Jun 18, 2013

Innokie (04/04 - 17/06/2013)

Bismillahirahmanirahim....................

"Tiada suatu pun yang ada di dunia ini akan kekal selamanya. Dan itu adalah kepastian untuk kita mengharunginya. Sama ada engkau ditinggalkan mahupun engkau yang meninggalkan, keduanya pasti dirasai". 

08/06/2013
Badan Innokie rasa panas sedikit tapi tiada tanda-tanda selsema macam si Capang. Agak risau bila innokie macam kurang makan dan asyik tidur saja. Hari tu terus pergi ke Muezza klinik, menurut Dr. yang bertugas ketika itu Innokie mungkin mengalami "Post fever deppression". Tapi hatiku terdetik macam ada yang tak kena. Dr. bagi dia makan A/D hmmm nampak macam dia dah berselera semula. Tapi kena makan bersuap. (mood- maintain cool...)

09/06/2013
Innokie langsung tak nak makan, soft food A/D pun taknak walaupun bersuap.Oleh kerana dia dah tak ak makan, yang boleh aku buat hanya bagi dia air mengunakan syringe. Nak pergi balik ke klinik dah malam plus hari ahad. Jadi aku bersabar sajalah menunggu hari esok. (mood - tak senang duduk)


10/06/2013
Sebelum pergi kerja, tengok innokie dah nampak lemah giler sebab tak makan dan kurang air. Jadi terpaksa bagi dia air banyak-banyak guna syringe. Di ofis tak berapa nak fokus sebab teringatkan innokie dirumah. Waktu lunch terus pecut balik rumah, masa 1 jam yang ada aku terus bawak innokie ke Klinik Muezza. Tapi tutup la pulak sebab lunch. Tak de tempat lain terpaksalah pergi ke petshop mano. Walaupun aku tak berapa nak "confident" dengan reputasi klinik ni. Sampai je kat klinik mano,diorang cakap innokie memang dah kritikal sebab dah dehydrate sangat. Kesian aku tengok innokie, Dr. inject dextrose guna syringe kat beberapa tempat. Tak sanggup nak tengok, Dr. sarankan tigglkan innokie 1-2 hari untuk pemantauan. Aku pulak tak fikir panjang terus setuju. (mood - positif giler)

11/06-12/06/2013
Habis waktu kerja petang tu terus jer pergi klinik dan tengok innokie. Hmm keadaan tak banyak berubah. Still shaking, dan ada kesan darah kat tepi mulut. Ya Allah apa yang telah aku buat, hantar innokie kat tempat macam ni. Pasti susah nak bagi innokie makan dan minum, tapi jangan lah sampai berdarah mulutnya  dipaksa bukak. Inokie pun semakin comot, hingus meleleh melekat kat lubang hidung dengan muka dia. Fikirlah dah lah si kecik tu tak sihat, tersumbat pulak lubang hidungnya. Agak hangin jugaklah aku ketika tu. Aku buat keputusan untuk jaga innokie sendiri, walaupun Dr. kata treatment tak habis lagi. (mood -hangin dengan service petshop)

13-14/06/2013
Setelah beberapa hari aku jaga innokie, beri ubat, makan A/D dan minum air semua pakai syringe. am Sentiasa lap muka dia dengan kain dan air suam untuk buat dia lebih selesa. Hmmm walaupun keadaan dia masih sama tak nak makan dan minum, tapi dia dah macam bertenaga sedikit sebab boleh menipis setiap kali nak bagi makan minum. (mood - berusaha sebaik mungkin!!!!!!!)

15/06/2013
Pagi-pagi dah tercongok kat klinik muezza, nasib baik Dr.Jowa ada. Agak terkejut jugak bila Dr. kata kemungkinan dia terkena virus infection. Sebab selalunya kalau kucing demam atau selsema tak effect selera makan dia. Lagi pulak innokie tak sempat divaksin, jadi potensi nak kena infection memang agak tinggi. Terus jer teringat pada BOBO dan Melon,dua ekor kucingku yang telah pergi disebabkan virus infection. Aku redha tapi mataku tetap bergenang, agak payah jugaklah nak menahan ianya dari jatuh didepan Dr. Ingat lagi dulu, masa BoBo didiagnose kena FIP masa, masa tu Dr.Zul yang periksa aku menangis teresak-esak kat depan Dr. tu sebab dah tak tertahan. Dr. kata tak boleh buat apa, 1-2 hari jer dia dapat bertahan. Sama jugalah dengan Melon. Alhamdullillah kali ni, aku lebih tenang takdelah samapi teresak-esak depan Dr.   (mood - redha akan ketentuan Allah)



16/06/2013
Disaat aku tengah menulis blog ni, Innokie meronta-ronta macam kena heart attack. Aku tengok dia macam tengah dalam kesakitan yang amat. Kesian dia sakit sangat sampai kaki berkerekot. Setengah jam jugak lah aku tunggu tepi dia. Maybe dalaman dia dah rosak itu yang termuntah-muntah air. Tapi alhamdullilah lepas tu dia dah boleh "mengeow". (mood - sayu hati)




17/06/2013
Pagi selepas sahur, aku bagi innokie ubat antibiotik dan air gamat. Alhamdullilah dia nak telan.Sebelum pergi kerja aku bagi dia 100plus untuk dia bertahan sampai tengahari. Waktu lunch macam biasa pecut balik ke rumah bagi dia air gamat. Entah kenapa hari ni rasa berat jer nak balik rumah, macam khayal buat kerja tak sedar dah pukul 7. Dah lah hari ni puasa, pe lagi pecut ke as-salam, tapau nasi. Sampaikat ruma sempat juga menjeling kat carrier innokie. Hmm tido nampaknya. Tengah kalut-kalut nak berbuka, ada pulak penyewa baru nak hantar barang.Jadi berbuka pun lambat, nak bagi innokie makan ubat pun terlambat jugak. Habis berbuka terus bukak fridge n ambik ubat untuk innokie. Macam biasa aku pun panggil-pangillah si inokie... hmm tidur kot. Bukak jer carrier, aik lain macam jer position tidurnyer tegak semacam je nampaknya. Bila sentuh, keras dah badannya. Rupanya innokie dah takde. Agak blurr aku sekejap. Nak nangis pun tak mampu. Tengah-tengah blurr tu aku pi amik wuduk dan terus solat maghrib. Lepas salam, baru lah aku dapat melepaskan apa yang terpendam. terus duduk diatas sejadah dan berfikir sejenak akan Nikmat-Nya walaupun sementara ianya tetap anugerah. (mood- redha tanpa sebarang sesalan)

Walaupun kata orang "kalau berkasih biar sedikit, sebab tidak mahu terlebih bersedih bila terpaksa berpisah". Tapi bagiku, curahkanlah kasih sayang sebanyak yang boleh kepada apa yang kita cintai, sebab aku akan merasa lebih merelakan pemergiannya. Supaya kenangan yang manis sahaja yang melekat di minda dan supaya aku lebih bersyukur bila mengingatkan kembali nikmat yang Allah pinjamkan padaku...kerana sesungguhnya

"Ya Allah apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, jadikanlah ia keredhaan untuku dalam mencintai setiap apa yang Engkau cintai"

No comments: