Nov 21, 2011

Cermin Mata oh Cermin Mata..........

Sudah 6 tahun aku memakai cermin mata secara "permanent" dan boleh dikatakan setiap tahun aku tukar cermin mata (6 cermin mata), reason kenapa tukar berbeza-beza setiap tahun. Antara sebab musababnya adalah seperti berikut:

1. Bingkai patah - 2x
2. Power naik - 1x
3. Bingkai senget hampir 80% and kanta terkeluar dari bingkai -2x
4. Cermin mata hilang - 1x

Bingkai patah; 2008 & 2011

2008 - Bingkai patah masa lawan futsal, nak kate hebat sangat x delah sangat hehehe. Tapi dapat ah tempat ke-4 daripada 10 pasukan. Ok lah kiranya. Sebagai kapten pasukan, usaha lebih sikit tulah yang sampai bola ke muka. Nasib baik ah cermin mata yang patah kalo batang hidung ke yang patah sia-sia je muka yang cantik Allah bagi hehehe.
Suka sangat spek ni coz ade line putih.. (photo with syajaratul:)....

2011 - Ha ni lah penyebab kenapa aku tulis pasal cermin mate ni. Mana baru pagi tadi patah. Citernye masa tengah kalut-kalut bersiap nak pi opis, cam biase ahmasa tulah tengah cari stokin, jam, tepon, kunci umah , kunci kereta, dan termasuk jugaklah cermin mata. Tengah kalut-kalut, tetiba "prak" habis berkecai aku nyer spek aku pijak. Aissh nasib baik tak luka tapak kaki tapi tulah. Sebelah tangkai je yang patah. Huhu nasib baik sebelah lagi ok. Tapi still cool lah aku ni, boleh lagi drive and pakai dalm opis tanpa org tau yang aku pakai spek sebelah tangkai hehehe. Oleh kerana tengah akhir bulan so terpaksalah aku bertahan yer sampai 25hb.

photo with baby rania and her mother (Fatimah azzahra:)
Nilah rupanya spek aku sekarang hahaha 2 ari aku pakai tangkai sebelah

Power naik

2009 - Ha sekali jer aku tukar spek disebabkan sebab yang munasabah. Selepas kepala ku dah tak dapat nak handle sakit kepala and mata yang amat sangat, aku pun tukarlah cermin mata


Bingkai yang paling aku x suka coz plain black, (photo with yokeling and zhi ming @bagan lalang)

Bingkai senget & kanta terkeluar dari bingkai


2007 - Ini kes bingkai senget mana taknya aku asyik terpijak jer sampai, skru pun asyik tercabut. Tapi faktor utama sebab aku beli bingkai yang amat murah kot masa tu tengah sesak so dia punyer tangkai tu nipis and mudah dibengkokan and x de frame.


Cermin mata tinted kedua and frameless (photo with housemate, fid and amal)

2010 - Gila suka cermin mata ni, mana taknya beli yang tinted (gray) tapi guna bingkai murahan lah. Disebabkan oleh pengendalian yang amat ganat dan tidak berhati2 ianya hanya sempat digunakan setahun and sempat jugak ah aku guna dia untuk pi kenduri yati heheeh

Tinted gelap sikit, sesekali nampak cam pakai sunglasses (photo with amir:)


Cermin Mata Hilang


2006 - haa yang ini aku pun pelik, ade ke patut pergi tinggal kat restoran lepas tu tak ambik balik. Tulah dulu masa makan aku selalu tanggalkan spek. Tak tau lah hari tu lapar tahap gaban sampai lupa spek.


Kecederaan Lain yang Telah Berlaku pada Spek dan hand phone dibwah jagaan aku :

1. H/phone tertinggal di dalam peti ais selama 2 jam (Alhamdullilah h/p itu bertahan selama 1 tahun selepas itu)
2. Cermin mata terbuang ke dalam plastik sampah
3. Cermin mata and h/p di bawah katil sambil dijadikan sebagai bola oleh kucing-kucingku
4. H/p di dalam bekas bawang

Conclusionnya :

1. Aku ni tahap cuai yang amat
2. mempunyai kaki yang kuat (heheh boleh patah cermin mataku)
3. Perlu membeli barangan yang murah2 sahaja kalau x rugi beb..

1 comment:

Anonymous said...

Sama la kak dh 5 thn pki spek dah 7 kali tukar spek.ni pg ni baru patah lg trduduk.Akak ada apa2 tips x supaya blh jaga cermin mata