Mar 10, 2013

Semangat nak tengok Cat Exhibition & Shows.........

Bismilahirahmanirahim.............................................

Minggu ini, mencari ketenangan pergi menjengok Malaysia Domestic HHP Cat show kat Space U8 Mall Bukit Jelutong. Nasib baik "Google Map" boleh dipercayai, kira takdelah sesat barat sangat. Tengok schedule suppose ada exhibition/cat adaption program/cat show hari sabtu. Pastu ahad baru ade cat show competitionnya. So aku pun "gamble" pi hari sabtu dengan semangat yang berkobar-kobar sambil membayangkan kucing-kucingyang banyak comei lagi gebu.......................................................

Dari nilai aku gerakdalam kol 10:30 dan sampai dalam kol 11:30a.m, kalau ikut schedule 8:30 a.m dah start dah. Tapi sayang seribu kali sayang, "Pucuk yang dicita, bukan sahaja ulam tak mendatang, hatta daun pun tak menjelma".  Tak sangka pulak Space U8 ni shopping mall baru, jadi agak "bosan" sebab banyak "shop lots" yang tak bukak lagi. Bertambah lagi bosan pasal tunggu lama sampai  kol 3:00p.m, pastu booth yang ada pun adalah dalam 4 booth (pet shop)- cats supply, toy. Dan satu booth for cat adoption program yang kucingnya adalh dalam 6-8 ekor huhhuu. Tapi nak wat camner dah sampai pun jadi layan jer lah.........................................
Fist time tengok shopping Mall guna kipas jer takder langsung "air conditioner"
Salah satu item yang dibeli "scratches sofa" or my beloved cats
Meyo and Capang jer yang "bijak" menggunakan scratches ni hehhehe
Kelakar sungguh, punyalah nak tengok kucing. Sanggup tu pi jauh-jauh, sekali hampeh. Ada lah 2 ekor kucing "Maine Coon" owner ciku-kiwi breeder yang bawak. Kalau tak mesti tahap banggang punya "frust". hmmm tapi balik rumah lagi bagus, sian kucing2 aku ditinggalkan. 

Apa-apapun kucing aku tetap no.1 dihatiku, walaupun tak berapa nak Main Coone, tak berapa nak siamiese, tak berapa nak persian, dan tak berapa nak Calico.........:)


(Top left: Adu & AdeQ ) ; (Bottom left: Capang & Meyo)

Mar 7, 2013

Kerana Kasih & Sayang Nya..............................

Bismillahirahmanirahim.....................


Entah mengapa, bila dugaan menyapaku... dirasakan seperti lemas dilautan terkapai-kapai keseorangan. Hendak diluahkan kedukaan kepada sahabat-sahabat rapat, terdengar pula kata hatiku berbisik "arghh mereka pun punya masalah sendiri". Hendak ku adukan duka hati ini kepada ibu dan ayah tercinta, terdengar lagi kata hatiku berbisik "Jangan ditambah susahkan hati mereka yang telah sekian lama berpenat lelah membesarkan mu". Hendak kukongsikan kedukaan ini pada kakak2 dan adik2ku, terdengar lagi hatiku berbisik, "mereka juga punya keluarga yang lebih memerlukan perhatian mereka". Terasa gelap sebentar duniaku disaat emosiku menggila, tiada ruang untuk aku luahkan ........................

Bertenang, bersabar, itu yang aku cuba lakukan sepanjang minggu ini. Aku cuba untuk menjadi "kuat & tabah", tetapi itu hanya diluaran. Sedangkan dalaman nya, sudah pun retak. Tidak perlu menunggu "hentakan' untuk ianya berderai, hembusan dari mana arah sekalipun sudah lebih dari memadai. Aku tidak tahu berapa lama lagi dapat aku bertahan menabahkan diriku. Ya Allah sungguh ini UJIAN dari Mu. Dan hanya kepadaMu Ya Allah tempat bagiku untuk merintih dan mengadu segala resah dan duka ini. Kerana kata hatiku senantiasa berbisik "Hanya kepada-NYA selayaknya engkau meminta pertolongan". Kerana Kasih dan Sayangnya, DIA menguji mu. Seperti "penampar sulong" hinggap dipipiku, menyedarkan aku dari sikap "cenggengku". Itulah kata kunci nya, KERANA KASIH & SAYANGNYA  aku diuji. Bila aku rasa seperti tiada sokongan, tiada sesiapa untuk merintih...aku mula panik. Sedangkan DIA yang lebih berkuasa dari segalanya.............

