sering lupa yang maybe esok lusa kite dah dipanggil kembali kepada-Nya. Bila difikir-fikirkan semula, kalo kita ditakdirkan mati esok hari, kita confirm akan bawak pergi bersama kita "Tabung Amalan Kita" takdolah pulak kita bawak tabung kat ASB ke bagai.
Ingatan buatku wahai Halijah carilah ketenangan di masa sekarang, bukan dimasa lampau kerna akan membawa seribu satu penyesalan, dan bukan juga dimasa hadapan kerna ianya hanya akan membuatkan kita bertambah resah dan gelisah. Biarlah apa ornag nak kata engkau memasang impian yang pendek, namun kebahagiaan sebenar ada didepan mata tak perlu dikenang tak perlu dipersiapkan. Bekerjalah bersungguh2 untuk duniawi pada masa ini untuk kebahagiaan di akhirat yang kekal abadi. Sesungguhnya sehebat mana kita merancang hebat lagi rancangan Allah s.w.t.
Renungkanlah Sabda Rasullulah s.a.w ini:
"Apabila engkau solat, maka solatlah seolah-olah yang terakhir atau hendak berpisah dan janganlah sesekali mengucapkan kata-kata yang menyebabkan engkau harus meminta maaf dan jangan lenyapkan harapan terhadap apa yang berada di tangan orang lain"
No comments:
Post a Comment