Kali ke-empat ke Singapore, semuanya business trip tapi xper.. still ade masa nak beronggeng kat sane hehe. Kali pertama 2008 masa tu pergi ngan akunyer HOD anne, kitorang stay kat Bencoolen street, Bayview Hotel. Location dia dekat ngan SUNTEC CITY and Marina Bay. Masa tu kitorang sempat pergi berjoli kat "Night Safari" and pi Esplanade & "Merlion Park" je kot. Area ni nak cari makan yang halal and best really payah. Makan kat Food court, sebelah nasi lemak sebelah lagi jual "Bah Kut Teh" huhuh meremang jugak ah bulu romaku.
Tahun 2009, pergi 2 kali ke singapore for Filtration Training-organized by Millipore. Masa ni aku pi ngan rusdan. Trip pertama stay kat Pasir Panjang selama 5 hari kat hotel sikit punye kecik saiz biliknya. Kitorang tak pi mana2 pun coz schedule pack. Tapi orgnizer ader ah treat dinner kat restoran peranakan (baba nyonya). First time makan lauk yang di masak dengan buah keluak heheh. Trip ke-2 (5 hari juga) kitorang stay kat Elizabeth hotel dekat ngan Orchard road. Ape lagi petang lepas training joli katak ah kat area tu (dekat ngan shopping mall) jalan kaki jer dari hotel.

Tahun ni nyer trip pergi bersama-sama kak azrina, kali ni pi conference "Downstream Bioprocessing and single use system" kak azrina jadi salah seorang speaker. Kitorang stay kat victoria street dekat dengan (Arab street) , (Bugis street). Kononnya nak senang dapat halal food or melayu food lah. Dari victoria street ke tempat conference (Amara Hotel Tanjong Pagar) tu kira-kira 10 minutes by taxi $ 14 SGD.

Sedap, tapi kelakar cause beef stew tu atas dia dilambakkan french fries... hahhah macam nak jimat bekas jer.. haaa haaa tetibe lapar la pulak.



Tak salah 2010 baru siap dibina coz mase pi 2009 baru gosip 2 jer. Heheheh habis jer conference terus meronggeng kat area Marina Bay. Pukul 10p.m baru balik hotel. penat tapi bestmana x nyer kali ni pi conference dengan "Geng Breakfast" :)


(Renungan: "Nikmatilah setiap detik yang berlalu dan isilah setiap waktu dengan penuh kesyukuran, tak kira di kala sendirian, dikala kawan di sisi, dikala musuh di hadapan. Kerana yang pasti Allah-lah yang sentiasa memerhati dimana jua dan disiap waktu. Walau dimana kita berada jika Allah di hati, insyaallah sebengkok mana jalan di hadapan, langkah kaki tetap lurus tersusun - nukilan N.H.T)
No comments:
Post a Comment