Apalagi setelah semangatku pulih kembali, terus jer telefon emak. Bertambah tenang rasa dihati walaupun tidak diluahkan kedukaan dihati. Tetapi dengan suaranya dan gelak tawanya sudah cukup mengembirakan hatiku. Walaupun mata "bergenang" air laut pun, untuk merisaukan hati ibuku tidak sesekali.......

Tiada Duka Yang Abadi (Opick)

Tiada duka yang abadi di dunia,
Tiada sepi merantaimu selamanya,
Malam kan berakhir, hari kan berganti,
Takdir hidup kan dijalani.................

Tangis dan tawa nyanian yang mengiringi,
Hati yang rindukan cinta di Jalan Mu,
Namun ku percaya hati meyakini,
Semua akan indah pada akhirnya..........

Andai bisa ku mengulang,
Waktu hilang dan terbuang,
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi,
Tapi waktu tak berhenti,
Tapi detik tak kembali,
Harap Ampunkan Hamba-Mu ini.....

Waktu berputar rembulan dan mentari,
Bunga yang mekar akan layu akan mati,
Malam akan berakhir, hari akan berganti,
Takdir hidup kan dijalani...........


Mar 6, 2013

The Power of Tidur...............

Bismillahirahmanirahim........................................

Setelah beberapa kali ujikaji dan pemerhatian dilakukan ke atas diri ku sendiri. Maka terbuktilah tidur merupakan ubat paling mujarab bagi mereka yang sering menghadapi "sakit kepala" tahap gaban. Punca sakit kepala tu pelbagai, samaada berpunca dari tekanan kerja ke keluarga ker dan pelbagai lagi masalah yang ada. Biasalah bila kerja dah berlambak, tambah lagi dengan isu-isu lain. Otak pun rasa cam berputar-putar 360 darjah. Rasa macam nak "explode" tang tu jugak. Bagi aku yang berperangai "gelabah+nak cepat" akan cuba sedaya upaya nak settlekan semuanya dalam satu hari. 

Langkah pertama yang aku ambil, adalah "menyeru" diriku supaya bertenang. Ya kena bertenang dulu apa-apapun. Kalau tidak macam mana nak aturkan cara untuk selesaikan "masalah" satu persatu.

Langkah kedua: Kalau masih belum selesai tapi sudah kesuntukan masa untuk berfikir. Lebih baik berhenti berfikir.. sebab otak kita mungkin dah penat untuk menghasilkan buah fikiran yang lebih bernas lagi munasabah.

Jangan sampai tertidur di atas kertas kerja.. nanti dalam mimpi pun asyik teringat formula itu ini...
Langkah Ketiga: Elakkan daripada menonton rancangan yang anda gemari. Kerana ini akan hanya melegakan "sakit kepala" sementara waktu sahaja. Masalah yang pending pun hanya daat dilupakan sementara waktu jer. Dan masa tidur anda akan menjadi lebih pendek serta menyebabkan "sakit kepala" berpanjangan sebab tak cukup tidur.

Ni pulak akibat x cukup tidur ........dipagi hari (sakit kepala+hari yg x produktif)
Langkah Keempat: Selesaikan dulu kewajipan (solat isyak), setelah selesai pastikan tempat tidur teratur bersih dan sejuk dan nyaman-nyaman begitu. Kalau badan rasa panas dan tak selesa, silalah mandi yer.... lagi-lagi kalau tengah musim panas terik camni....

