Jul 18, 2012

Al-Fatihah.......

Al-fatihah buat pokya atau nama betulnya pakcik zakaria kembali ke-rahmatullah semalam selepas kembali dari mengerjakan umrah. Kira terkejut jugaklah aku bila rem sms malam semalam. Pokya ni kire mcm supervisor aku mase kat KOP (Felda Vegetable oil) @ pelabuhan kuantan masa aku buat LI (UKM). Orangnya peramah, tak kedekut (selalu gak belanja aku ngan rem lunch) al-maklumlah dulu LI, JPA x bagi elaun hmm kilang tu pun x bagi elaun. Semoga pokya selamat menemui Allah yang Maha Esa.

Peringatan Untuk-ku yang masih di-izinkan Allah untuk bernafas, yang masih di-izinkan Allah untuk meneruskan pencarian Jalan Yang Di-redhainya, yang kadangkala tersasul dari tujuan asal kita manusia, dan yang kadangkala terjatuh menangisi duniawi, yang kadangkala tidak mengerti.....Ya Allah semoga aku kembali menemui mu dalam keadaan yang Engkau Redhai bukan sebaliknya.....
Mampukah kita memilih Jalan Yang direhai-Nya, Tanpa Izin dari-Nya???, Tanpa rendah hati memohon hidayah dari-Nya ???


No comments: