Oct 24, 2011

Gunung Dato' Chapter 1

Pada 22 October 2011. Alhamdullilah aku dapat jugak tidur malam sebelum pendakian bermula, bukan ape selalunya aku takleh tido kalau terlampau excited. Lepas solat subuh di rumah dan berdoa agar dilancarkan segala urusan serta dijauhi segala kemudharatan aku dan laila pun bertolak ke ofis tepat pukul 6.00a.m. Sepatutnya solat kat opis tapi xper rumah aku skangkang dua kera ke opis pun.


Sebelum naik bas kitorang pi posing dulu depan bas hahahah biaselah belum apa2 bergambar je lebih. Jumlah yang join pendakian kali ni seramai 28 org. Sepatutnya 33 org tapi ada yang tarik diri last minute. Kalau tak silap aku ada 12org lelaki dan 16 orang perempuan.


Bas yang kitorang naik tu "BAS SEKOLAH" so kira cam "Geng Bas Sekolah" lah ni. Kitorang pun bertolaklah dari ofis kira-kira 6.30a.m berbekalkan "breakfast pack" yang mengandungi 1 biji epal, 1 roti chocolate, 1 muffin, 1 botol air mineral. Tapi aku sorang je request 2 pack cam biase aku ni lapar jer ingatnyer. Dalam bas aku sapu siap2 insect repella kat kaki, lengan, dan leher. Pastu siap spray kasut ngan benda alah tu. Ni semua sebab takutkan si pacat tu. Aku rase bukan insect je yang akan lari orang pun akan lari bau ni hahhahah (bau serai wangi kuat sangat).


Sepanjang perjalanan aku x dapat nak tidur pun. Kononnya nak hafal jalan lah, kalo tak silap aku drive je sampai keluar tol senawang then masuk rembau pastu...................hmmm aku ingat ada signboard tulis "REMBAU BANDAR BERADADAT" pastu jumpa wet pool ke wetland pedas (Air panas), lepas tu depan lagi sebelum hampir sampai jumpa "Sekolah Bongek".


Yang kelakar tu tetiba organizer lak yg confuse nak masuk simpang mana. Hahahah pastu adelah makcik kat tepi jalan (rumah dia tepi jalan) aku pun dok pandang dengan muka ala-ala los, tak sangka lak makcik tu paham masalah kitorang dia pun tunjuk ke depan pastu datang lah pulak nenek (mak makcik tu kot) die pun tunjuk kedepan jugak. So kitorang pun kate ooooo depan lagi sambil teranguk2, nenek n makcik tu pun terangguk2 jugak. So kitorang pun menuju ke depan lagi. Sempat jugak aku ngan k.azrina babai kat makcik n nenek tu, comel gile diorang pun babai kat kitorang balik.


Akhirnya kami sampai jugak kat kaki gunung tu, tapi bas tu tak nak naik atas lagi coz takut x leh nak reverse biler nak turun. So kitorang terpaksalah menapak ke atas sejauh 500m gamaknya. huhuhu baru permulaan perjalanan buku lali aku macam dah nak tercabut. Sampai kat atas kitorng pun berehat kejap dalam 15 minit sebelum memulakan pendakian.


15 minit pertama setelah sampai ke dataran, dekat kaki gunung dato' Fairuz (depan) & Zura macam kat cameron highlands jer hehhehe (my housemate) :)

Jangan salah faham yer ni baru jer acara berjalan kaki ~ 500m unuk sampai ke dataran di bawah kaki gunung hahhaha tapi lagak macam dah turun gunung jer masing-masing


Apa lai masa tu lah digunakan untuk membuang ape yang ada, bukan apa nak meringankan beban masa mendaki nanti. Pastu tangkap gambar lagi untuk kali keberapa entah. Belum apa-apa dah penat.... hehhehe penat bergambar.