Langkah Kelima : Tanamkan niat untuk mendapatkan tidur yang lena untuk menghadapi hari esok dengan tenang dan berkesan. Padamkan lampu, kosongkan minda, sambil mem"busykan" lidah,hati dan otak dengan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan selawat....... Insha Allah esok kita akan jadi lebih kuat, ceria dan tenang...

Lets sleep like this...hehehehe

Mar 3, 2013

Nilai Dirimu......

Bismillahirahmanirahim...............................

Sesungguhnya ilmu Allah itu luas umpama air laut yang terbentang luas yang tiada penghujung. Dan apakah hak seseorang manusia itu untuk merasa angkuh dengan setitis ilmu yang mereka miliki itu. Tanpa izin dari-Nya bukan setitis, bahkan separuh daripada titisan itu pun mustahil untuk diperolehi. Benarlah segala yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada kita adalah RAHMAT bagi mereka-mereka yang bersyukur dan merendah diri namun ianya juga sebagai UJIAN bagi mereka-mereka yang semakin lupa diri. Tidak dapat tidak, aku tidak lepas dari memerhatikan keadaan seperti ini yang membuka mata hatiku agar tidak menggunakan ILMU Allah sebagai alat untuk membanggakan diri di DUNIA milik Allah.............


Bagi mereka yang menggunakan ILMU Allah sebagai Rahmat:

1. Sentiasa merendah diri terhadap teman-teman
2. Sentiasa berkongsi ilmu dengan orang yang memerlukan 
3. Tidak berkira dengan sumbangan yang diberi
4. Tidak memperlekehkan pekerjaan orang lain
5. Sentiasa merasa diri mereka "tidak sempurna pengetahuannya".....
6. Harapan hanyalah tempat yang baik disisi Allah

Bagi mereka yang diuji dengan ILMU Allah s.w.t:

1. Hanya merendh diri kepada mereka yang lebih berkuasa @ berpengetahuan
2. Rasa tidak perlu berkongsi ilmu dengan orang lain
3. Berkira dengan sumbangan yang diberi
4. Perkara biasa dalam merendah-rendahkan pekerjaan atau status orang lain
5. Merasa diri amat sempurna  pengetahuannya....
6. Harapan hanyalah tempat yang tinggi disisi manusia...

Peringatan untuk diriku, pilihan manakah yang engkau inginkan? kesudahan yang mana yang engkau impikan?  semoga Allah memeliharaku dari rasa angkuh dan bangga diri....


Wahai Tuhanku yang memiliki segala ilmu,
Aku hanya hambamu yang diuji oleh-Mu,
Jangan biarkan Rahmat-Mu untukku melupakan Mu,
Jangan biarkan Rahmat-Mu merendahkan diriku di sisi Mu,
Jadikanlah aku seperti mana yang dicintai oleh-Mu........


Feb 27, 2013

First Farewell In Year 2013

Bismillahirahmanirahim......................................

Untuk kali yang pertama di tahun 2013, seorang lagi staff menyusuri haluan yang baru. Alhamdulillah walaupun tak lama bekerja dengan Farhana ni dalam 2 tahun 2 bulan jer, tapi insha Allah dalam masa 20 tahun akan datang masih boleh ingat lagi rupa parasnyer hehehe. Oleh itu tinggallah kami 12 orang meneruskan lagi perjuangan kami disini (sedih la pulok).


Untuk farewell staff kali ni, order je DOMINOS untuk minum petang. Cream puff yang aku pre-order minggu lepas dapat sehari selepas majlis. Kiranya dessert tu lambat seharilah. Cream puff ni giler lemak ber"krim", pastri nyer pun gebu sungguh. Sekali gigit pstttt....dah kempis n cair dimulut. Standard upacara lah untuk BM dept, mula-mula kena bagi sepatah dua kata dari setiap orang lepas tu barulah dapat makan. Lagi panjang ucapan maka lagi lamalah masa menunggu. Dan jaguh pidato hari ini adalah En.Zulhilmi kita dengan ucapan yang sangat mantap lagi bernas...


Cream puff yang teramat gebu ni membuatkan aku bertambah addicted dengan dessert yang manis-manis begini huhuhu........


Setiap sesuatu yang terjadi disekeliling kita adalah untuk membuatkan kita berfikir dan mencari pengajaran yang tersirat daripadanya.

Bila direnung-renungkan, memang ada perbezaan yang ketara antara farewell duniawi (berpisah di Alam yang samalah ye) dengan farewell abadi (paham-paham jelah)..........sama ada kita nak sedarkan diri atau tidak je.

Farewell Duniawi........
1) Majlis makan-makan selalunya dibuat SEBELUM perpisahan berlaku.
2) Menu makanannya pun gempak-gempak belaka macam esok tiada lagi.
3) Waktu nilah masa untuk bergumbira bersama rakan sekerja yang lain sambil mengenang kenangan bersama
4) Waktu ini jugalah masa yang sesuai nak meminta maaf selain dari Hari Raya Aildilfitri hmmmm
5) "Alert system" selalunya kena ada iaitu 2 bulan notis. At least seminggu sebelum berpisah berita dah tersebar punye
6) Insha Allah walaupun berjauhan tetapi masih bertanya khabar melalui SMS,MMS, Muka Buku, twitt dll.

Farewell Abadi.......
1) Majlis makan-makan selalunya dibuat SELEPAS perpisahan berlaku.
2) Menu jamuan tahlil sememangnya ada tapi yang ala kadar sahaja.
3) Waktu nilah masa untuk saling sabar menyabarkan sesama ahli keluarga dan sahabat handai
4) Sudah terlambat untuk meminta maaf daripada yang sudah pergi
5) "Alert system" kadang-kadang ada, tetapi selalunya perpisahan berlaku sepantas kilat....
6) Hanya yang ditinggalkan sahaja yang mampu mengutus "doa" untuk yang meninggalkan



Feb 26, 2013

Yakinlah PadaNya.........Insha Allah anda akan yakin pada dirimu......

Bismillahirahmanirahim.........

2 minggu yang penuh dengan kejutan. Semoga "kejutan yang baik" membuatkan aku lebih menghargai diriku dan orang disekelilingku. Dan semestinya menambahkan rasa syukur atas segala nikmat yang diberi. Sementara "kejutan yang buruk" menguatkan lagi semangat meneruskan kehidupan di dunia pinjaman ini. 

O.P.P.O.R.T.U.N.I.T.Y  inilah seketul perkataan yang mengambarkan keadaan aku ketika ini. Ya ia terkategori dalam "kejutan yang baik" namun dia datang bersama "Responsibility". Bagi aku yang selalu "under-confident" ni opportunity kerap kali membimbangkan aku. Kalau tak banyak, sedikit confirm ada. Tengah aku didalam dilema, tetiba ada satu iklan kat TV macam tahu-tahu jer situasi aku...... walaupun dengan hanya satu ayat sudah cukup membuka mata aku yang agak kesepetan ini. Nilah ayatnya "Life Begins When You Are out of Your Comfort Zone". Otak aku pun terus berputar-putar tentang consequence daripada keputusan yang bakal aku buat. Setelah mengambil kira, secara tambah dan tolak segala kemungkinan, Insha Allah aku mampu melakukanya selagi aku punya DIA didalam setiap detik yang akan aku lalui. Bukankah hanya Allah yang Maha berkuasa lagi mengetahui buruk dan baik tentang sesuatu itu? jadi wahai cik Halijah mengapakah harus anda bimbang dan berkeluh kesah tentang perkara yang diluar jangkaan akal mu? Insha Allah setiap sesuatu yang dikurniakan adalah untuk kebaikan-mu.


Walaupun secara lahiriahnya burung nampak seperti sangat bebas diangkasa, tapi pada hakikatnya burung juga terikat dengan segala sesuatu yang Allah tetapkan baginya.  Begitu juga aku, walaupun 1.5 juta kali kawan-kawanku bertanya, kenapa aku masih disitu...jawapanya kerana aku masih ada tanggungjawab yang aku ingin usahakan sambil menyaksikan hasilnya. Kerana aku tidak akan sesekali berputus asa meskipun "upah wang" yang aku terima tidak semewah rakan-rakanku yang lain. Kerana itu bukan ukuran bagiku... yang penting adalah kesinambungan peluang untuk adik-adik yang masih menuntut.... itulah perkara yang mengikat aku disini.... semoga Allah s.w.t memberkati usahaku ini dan sentiasa menguatkan semangatku... Amin


Feb 14, 2013

Tired + Sleepy = SleepyZZZZZZZZ

Bismillahirahmanirhim...........................

Gambaran kebengkokan aku hari ni........................
5 jam memandu dari kampung ke Nilai semalam, penatnya masih tak habis lagi hingga ke hari ini. Jenis pulak malam susah nak lelap, bila bangun pagi mulalah rasa macam tak cukup tido (letih yang amat!). Nasib baik sebelah pagi hari ni ada "lectures - chromatography" yang aku baru berjinak-jinak mendalaminya. So bergerak jugaklah otak aku ni. Jadi dapatlah melawan rasa ngantuk dan penat yang amat ini. Lepas lunch, makan nasi sepinggan + goreng pisang bagai....lagilah macam disorong-sorong bantal kat kepala ni. Ngantuk gila sampai bercakap dengan orang pun mata cam tertutup.

Rasa penat aku macam dah parah, bila pikirkan malam ni ika ngan mismi ajak jumpa lagi lah aku ngantuk. Tulah kurang "work out" tulah pasal lemah jer sendi-sendiku ini. 5 hari kat kampung tau makan-tido, makan -tido jer. P.A.D.A.N M.U.K.A aku............... Dekat setahun pun aku tak jumpa ika, dan 2 tahun lamanya tak jumpa mismi. Normal lah memasing dah ada haluan masing-masingkan.................



Feb 7, 2013

Ayam sambal ker ayam masak merah??

بسم الله الرحمن الرحيم



Hajat hati nak masak ayam masak sambal ala-ala kampung tapi termasak ayam masak merah ala-ala lauk untuk Hari Raya.  Jangan cakap waktu belajar atau bekerja je kita boleh hilang fokus, nampaknya waktu memasak pun boleh. Nasib baik tak jauh bezanya. Kalau jadi "Ayam Kari @ lemak cili padi" tak ker haru jadinya.
The best part adalah diwaktu "proses mengacau" - bau semerbak.......perut pun menyanyi...
Letak banyak-banyak kacang pis... pasal aku "peace lover" kuikui...
Masa memasak sebenarnya aku tengah buat "comparison" dalam kepala otak aku, antara ayam sambal dengan ayam masak merah. Dan tanpa disedari bahan-bahan yang aku masukkan semuanya cenderung ke arah Ayam masak merah.

Bahan-bahan dan kaedahnya .....

1. Bawang besar, bawang putih, lada kering, kunyit hidup (kisar halus)
2. Bawang besar, lada merah, halia, tomato, daun sup & daun bawang - (Hiris sesuka hati)
3. Tomato paste (2-3 sudu besar)
4. Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji lada putih (suka hati banyaknya)
5. Kerisik @ santan
6. Kacang pis
7. Ayam yang telah digoreng gitu-gitu.

Tumis No.4 dulu, dah naik bau masukkan No.2 (bawang besar, lada merah, dan halia).
bila dah layu sikit bahan-bahanya masukkan No.1&3. Masukkan garam, gula dan tumis hingga masak dan tak rasa mentah bahan-bahannya. Masukkan ayam goreng dan masukkan kerisik @ santan, tambah air, tambah tomata segar, dan kacang pis dan daun sup dan bawang. Biar 1-2 minit then dah boleh angkat.....S.I.A.P..

Beza ingredient dengan Ayam masak sambal, 

Just guna No.1, titik serai (sebatang-dua), lepas tu perasakan dengan asam jawa garam dan gula. Lagi mudah tapi sedap...... tapi Ayam sambal mak jugak yang pergh.... sedap!