Jan 29, 2013

Bukit Tabur (Journey to the West)

 Bismillahirahmanirahimm......................

Alhamdulillah, Mission accomplished!! bagi pendakian Bukit Tabur (West) yang terletak di Taman Melawati, Ulu Klang telah berjaya dilancarkan........

Dari Nilai ke kawasan trekking mengambil masa lebih kurang 45 minit, selepas tol sungai besi, masuk simpang [Kuantan Cheras] ikut MRR2 terus je drive sampai signboard Zoo Negara (U-turn), tapi jangan pi U-Turn pulak belok terus  ke kanan. Drive terus sampai jumpa Bulatan Bukit Mas. Lepas tu aku pun dah tak berapa nak ingat, pasal kereta depan yang aku follow pun macam sesat jugak.  Dari bulatan tu ambil pukul 12 rasanya. Lepas tu terus drive sampai jumpa Hutan Simpanan Kekal macam kat bawah ni.Selagi tak jumpa papan tanda kuning ni jangan berhenti mencari. Laluan masuk ke hutan ni, tak berapa nak jelas, jadi asal nampak orang naik, ikut jelah. 
Baru jer nak 30minit mendaki dah ada cam adegan "Who' the Boss". Tapi itu semua fitnah, sebenarnya  skill camera man ni yang  power  sebab boleh create situasi yang dramatik begini  kuikuikui..

Group mendaki kali ini dianjurkan oleh Kelab KLAIM (Presiden lantik sendiri -Maznan) dan ahli kelab biasa-biasa soja terdiri dari radin, dani, Jue dan aku. Sebenarnya ramai lagi ahli kelab, tapi semuanya tak free pada 19/01/2013. Jadi terpaksalah import kawan UPM radin (ajib & khairuddin (agaknya)). Aku pulak secara diktatornya mengarahkan adikku join sekali. Jadi semua sekali ada 8 orang, walaupun sikit tapi kalo dah ditentukan Allah kami akan berada di situ, confirm jadi punyalah. 

Photo kiri: 2 sahabat baik radin; Photo tengah: Adikku, aku Jue n Radin; Photo kanan: Pokok/akar yang pelik
No wonder ah nama bukit ni bukit tabur, memang berterabur sungguh laluanya. Awal-awal trek nyer rasa macam trek biase je. Ada sikit-sikit laluan yang nampak macam tangga dari akar2 kayu atau batu-batan. Tapi lama kelamaan mendaki boleh tahan lah tahap kepenatannya.

Jangan risau sesat kat sini, sebab sepanjang laluan pendakian akan ada "check point" yang dicat kat batu-batu besar. Oleh kerana kitorang ni majoriti tak pernah kesini, maka kitorang naik jer ikut suka hati. Tak tau sume sekali "check point" ada berapa sebenarnya. Pendakian dari "check point 1 hingga 9" mengambil masa lebih kurang 2 jam itupun sebab banyak kali berhenti hehehe. Tahap kesukaran laluan boleh dikatakan macam "appetizer" lah untuk memanaskan badan.
Panjat jangan Tak panjat
Pemandangan cantik bila memanjat puncak-puncak batu, bagi sesiapa yang  "fobia pada ketinggian" mungkin bermasalah memanjat puncak berbatu macam ni.......
Adikku Qila terpaksa ditinggalkan bersama Maznan.... risau juga aku tinggalkan diorang berdua huhuhu
Akhirnya dua orang peserta terpaksa ditinggalkan di "check point 9", sebab gerun untuk melakukan aksi seterusnya iaitu memanjat puncak batu yang cerun dengan menggunakan teknik ala-ala spiderman @ cicakman. Ya pemanjatan tanpa sebarang alat bantuan seperti tali mahupun tangga.  Boleh dikatakan yang aku tertipu jugaklah, sebab ingatkan puncak berbatu yang tahap "horror" nyer cerun dan berbahaya itu adalah puncak yang terakhir (puncak 10) rupa-rupanya banyak lagi puncak yang agak sama teknik dan tahap ke"horror"annya.

