Oct 26, 2012

Kesederhanaan Aidiladha

Bismillahirahmanirahim.........


Alhamdulilah hari raya aidiladha disambut bersama mak, ayah, dan adik aku Qila. Walaupun yong,angah,ateh ngan ipit  tak dapat berkumpul bersama tapi keberkatan hari yang besar ini tetap aku rasai. Yang penting mak dan ayah ada bersama, rasa gembira bila dapat mengembirakan dan mengubat kesunyian mereka. Yelah sesekali bertemu, menumpuk jugak ah rasa rindu mereka kat anak-anaknya hehhe. 

Macam biase lah bila hari raya, mesti juadah yang menjadi persoalan. Jadi hasil dari perbincangan dan musyawarah kami anak beranak maka dipersetujui lah, nasi minyak berlaukkan kurma ayam dan acar nenas bulan terang menjadi menunya. Sempoi jer, dessert pulak kuih talam ubi. Mula masak memasak kol 5 pagi hahaha tapi semua mak yang masak aku kira assistant jer hehhehe. Mudah jer rupanya nak masak lauk pauk ni, tak banyak bahan memang sempoi. Untuk peringatan aku, aku tulis jugak ah bahan-bahan nak masak lauk pauk ni.
contoh "style" hirisan 
Acar "Nanas bulan terang"

1. Buah nanas, potong sesuka hati saiz & bentuk
2. Bawang kecik belah 4
3. Bawang putih belah 2-3
4. Halia hiris halus seperti lidi
5. Lada besar merah (belah 2-4 jangan putus hujungnya)
5. Kayu manis, bung lawang, buah pelaga, cengkih

# Terlebih dahulu, celur nanas dan letakkan sedikit pewarna kuning. Lepas tu toskan nanas guna penapis untuk buang air nanas tu. Lepas tu tumis 2-5 dengan menggunakan sedikit minyak dan masukkan nanas tadi. dan siap.......................

  Tadaaa sempoi tapi berbaloi beb.........
Kurma Ayam

1. Bawang kecik 
2. Bawang putih 
3. Halia
4. lada besar hijau
#  bahan 1-4, kisar hingga lumat
5. Bawang besar 
6. Lada Merah / hijau (belah 2 @ 4)
7. Tomato
#  Bahan 5-6, di belah-belah mengikut style sesuka hati
8. Kentang (rebus dulu dengan kulit, lepastu baru kupas dan belah 4)
9. Ayam (kukus terlebih dahulu dengan halia & sedikit kunyit)
10. Rempah kurma, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga,cengkih
11. Santan kotak, kerisik

Caranya, tumis bahan kisar, bahan rempah, bahan-bahan yang telah dibelah. Masukkan ayam kentang dan sedikit air selepas bahan tumis dah naik bau. Masukkan santan dan kerisik dan biarkan sehingga pekat. Tapi aku suka yang ada kuah sedikit, jadi boleh adjust guna air.

Kurma ayam..... yang yum....yum.....yum..
Tapi yang best malam ni ada "Hantu Kak Limah Balik Rumah" memang tak boleh tahan lah. Tengok berkali-kali pun tak jemu, tetap ketawa tak kering gusi. Abu hurairah dengan pawang indon (sofi jikan) yang paling tak tahan, lawak abis. Tapi mak ngan ayah aku pun tak kurang hebatnya ekarang ni dah pandai mengenakan orang. Sebelum aku balik kampung mak ada cakap yang ayah bela burung, mati-matilah aku ingat burung tekukur ker burung tiup ker sekali cis.... burung mainan. freee jer kena tipu hehehe

Sekali burung mainan daa...............

No comments: