Jan 12, 2013

En.NBX lagi...

Bismillahirahmanirahim.........................

En.NBX, buat perangai lagi. Kali ni enjin tak boleh nak start, tekaan awal aku confirm "bateri kong" lah ni.    Bukan setakat nak start enjin je tak boleh, nak bukak pintu pun kena manual. Indicator light kat meter kereta pun gelap je. Maka sahih lah kalau tak "problem bateri" mesti "bateri problem". Daripada hasil pemerhatian aku yang amatlah "amateur" dalam bidang permasalahan pemotoran ni, semuanya bermula bila penutup bateri aku hilang 2 bulan lepas. Tak taulah apa yang tak kena, lepas tukar je penutup bateri tu, sebulan yang pertama 2 kali kot "top up" air bateri. Hahah dengan ilmu yang x berapa nak betul ni, aku berjaya settlekan problem ni dengan men"top-up" air bateri je. Lepas top-up gerenti boleh startnye lah. Tapi aku pun pelik jugaklah, sebab aku tengok air bateri tu masih lagi in between high / low level, jadi bukan masalah air bateri bocor or keringlah. Tapi masalah jadi makin kronik bila masuk bulan ke-2, mana taknya bila pagi or hari hujan jer, mesti jadi simpton yang sama. Macam minggu ni jer 3 pagi berturut-turut En.NBX ni takleh nak start.

Mula-mula nak biarkan jer, wat dono je... sampai masuk gaji bulan ni baru bawak pi servis. Tapi kalo dah sampai tahap dimana aku pun dah naik M.A.L.A.S > T.A.H.A.P> G.O.D.Z.I.L.A,asyik kena buka bonet enjin jer tiap kali nak gi kerja, semata-mata nak men"top-up" air bateri. Ada sehari tu, tak sedar yang "air bateri" dah habis terlupa beli baru. Maka terpaksalah mintak tolong Nana pi tolong beli air bateri kat Petronas. Haa ko tak pasal-pasal lambat 30minit masuk opis huhuhu.

Lantak pi lah tukar baru bateri tu pun tukarlah. Tak kisahlah lah tak cukup 2 tahun  ke tidak, janji masalah aku selesai. Jadi tekad dah nak tukar jer dengan bateri kering (free maintenance) confirm dalam RM200 ++ jugaklah.  Sampai je "workshop" terus je bla...bla...bla...kat mamat bengkel  tu, terkebil-kebil cina tu nak capture aku cakap apa.  Biaselah kalo bercakap mengalahkan "bullet train", nasib baik tak bersembur je.

Step pertama mamat tu buat, terus ambil multimeter dan check output volt bateri tu. Baru boleh tau bateri tu memang kong ke tak.  Multimeter tu dia clamp kat kedua belah terminal (+ve) dan (-ve) macam kat bawah. Jeng... jeng bacaan volt tu ok, maka bateri aku sebenarnya takde problem. Yes.... lega aku tak payah tukar bateri.... dan selamat duit bulan ni. Tapi ape problem dia, ishhhh tak puas hati la pulak.. cuak pun ader mintak2 bukan masalah serius. Alhamdullilah mamat cina tu cakap problem kecik je, rupanya nut terminal (+ve) tu longgar, Disebabkan kelonggaranya itu power bateri tu tak dapat nak di supply ke dalam benda-benda elektronik kat dalam kereta. Bila pagi je problem ni selalu jadi sebab bila pagi enjin sejuk (maka terjadilah proses pengecutan) dan mengakibatkan nat yang pegang terminal tu longgar. Jadi dengan bijaknya mamat tu tambah kepingan besi kat terminal tu kasi ketat sikit......dengan itu settlelah masalah En.NBX kita ni. Dan yang lagi best "troubleshoot"yang selama 35 minit itu FOC. Syukur Alhamdullilah memang terbaik ah worskhop ni, dah lah staff dia semua peramah,tak berkira pulak tu.

Jantung (Bateri) En.NBX, diperiksa menggunakan multimeter

No comments: