Aug 15, 2012

Mood Raya dah mula dah...........

Bismillahirahmanirahim,

Haa mood aku la ni dah macam meyo " merenung jauh nun"................................................

Nak balik raya!!!!!!!!!!!!!!
La ni buat tu  tak betul buat ni tak betoi semua macam serba tak kena. Jasmani jer ade kat tompek koje, rohaninya dah kat kampung nun.Astaghfirullah.....ape  nak jadiklah dgn anak pak Taib ni. Huhuh yolah, office pon rase longang jer. hmmm takkan lah diorang dah dok pakat start cuti rayo awal kot. Ape eden nak buat sorang2 kat opis ni... Oleh kerano bosan yang dah mencapai tahap meriam katak GABAN. Aku pun wat la perkara2 seperti di bawah yang takde pun dlm "Job Description" aku..

Buat sedikit " checklist" sebelum pulang ke kampung untuk berhari raya hehehe. Bukan untuk apa sekadar mengelakkan huru-hara semasa nak balik nanti.Aku ni gelabah x bertempat orgnyer.

1. Isi leave form (walaupun HR dah inform from 22nd to 24th tu force leave heheh)
Annual leave tinggal 11 hari stelah ditolak 4 hari for raya
2. Ensure segala bagai tempahan kuih raya, kek raya, or baju raya dapat sehari sebelum balik raya heheh (kalao dapat terlalu awal, jangan lak dok makan kuih tu before raya hehe kang x pasal2 kena owder balik)
3.Start packing 2 hari sebelum bertolak (segala bagai baju, toiletries, medicine, laptop, sume jenis charger, kuih2 raya, buku2, CD reader, favoret DVD )
4. Start packing 1 hari sebelum bertolak balik untuk barang keperluan "Meyo" and "Adeq". (litterbox kena basuh & keringkan dulu, cat sand (utuk keperluan perkumuhanya), food cat, food bowl, water bowl.Semua ni lepas packing dah boleh sumbat kat bonet belakang.
5.Check condition kereta (servis minyak hitam, gear oil, alignment and balancing) at least 2 week before balik beraya. 2 days before that kena check angin tayar dengan coolant and air bateri. ha yang ni jer aku x gemor huhuh duit laiii ah nampaknya
6.Bila semua dah ready boleh ah sumbat sume malam sebelum bertolak except my cats. Pagi lak kena kemas cage dan letak kat luar rumah. Pastu 2 ekor binatang peliharaan aku  will be in the "cat carrier" huhuhu.Jawabnya habis jer sahur dah kena start mengemas diorang.  Start from 3am, 2 ekoq tu kena fasting lah kan. kalo x haru biru dlm kereta kalau diorang nak ek ek.

Melakukan aktiviti2 yang tak terpikir nk buat kat Ofis

1. Kemas bagai nak rak business card yang telah berusia lebih kurang 6 tahun lamanya heheh.Hasilnya sungguh memuaskan. Lepas ni xdelah aku terkial2 cari no.

Aug 7, 2012

Berpuasa Di 106-A Kg.Seri Pantai Mersing

Bismillahirahmanirahim....

Alhamdullilah dapat gak aku berpuasa kat kampung tahun ni. 3 hari pun jadiklah. Best tak terkata, rasa nak je berpuasa sebulan kat kampung. Lauk pauk xdelah havoc sangat tapi mood ngan suasana tu yang best n damai. hari pertama mak masak lauk singgang ikan cermin, ikan bakar, sayur bayam ngan tepung bungkus. Best gile, tapi aku x sempatpun tolong mak ngan ayah masak coz aku xlarat gile. Sampai je rumah kol 1.30p.m pas zuhur aku collapse "membuta".Sedar-sedar mak kejut dah asar. Kuih pun dah siap. Tepung bungkus tu dalamnya macam kuih koci (tepung pulut inti kelapa gula merah) kat luar dia lak dilapis dengan bubur sumsum tapi bezanya lebih manis. So nak buat kuih ni ada 3 peringkat ah. Mula-mula buat lapisan luar caranya macam wat bubur sum-sum. Lepastu baru buat lapisan dlm yang macam kuih kochi tu. Pastu together2 kukus. Barulah siap n boleh dimakan...tapi lepas berbuka lah kan. 

