Pendakian pun bermula selepas bacaan doa lebih kurang 8.30a.m, hati rase berdebar-debar untuk memulakan perjalanan tapi kaki tetap juga melangkah. Jalan masuk ke hutan Gunung dato' ni agak licin, disebabkan simen tangga batu yang agak sudah berlumut. Terpaksalah berhati-hati bila mengatur langkah menuruni tangga batu ni. Hmmm tapi malang memang tidak berbau, akhirnya ade jugak "Nangka" yang jatuh sebelum ranum hehehe :).
Sebelum masuk hutan ada anak sungai kecik yang perlu diseberang. Tapi takde lah sampai meraduk anak sungai tu sebab dah ade jambatan disediakan (jambatan batu lagi).
Selepas jumpa anak sungai tu kami terus masuk ke hutan, jalan agak basah tapi xdelah sampai becak berselut. Sesekali tengok- tengok jugaklah kat bawah-bawah daun kering bukan ape,kena berjaga-jaga dengan pacat dan lintah. Renjer yang bawak kami ni laju sungguh berjalan sup sap sup sap, berpeluh-peluh jugak ah berjalan kejar diorang ni.
Hmmm akhirnya group aku yg kat middle ni pun terpisah lah dengan group yang paling depan. Group aku ni 5 orang je (aku, laila, k.azrina, azmir ngan mus) tapi sesekali bersaing jugak nagan group aiza adik beradik alhamdullilah meriah sikit. Suku perjalanan, ni cukup mencabar sebab banyak batu-batu yang kene panjat, so terpaksalah dipanjat sambil berpaut kat akar-akar kayu ke, batu ker, lengan kawan ker, mane sempat lah janji dapat naik heheh.
Kira-kira 5 batang jugak lah pokok besar 1 - 2 pemeluk yang tumbang
Semput sungguh masa mendaki, rase macam nak tercabut dah betis ni haaa. Tapi alhamdullilah takdelah sampai kejang kaki or terseliuh ker kalo x lagi haru-biru jadiknyer. Siapa lah yang nak memapah aku ni, kalau ringan takper. 1/2 perjalan pendakian ni mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit dengan purata pit stop (1 x every 10 minit) so paham-paham jelah yer kenapa ambil masa yang lama. Biasalah masing-masing amatur (tambah-tambah ni 1st experience aku), so sikap saling jaga menjaga ni memang kena ada. Tak boleh pentingkan diri, sebagai contoh; sikit je lagi "pacat" nak seduut darah aku, nasib baik k.azrina nampak pe lagi kite spray lah dia terus jatuh. Selamat darah aku. Thanks akak. Sepanjang perjalanan, banyak benda yang menarik (tumbuhan dan fauna nya). Rase berbaloi sakit betis ni lepas tengok pokok-poko yang menghijau.

Ni kate tim (buah ara hutan) aku pun x tau btul ke tak
Di pertenghan jalan ada jugak orang yang kene gigit pacat, memang tak dapat dielakkan. Gigitan pacat memang tak dapat nak sedar. Barulah aku tahu kalau pacat gigit dia takkan lepas gigitan sampai lah dia kenyang. Pastu barulah dia jatuh, darah kita pula tak berhenti keluar lepas kene gigit so kene pakai handplast ah kalau x nanti geng pacat dapat hidu darah kite nanti masaklah kita!....

Pacat yang dah kenyang menyedut darah jatuh ke tanah isshhh geram rase cam nak picit2 je
laluan Dicelah-celah batu besar dan licin, jalan pun licin
laluan Dicelah-celah batu besar dan licin, jalan pun licin
Separuh perjalanan untuk sampai ke puncak gunung mengambil masa dalam 1 jam lebih kot, keadaan muka buminya pulak kurang sikit berbatu, tapi kena lalu akar-akar kayu yang tersusun rapat-rapat macam tangga... yang menyukarkan keadaan, tangga-tanga akar ni pada kedudukan 70 darjah dari aras tanah. So kene banyak gunakan tenaga kat bahagian betis dan lutut. So tekanan kat bahagian ini sangat menyeksakan.
No comments:
Post a Comment