Nov 21, 2011

Cermin Mata oh Cermin Mata..........

Sudah 6 tahun aku memakai cermin mata secara "permanent" dan boleh dikatakan setiap tahun aku tukar cermin mata (6 cermin mata), reason kenapa tukar berbeza-beza setiap tahun. Antara sebab musababnya adalah seperti berikut:

1. Bingkai patah - 2x
2. Power naik - 1x
3. Bingkai senget hampir 80% and kanta terkeluar dari bingkai -2x
4. Cermin mata hilang - 1x

Bingkai patah; 2008 & 2011

2008 - Bingkai patah masa lawan futsal, nak kate hebat sangat x delah sangat hehehe. Tapi dapat ah tempat ke-4 daripada 10 pasukan. Ok lah kiranya. Sebagai kapten pasukan, usaha lebih sikit tulah yang sampai bola ke muka. Nasib baik ah cermin mata yang patah kalo batang hidung ke yang patah sia-sia je muka yang cantik Allah bagi hehehe.
Suka sangat spek ni coz ade line putih.. (photo with syajaratul:)....

2011 - Ha ni lah penyebab kenapa aku tulis pasal cermin mate ni. Mana baru pagi tadi patah. Citernye masa tengah kalut-kalut bersiap nak pi opis, cam biase ahmasa tulah tengah cari stokin, jam, tepon, kunci umah , kunci kereta, dan termasuk jugaklah cermin mata. Tengah kalut-kalut, tetiba "prak" habis berkecai aku nyer spek aku pijak. Aissh nasib baik tak luka tapak kaki tapi tulah. Sebelah tangkai je yang patah. Huhu nasib baik sebelah lagi ok. Tapi still cool lah aku ni, boleh lagi drive and pakai dalm opis tanpa org tau yang aku pakai spek sebelah tangkai hehehe. Oleh kerana tengah akhir bulan so terpaksalah aku bertahan yer sampai 25hb.

photo with baby rania and her mother (Fatimah azzahra:)
Nilah rupanya spek aku sekarang hahaha 2 ari aku pakai tangkai sebelah

Power naik

2009 - Ha sekali jer aku tukar spek disebabkan sebab yang munasabah. Selepas kepala ku dah tak dapat nak handle sakit kepala and mata yang amat sangat, aku pun tukarlah cermin mata


Bingkai yang paling aku x suka coz plain black, (photo with yokeling and zhi ming @bagan lalang)

Bingkai senget & kanta terkeluar dari bingkai


2007 - Ini kes bingkai senget mana taknya aku asyik terpijak jer sampai, skru pun asyik tercabut. Tapi faktor utama sebab aku beli bingkai yang amat murah kot masa tu tengah sesak so dia punyer tangkai tu nipis and mudah dibengkokan and x de frame.


Cermin mata tinted kedua and frameless (photo with housemate, fid and amal)

2010 - Gila suka cermin mata ni, mana taknya beli yang tinted (gray) tapi guna bingkai murahan lah. Disebabkan oleh pengendalian yang amat ganat dan tidak berhati2 ianya hanya sempat digunakan setahun and sempat jugak ah aku guna dia untuk pi kenduri yati heheeh

Tinted gelap sikit, sesekali nampak cam pakai sunglasses (photo with amir:)


Cermin Mata Hilang


2006 - haa yang ini aku pun pelik, ade ke patut pergi tinggal kat restoran lepas tu tak ambik balik. Tulah dulu masa makan aku selalu tanggalkan spek. Tak tau lah hari tu lapar tahap gaban sampai lupa spek.


Kecederaan Lain yang Telah Berlaku pada Spek dan hand phone dibwah jagaan aku :

1. H/phone tertinggal di dalam peti ais selama 2 jam (Alhamdullilah h/p itu bertahan selama 1 tahun selepas itu)
2. Cermin mata terbuang ke dalam plastik sampah
3. Cermin mata and h/p di bawah katil sambil dijadikan sebagai bola oleh kucing-kucingku
4. H/p di dalam bekas bawang

Conclusionnya :

1. Aku ni tahap cuai yang amat
2. mempunyai kaki yang kuat (heheh boleh patah cermin mataku)
3. Perlu membeli barangan yang murah2 sahaja kalau x rugi beb..

Nov 10, 2011

Final Chapter: Top of the Mountain

Kata pujangga, hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan, dan diakhiri dengan tangisan. Maksudnya hidup ini penuh dngan masalah, kesukaran, dan kepahitan. Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan ke dunia dengan tangisan, apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi oleh tangisan dan akhirnya dia kan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan juga...(petikan SOLUSI Isu#30)


Untuk sampai ke puncak gunung (yang paling tinggi) kenalah memanjat lagi batu-batuan ini. Seksa jugaklah mana tidaknya kene kempiskan badan nak panjat and lalu celah-celah batu ni. Kalau salah hemat jawabnya tersepitlah disitu buat selama-lamanya atau sampai lah batu tu terhakis hehehee


Haaa ini pun nyaris-nyaris tersepit, tapi tetap tersenyum


Bila dah sampai kepuncak luas mata memandang, tapi bendapertama yang aku buat adalah menenangkan diri dengan duduk sebentar kat hamparan batu. Lepas hilang rasa gayat, barulah berani nak berjalan-jalan di kawasan puncak itu. Apa lagi hampir 45 minit di atas tu, aktiviti utama pun berlangsung iaitu aktiviti bergambar sakan. Walaupun begitu hanya group ke 2 dan ke-3 jer yang ada masa ni coz group 1 sudh mahu memulakan perjalanan turun dari gunung.... hahah kami jauh tertinggal dibelakang masa pendakian dengan jarak masa hampir 1 jam (malu jugaklah). 2 diatas: Akun, muslaini, 2nd row from top(from left): amal, azri,ijah, baju biru (x kenal), 3rd row(from left): Aiza, azrina, bottom row (from left): Azli, Laila,athirah, Devi

Sengaja posing dlm keadaan ala-ala senget, hehehe actually gayat nak tegakkan badan


Banyak sangat camera man x tau nak pose yang mane dulu Dari depan: Azrina, maznan, ijah.laila, azra


Gambar diambil di celah-celah batuan kat puncak gunung



posing atas dah cun kali tengok bawah x ayu langsung

Yang kat atas sekali berebut port paling tinggi, yang kat bawah sekali muke confuse:)


Alhamdulilah masa nak turun dari puncak semuanya berjalan dengan lancar sekali, rasa lebih yakin berbanding masa nak panjat. Untuk perjalanan turun kami perlulah merentasi sekali lagi track yang sama. Tapi ini sekadar early estimation aku jer hehhehhe

Sempat berposing lai



Depan; Hafiz HR, azrina, belakang; ijah (penulis)

Masa turun berlakulah insiden macam kaki cramp, tak boleh bengkok kaki, kena gigit pacat, kasut terkopak, kaki vibration dll. Ini semua adalah perkara-perkara yang mungkin terjadi semasa pendakian naik atau turun. Berdasarkan penelitian, waktu naik perlukan stamina yang tinggi kalau tak akan semput or pancit dipertengahan jalan.




Tapi semasa nak turun ke bawah, kaki kenalah kuat dan sentiasa dalam posisi yang betul agar tidak membebankan bahagian tertentu seperti hujung jari kaki, lutut, atau betis. semasa turun kaki banyak dibengkokan yang mana melibatkan kawaan lutut manakala keseluruhan tapak kaki juga dibebankan untuk mem"brek". Jadi pengunaan kasut yang mempunyai ruang di depan amatlah digalakkan. Ini bagi mengelakkan tekanan yang tinggi pada bahagian hujung jari kaki akibat tekanan graviti semasa menuruni laluan curam. Tapak kaki juga berkemungkinan besar akan "cramp" apabila kita mengenakan tekanan yang kuat semasa mem"brek" pada satu-satu ketika. Hmmm ini juga terjadi semasa aku tersalah langkah dan dengan cepat menggunakan sekuat mungkin tapak kaki bagi mencengkam dan mengstabilkan badan dari jatuh.




Lutut or kaki bergetar atau vibration juga berkemungkinan daripada posisi kaki semasa menuruni gunung. Apabila turun dengan kadar yang pantas (disebabkan bentuk muka bumi yang curam) kaki sentiasa dalam kedudukan yang bengkok so kene make sure kita kena selang selikan dengan meluruskan kaki bila tiba di tanah yang rata..


Rawatan diberikan pada yang tercedera tapi ada jugak yang sempat berposing macho


yang cedera terpaksa berjalan menggunakan tongkat


Setibanya di kaki gunung, barulah makan tengahari, menu dia nasi putih, ayam masak kari, sayur kobis, sambal belacan tapi yang paling best ketika itu adalah sirap ais.




RUMUSAN DARI PENDAKIAN INI.....



1. Total air yang diminum 1.5L masa mendaki, 1L masa turun.



2. Jangan sambil lewa tentang kelengkapan first make sure at least ada 2 kotak first aid bagi ahli group sebanyak 20 orang. Bukan apa sekiranya first aid berada di depan, group di belakang terpaksa meneruskan perjalanan dalam keadaan tanpa rawatan. Sekiranya first aid ada di group belakang, ahli yang tercedera dalam group yang berada di hadapan terpaksa menunggu group di belakan tiba.




3. Pemilihan kasut yang sesuai, iaitu yang tidak sempit di bahagian hadapan, dan tidak terlalu flat.




4. Kalau boleh pakai stoking panjang dan menutup seluar yang kita pakai, ini bagi mengelakkan gigitan pacat. Insect repella pun boleh guna




5. Jangan sesekali bersifat " Selfish" kalau kita yang tercedera apa pula perasaan kita kalau ditinggalkan sesorang dibelakang.


6. Total kena gigit pacat 2 orang (lelaki 1 -perempuan 1) hahah. Masa mendaki seorang (perempuan), masa turun seorang (lelaki). Hahaaha macam adil je kan.


7. Total tercedera atau mengalami kepayahan melampau. Masa mendaki 3 orang, masa turun 3 orang. hmmm adil lagi




8. Selepas pendakian ini, rasa tak sabar nak join lagi aktiviti macam ini........




9. Mendaki naik and turun memakan masa lebih kurang 5 jam, tapi menulis blog mengenai pendakian ini memakan masa 2 minggu..... sememangnya aku ditakdirkan bukan sebagai novelis huhuhuuh