Oct 24, 2011

Gunung Dato' Chapter 1

Pada 22 October 2011. Alhamdullilah aku dapat jugak tidur malam sebelum pendakian bermula, bukan ape selalunya aku takleh tido kalau terlampau excited. Lepas solat subuh di rumah dan berdoa agar dilancarkan segala urusan serta dijauhi segala kemudharatan aku dan laila pun bertolak ke ofis tepat pukul 6.00a.m. Sepatutnya solat kat opis tapi xper rumah aku skangkang dua kera ke opis pun.


Sebelum naik bas kitorang pi posing dulu depan bas hahahah biaselah belum apa2 bergambar je lebih. Jumlah yang join pendakian kali ni seramai 28 org. Sepatutnya 33 org tapi ada yang tarik diri last minute. Kalau tak silap aku ada 12org lelaki dan 16 orang perempuan.


Bas yang kitorang naik tu "BAS SEKOLAH" so kira cam "Geng Bas Sekolah" lah ni. Kitorang pun bertolaklah dari ofis kira-kira 6.30a.m berbekalkan "breakfast pack" yang mengandungi 1 biji epal, 1 roti chocolate, 1 muffin, 1 botol air mineral. Tapi aku sorang je request 2 pack cam biase aku ni lapar jer ingatnyer. Dalam bas aku sapu siap2 insect repella kat kaki, lengan, dan leher. Pastu siap spray kasut ngan benda alah tu. Ni semua sebab takutkan si pacat tu. Aku rase bukan insect je yang akan lari orang pun akan lari bau ni hahhahah (bau serai wangi kuat sangat).


Sepanjang perjalanan aku x dapat nak tidur pun. Kononnya nak hafal jalan lah, kalo tak silap aku drive je sampai keluar tol senawang then masuk rembau pastu...................hmmm aku ingat ada signboard tulis "REMBAU BANDAR BERADADAT" pastu jumpa wet pool ke wetland pedas (Air panas), lepas tu depan lagi sebelum hampir sampai jumpa "Sekolah Bongek".


Yang kelakar tu tetiba organizer lak yg confuse nak masuk simpang mana. Hahahah pastu adelah makcik kat tepi jalan (rumah dia tepi jalan) aku pun dok pandang dengan muka ala-ala los, tak sangka lak makcik tu paham masalah kitorang dia pun tunjuk ke depan pastu datang lah pulak nenek (mak makcik tu kot) die pun tunjuk kedepan jugak. So kitorang pun kate ooooo depan lagi sambil teranguk2, nenek n makcik tu pun terangguk2 jugak. So kitorang pun menuju ke depan lagi. Sempat jugak aku ngan k.azrina babai kat makcik n nenek tu, comel gile diorang pun babai kat kitorang balik.


Akhirnya kami sampai jugak kat kaki gunung tu, tapi bas tu tak nak naik atas lagi coz takut x leh nak reverse biler nak turun. So kitorang terpaksalah menapak ke atas sejauh 500m gamaknya. huhuhu baru permulaan perjalanan buku lali aku macam dah nak tercabut. Sampai kat atas kitorng pun berehat kejap dalam 15 minit sebelum memulakan pendakian.


15 minit pertama setelah sampai ke dataran, dekat kaki gunung dato' Fairuz (depan) & Zura macam kat cameron highlands jer hehhehe (my housemate) :)

Jangan salah faham yer ni baru jer acara berjalan kaki ~ 500m unuk sampai ke dataran di bawah kaki gunung hahhaha tapi lagak macam dah turun gunung jer masing-masing


Apa lai masa tu lah digunakan untuk membuang ape yang ada, bukan apa nak meringankan beban masa mendaki nanti. Pastu tangkap gambar lagi untuk kali keberapa entah. Belum apa-apa dah penat.... hehhehe penat bergambar.


Hehehe kene lah bergambar kat landmark ni kan baru lah ade evidence hehehe x mendaki pun xper hehhehe:)





Gambar beramai-ramai kat kaki gunung, masing2 muka segar x hingat:)



Lepas tu.......kan to be continued................. sila menuju ke Part 2.............

No comments: