Dec 27, 2011

FinaL Chapter : Singapore Trip 2011



Setiap Insan Bermula dengan Kegelapan dan Berakhir juga dengan Kegelapan, Maka Carilah Al-Nur (Cahaya) Di antara Keduanya - (Petikan dari Drama - Disini Bermula).

Namun begitu kita seringkali terjatuh dengan memilih kegelapan jua diantaranya.........
Replika - Flyers (Singapore)


Benda yang cam telescope tu functionyer macam lampu suluh. Gambar akan berwarna kalau telescope dihalakan ....

hahah gayat sebenarnya tengok kt bawah jgn harap (ketar kepala lutut)


1 unit boleh muat dalam 6 orang kot

pemandangan dari atas flyers (hmm cam sydney nyer landmark la pulak)


Banyak sungguh lampu, gilang gemilang neon yang ada disekitar bandar singa ini hmm kata hatiku terdetik.Tapi itu semua dimata kita sebagai makhluk-Nya yang lemah lagi kerdil. Padahal hakikatnya kawasan yang gilang gemilang ini yang dipenuhi cahaya terang benderang ini sebenarnya Gelap Gelita seperti kuburan tanpa disimbahi cahaya yang hakiki di sisi-Nya.........


Alhamdulillah... dapat lagi rezeki menikmati suasana di negara jiran. Tapi hatiku tetap mengatakan negara sendiri tiada tolok bandingnyer. Mana tidaknya pemimpin kita orang islam (alhamdullilah), nak beribadat tiada halangan malah diseru-seru (azan berkemundang di mana-mana radio, TV semuanya tiada halangan), nak menjalani hidup bersyariatkan panduan islam tiada halangan. Sebagai contoh pergi jelah kemana sahaja shopping complex ke taman tema ke, gunung ke, tempat go-kart ke ada je surau disediakan. Antara nak solat atau tidak sahaja, tandas pun ada paip air yang memudahkan kita menyucikan hadas dengan yakin. Nak bertudung digalakkan (cuma sekarang dah trend pakai tudung nak berfesyen la pulak). Tapi yang pasti semuanya atas kita yang menghalang kita adalah kita sendiri.... berkata aku pada diri sendiri kenapa hendak menunggu untuk berubah sedangkan peluang terbentang di depan mata? kenapa nak mengeluh sedangkan nikmat terhidang di depan mata?........dan kenapa nak bertelingkah dan mengkhianati sesama kita sedangkan negara kita negara islam?


Insyaallah kalau diizinkan tuhan dapat pergi lagi alhamdullilah...semoga aku dapat mengambil hikmah diatas perjalanan yang akan datang......

No comments: