Oct 26, 2011

Gunung Dato' Chapter 3 (Pendakian ke Puncak)

Jiwa adalah tempat pandangan Allah...............Maka sucikanlah jiwa itu, agar ikhlas hatimu dalam beramal dan berjuang. Agar dapat kau memandang-Nya dan merasai dipandang-Nya pada setiap gerak gerimu (makam ihsan). Agar diberi kekuatan & keberkahan dalam langkah-langkah mu.............. (Dipetik daripada nukilan sahabat di Facebook)



Pendakian diteruskan lagi, akhirnya kami sampai ke puncak gunung (tanah mendatar) lebih kurang jam 12:00p.m. , pemandangan diatas puncak ini sungguh menakjubkan. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata, penyaksian oleh mata sendiri adalah lebih meyakinkan. Kalau nak diikutkan hati ini, duduk disana selama lima jam pun tak menjadi masalah. Walaupun keadaan di sini sudah tidak berkabus, alhamdullilah cuaca ketika itu sangat baik (tidak panas terik), berbaloi rasanya penat lelah bilamana menyaksikan suasana yang begitu hebat.




Kawasan dataran yang kami tiba tidaklah seluas mana, selain tanah yang mendatar, terdapat batu-batu besar yang saling brtindihan bagi membentuk puncak-puncak batuan. Boleh dikatakan tanah dataran dipuncak gunung ini bukanlah destinasi terakhir bagi pengembaraan ini atau bagi mereka yang gemarkan cabaran. Bagi yang gemarkan cabaran, sememangnya anda boleh mendaki lagi, tetapi kali ini pendaki perlu mendaki batu-batuan yang ada disitu. Untuk mendaki batuan ini bukan sahaja memerlukan stamina yang mantap tetapi juga memerlukan semangat yang jitu dan jiwa yang kental.




Inilah batu yang perlu didaki apabila sampai ke tanah dataran puncak gunung dato' (group pendaki yang lain) ambil diperhatikan oleh renjer yg bertugas (baju oren dekat atas batu besar)

Batu yang kuning berlumut sememangnya licin, tambahan pula jalan dicelah-celah batu yang sempit agak menyukarkan perjalanan bagi yang masih mentah dengan sukan pendakian ini. Untuk mendaki ke atas, pendaki haruslah menggunakan tangga besi yang disediakan. Kedudukan tangga yang berada dicelah batuan ini agak mengerunkan, tangga ini diikat dengan tali bagi mengstabilkan kedudukan. Jika dipandang sekali imbas photo diatas, mesti terdetik di hati "oooh kacang je ni", ya nampak macam senang tapi jika anda disitu dan disaat itu tahulah anda betapa gerunnya perasaan aku, mana tidaknya kalau pandang ke bawah memang sah boleh pengsan. Di sebalik batu-batu besar itu ada ruang kosong yang kalau kita jatuh alamat selamat lah terus (ke alam kubur). Ketika itu, aku yang sememangnya tahu akan limitation diri (gayat tempat tinggi), sudah mula berkira-kira untuk meneruskan hasrat pendakian lagi atau cukup sampai disini.


Sememangnya lumrah manusia yang suka mencuba, Alhamdullilah aku teruskan juga pendakian. Akhirnya berjaya juga aku mendaki menggunakan (monkey ladder) dengan bantuan rakan-rakan. Perasaan ketika mendaki batu-batu ini adalah sangat berbeza. Perasaan takut senantiasa berdamping pada setiap langkah kaki yang terpaut di setiap tingkat tangga. Kesilapan yang kecil boleh mengakibatkan kecacatan seumur hidup ataupun tiada lagi kehidupan selepas itu hehehe.


Pandangan di (Tanah dataran) puncak gunung Dato', gamba ditangkap dicelah-celah pokok


Pemandangan berkabus di (tanah datarn) puncak gunung Dato' :) cantik sungguh kalaulah belakang rumah aku cam ni pemandanganya, jawabnya aku tak keluar rumah lah... masyuk...


Masyaallah pemandangan yang teramat lapang dan luas pernah aku lihat. Berehat diatas puncak (batu-batuan sahaja) merupakan pegalaman baru yang amat berharga. Masih ada satu lagi puncak batu yang merupakan puncak tertinggi disitu untuk di daki. Walaubagaimanapun kami berehat sebentar bagi menghilangkan rase penat dan menenangkan hatiku yang masih 20% diselubng rasa gayat ini. Sambil-sambil itu kami pun mengambil kesempatan berposing-posing dulu hehehehe..

Puncak batuan kedua tertinggi, masing-masing melepaskan lelah diatas batu sambil makan-makan


Dari kiri-kanan; kak azra, laila, me, k.azrina (front) : adik aiza,maznan, k.ayu (tinggal kaki je), n azli (2nd row)

Pendakian diteruskan untuk menawan puncak tertinggi, macam biase kena juga menggunakan monkey ladder, tapi kali ini rasa lebih yakin mungkin kerana nampak lagi mudah dan tidak berapa tinggi. Kedudukan tangga yang mudah untuk berpijak dan stabil juga menambah keyakinanku. Akhirnya kami berjaya ke puncak pada pukul 1.15 pm rasanya.


Gambar ini diambil ketika aku menuruni puncak gunung,
sambil diperhatikan oleh k.azrina, laila, devi n mus (tapi sebenarnya diorang tengah posing:))


Baiklah sampai disini sahaja episode kali ini.... sila ikuti episode seterusnya kenangan di puncak gunung (chapter 4)....... Akhirnya Puncak Gunung Berjaya Ditawan!!!!!

1 comment:

Butterfly said...

Heeee....detail citer nih....hahaaa,jom broga hill kat selangor!