May 8, 2014

Bismillahirahmanirahim…………..

Baru-baru ni berjumpa dengan kawan lama a.k.a “BFF” aku masa di sekolah rendah /menengah dan juga masa di Universiti. Masing-masing dengan cerita tersendiri, Alhamdulilah gembira rasa hati tengok mereka sihat walalfiat dan mempunyai keluarga bahagia.

Siti masih maintain slim macam dulu-dulu, ina pulak bertambah-tambnah susut compare sebelum kahwin. Maybe disebabkan juga oleh penyakit system saraf yang didiagnose oleh Doktor sebelum dia mendirikan rumah tangga lagi. Beberapa tahun lepas, dia ada cakap possibility nak melahirkan anak berisiko tinggi, jadi dia tidak digalakkan ada anak sendiri. Tapi Tuhan tu Maha Pemurah lagi penyayang, tup tup tahun lepas dia dikurniakan cahaya mata. Alhamdulillah anak dan ibu selamat… Bagus anaknya, tak takut orang dan tak banyak ragam. Tuhan Menguji hamba-Nya dan dia jugalah yang menolong hamba-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Adil, hanya mereka yang tidak mahu mengerti makna syukur sahaja yang sentiasa mengeluh 24 jam.

Bercakap pasal dua orang sahabat lama ku ini, banyak sungguh persamaannya. Dua-dua sudah jadi suri rumah sepenuh masa, menguruskan keluarga Alhamdullilah besar pahala mereka. Keduanya punya seorang anak dan baby girl lak tu. Anak ina namanya Nur Ain, anak siti pulak namanya Aleesya. Wajah anak ina lebih seiras ayahya tapi anak Siti lebih iras wajah emaknya. Haaa tu persamaan dari segi asset… chewah dari segi perangai dan tingkah laku pulak, kedua-duanya lemah lembut dan tak banyak cakap orangnya. Kawan baik aku masa di U, yati namanya pun sama lemah lembut. Masa di tempat kerja pulak, Nas pun lemah lembut orangnya. Hmmm maybe disebabkan character aku yang agak “lasak”  maka teman yang sopan santun dan lemah lembut yang lebih serasi dengan aku gamaknya lah.

Atas photo aku with CT & Aleesha; Bawah with Ina Datanabe
Ina duduk dekat jer dengan aku, area putrajaya je. Tapi dekat-dekat pun susah jugak nak bertemu. Siti pulak dekat Pasir gudang, tak usah tanyalah memang confirm payah nak berjumpa. Tapi bila je balik kampong, risik2 selalu ah dia manalah tau die pun ade balik kampong boleh juga menjenguk sejam dua heheheh.

Ada satu artikel ni yang agak menarik tapi benar berkenaan “Girlfriend. Diforwardkan oleh wassup group aku  “Sek.Keb Sri Pantai”. Haaaa sejak dua menjak demam “smartphone” ni bayak la pulak perantaraan yang canggih lagi pantas. Wassap leh..kakoa lah line lah  poneng kepalo den.  Grup ni baru jer di aktifkan awal tahun ni. Member-membernya termasuklah Anne (president), faizah (VP), dan ahli-ahli biase dida, suri, syuhada, ita dan shareen …hmmm so far banyak ni jelah. Ahli yang lain masih discreen oleh president hehehe….
Gambar Darjah 2 SKSP 91' - Aku belah kiri belakang cikgu suhaimi, siti sebelah aku, Anne 2 dari kanan (belakang cikgu); Faezah 2 dari kanan cikgu (barisan pertama), suri dua dari kanan faizah 
Apa salahnya mencuba, kalau untuk kebaikan jangan sampai keterlaluan sudah, hehehe yelah kalau dah jumpa janganlah pulak asyik buat “ketupat tak bermusim” jer memanjang. Ada yang perlu dan boleh diluahkan tapi ada juga  yang lebih elok jika disimpan…..

"The speaker (Head of psychiatry at Stanford), said among other things that one of the best things that a man could do for his health is to be married to a woman whereas for a woman, one of the best things that a man could do for her health was to nuture her relationship with her girlfriends.

Women connect with each other differently and provide support systems that help each other to deal with stress and difficult life experiences. Physically this quality “girlfriend time” help us to  create more serotonin- a neurotransmitter that helps combat depression and can create a general feeling of well being. Women share feelings whereas men often form relationships around activities. We share from our souls with our sisters/mothers and evidently that is very GOOD for our health. Just spending time with a friend is just as important to our general health as jogging or working out a gym.

There’s a tendency to think that when we are doing something good for our bodies, but when we are hanging out with friends, we are wasting time and should be productively engaged? Not true. In fact he said that failure to create and maintain quality personal relationships with other humans isas dangerous to our physical health as smoking!- The End"

May 5, 2014

Project perumahan tanggung sendiri...Part 1

Bismillahirahmanirahim.....................

Mari berbicara mengenai “Projek Perumahan Tanggung Sendiri”.

Stage 1: Bermulanya dari sebuah impian di pertengahan 2011
Setiap perkara yang terjadi kenalah ada niatnya atau harapannya barulah boleh terjadi. Semuanya bermula bila adikku aqila dah nak masuk SPM. Hmmm timbul pulak rasa cuak bila fikirkan adik nnt lambat laun akan keluar kampong juga, mestilah nak sambung belajar. Ishhh kalo adik sambung belajar of coz mak ngan ayah jelah dua orang kat kampong. Risau pulak kalo emergency ke ape. Daripada aku risau dari jauh lebih baik aku bawak duduk ngan aku kat sini. Jadi inilah yang “trigger” kan niat aku beli rumah.

Stage 2: Survey & pembelian di akhir-akhir 2011-awal 2012
Alhamdulillah aku mempunyai kakak dan sahabat yang banyak membantu dalam proses pemilihan rumah untuk dibeli. Mulanya nak cari rumah Semi-D yelah untuk keselesaan mak ngan ayah, confirmlah kene ada bilik bawah yang luas.  Tapi cari punya cari takdelah pulak yang jual Semi-D yang dalam lingkungan kemampuanku. Antara kawasan-kawasan yang menjadi fokusku:
  •  Kota seri emas  (Pemaju Sime-Darby)
  •  Salak tinggi (Pemaju – tak hengat sudah)
  • Pajam ( Pemaju – Seri Pajam)
  • Nilai (Pemaju Sime-Darby)
  • Bandar Sri Sendayan (Pemaju – Matrix Concept)
Akhirnya setelah menilai dari segi harga, kawasan, keluasan, dan juga advantage2 yang lain. Maka No. 5 lah yang jadi pilihan. Maka tanggal February 2012, termaktublah urusan jual beli dengan pemaju. Pembinaan dijangga siap 2 tahun dari tarikh pemelian iaitu pada akhir 2013.

Stage 3: Upacara penyerahan kunci dan penambah baikan rumah akhir tahun 2013 – April 2014

Ayin n amir model iklan rumah..............terbaru di pasaran kuikui...
Bersyukur pada Allah dengan izin-NYA maka siap jugalah rumahku. Awal bulan Disember aku pi ambil kunci, actually aku lambat hampir sebulan. Masa ambil kunci aku gi ambil dengan Cik Siti Zulikha hehe sebelum dia bertukar status kepada Puan Siti. Selepas ambil kunci maka bermulalah “pening kepalaku” mana taknya berpuluh “planning” kat kepala aku ni mana lagi nak uruskan hal-ehwal rumah baru, rumah yang aku sewa, dan juga hal-ehwal koje. Dulu masa beli rumah aku mati-mati ingat yang siap jer rumah dah boleh pindah masuk terus. Cehhhh itu semua khayalan belaka. Banyak koje nak kene buat lagi aduiiiiiii. Antaranya:

Rumah Sendiri
  • Wiring mengwiring (pasang lampu, kipas bagai)
Wayar-wayar yang terjurai ni kenelah panggil wiring man ....
  • Kitchen cabinet
Nilah rupe asalnyer bahagian dapur.......
  • Plaster ceiling (tak buat takpe, tapi aku buat pasal pengaruh rakan tak x sebaya heheh gurau jo
  • TV platform (Ni pun kes terpengaruh jugak ishhh2)
  • Grill pintu dan tingkap jangan dilupakan, tambah-tambah taman perumahan baru,isshhh sia-sia jer je kene pecah masuk. 
Rumah Sewa
7 tahun nyer barang .......................
  •  Pembungkusan barang-barang dan segala benda yang aku kumpul sejak 2007 – 2014 , huyooo 7 tahun aku menyewa tu.
  • Proses pembersihan rumah sebelum berpindah keluar… nak patah pinggang mengemop besar-besaran, start dar hall ke bilik sehinggalah ke dapur.
  • Proses permindahan barang dari Nilai ke sendayan aku sewa lori 3 tan (RM300 per trip). Hahaha bajet banyak sangat barang kan. Sekali separuh lori pun tak sampai. Barang yang besar macam peti ais, mesin basuh , almari, kerusi malas @ ayah aku panggil kerusi gedik2. ngan katil bujang aku jer  Yang berkotak-kotak tu macam pakaian (2 kotak), buku-buku (4 kotak), CD/DVD Bleach (1 kotak), cookingware(1 kotak) yang lagi 2 kotak tu (barang-barang merapu)
  • Bukan setakat pindah barang jer, sampah pun aku sewa lori RM 50. Yelah tak sampai hati aku tengok rumah pasgaran ni, bila ade jer yg keluar, memasing tinggal barang cam tilam, mesin basuh , dan memacam lagi kat depan beranda  pastu blahhh gitu jer.
  • Bagi training kat next leader hahaha fiza camne nak bayar sewa rumah, bayar bil api air, dan bayar fee security guard. Semua tu aku buat sendiri selama 6 tahun. Jadi tibalah masanya aku menyerahkan tanggungjawab itu, yahooo………
kerusi gedik-gedikku yang berusia 7 tahun.... akan ku bawamu kemana saja.....
Sayu jugalah aku bila blahhh dari ruma sewa ku kat Desa Kasia, sebab dah biasa kot hidup kat situ. Dahlah dekat ngan opis dan segala fasiliti yang penting. Tapi itulah yang dinamakan penghijrahan, inshaallah semuanya akan baik-baik saja ditempat yang baru……..Amin. 

Seminggu sudah masuk rumah baru iaitu pada 26hb April, nasib baik Qila cuti semester, adelah peneman awal-awal tu. Saja je masuk awal dengan Qila dapat usha2 kawasan baru mana tempat nak belanja harian, klinik kat mane, short cut ke tempat keje, jalan yg ok kalau balik lewat malam dan macam-macam lagi. Once dah familiar sikit, semalam juga bawak mak ngan ayah dari kampung. Syahdu jugaklah pasal pagi ni first time sebelum pergi kerja buat sarapan untuk mak ngan ayah dan salam dan cium tangan mak n ayah. Yelah selama ni cium salam masa gi sekolah jer..... InshaAllah aku akan cuba yang terbaik menjaga mereka semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita umat islam di dunia dan akhirat............................

May 2, 2014

Kesempatan yang tertangguh.......................

Bismillahirahmanirahim........

Title, cam poyo tak hengat....oops dah bulan masuk bulan Mei 2014, kalau boleh digambarkn dengan kata-kata rasa macam tengah "belari marathon". Jangan kata nak mengupdate blog, diri sendiri pun dah tak berapa terurus. Sejak projek bermula di pertengahan disember tahun lepas, sampai la bulan ni, banyak perkara yang terjadi disekelilingku tak kiralah berkenaan kerja, keluarga, persahabatan mahupun negara. Kalo tak kena "direct" pun, tempias terasa juga bro...

Disebabkan semalam 1 Mei iaitu " Labour Day" maka aku mulakan catatan pertama blogkku pada tahun 2014 dengan kisah-kisah di tempat koje a.k.a tempat aku mencari-cari duit heheheh...

"On-call" di awal pagi dah jadi kebiaasaan. Kalo jam 5-6 pagi boleh tahanlah tp kalo nak kene pi jam 12-3 pagi ni erghhhh seram gak lah. Lagi-lagi kalo nak kene pergi ke technical area. Kira aku ni macam the character kartun "courage the cowardly dog" lah, takut-takut pun buat jugak. Ditambah pulak dengan "gosip-gosip - kehantuan" yang di tambah2 ajinamoto secukup rasa..telinga memeasing

Stories 1
Kisah pak guard , yang lari lintang pukang dan terus demam selama 1 minggu disebabkan terpandang seorang perempuan duduk bertenggek di tangki air dengan rambut yang panjang mengurai. ishhhhh sudahnyer aku tak berani parking kereta aku kt bahagian belakang ofis yang sgtlah berdekatan ngan tangki air tu. Huhuhu kalo ter"park" pun aku akan berjalan tunduk setunduknya kt jalan raya huhu x mo lah aku nak mendongak2 nak tengok bulan bintang, takut-takut diizinkan oleh Nya terpandang....confirm aku pengsan..

Stories 2
Ni kisah diceritakan oleh bebudak Lab, katanya diorang dengar bunyi-bunyian seperti org gelak-gelak tak kiralah siang or malam. Boleh dikatakan 2-3 orang lah yang pernah dengar. Kebenaranya tuhan saja yang tau

Stories 3
Kali ni aku yang alami, masa terjadi perkara tu aku dah keluar dari plant. Masa kejadian tu dalam pukul 10:00 - 12:00 malam tepat pukul 1:00malam aku blahhhh balik setelah aku dapat men"cool"down kan diri. Masa kejadian tu adalah beberapa 3 orang dari dept aku & dalam 2 orng budak QA kat floor bawah. Aku masa tu tgh sibuk siapkan BMR (batch manufacturing record), pada masa yang sama adalah seorang kawan aku (pompuan) pun balik lambat sebab nk settlekan doc. cubicle die dalam 10 langkah je dari tempat aku. Dia ni memang suka dengar lagu guna headphone dia, aku perasan jugak sambil-sambil tu die menyanyi... humming-humming gitu. Tetiba sambil dia menyanyi-nyanyi tu.... aku terdengar bunyi orang shhhhhshhhhhh....macam bunyi orang "suruh diam". Memula aku ingat ade orang lain selai kitorang kt floor bawah, so aku biarkan.....saje. Hampir setengah jam, asal kawan aku ni keluar suara nyanyi..... mesti ade bunyi tu. Aku tunggu jugak lah sambil-sambil tu aku saja jerit panggil kawan aku tu berborak-borak. Bila habis borak dan aku fokus balik ngan kerja aku dan kawan aku pun sama buat kerja dia sambil menyanyi. Haiihhhhh bunyi lagi...aku pun beranikan diri, bangun dan meninjau kawasan sekitar kitorang. hmmm sah memang kitorang je yang ada kat situ. Yang lain maybe ade dlm lab or plant ataupun technical area. Masa tu dah nak dekat pukul 1:00a.m, bila masuk jer budak shift tgh malam aku pe lagi, terus minta izin chow dulu....Aku tak bercerita pun ngan kawan aku yang suka menyanyi tu... bukan apa malas nak menakutkan dia dan diri aku aku jugak masa tu. Aku pun tak pasti kenapa, maybe "mereka " itu tak suka bunyi bising. Yelah waktu dia ngan waktu kita kan terbalik, maybe "mereka" tengah bekerja gamaknya.

Habis cerita yang related ngan makhluk itu, tapi sebenarnya dugaan yang besar adalah  sesama kita ni. Telan jelah ni semua asam garam kehidupan. Takpe membantu selagi termampu, janganlah berkira sangat dengan pangkat, mahupun skop kerja ker, kalau tak tahu boleh belajar. Jangan jadikan tak tahu tu sebagai alasan untuk selamanya tidak mengetahui. Disaat aku diuji dengan kerenah-kerenah manusia yang serba serabai ni isshhh issshh (cakap macam  bukan manusia jer aku ni), keluargalah penguat semangat lebih-lebih lagi ibuku sayang...muah..muah.... syukur aku masih lagi diizinkan ALLAH merasai nikmat kekeluargaan.

Agak keletihan jugaklah sebab selama lebih kurang 5 bulan ni sibuk dengan 2 projek. Hehee tapi yang satu lagi tak related langsung dengan "kerja cari duit" aku sebab dia projek jangka panjang yang aku namakan
" Projek perumahan tanggung Sendiri". Alhamdullilah impian memiliki rumah sendiri tercapai. Akhirnya tak perlulah aku dok membayar RM200 sebulan kat tuan rumah. Sebab aku dah jadi tuan rumah hehehe.
Cerita berkenaan "Projek perumahan Tanggung sendiri" ni aku sambung pada rapuan akan datang .........