Hehehe kene lah bergambar kat landmark ni kan baru lah ade evidence hehehe x mendaki pun xper hehhehe:)





Gambar beramai-ramai kat kaki gunung, masing2 muka segar x hingat:)



Lepas tu.......kan to be continued................. sila menuju ke Part 2.............

Oct 21, 2011

Tak sabar nak pi tapi takut.......

Inilah alkisahnye, rase tak sabar nak tunggu esok almaklumlah dah lame x masuk hutan. Esok nak pi panjat gunung datuk yg terletak di Rembau N.9. Setelah di tambah tolak advantages , disadvantages, influence & discouraging factor yg ade disekeliling aku ni. So insyallah jadilah aku pi join expedition ni. Berikut adalah sebab musabab kenapa hatiku berbelah bahagi.

1. Budak2 sekeliling espesially yg x pi or x nak pi semua cakap pasal pacat, pacat tu pacat ni heeee geram je dengar....dah lah aku ni memang spesis pengeli geleman....

2. Nak bangun awal2 pagi berkumpul kt office pukul 5.45a.m; hahhaa alamat aku pi sane dengan selimut sekali...

3. Tak sempat nak meningkatkan stamina 1-2 weeks sebelum pergi.... huhuhu baju senam ader je kat locker. Tapi bile abis je ofis hour mesti hujan..... .. huahua janganlah aku pancit disana sini kuikuikui........

4. Sport shoes aku warna putih huhuuh confirm akan jad " black" n "white" bile balik...

5. organizer kate jarak ke puncak = 8km, tapi biler aku survey blog or len ade yang kate 870m or 900m. Agak tergamam ah kalo 8km pi 8km balik = 16km dah tu. Rase cam dah tahap kete kancil dah ni huhu

6. Tapi yg lebih syahdu si Meyo sejak beberapa hari ni asyik "bersedih" tp manaj giler dengan aku. Aku selalu ckp kat die jangan risau or sedih insyaallah selamat.

Oct 20, 2011

Renovation work completed!!!!



Alhamdulillah renovation complete! bukan renovate ape pun.. tukar blognyer teplate jer. Aduh lepak sungguhh buat kerja-kerja pengubahsuaian ni. Ni semua sebab nak kasi ade mood balik untuk update blog ni.



Hahhaa tak sampai 30 minit pun sebenarnye......

Oct 18, 2011

-LIRIK LAGU-
Title : Not sure
artist : Not sure

Aku Bukan Aku yang Kau Kenali Dulu,
Engkau Bukan Engkau Yang Pernah ku Kenal,
Diantara Kita Dua Insan Berbeza,
Yang Mencari-cari Jalan nya Sendiri,
Suara Senada, seia sekata,
Tiba masanya kan bercanggah Jua,
Kita yang Bersifat Baru Berubah dengan Waktu,
Kau dan Keangkuhanmu Mencabar Kesabaranku,
Dimana kelembutan, Bicara yang Bersopan,
Diriku ku kau kasarkan oleh perasaan,
Andainya berjauhan,

Rahmatnya Kedamaian,
Biar Kau Pergi,
Ku Redha Sendiri.

Mar 11, 2010

Kesengalan yg terserlah....

Hari ni bukan saje aku terasa sengal2 ma;ah kejadian2 hari ni jugak amatlah sengalnya. Pagi2 lagi dah sengal, kunci rumah lesap x tau kat mana. Nak main "chow" je kang adelak yg tukang licinkan umah nanti. Carik punya carik sampai naik fed-up, upanya kunci kat pintu pagar cissss terlepas waktu aku nak beli sarapan. Nasib baik aku dah pre-order for 1 week punya breakfast.

Adoiiii bibir aku dah gatal tahap dewa dah ni, apsal lah aku banyak sangat alahan. Lipstik takleh pakai, buah mata kucing x leh makan hai kacau sungguh. Kalo x bengkak teruk takpe ni dah mcm mulut ikan emas dah.. tambah lagi ngn " sistem penghadaman" aku yang agak pantas seminggu dua ni. 1 hari masuk toilet > 10 kali ader aku rase. Tapi kesengalan yang paling melampau ari ni adalah butang baju aku tercabut dan terjatuh atas meja malu siottttttt. Nasib baik ade "back up plan " baik punya.

Tapi yang paling aku pelik bila tulis kat depan kedai macam-macam ada... photocopylah, laminating lah, bindinglah. Last2 hampeh, tanya leh binding buku? hmmm tibe-tibe suruh carik kedai lain katanya stapler x cukup besarlah, coil ring kecik sangat, xde hard cover lah cissss tertipu sugguh rasanya.

Apapun semuanya terubat biler tengok american idol haha. this year nk sokong Siobhon magnus n aron kelly. tapi yg plg best mestilah ellen degeneres....

Mar 10, 2010

Balik Jgn Tak Balik

Yeyeyey lagi 2 hari lagi nak balik kampung. Tak sabar rasanya nak tido atas katilku yg empuk lagi nyaman.Walaupun mak aku kata tgh agak2 "kemarau" la ni aku x kisah aku nak balik jugak hahhaha.... things to do bile balik nanti supaya aku x lupa;

1.Sabtu petang - nak bawak mak ronda-ronda kg hehhe nak tengok org kampung tengah wat pe

2.Sabtu malam - bergossip ngan mak n qila

3.Ahad pagi - nak bangunkan qila selepas subuh jogging sampai pantai (pedulik ah kalo ayah marah)

4.Ahad petang - pergi melawat siti (kalo ade kt umah dielah) then nak bawak melon main kt padang

5.Ahad malam - sambung gossip and nak paksa qila wat facial kat aku

Barang-barang yg kene dibawak balik:

1.Barang2 melon

2.Keropok Belinjau mak

3.Camera

4.CD2 yg aku x tengok lgi


Yahoooo.....................................................

Mar 6, 2010

ADNAN Sempit

Best giler citer ni.. aku ketawa x renti2... pendek kate nilah citer melayu pertama yang dapat menambat hatiku.. sepanjang umur aku yg dah mencecah 27 tahun ni 2 jer citer melayu yg aku tengok kt wayang
ada 2 jer satu cerrita seram hmm aku pun dah x hingat tajuknya aper sebab x best pun. rase x berbaloi tengok (hmm rasenya ada rita ape ek namenye heeheh lupa lagi) yg kedua ni citer Adnan sempit tapi yg ini lebih berbaloi coz lawaknya sgt "fresh" . tertarik pada 2 wattak jer wawa ngn adnan sempit tu. Wawa tu suker coz watak ala-ala innocent but smart, tapi yg lebih buat aku tertarik sebab wawa ni ada lesung pipit yg sangatlah cutenyer. Adnan tu mmg dah lama gue minat coz mukenya cute hahahhaha. Apa2 pun kesian nana yg duk kat sebelah aku masa tu kene belasah ngn aku hahahahhah coz tooo excited tgk citer ni x sedar terbelasah org sebelah, rasenya kene ikat badan kat kerusi kalo pi tgk wayang sorg hehehe takut terbelasah org sebelah

Sep 27, 2009

Selamat Hari Raya 2009

First time beraya tanpa ateh, kak yong and angah hahahah diorang beraya kat umah mertua memasing apa nak buat. Tapi Alhamdullilah raya tahun ni tetap happening....hahha dengan adanya aku kuang2..

Mak (Pn Aisyah) Bersama Ayah (En. Taib)

Bersama En. Taib

Bersama Mak & Ayah

My Bro (Taufik a.k.a Opet)

Mak, ayah & adik (Aqilah)

Kerepek2 yang dibeli disana sini heheheh (Tq kak fazila)
Kuih2 raya yang jugak dibeli dari org2 kampung dan kakak ku sendiri

First trial Puding Roti for Mak & kak Yong

Puding Jagung for Ateh & CT (my best frenz)