Sampai puncak ke 14 barulah penyeksaan tamat. Inilah yang dinamakan "main course" @ stage "Adneraline Rush". Punyalah cuak, sampai masa memanjat tu dah tak ingat ape, rasa macam pesalah yang diacukan pistol dikepala, nak taknak kena juga panjat dengan segala kudrat dan keberanian yang ada. Masa tu dah tak ingat dah "fobia tempat tinggi" ke apa. Yang ada kat kepala jangan jatuh, pasal kalau tergelincir sikit memang alamat kain putih menanti. Masa tu barulah aku asyik terfikir napelah aku buat aktiviti-aktiviti begini. Kalau nak buat perupamaan lebih kurang macam nilah bunyinya "Pendakian puncak berbatu (puncak 10-14) ini ibarat  percubaan membunuh diri yang tidak dirancang". Masa tu tak taulah berapa level Adneralin aku, tapi selepas semua selesai rasa macam tenang dan lega gila. Pasal bila tahap Adneralin tinggi (pada waktu kecuakan) akan menurun sedikit demi sedikit bila  otak mula menyalurkan signal "terlepas dari bahaya"  mula merembeskan hormone endorphin yang mengurangkan emosi yang terganggu atau kesakitan ketika itu.... inilah result tengok discovery channel memanjang.. 


Apa-apapun posing dulu...big smiley;)
Masa untuk merentasi puncak ke-10 hingga 14 mengambil masa 1 jam. Selalunya untuk turun orang akan ambil jalan pintas antara puncak ke-13 dan 14. Kat situ ade trek ke bawah yang kurang merbahaya dan pantas. Perjalanan turun boleh jadi 1 jam je kalau lalu trek kebun tu. Tetapi disebabkan kami telah meninggalkan "Nakama" dan adikku kat check point 9 maka terpaksalah kami menuruni jalan yang sama. Sekali fikir memang bodoh tindakan itu tapi selepas 2 kali fikir lagi bodoh rasanya. Tapi masa tu aku fikir bukan berdasarkan logik tetapi berdasarkan hati. Siapa tak sayang adik oiiiiiii... masak aku dengan mak ngan ayah aku kalau jadi ape-ape kat adikku sorang ni. 
Dengan pemandangan macam ni memang berbaloi.......
Memang unik bukit ni, sebab view kat kiri kanan nya memang cantik dan segar... rasa cam nak nangis pulak
Sungai yang terpelihara nampak berliang liuk dari atas

Tumbuhan kat puncak pun dah nampak lain, macam kat luar Malaysia....
Di sebelah kanan puncak pulak boleh tengok kesesakan jalan raya, banggunan-banggunan
Jadi Bukit ni memang unik macam berada di dua tempat yang berbeza pada satu masa, tengok kiri nampak Keindahan Alam Semulajadi tanpa pencerobohan manusia, di sebelah kanan pulak menyaksikan pembanggunan yang mengambarkan kemodenan hidup manusia.

Pokok-pokok yang ala-ala jepun di check point terakhir

Final checkpoint; tak seperti yang dijangka, ianya tanah mendatar dan berlumut....lepak sekejap 30minit


gambar kenangan selepas tamat sesi pendakian... maka bermulalah sesi pencarian "makanan tengahari" :)
Syukur semuanya berjalan lancar, tiada yang injured, tapi adalah seorang pendaki (perempuan & lelaki), yang luka berdarah mungkin masa memanjat batu tu dia tergelincir dan terseret kat batu-batu. Hmmmm diorang ni pun satu dah tau nak memanjat bukit berbatu janganlah pakai seluar pendek. haaa kan sedih paha gebu-gebu dah berparut.. siapa yang susah diri sendiri jugak. 

Perjalanan naik mengambil masa 3 jam dan turun pun 3 jam maka dalam sehari anda mungkin berjaya menawan bukit ini. Tapi kalo masa turun ambik jalan pintas 4 jam pun dah boleh cover naik turun........tapi masa mengupdate blog ni ambik masa seminggu almaklumlah banyak cuti last week. So bergumbira bersama keluarga kat kampung sampai terlupa mengupdate..

Apa-apapun Qilla belum turun lagi dah cakap siang-siang tak nak ikut aku lagi wat aktiviti macam ni. Jogging jer dia akan teman aku. Sian adik aku gayat lah pulak. Sepanjang jalan merengek kuikui....


Jan 25, 2013

Three turn to four = :) H.A.P.P.Y..............


بسم الله الرحمن الرحيم

Pertemuan yang tidak diduga, bila mata saling memandang maka terbitlah rasa kasih sayang. Bak kata pepatah dari mata turun ke hati cewah! bermadah la pulak. Pertemuan bermula di Wawa Seafood Restauran, pada malam jumaat yang penuh keberkatan . Di saat menunggu makanan sampai, datang lah seekor anak kucing yang terhuyung hayang, sangat comel tapi comot. Geram jer aku tengok, apa lagi lepas je makan, terus jumpa tuan kedai. Tuan kedai kata no hal, anak kucing tu pun dah ditinggalkan oleh B.O.N.D.A tercinta. tuan kedai siap suruh aku "promote" lagi kat kawan-kawan yang nak anak kucing. 
Top: Sebelum dibersih dan dimandikan, Below: Muka selepas mandi (agak pasrah gitu)

Langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya mengutip (stray cat) tak kiralah sama ada adult @ kitten.

1) Beri mereka makanan dulu, kalau kitten bagi yang soft food kalau adult boleh terus bagi yang jenis biscuit no problem.

2) Bersihkan dengan kain lembap muka, telinga, keempat2 kaki, dan jika kekotoran melampau bolehlah dimandikan tapi dengan air suam (air paip + air panas = suam-suam kuku)

3) Semasa operasi pembersihan "kucing junior", kucing-kucing senior yang sedia ada perlulah dikurung terlebih dahulu. Supaya senior-junior tidak terperanjat beruk.

4) Selesai dimandikan letakkan "kucing junior" di dalam sangkar @ carrier. Sediakan tempat tidur, alas dengan kain, kasi panas sikit.

5) Biarkan 30 minit, supaya "kucing senior" lebih banyak information mengenai kehadiran "guest" baru itu.

6) Setelah keadaan tenang, lepaskan kucing senior satu persatu untuk proses suai kenal. Fasilitator a.k.a owner kena biarkan kucing senior mendekati junior dengan sendirinya. Dan owner mesti yakin yang kucing senior adalah seekor kucing yang baik dan penyayang. Insyaallah takkan berlaku pembulian.                  (Tujuan proses perkenalan dilakukan dengan cara "Senior visit Junior" adalah untuk menenangkan kucing senior, supaya mereka berasa lebih berkuasa dan tak merajuk/terpinggir).

** Resultnya: Keesokan harinya semuanya dah boleh main bersama-sama, takder dah hissing menghissing hehehe. Macam biasa bertindak ketua pengawas Meyo, Si boot penolong ketua, dan Si Adu pengawas bawahan hahahahha....

Sesi suai kenal yang pertama: Si boot, Meyo, Adu (yang membuat keputusan menjadi guard si Junior)

7) Proses pendaftaran nama: Di bawah Jabatan Pendaftaran Eijah's World
 Ini adalah memudahkan sekiranya nak bawa kucing pergi verterinar, so kena ade identification pada kad pengenalan pesakit.

Antara shortlist name yang lalu lalang kat kepala aku:

- Mr.bilbo
- Capang
- Junior (finally selected & confirmed)
- Oga
- Oggy

Jan 21, 2013

I'm not microsoft genius or computer geek


بسم الله الرحمن الرحيم


Kebuntuan yang berterusan, disebabkan oleh kegagalan aku meng"install" (itunes) di dalam notebook aku. bak kata dalam iklan ZALORA beratus kali, beribu gaya sudah aku try tapi gagal jugak. Napelah "Apple" ni wat software yang tak berapa nak user friendly. Poneng kepala eden ni, engineering software macam Superpro ke Hysis pun tak complicated begini. Agak pressure jugak lah aku untuk 2 minggu ni, pasal tak boleh nak sync lagu ke dalam IPOD yang aku purposely beli untuk simpan lagu dalamnya kan. Bawak ke kedai yang main product nya "Apple" pun tidak bermakna, pasal diorang pun failed sama.

Aku tak faham, Windows 7 should be compatible dengan itunes ni, bukan tahap Window Vista yang sememangnya bermasalah tu kan. Sampai tahap kena reformat computer bagai, ni yang tak berapa nak gemar. Tengok jugalah komen-komen pengguna "Apple". Pasal problem ni, rupanya berlambak yang problem sama macam aku. Banyak jugalah teknik-teknik yang diorang guna aku dah try. Install Winrar  pastu repair file "itunes" pun tak jalan.

Problem yang appear masa install tu [Error2 Application support for Apple Software not found]. Lebih kurang gitulah bunyiknya. erghhhh "sakit buah pinggang".................dalam tengah-tengah bengang tetiba terlayan lagu dri kumpulan Dewa 19 ni... tetiba rasa insaf seketika....

HaDaPi DeNgan SeNyuman........
(Sebagai peringatan bagi diriku agar kekal tenang dalam apa jua situasi:) walaupun seringkali kecundang oleh taufan "terburu-buru")


Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua kan baik-baik saja

Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakan saja ini
Bahawa semua yang terbaik
Tebaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang........

So far aku dah try install kat Toshiba aku, Fujitsu Fazilla semua tak compatible dengan itunes. Try install kat com office tak boleh lah pulak coz kena admin priviliges hehehe. So aku try install dalm com adik aku yang dipinjamkan oleh kakak ku. Haaa lepas download terus jer dapat install. Sekali jer....fuhhh lega aku. Apalagi terus lah bukak "contract" dengan adik aku. Pinjam untuk 2 minggu, then tukar balik masa CNY. Tapi kalo dah syok gune notebook Acer ni. Go on terus jelah heheheh...

Mutiara kata yang Bersesuaian dengan Experience aku kali ini:

"Don't Deny Your Problem & Don't Let Them Deny You" - NHT 2013
(However in order to see the solution/ opportunity you must take your time and slow down just to looking clearly at the problem and the best solution)


Jan 14, 2013

Something special for my cats.............

بسم الله الرحمن الرحيم


Hari ni cuti lagi, tapi hanya mereka yang bekerja di Nogori sembilan je lah yo. Pasal Hari ni cuti umum hari keputraan Yang Dipertuan Besar. "Magik Box" untuk kucing-kucingku yang suka sangat menyorok dan membuat aktiviti-aktiviti gelap. Ni lah hadiah untuk kalian semua. Semoga kalian tidak lagi berlari sana-sini sambil membuat "serangan hendap" daripada dalam almari baju aku, ataupun dari dalam mesin basuh. Nak bikin handmade "Magix box" ni tak susah pun. Kotak aku amik kat ofis je, lepas tu buat tingkap ke pintu guna solitip, pisau, ngan paper clip jer pun. Tak payah lah nak beli Cat's Box ker Cat's Tree ker. Membazir je, lebih baik gunakan benda-benda yang ada kat rumah. Macam-macam boleh buat, cat's toys pun boleh buat janji rajin...

Gila punyer kreatif, siap ada buai depan tingkap lagi heheheh...
Macam biasa, "Meyo" mesti jadi pendahulu punyalah......

Dapat jadi "Door guard" pun bolehlah.....

Hei meyo, bila nak keluar?? aku lak nak masuk (kata Adu kepada Meyo)
Semoga dengan adanya "Magic Box" buatan tangan ni, bebudak ni tidak lagi menggunakan mesin basuh dan sebagainya sebagai tempat melancarkan serangan hendap sesama sendiri.

Baik betui perangai........ sabar, sabar, sabar.......Syabas Adik! kerana berjaya melatihku untuk lebih bersabar...

Jan 13, 2013

Ada masa "semangat" ku lemau......

Bismillahirahmanirahim......................................

Kelemauan yang dimaksudkan disini boleh lah disamakan dengan "biskut kering" yang dalam tapawe kat rumah yang sudah lemau. Tak crunchy lagi, kalau dicecah teh panas pun dah tak bunyi kruup..kruup..kruup...kruup . Tapi itu biskut, sekali lemau, akan selamanya lemau.Tapi kalau manusia, yang semangat nyer dah lemau? nak pegi mana la pulak. Bila situasi begini datang menyapaku, jiwa rasa macam berperang, sama ada membiarkan saja diriku menjadi "lemau" atau do something supaya diri aku tak jadi macam "biskut kering". Kalau nak jadi pun jadilah "Biskut Oreo, pasal boleh cecah susu dan masih lagi sedap heheheh.

Wahai manusia yang diberi nama "Halijah" mari menyelam sekaki dua ke dalam diri anda untuk mencari sebab musabab kelemauan engkau..

Hasil penyelaman ke dasar diriku......

Bila mana kadar "adrenalin" dalam badan aku menurun, dimana berpunca daripada kurang "urgency" di dalam kerjaya ku kini. Kebanyakkan "task" yang diberi  pada aku agak loose timelinenya. Menyebabkan aku bekerja secara bersenang lenangan......sampai otakku lemau...

Tapi itu semua alasan yang hanya  diatas "surface" sahaja. Padahal semua itu hanya untuk membuatkan aku "sibuk" sehingga aku tak berasa "pathetic" pada diri sendiri. Supaya aku tidak mempunyai kesempatan memikirkan masa depan yang tak dapat kubayangkan. Supaya aku tidak memikirkan betapa aku "takut" untuk menghadapi segalanya. 

Astaghfirullah hal adzim.......................

Apakah aku mahu melarikan diri dari "Ujian" yang perlu diambil oleh setiap hamba-Nya? Apakah cukup dengan pernyataan iman yang diucapkan dimulut? tanpa "Ujian dari-Nya". Sememangnya aku selalu lupa akan hakikat kehidupan ini. Aku lupa kehidupan sebenar bukan di sini, Sedangkan Nikmat dari Mu melimpah ruah bagiku.............Maka 2013, semangatku sudah tidak lemau lagi, dan aku tidak akan takut menghadapinya bersendirian sebab hatiku tidak lagi bersendirian. Walau apa yang mendatang itu semua adalah "ujian". Jadi aku bertekad untuk mengambil "Ujian" itu sehingga pass. Semoga Allah menujukkan jalan-Nya bagiku dan seluruh umat islam yang berasa takut dan ragu-ragu seperti aku suatu ketika dulu.....

Bisikan Hatiku,

Jika engkau lemau... Berehatlah dengan mengimbau akhiratmu...............
Jika engkau resah.... Bermunajatlah kepada -Nya..............
Jika engkau sunyi.....Ingatlah betapa dekatnya Pencipta-Mu....
Jika engkau takut.....Bacalah dan hayatilah kalam-Nya.....
Jika engkau mati......Kembalilah bersama dengan Kasih Sayang Tuhan-Mu....

Jalan Allah adalah Jalan Yang lurus, tapi disepanjang jalan itu akan sentiasa ada cabang syaitan dan hawa nafsu..

Jan 12, 2013

بسم الله الرحمن الرحيم


Misi berjaya, dah sebulan aku plan nak mandikan budak 3 ekor ni. Akhirnya aku berjaya mengatasi kemalasan aku hari ni. Hehhehe kelakar betoi aku tengok muka cuak bebudak tu bila nampak paip air. Biasalah dah namanya kucing gerenti takut air kan. Memang ajaiblah kalau ada kucing suka mandi................

Mula-mula tanggalkan dulu benda alah yang melilit kat tengkuk .....
Nak mandikan si "Adu boy" ni yang cukup problematic. Budak sekor ni, belum lagi aku jirus dah start terpekik terlolong.. poneng..poneng (bingit telinga gue). 

Tak boleh blah..."Adu boy" buat muka 10sen
Hehhh muka tak puas hati "Meyo" bila terpaksa mandi. Ok lagi la mandikan "Meyo", diam jer walaupun asyik lari sana sini. Bulu diapun takdelah seserabut macam bulu si "Adu Boy"..........

Ape pandang-pandang.... nak gaduh........
Hehhh yang sekor ni pulak muka menyesal tak sudah....muka macam tengah dok pikir kenapa dan mengapa dia diperlakukan begini. Hehhehe cian "Adik". Tapi "Adik" lah yang paling senang waktu mandi dan selepas mandi. Pasal tak samapi 5 minit, bulu dah kering. Tu yang special nya kucing 100% kampung kuikuikui.........................

Why???why??? apa salahku?? apa dosaku ??sob..sob.......
Hasil selepas mandikan bebudak ini memang paling mengembirakan. Wangi memang confirm wangi, bulu rasa lebih gebu pun memang confirm. Tapi yang paling best, lepas mandi gerenti diorang dok melengkar tidur tak hingat dunia. Hehheeh puas hati aku......

ewah-ewah.... baik punya landing, atas meja study aku jugak....
Haaa ni lagi sekor, buat aksi  tak boleh blah......  
Bijak memang bijak budak "Meyo" ni dah sejuk-sejuk tu kan, ape lagi melengkar atas charger notebook akulah. Bijak.... bijak.....tapi badan tak cukup kecik nak menyorok belakang notebook tu........

Nyaman jer tengok bebudak ni membuta.........meowwwww (i'm so happy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! katanya.........)


En.NBX lagi...

Bismillahirahmanirahim.........................

En.NBX, buat perangai lagi. Kali ni enjin tak boleh nak start, tekaan awal aku confirm "bateri kong" lah ni.    Bukan setakat nak start enjin je tak boleh, nak bukak pintu pun kena manual. Indicator light kat meter kereta pun gelap je. Maka sahih lah kalau tak "problem bateri" mesti "bateri problem". Daripada hasil pemerhatian aku yang amatlah "amateur" dalam bidang permasalahan pemotoran ni, semuanya bermula bila penutup bateri aku hilang 2 bulan lepas. Tak taulah apa yang tak kena, lepas tukar je penutup bateri tu, sebulan yang pertama 2 kali kot "top up" air bateri. Hahah dengan ilmu yang x berapa nak betul ni, aku berjaya settlekan problem ni dengan men"top-up" air bateri je. Lepas top-up gerenti boleh startnye lah. Tapi aku pun pelik jugaklah, sebab aku tengok air bateri tu masih lagi in between high / low level, jadi bukan masalah air bateri bocor or keringlah. Tapi masalah jadi makin kronik bila masuk bulan ke-2, mana taknya bila pagi or hari hujan jer, mesti jadi simpton yang sama. Macam minggu ni jer 3 pagi berturut-turut En.NBX ni takleh nak start.

Mula-mula nak biarkan jer, wat dono je... sampai masuk gaji bulan ni baru bawak pi servis. Tapi kalo dah sampai tahap dimana aku pun dah naik M.A.L.A.S > T.A.H.A.P> G.O.D.Z.I.L.A,asyik kena buka bonet enjin jer tiap kali nak gi kerja, semata-mata nak men"top-up" air bateri. Ada sehari tu, tak sedar yang "air bateri" dah habis terlupa beli baru. Maka terpaksalah mintak tolong Nana pi tolong beli air bateri kat Petronas. Haa ko tak pasal-pasal lambat 30minit masuk opis huhuhu.

Lantak pi lah tukar baru bateri tu pun tukarlah. Tak kisahlah lah tak cukup 2 tahun  ke tidak, janji masalah aku selesai. Jadi tekad dah nak tukar jer dengan bateri kering (free maintenance) confirm dalam RM200 ++ jugaklah.  Sampai je "workshop" terus je bla...bla...bla...kat mamat bengkel  tu, terkebil-kebil cina tu nak capture aku cakap apa.  Biaselah kalo bercakap mengalahkan "bullet train", nasib baik tak bersembur je.

Step pertama mamat tu buat, terus ambil multimeter dan check output volt bateri tu. Baru boleh tau bateri tu memang kong ke tak.  Multimeter tu dia clamp kat kedua belah terminal (+ve) dan (-ve) macam kat bawah. Jeng... jeng bacaan volt tu ok, maka bateri aku sebenarnya takde problem. Yes.... lega aku tak payah tukar bateri.... dan selamat duit bulan ni. Tapi ape problem dia, ishhhh tak puas hati la pulak.. cuak pun ader mintak2 bukan masalah serius. Alhamdullilah mamat cina tu cakap problem kecik je, rupanya nut terminal (+ve) tu longgar, Disebabkan kelonggaranya itu power bateri tu tak dapat nak di supply ke dalam benda-benda elektronik kat dalam kereta. Bila pagi je problem ni selalu jadi sebab bila pagi enjin sejuk (maka terjadilah proses pengecutan) dan mengakibatkan nat yang pegang terminal tu longgar. Jadi dengan bijaknya mamat tu tambah kepingan besi kat terminal tu kasi ketat sikit......dengan itu settlelah masalah En.NBX kita ni. Dan yang lagi best "troubleshoot"yang selama 35 minit itu FOC. Syukur Alhamdullilah memang terbaik ah worskhop ni, dah lah staff dia semua peramah,tak berkira pulak tu.

Jantung (Bateri) En.NBX, diperiksa menggunakan multimeter

Jan 2, 2013

Even the small thing can bring you smile....lets hope

Bismillahirahmanirahim...............


Memang terbaik lah 2013 ni, awal-awal lagi hajat aku telah tercapai. Sebenarnya aku teringinlah bebenor nak  merasa "Hokkaido Cake" yang famous itu. Gila punyalah lama aku "kempunan" dari   awal tahun 2011 kot. Apa tak lamanya, kalau orang mengidam dah boleh 2 kali beranak agaknya. Bukan apa, selalunya telan air liur tengok photonya je kot kat "google images". Sebelum ni nyaris-nyaris aku dapat menunaikan hajat aku, bila kawan aku datang melawat bawak (Hokkaido cake) sebagai buah tangan. hmm dia macam tahu-tahu jer aku ni memang "hantu desert".

Tapi masa tu aku terpaksa "postpone" kan hajatku disebabkan aku rasa macam was-was nak makan. Pasal "Bakery shop" tu aku tak berapa sure owner n pekerjanya, packaging pun takde "halal logo", tulisan kat packaging pun tulisan jepun, jadi confirmlah ingredientnya pun tidaklah dapat dipastikan ketika itu. So pikir punya pikir, takpelah nampaknya was-was lebih banyak, jadi lebih baik dielakkan. Memanglah Fuiling & Jeya bertuah hari itu, bukan langkah kanan dah, tapi dah langkah kiri dan kanan sekali. Hmmm dari reaksi muka diorang, memang tahap gaban lah sedapnya....... of course lah, originator "jepung" yang buat ni hehe..

Maka bermulalah episod "Pencarian Hokkaido Cake", dan semenjak hari itu, kalau pergi je mana-mana shopping mall, hidung aku akan cukup sensitif dengan "bakery shop" mana lah tau terjumpa kek tu. Tapi hampeh tak jumpa........

Alhamdullilah, last week aku tetiba terpandang, New promotion King's bakery Hokkaido Cake. Macam tak percaya pulak, macam nak nangis pun ada huhuhu terharu sungguh. Oleh kerana aku baru nak mencuba, jadi aku beli 2 pcs dulu. Kalau sedap beli lagi apa susah. Sebelum makan, belek-belek dulu rupa parasnya (hmmm biasa jer macam cup cake), lepas tu hidu-hidu(hmm biase jer baunya macam kek sponge pandan pun ade). Belek sudah, hidu pun sudah apa lagi ngaplah. Sekali makan.........................Amboi Sedapnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!(juling mataku). Mula-mula nampak macam biasa jer, tapi bila masuk je mulut, tambah lagi bila terkena kat part "filling" tu! rasa macam nak pengsan. Walaupun makan sengsorang, rase macam tersipu-sipu malu pulak hehehe. Omputeh kata "Fall in love at first sight" tapi nampaknya sight kene tukar jadi "first bite" lah...........(sah dah angau aku ni dengan cake ni).

Sebenarnya hajat nak tempek gambar kek tu kat sini. Tapi sedar-sedar dah licin,  tinggal paper  cup yang aku tak bedal.  Maka dengan rasa tak bestnya aku pun ciloklah images "Hokkaido cake" ni dari google (TQ google). Hampir sama jer rupanya... mesti tok guru buat cake ni sama hehee. Ini kalau ayah dapat ni, gerentinya suka....pasal ayah pun sama "hantu kek" dengan aku. Mak pun suka juga tapi kena limit lah hehehe sesekali makan tak aper bukan selalu.Insyaallah next time balik, dapatlah mak ngan ayah merasa kek ni...makan ramai-ramai lagi best! bukan seronok apanya, seronok berebut.
photo google... haaa terliur tengoknya,belum rasa lai

Mood:) Happy giler bila hajat tercapai.....


(Jangan berhenti berharap, tanpa harapan maka tiadalah impian, tiada impian bererti tiadalah kehidupan.......) - NHT2013