Hari kedua ikut ayah pi pasar basah pagi. Best gile banyak sungguh ikan segar2 n macam2 lak tu rambang mata gue. Last2 beli ikan asuh ngan kekachi (nak bwk balik Nilai), kupang ngan ketam. Geram je aku tengok ikan ketarap tu, bukan ape x pernah makan. Ayah kata kalo bakar sedap giler. Nak beli besar gaban lak tu. Nak makannya 3 orang jer, jadi terpaksalah juga aku kawal nafsu aku ni heheh. Kat bawah ni aku ade letak gambar2 ikan yang cun2 aku google je imej ikan2 ni.
Nilah ikan ketarap @ bayan:warna biru menakutkan tapi mesti sodap ni!
Ni pulak ikan kekachi@kachi; ni kalau masak asam pedas @ kari pasti menjilat pinggan ni
Si cantik manis ni malay namenya Asuh @ tambak; Masak Asam pedas or bakar memang ngetop 
Kalau nak dibandingkan kesedopan ikan-ikan ni 10x ganda lagi sodap compered tu ikan siakap and 20x lagi sodap dari ikan bawal. Masak 3 rasa ke, masam manis ke, stim ke semua boleh bagi ikan kachi or asuh ni. Hahah tu pasal ah kalo balik kampung ikan siakap tu aku tgk sebelah mato jer heheh. 

Pagi tu tolong ayah cabut ubi kayu. Boleh tahan ah penatnya, dah lama tak mencabut ubi ni. petang lak aktiviti menggondolkan sayur2 yang ada kat laman rumah. Pucuk ubi, limau sambal, lada padi, daun pisang (ni nak wat lepat ke bakar ikan ke nanti).Kira kalo balik nilai x sah kalo x penuh bonet kete ngan sayur2 dan ikan hehehe. Biasalah kat Nilai ni susah nak jumpa ikan laut.Kalo ikan keli ke puyu ke banyak ah.  Menu hari kedua masak (lauk lemak labu bersama kupang,labu dan kacang panjang), pucuk ubi dgn sambal asam. ikan bakar lolong, ketam rebus ngan kuih ubi goreng berlado. Hahaha aku cuba buat kek lapis coklat cheese kukus tapi jadi cam puding lak. Tapi ayah suka coz cam lembik2 (almaklumlah pakai gigi pelasu).Hari ketiga tak berbuka kat kampung pun, huhu coz dah balik ke Nilai pagi tu.
Memang terbaek ah hasilnya!!!!            
Moral of the story: Kalo makan makanan feveret kita ni kenalah selalu beringat, jangan dok tibai banyak sangat. haa la ni balik Nilai dah gatal2 area bibir aku ni coz byk sgt makan seafood. Padan dengan muka eden huhuh......

Aug 3, 2012

Perubahan yang amat positif

Bismillahirahmanirrahim......

Macam gempak je tajuknya heheheh.Biasalah intro kene lah attractive barulah seronok nak merapu. Alhamdullilah semalam baru je dapat mengikuti satu lagi majlis ilmu yang dianjurkan oleh company ku yang tercinta. Majlis ilmu mengenai Makna Ramadhan dan Kekuatan yang terdapat di bulan Ramadhan. Penyampainya pula adalah Imam Muda Fatah Season 2, ustaz ni memang kelakar tak kering gusi dibuatnya. Kekadang tu ilmu atau nasihat yang disampaikan secara "humour" ni lebih cepat melekat kat kepala hotak kita ini. Kenapa? rahsianya bile kita mendengar ilmu/nasihat secara humour ni, automatik mulut kita akan tersenyum then dada kita akan tersa lapang menyebabkan hati kita terbuka luas untuk disumbatkan ilmu. Kalau difikirkan semula hatilah tempat pengumpulan ilmu sebab dari hati kita akan menapis mana ilmu yang dibawa ke otak untuk dijadikan ingatan dan mana pulak yang akan dilupuskan. Tapi ini hanyalh buah fikiran aku lah, ustaz takde lak cakap pasal tu hehehe.

