Apr 9, 2013

Hiking: Air Terjun Perlus Hulu Langat

Bismillahirahmanirahim.................................


Alhamdullilah........dan terima kasih pada kawan-kawan yang sekepala dengan aku. Hiking kali ini pada 06/04/2013 memang istimewa sebab semuanya "kaum hawa" dan destinasi penamatnya bukan pemandangan indah di puncak tertinggi tetapi pemandangan nyaman air terjun yang terpencil lagi tidak tercemar. Air terjun perlus ni terletak di daerah hulu langat dan lebih spesifik lagi di Batu 14 pekan hulu langat. Bertolak dari Nilai seawal 5.45 pagi dengan Ika dan Devi. Kemudian kami singgah pula di Bangi seksyen 3 untuk pick up laila. Dari Bangi terusmasuk ke lebuhraya Kajang Silk > persimpangan ke Cheras selepas itu masuk ke persimpangan pekan Hulu Langat. Berhenti Solat Subuh di Masjid Hishamudin / masjin pekan hulu langat. Selepas solat  subuh berhenti pulak bersarapan pagi dekat warong depan masjid. Pekena roti canai sekeping, siap tapau nasi lemak pulak tu. Yelah nanti lepas hiking confirm kebulur punya. Perjalanan diteruskan lagi hingga berjumpa dengan sign board  "Sungai Pangsun" dan Asli Adventure Base Camp. Perjalanan  menaiki kereta dari Nilai ke sungai pangsun tu  mengambil masa lebih kurang 1.5 jam.
.

Perjalanan menggunakan kudrat kaki dan otot2 pun berlangsung. Perjalanan bermula dengan menempuh kebun orang asli, dan yang sungguh best adalah merentasi anak sungai. Hahaha ikutkan hati nak jer aku terjun ke dalam sungai tapi disebabkan hiking pun belum bermula, ku pendamkan saja niatku ini...........

Jalan kampung merentasi penempatan Orang Asli...........................
Selepas merentasi anak sungai, kami meredah hutan pulak, suasana pun agak gelap sebab banyak pokok besar dan rimpunan buluh. Nyamuk dah jadi macam DJ radio JOHARA, bergema jer kat cuping telinga aku.......

Jalan yang nampak pelik, dan rimpunan buluh lemang gamaknya..... tetiba lapor la pulak..
Terkejut jugalah lebih kurang 10-15minit berjalan tetiba jer jumpa kebun orang, siap ada pucuk manis, pokok durian, bunga kantan yang tak tahan tu....ambik buat laksa sedap ni hahahha. Nasib baik iman kuat tau haram halal, mengambil hasil titik peluh orang lain tanpa meminta izin, dah jatuh kategori mencuri dah tu.Kang buat tuan punya tak halalkan, tak pasal-pasal kembung perut tu...

Pondok menunggu durian gamaknya........
Pendakian kali ini memang santai sikit dari segi stamina tapi amat mencabar tahap "kegelian" aku. Sepanjang mendaki tu, ada lbih kurang 5-6 ekor pacat hinggap kat aku, tapi 2 ekor memang kenyang  tahap gaban hisap darah aku. Gila tabah pacat ni, walaupun aku dah pakai stokin tebal, hisap dari luar pun jadi. Kira ni pengalaman pertama aku dengan si pacat. Jadi mula-mula tu agak kaget, tanpa pikir asal hinggap jer aku  terus jer aku rentap bendalah tu. Apa lagi memancut2 darahnye....tak berhenti pulak tu. Yang lagi aku geram masa turun seekor lagi pacat hinggap dan gigit ditempat yang sama. Sabar jelah aku, apa-apapun nasib baik kena kat kaki... tapi sampai hari ni ada lagi bekas gigitan tu.

Dari kiri; Si pacat the criminal; kakiku as a victim; emergency no. EXCEPT pacat bites huhuh
Apa-apapun pendakian perlu diteruskan,aku tak sangka yang aku punya tahap "geli" tu mengalahkan penat dan lelah.  Tetiba jer rasa cam adneralin aku meningkat.....sebab dah tak tahan menanggung rasa geli ngan pacat. Aku jalan cepat-cepat supaya pacat takde can nak panjat kaki or badan aku huhuu...
Sempot lagi posing atas batang paip................
Walaupun nak cepat sampai, tapi sempat jugalah aku snap beberapa photo tumbuhan yang agak menarik. 
 

Setelah hampir 2jam setengah mendaki akhirnya sampai juga ke destinasi  terakhir iaitu Air terjun Perlus. Memang seronok sebab takde orang lain kat situ hanya kami berlapan. Aku orang pertama yang sampai di air terjun tu, terima kasih pada en. pacat sebab dia lah aku mendaki macam lipas kudung..... tak sabar nak bukak kasut dan cuci bekas gigitan tu. Darah masi mengalir keluar, guna handyplast pun dah tak jalan. Apa-apun "pemandangan yang indah dan menakjubkan" sebagai reward untuk gigitan en. pacat.....hahha memang berbaloi-baloi....

Ultimate goal.... achieved!!!!!!!!!!

Mandi sampai lebam...... hahhhaha
Dari kiri: Ika, Devi, Laila, Mariam, Emi, Nurul ,Ros. &............(aku  as  photographer)...

2 comments:

Anonymous said...

Salam, pembetulan, air terjun di atas bukan air terjun perlus. tapi air terjun lepoh. terima kasih

Anonymous said...

salah tmpt nie, nie air terjun Lepoh.hehehe