Apr 17, 2013

"Menu-bermood"

Bismillahirahmanirahim....................................

Dah namanya tekak, macam-macam ragamnya. Lagi-lagi tekak aku ni, sampai aku pun naik heran. Tekak pun ikut mood, kalau datang mood "sup" memanjang lah jawabnya sup. Sup ayam, sup cendawan, sup sayur, sup meatball selalunya "menu-bermood" ni akan berpanjangan selama 1-2 minggu. Antara "menu-bermood" aku yang tersenarai dalam carta heran sperti list dibawah.

  • Bubur nasi - bubur nasi ayam, bubur nasi berdaging, punyelah kreatif siap letak red bean, kacang kuda,dan kacang peas suka hati aku jer nak letak ape. Tapi yang pasti semua yang "bean2" aku suka kecuali mr.bean.
  • Nasi ulam - kalau dah musim nasi ulam sarapan pagi pun aku layan nas ulam....
  • Western food - tak kiralah dari spagetti, macaroni bolognese, ke carbonara ke olio-olio gitu-gitu.
cheese & herb spaghetti;  first class ker? takde judge bolehlah kata heheheh
  • Nasi + lauk-lauk - ada ketika rasa cam nak masak jer...tapi of cozlah nak makan sekali. kalau datang mood ni asam pedas ke rendang ker semua sanggup buat walaupun untuk dinner. Kalau datang "menu-mood" macam ni memang leceh....
  • Roti - takde angin takde ribut tetiba asyik nak makan roti je. Pagi petang siang malam roti. Samapi kepala pun dah bau cam ibu roti...
  • Maggi, bihun, mee, kuew teow - segala jenis mee
  • Sayur - selalunya brokoli+carrot+cendawan+ayam fillet (fried with oyster sauce)... mood chinese lah pulok
Tapi minggu ni mood aku agak sempoi, nasi putih + ayam/ikan goreng + lada,bawang potong letak kicap & limau............addicted dari last week sampai la ni, tak sembuh-sembuh..

Sempoi2 pun, kalau david beckham lalu depan pun boleh tak perasan.....punyelah khusyuk

Keperluan @ Kehendak??

Bismillahirahmanirahim...................

[kredit google image]
Rasa semacam bersalah je pada diri sendiri, hasil daripada aktiviti bershopping ahad lepas. Sebelum bershopping bukan main lagi budget tak ingat. Budget punyalah baik, sebulan sebelum bershopping tu planning nya. Tapi sayang 2,3 ribu kali sayang. Lain yang dibudget, lain pulak yang aku beli. Cubaan.... dugaan... sungguh. Memanglah jumlah perbelanjaan masih dalam range. Tapi benda alah yang aku nak sangat tu tak kesampaian. Hajatnya nak beli handbag baru, sebab aku memang ada satu jer handbag setakat ni, dan yang satu ni pun dah sikit lagi nak terputus. Bukan senang nak timbulkan hajat membeli "handbag" ni, selagi tak lunyai selagi itulah aku dok guna. Selagi boleh lah katakan. Dalam tengah kalut+berkobar-kobar nak mencari penganti "handbag" lama aku ni, satu pun aku tak leh nak berkenan.  Sebesar-besar shoppping kompleks ni takde satu pun melekat dihatiku ish...ish sadis sungguh rasanya. Setelah difikirin barang 2-3 minit, lebih baik aku tak beli sesuatu yang aku tak suka, nanti membazir je aku tak pakai. Hmmm nampak macam bagus jer keputusan yang aku buat. Tapi consequences dari keputusan aku tu sungguh unexpected. Yelah dah tak jadi nak beli , takkan lah nak balik tangan kosong jer, ape lagi antara sedar tak sedar je aku dok beli benda lain. Jadi berlakulah "dialog dalaman" untuk menyedapkan hati sendiri.

Diri aku : Aduih bila cari takde pulak yang bekenan, kalau tak cari ade jer bersidai kat tetepi dinding.. melambai-lambai...

Diri aku lagi: Takpe bulan depan jelah cari kat tempat lin takpun online saje. Banyak pilihan dan tak payah susah-susah nak keluar cari..

Diri aku : Aik nak balik gitu jer ker, tak rasa "kosong" ke? (ala-ala najwa latiff)

Diri aku lagi: hmm kalau camtu meh beli barang "keperluan" 

iyolah sedar-sedar barang keperluan hanya 1/3 jer, yang lebihnya semua kehendak

Diri aku : (mode: Berfikir sambil menyenaraikan ayat2 penyedap hati sendiri)

1. Takpe barang-barang untuk consumption  2-3 bulan punya. Tak payah beli lagi dah
2. Takpe sesekali enjoy duit kerja sendiri apa salahnya. Release tension lah katakan...
3. Takpe mulakan budget yang baru
4. Jauh disudut hati belah kanan ku mengatakan ada hikmah disebaliknya...
5. Walaupun barang tu jenis kehendak as long as aku suka dan meggunakannya dengan sebaik mungkin, maka takkan menjadi masalah...

Daripada 5 ayat yang diatas hanya No.5, yang dapat menyejukkan hati dan kepala aku buat masa ini. InsyaAllah next time aku akan lebih beringat. Kalau tak ingatpun aku akan cuba meng"remind".

Kebetulan masa nak keluar lunch tadi, aku terbaca satu petikan dari news paper The Star. Ayat yang kedua tu macam terkena jer batang hidung sendiri kalau tak tepat pun, sipi-sipi ada. Takpelah at least I learned and desired to improve myself. Which is better than always thought you are in the right track forever & ever........

"Too many people spend money they haven't earned,
To buy things they don't really want,
To impress people they don't like"  ----- by  Will smith


Apr 9, 2013

Hiking: Air Terjun Perlus Hulu Langat

Bismillahirahmanirahim.................................


Alhamdullilah........dan terima kasih pada kawan-kawan yang sekepala dengan aku. Hiking kali ini pada 06/04/2013 memang istimewa sebab semuanya "kaum hawa" dan destinasi penamatnya bukan pemandangan indah di puncak tertinggi tetapi pemandangan nyaman air terjun yang terpencil lagi tidak tercemar. Air terjun perlus ni terletak di daerah hulu langat dan lebih spesifik lagi di Batu 14 pekan hulu langat. Bertolak dari Nilai seawal 5.45 pagi dengan Ika dan Devi. Kemudian kami singgah pula di Bangi seksyen 3 untuk pick up laila. Dari Bangi terusmasuk ke lebuhraya Kajang Silk > persimpangan ke Cheras selepas itu masuk ke persimpangan pekan Hulu Langat. Berhenti Solat Subuh di Masjid Hishamudin / masjin pekan hulu langat. Selepas solat  subuh berhenti pulak bersarapan pagi dekat warong depan masjid. Pekena roti canai sekeping, siap tapau nasi lemak pulak tu. Yelah nanti lepas hiking confirm kebulur punya. Perjalanan diteruskan lagi hingga berjumpa dengan sign board  "Sungai Pangsun" dan Asli Adventure Base Camp. Perjalanan  menaiki kereta dari Nilai ke sungai pangsun tu  mengambil masa lebih kurang 1.5 jam.
.

Perjalanan menggunakan kudrat kaki dan otot2 pun berlangsung. Perjalanan bermula dengan menempuh kebun orang asli, dan yang sungguh best adalah merentasi anak sungai. Hahaha ikutkan hati nak jer aku terjun ke dalam sungai tapi disebabkan hiking pun belum bermula, ku pendamkan saja niatku ini...........

Jalan kampung merentasi penempatan Orang Asli...........................
Selepas merentasi anak sungai, kami meredah hutan pulak, suasana pun agak gelap sebab banyak pokok besar dan rimpunan buluh. Nyamuk dah jadi macam DJ radio JOHARA, bergema jer kat cuping telinga aku.......

Jalan yang nampak pelik, dan rimpunan buluh lemang gamaknya..... tetiba lapor la pulak..
Terkejut jugalah lebih kurang 10-15minit berjalan tetiba jer jumpa kebun orang, siap ada pucuk manis, pokok durian, bunga kantan yang tak tahan tu....ambik buat laksa sedap ni hahahha. Nasib baik iman kuat tau haram halal, mengambil hasil titik peluh orang lain tanpa meminta izin, dah jatuh kategori mencuri dah tu.Kang buat tuan punya tak halalkan, tak pasal-pasal kembung perut tu...

Pondok menunggu durian gamaknya........
Pendakian kali ini memang santai sikit dari segi stamina tapi amat mencabar tahap "kegelian" aku. Sepanjang mendaki tu, ada lbih kurang 5-6 ekor pacat hinggap kat aku, tapi 2 ekor memang kenyang  tahap gaban hisap darah aku. Gila tabah pacat ni, walaupun aku dah pakai stokin tebal, hisap dari luar pun jadi. Kira ni pengalaman pertama aku dengan si pacat. Jadi mula-mula tu agak kaget, tanpa pikir asal hinggap jer aku  terus jer aku rentap bendalah tu. Apa lagi memancut2 darahnye....tak berhenti pulak tu. Yang lagi aku geram masa turun seekor lagi pacat hinggap dan gigit ditempat yang sama. Sabar jelah aku, apa-apapun nasib baik kena kat kaki... tapi sampai hari ni ada lagi bekas gigitan tu.

Dari kiri; Si pacat the criminal; kakiku as a victim; emergency no. EXCEPT pacat bites huhuh
Apa-apapun pendakian perlu diteruskan,aku tak sangka yang aku punya tahap "geli" tu mengalahkan penat dan lelah.  Tetiba jer rasa cam adneralin aku meningkat.....sebab dah tak tahan menanggung rasa geli ngan pacat. Aku jalan cepat-cepat supaya pacat takde can nak panjat kaki or badan aku huhuu...
Sempot lagi posing atas batang paip................
Walaupun nak cepat sampai, tapi sempat jugalah aku snap beberapa photo tumbuhan yang agak menarik. 
 

Setelah hampir 2jam setengah mendaki akhirnya sampai juga ke destinasi  terakhir iaitu Air terjun Perlus. Memang seronok sebab takde orang lain kat situ hanya kami berlapan. Aku orang pertama yang sampai di air terjun tu, terima kasih pada en. pacat sebab dia lah aku mendaki macam lipas kudung..... tak sabar nak bukak kasut dan cuci bekas gigitan tu. Darah masi mengalir keluar, guna handyplast pun dah tak jalan. Apa-apun "pemandangan yang indah dan menakjubkan" sebagai reward untuk gigitan en. pacat.....hahha memang berbaloi-baloi....

Ultimate goal.... achieved!!!!!!!!!!

Mandi sampai lebam...... hahhhaha
Dari kiri: Ika, Devi, Laila, Mariam, Emi, Nurul ,Ros. &............(aku  as  photographer)...

Apr 7, 2013

Inokie....Welcome Home.............

Bismillahirahmanirahim...................................

Alhamdullilah "mood" mengupdate "blogku" subur kembali. Bulan March yang lepas banyak memberikan peringatan dan pengalaman kepada aku yang kerap kali terlupa & terlalai. Bulan March yang lepas aku dapat pengalaman pertama mengiringi jenazah ke kuburan. Ketika itu pelbagai rasa timbul, bercampur baur  lagi pulak yang meninggal itu bapa salah seorang kawan ofis. Meninggal disebabkan sakit tua, benarlah apa yang dikataka rasullulah "segala penyakit ada penawarnya kecuali ajal". Dan buat pertama kali jugalah aku mengharungi "food poisoning" yang menyeksakan. Seharian muntah dan diarrhea silih berganti umpama "sudu dan garpu" yang sungguh konsisten. rasa longlai sebab seharian muntah, dalam perut rasa macam ada puting beliung. Hebatkan? nikmat "kesihatan" pada kita sebenarnya. Tapi nikmat inilah yang sering kali disyukuri hanya bila ianya telah menghilang. Dan itu jugalah yang dinamakan ujian dan peringatan dari-Nya...........


Setelah hujan pasti terbitnya pelangi, begitulah lumrah kehidupan setiap insan. Pada awal April (04/04/2013) bertambah lagi "keluarga kucingku". Di pagi khamis yang indah lagi nyaman, seperti biasalah aku sampai lewat di ofis, kalau disekolah mesti kena sambut dengan pengawas takpun cikgu disiplin. Tapi tidak, aku disambut oleh seekor makhluk yang comel lagi adorable, betul-betul depan pintu ofis. Kurus jer, dengan mata bulat dan masih berwarna biru memandang tepat ke arah ku. Apa lagi pagi-pagi dah terkena "panahan cinta" si comel. Kesian dia nampak macam lapar gila, nak bagi dia bekal lunch aku tak boleh pulak. Pasal aku bawak lauk lemak ayam cili api, kang tak pasal2 pulak food poisoning macam aku. Jadi setelah berfikir kira-kira 1 minit setengah aku pun masukkan dia dalam handbag aku (supaya orang tak tau aku bawak masuk kucing dalam ofis). Apa-apapun kenalah masuk ofis dulu untuk thumb print. Lepas tu terus jer balik rumah, sampai je rumah terus bagi dia makan. Sungguh kebulur nampaknya dia, berapa harilah dia tak makan, gejoloh sungguh gayonya. kali ni memang aku takde masalah nak bagi nama untuk ahli baru yang comel ni. Senang je kali ni sebab aku jumpa si comei ni kat ofis jadi aku mix kan nama ofis aku dengan kitten maka terhasilah nama yang cute miut ini "INOKIE". Dengan kehadiran inokie, maka total "keluarga kucingku' adalah 5 ekor semuanya iaitu 2 female 3 male. Dan dengan itu jugalah housemate aku menjadi seimbang, iaitu 5 Homosapiens 5 Catfeline hahhaha...

Inokie mengingatkan aku pada my beloved Melon & Mango......
InshaAllah aku akan dapat memelihara kucing-kucingku dengan baik. Sebenarnya agak takut jugak, walaupun sesetengah orang mengangap kucing sebagai hobi, tapi bagiku ianya lebih kepada tanggungjawab iaitu amanah untuk dijaga dan disayangi sebaiknya..



FIVE TIMES TROUBLE 5 X FUN!!!!!!!