Berbalik kepada tajuk utama diatas, perubahan itu bukan pada satu individu tapi pada keseluruhan organisasi dalam company aku ni. Contohnyer seperti dibawah:

1. Solat sunat taubat, hajat, bacaan yassin dan tahlil dilakukan pada setiap kali gathering atau apabila company berada dalam keadaan yang genting: Masyaallah amat tenang rasanya bila berada dalam persimpangan, semua muslimin muslimat beramai-ramai meminta petunjuknya, memanjatkan doa agar company dimurahkan reZeki dan dipermudahkan segala urusan. Selepas selesai semua staff akan berkumpul termasuk non-muslim duduk bersimpuh atas tikar sembahyang mendengarkan update dari management secara telus dan berterus terang. Aku percaya disebabkan suasana  seperti inilah yang dapat mencairkan rasa keraguan, kerisauan yang bersarang di lubuk hati masing2.Mana kan tidak sesudah kita bekerja bersungguh2 dan selepas itu bersama-sama memohon pertolongan dari illahi , apalagi yang mahu di gelisahkan kerna cukuplah Allah sebagai penolong kita.

2. Tadarus al-Quran, ceramah agama dan tazkirah di bulan Ramadhan: Di ketika inilah kita memperbaiki bacaan al-Quran masing-masing, perubahan yang amat positif. Di setiap meja akan ada Al-Quran kecil, dimana lagi petunjuk yang dapat dicari kalau bukan dari  mukjizat yang diturunkan Allah kepada kekasihnya (Nabi Muhammad s.a.w). Sesungguhnya melihat sahaja sudah mendapat pahala inikan pula kalau kita sentiasa membaca dan memahaminya.

3. Solat terawih (bukan hanya majlis berbuka puasa sahaja)

4. Majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan kutipan derma : Program baru yang dianjurkan IBSRC yang amat baik. Sesunguhnya rezeki yang dikurniakan Allah kepada kita ada bahagian orang lain didalamnya.

5. Pemberian kurma bagi seluruh staff di bulan Ramadhan: First time dapat, selalunya dapat Kad Hari raya je heheh

6. Solat berjemaah (muslimin) semakin kerap dilakukan bagi solat2 fardu: Rasa tenang dan boleh merapatkan sesama islam. Baru bangsa lain respect dan gerun kalau umat islam bersatu cam ni.

Lagi sekali berbalik kepada ceramah imam muda fatah ni, antara isi kandunganya adalah jenis-jenis kekuatan atau kelebihan di bulan Ramadahan:

1. Puasa
2.Solat fardu dan sunatnya (Solat terawih) yang berlipat ganda ganjarannya.Pada bulan yang mulia ini pintu langit akan terbuka luas seperti mengalu-ngalukan himpunan doa hamba-hambanya yang meratap memohon keampunan dan keredhaan darinya. tapi aku seringkali buta mata hati untuk melihat peluang yang tiada jolok bandingan ini.  Sering aku terleka dengan program2 duniawi yang amat mengoda sanubari. Sering aku melengahkan peluang keemasan ini. Padahal pada bulan inilah Allah mencurahkan kasih sayangnya melebihi kasih sayang makhluknya (kalah kasih sayang dlm ombak rindu ke titanic ke)
3. Al-Quran : Antara ilmu yang menarik, Al-Quran dapat membimbing kita sekiranya langkah kite tergelincir melakukan maksiat. Disebabkan Al-Quran ada di dalam dada, kita tidak akan terbiar terus tersungkur di lubang maksiat. Al-Quran juga mampu menguatkan ingatan dan melambatkan atau mengelakkan penyakit nyanyuk. 
4. Lailatul Qadr yang lebih baik dari 1000 bulan bersamaan 84 tahun. Haa adalh sedikit tips dari imam muda fatah tu tentang tanda-tanda lailatul Qadr antaranya keadaan pada malam itu suam2 kuku tidak terlalu panas atau sejuk, kemudian bagi orang yang tidak biasa beribadat lebih masa akan terasa bebanan yang amat berat untuk stay up beribadat. Tetapi tidak bagi ahli ibadat yang selalu melakukan gerak kerja malam. Mereka akan berasa amat selesa dan tenang ketika itu. Pada pagi setelah lailatul Qadr langit akan menjadi cerah dan matahari dapat dilihat dengan jelasnya seperti bulan.Mudah-mudahan aku dapat mencari lailatul qadr pada kali ini.
5. Jihad. Tak kiralah jihad besar atau kecil kesemua itu lah yang akan dilihat Allah. Semalam barulah aku tahu yang jihad besar bukannya jihad perang kerna jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu sendiri. Subhanallah musuh kita ada dalam diri kita. 

Tetiba teringat nukilan penulis buku Dimana DIA dihatiku? (pahrol Mohd Juoi): "menentang hawa nafsu adalah sama seperti menentang diri sendiri.terseksa. In yang menyebabkan mujahadah itu selalu patah.Atau belum pun bermujahadah sudah mengaku kalah.terlalu sayangkan diri untuk disakiti. Padahal mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis".


Aug 2, 2012

Harapan di Bulan Ramadhan.....

Alhamdulilah.......

Dapat lagi aku bertemu dengan ramadhan tahun ini. Sedar tak sedar, ini dah masuk kali ke-29 hehehe of coz lah 6 tahun pertama tak faham ape-ape lagi pasal puasa. Ini kan pulak ibadah-ibadah sunat yg lain.Malu ada, lawak pun ade bila teringatkan pengalaman berpuasa masa darjah rendah dulu. ishhhh barang yg lepas x usah dikenang. Kira aku ni nakal dalam diam harap mata je kuyu. Dulu masa kecik favorite air masa berbuka mesti air tauhu @ soya hehehe org kampung panggil air tahu. walaupun aku suke bangat air ni tapi xdeah dapt hari2. Makanan pulak dari kecik sampai besar aku dok kesah janji kena berbuka dengan nasi putih, lauk ape pun aku bantai. Haa senang je nak jaga aku ni tolak yg haram, kayu,papan, batu je.

Kuih-kuih kalau ada aku mknlah xde wat dono jer lah. Tapi menu yang aku paling selesa masa berbuka adlh nasi putih, 1 jenis lauk (ikan or ayam or daging), 1-2 jenis sayur, kalo ade sambal belacan pun best. Haa nilah menu yg paling selesa bagi aku. Pasal aku cepat rambang mata kalo menu banyak sgt atas meja, bukan ape nnti aku x tau nak makan yg mana dulu,sudahnya semua aku tibai hehehe. Tetiba nak menulis pengalaman berbuka puasa sepanjang 29 tahun..

Dari kecik - 17 tahun : Confirmlah hari-hari berbuka ngan keluarga tercinta (best!!!! mak masak) sambal tumis pun sodap. Masa sekolah rendah waktu berbuka akan didengarkan dgn ketukan bedok(hmm bedok ke gendang aku pun x sure). Tapi bunyik tulah yg dinanti-nantikan.Bila naik tingkatan, bunyi siren bomba  telah mengantikan ketukan bedok. Hmmm katanya sebab tak nak bagi org kampung confuse, sebab kalo ade orang meninggal pun selalunya orang masjid akan ketuk bedok. Tapi la ni siren pun aku dah tak dengar, dah rosak gamaknye. Jadi skrg ni follow bunyi azan kat masjid ah.

18 - 19 tahun : Masa ni aku kat matriks KTT dungun, bersama2 roommate (linda, akhil,zura) kitorang tapau je kat cafe pokcik. Kat sini ada 2 cafe depan ngan kat belakang. Yang depan tu selalunyer jual makanan goreng2 (nasi, mee, bubur) ape ek org kate "ala-carte". Yang kat belakang lak jual nasi putih n lauk campur. Of cozlah kan aku lebih kepada cafe yang kat belakang heheh walaupun ikan cencaru n selayang je memanjang.

20 -24 tahun : Masa ni aku berpuasa selama 4 tahun di UKM bangi, best coz berbuka ngan kawan2. Selalunya aku lebih banyak berbuka ngan roomate (yan),illegal roomate (ina) or dengan budak block (k.gee, midah,akmal,amal,shira (dah lupe ah)). Tapi kekadang aku bukak jugak dengan coursemate aku (yati, eman,rem,syuhadah,naa, sue). Best coz kalo muak beli mknn kat kolej aku (aminuddin baki) aku pi beli kat kolej ungku umar or pasar malam (setiap selasa n sabtu). Hmm teringatkan kt kwn2 lama.

Sekarang:Berbuka di rumah sewa je, untuk mendapat lebih keberkatan dan tidak mahu melakukan pembaziran chewah!. Aku masak je makanan berbuka puasa sendiri, takdelah gempak sangatkan. Takdelah nak masak nasi arab bagai nyer kan.Tapi kalo setakat tekak aku je yang nak digembirakan kira boleh ah tahan hehehe. Bila weekend pi umah angah berbuka ramai-ramai, masak 2 orang cepat sikt hehehe. Sebenarnya banyak kebaikan berbuka dirumah, bukan hanya dapat mengelakkan "pembaziran melampau" tapi dapat juga "menjauhi diri dari perkara-perkara yang was-was" contohnya, kita tak tahu makanan yang dimasak itu dari "air tangan orang yang menjaga solat atau tidak". Aku ada terbaca satu artikel kat blog yang menceritakan kisah Nabi Musa dengan seorang umatnye yang bernazar untuk minum air kencing anjing hitam sekiranya dikurniakan anak. Untuk membatalkan nazarnya itu setelah dia dikurniakan anak, dia pun meminta nasihat dari Nabi Musa, masalh itu diselesaikan dengan menyuruh hamba Allah itu meminum air di atas bumbung orang yang tak solat. Maknanya Air kencing anjing hitam samalah dengan air tadahan dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat. hmmm mari kita fikirkan bagaimana pula kalau air itu dari tangannya pula? kehinaanya mesti lebih berganda dari air kencing aning hitam. Mungkin scenario macam nilah yang menyebabkan kita gelap hati, dan liat untuk melakukan ibadah. Yelah kan macam tukang masak kat kedai mamak, tukang masak kat kopitiam or restoran makanan segera. Ish2 kalau dipikirkan mesti dah berbaldi kita makan air tangan seumpama itu (moga Allah melindungi kita dari buta hati).

Yang lagi satu ni adalah sebab utama aku malas berbuka ditempat-tempat selain rumah cth kat hotel ke shopping complex ke sebab kita akan "terkocoh-kocoh nak solat maghrib" yelah iman didada takdelah semantop mana, masih belajar bertatih dalam memahami keindahan islam jadi (confirmlah sempoi punya solat maghrib doa pun ala kadar je, wirid apatah lagi), pastu balik dah penat terus tidur, isyak kalau larat proceed before tido kalo x bangun tengah malam.Solat terawih apatah lagikan malas la pulak nak ceritek.

Jom muhasabah diri kita ni sekali sekala, Ramadhan tu 30 hari je setiap tahun. Nak dibazirkan dengan benda-benda remeh ni memang tak berbaloi. Tuhan bagi akal kepada manusia untuk berfikir mana yang baik mana yang buruk, tapi kita ni memang suka benda yang baik dimata kita tapi buruk disisi Allah. Peringatan untukku, kalau aku boleh cuba sedaya upaya menguruskan hal2 duniawi, semestinya aku perlulah juga merancang hal2 untuk akhirat juga.. Contohlah boleh dikatakan semua orang ada "financial plan" untuk masa hadapan tak kiralah untuk diri ke (simpanan hari tua), anak-anak ke (merancang punyelah hebat untuk 60-80 tahun akan datang punya rancangan laktu). Tapi kita sering lupa yang maybe esok lusa kite dah dipanggil kembali kepada-Nya. Bila difikir-fikirkan semula, kalo kita ditakdirkan mati esok hari, kita confirm akan bawak pergi bersama kita "Tabung Amalan Kita" takdolah pulak kita bawak tabung kat ASB ke bagai.

Ingatan buatku wahai Halijah carilah ketenangan di masa sekarang, bukan dimasa lampau kerna akan membawa seribu satu penyesalan, dan bukan juga  dimasa hadapan kerna ianya hanya akan membuatkan kita bertambah resah dan gelisah. Biarlah apa ornag nak kata engkau memasang impian yang pendek, namun kebahagiaan sebenar ada didepan mata tak perlu dikenang tak perlu dipersiapkan. Bekerjalah bersungguh2 untuk duniawi pada masa ini untuk kebahagiaan di akhirat yang kekal abadi. Sesungguhnya sehebat mana kita merancang hebat lagi rancangan Allah s.w.t.

Renungkanlah Sabda Rasullulah s.a.w ini:

"Apabila engkau solat, maka solatlah seolah-olah yang terakhir atau hendak berpisah dan janganlah sesekali mengucapkan kata-kata yang menyebabkan engkau harus meminta maaf dan jangan lenyapkan harapan terhadap apa yang berada di tangan orang lain"