Aug 3, 2012

Perubahan yang amat positif

Bismillahirahmanirrahim......

Macam gempak je tajuknya heheheh.Biasalah intro kene lah attractive barulah seronok nak merapu. Alhamdullilah semalam baru je dapat mengikuti satu lagi majlis ilmu yang dianjurkan oleh company ku yang tercinta. Majlis ilmu mengenai Makna Ramadhan dan Kekuatan yang terdapat di bulan Ramadhan. Penyampainya pula adalah Imam Muda Fatah Season 2, ustaz ni memang kelakar tak kering gusi dibuatnya. Kekadang tu ilmu atau nasihat yang disampaikan secara "humour" ni lebih cepat melekat kat kepala hotak kita ini. Kenapa? rahsianya bile kita mendengar ilmu/nasihat secara humour ni, automatik mulut kita akan tersenyum then dada kita akan tersa lapang menyebabkan hati kita terbuka luas untuk disumbatkan ilmu. Kalau difikirkan semula hatilah tempat pengumpulan ilmu sebab dari hati kita akan menapis mana ilmu yang dibawa ke otak untuk dijadikan ingatan dan mana pulak yang akan dilupuskan. Tapi ini hanyalh buah fikiran aku lah, ustaz takde lak cakap pasal tu hehehe.

Berbalik kepada tajuk utama diatas, perubahan itu bukan pada satu individu tapi pada keseluruhan organisasi dalam company aku ni. Contohnyer seperti dibawah:

1. Solat sunat taubat, hajat, bacaan yassin dan tahlil dilakukan pada setiap kali gathering atau apabila company berada dalam keadaan yang genting: Masyaallah amat tenang rasanya bila berada dalam persimpangan, semua muslimin muslimat beramai-ramai meminta petunjuknya, memanjatkan doa agar company dimurahkan reZeki dan dipermudahkan segala urusan. Selepas selesai semua staff akan berkumpul termasuk non-muslim duduk bersimpuh atas tikar sembahyang mendengarkan update dari management secara telus dan berterus terang. Aku percaya disebabkan suasana  seperti inilah yang dapat mencairkan rasa keraguan, kerisauan yang bersarang di lubuk hati masing2.Mana kan tidak sesudah kita bekerja bersungguh2 dan selepas itu bersama-sama memohon pertolongan dari illahi , apalagi yang mahu di gelisahkan kerna cukuplah Allah sebagai penolong kita.

2. Tadarus al-Quran, ceramah agama dan tazkirah di bulan Ramadhan: Di ketika inilah kita memperbaiki bacaan al-Quran masing-masing, perubahan yang amat positif. Di setiap meja akan ada Al-Quran kecil, dimana lagi petunjuk yang dapat dicari kalau bukan dari  mukjizat yang diturunkan Allah kepada kekasihnya (Nabi Muhammad s.a.w). Sesungguhnya melihat sahaja sudah mendapat pahala inikan pula kalau kita sentiasa membaca dan memahaminya.

3. Solat terawih (bukan hanya majlis berbuka puasa sahaja)

4. Majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan kutipan derma : Program baru yang dianjurkan IBSRC yang amat baik. Sesunguhnya rezeki yang dikurniakan Allah kepada kita ada bahagian orang lain didalamnya.

5. Pemberian kurma bagi seluruh staff di bulan Ramadhan: First time dapat, selalunya dapat Kad Hari raya je heheh

6. Solat berjemaah (muslimin) semakin kerap dilakukan bagi solat2 fardu: Rasa tenang dan boleh merapatkan sesama islam. Baru bangsa lain respect dan gerun kalau umat islam bersatu cam ni.

Lagi sekali berbalik kepada ceramah imam muda fatah ni, antara isi kandunganya adalah jenis-jenis kekuatan atau kelebihan di bulan Ramadahan:

1. Puasa
2.Solat fardu dan sunatnya (Solat terawih) yang berlipat ganda ganjarannya.Pada bulan yang mulia ini pintu langit akan terbuka luas seperti mengalu-ngalukan himpunan doa hamba-hambanya yang meratap memohon keampunan dan keredhaan darinya. tapi aku seringkali buta mata hati untuk melihat peluang yang tiada jolok bandingan ini.  Sering aku terleka dengan program2 duniawi yang amat mengoda sanubari. Sering aku melengahkan peluang keemasan ini. Padahal pada bulan inilah Allah mencurahkan kasih sayangnya melebihi kasih sayang makhluknya (kalah kasih sayang dlm ombak rindu ke titanic ke)
3. Al-Quran : Antara ilmu yang menarik, Al-Quran dapat membimbing kita sekiranya langkah kite tergelincir melakukan maksiat. Disebabkan Al-Quran ada di dalam dada, kita tidak akan terbiar terus tersungkur di lubang maksiat. Al-Quran juga mampu menguatkan ingatan dan melambatkan atau mengelakkan penyakit nyanyuk. 
4. Lailatul Qadr yang lebih baik dari 1000 bulan bersamaan 84 tahun. Haa adalh sedikit tips dari imam muda fatah tu tentang tanda-tanda lailatul Qadr antaranya keadaan pada malam itu suam2 kuku tidak terlalu panas atau sejuk, kemudian bagi orang yang tidak biasa beribadat lebih masa akan terasa bebanan yang amat berat untuk stay up beribadat. Tetapi tidak bagi ahli ibadat yang selalu melakukan gerak kerja malam. Mereka akan berasa amat selesa dan tenang ketika itu. Pada pagi setelah lailatul Qadr langit akan menjadi cerah dan matahari dapat dilihat dengan jelasnya seperti bulan.Mudah-mudahan aku dapat mencari lailatul qadr pada kali ini.
5. Jihad. Tak kiralah jihad besar atau kecil kesemua itu lah yang akan dilihat Allah. Semalam barulah aku tahu yang jihad besar bukannya jihad perang kerna jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu sendiri. Subhanallah musuh kita ada dalam diri kita. 

Tetiba teringat nukilan penulis buku Dimana DIA dihatiku? (pahrol Mohd Juoi): "menentang hawa nafsu adalah sama seperti menentang diri sendiri.terseksa. In yang menyebabkan mujahadah itu selalu patah.Atau belum pun bermujahadah sudah mengaku kalah.terlalu sayangkan diri untuk disakiti. Padahal mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis".


No comments: