Apr 7, 2013

Inokie....Welcome Home.............

Bismillahirahmanirahim...................................

Alhamdullilah "mood" mengupdate "blogku" subur kembali. Bulan March yang lepas banyak memberikan peringatan dan pengalaman kepada aku yang kerap kali terlupa & terlalai. Bulan March yang lepas aku dapat pengalaman pertama mengiringi jenazah ke kuburan. Ketika itu pelbagai rasa timbul, bercampur baur  lagi pulak yang meninggal itu bapa salah seorang kawan ofis. Meninggal disebabkan sakit tua, benarlah apa yang dikataka rasullulah "segala penyakit ada penawarnya kecuali ajal". Dan buat pertama kali jugalah aku mengharungi "food poisoning" yang menyeksakan. Seharian muntah dan diarrhea silih berganti umpama "sudu dan garpu" yang sungguh konsisten. rasa longlai sebab seharian muntah, dalam perut rasa macam ada puting beliung. Hebatkan? nikmat "kesihatan" pada kita sebenarnya. Tapi nikmat inilah yang sering kali disyukuri hanya bila ianya telah menghilang. Dan itu jugalah yang dinamakan ujian dan peringatan dari-Nya...........


Setelah hujan pasti terbitnya pelangi, begitulah lumrah kehidupan setiap insan. Pada awal April (04/04/2013) bertambah lagi "keluarga kucingku". Di pagi khamis yang indah lagi nyaman, seperti biasalah aku sampai lewat di ofis, kalau disekolah mesti kena sambut dengan pengawas takpun cikgu disiplin. Tapi tidak, aku disambut oleh seekor makhluk yang comel lagi adorable, betul-betul depan pintu ofis. Kurus jer, dengan mata bulat dan masih berwarna biru memandang tepat ke arah ku. Apa lagi pagi-pagi dah terkena "panahan cinta" si comel. Kesian dia nampak macam lapar gila, nak bagi dia bekal lunch aku tak boleh pulak. Pasal aku bawak lauk lemak ayam cili api, kang tak pasal2 pulak food poisoning macam aku. Jadi setelah berfikir kira-kira 1 minit setengah aku pun masukkan dia dalam handbag aku (supaya orang tak tau aku bawak masuk kucing dalam ofis). Apa-apapun kenalah masuk ofis dulu untuk thumb print. Lepas tu terus jer balik rumah, sampai je rumah terus bagi dia makan. Sungguh kebulur nampaknya dia, berapa harilah dia tak makan, gejoloh sungguh gayonya. kali ni memang aku takde masalah nak bagi nama untuk ahli baru yang comel ni. Senang je kali ni sebab aku jumpa si comei ni kat ofis jadi aku mix kan nama ofis aku dengan kitten maka terhasilah nama yang cute miut ini "INOKIE". Dengan kehadiran inokie, maka total "keluarga kucingku' adalah 5 ekor semuanya iaitu 2 female 3 male. Dan dengan itu jugalah housemate aku menjadi seimbang, iaitu 5 Homosapiens 5 Catfeline hahhaha...

Inokie mengingatkan aku pada my beloved Melon & Mango......
InshaAllah aku akan dapat memelihara kucing-kucingku dengan baik. Sebenarnya agak takut jugak, walaupun sesetengah orang mengangap kucing sebagai hobi, tapi bagiku ianya lebih kepada tanggungjawab iaitu amanah untuk dijaga dan disayangi sebaiknya..



FIVE TIMES TROUBLE 5 X FUN!!!!!!!

No comments: