Dec 31, 2012

NHT's Carta: TOP 10 Books for 2012

Bismillahirahmanirahim..........

Carta buku meletop sepanjang pembacaan aku di Tahun 2012. Carta "count down" dari No.10 ke No.1. Kaedah penilaian berdasarkan beberapa aspek seperti kadar "side effect" selepas membaca (yang positif jer), tahap kesayangan terhadap buku itu, kadar pengulangan (baca berulang2 kali), kadar keterujaaan ketika menbaca, dan juga "recommended" value. 

No.10 Paling Reminder : Lembutkanlah Hatimu 
Semua yang berkaitan dengan seketul daging yang pasti ada di dalam setiap diri manusia. Bilamana elok hatimu maka eloklah semua anngota yang lain dan bilamana rosak hatimu maka rosaklah anggota yang lain. menyentuh persoalan Mengapa, Bagaimana, Siapa dan Kenapa?. Mengapa perlu dijaga "hati" itu, Bagaimaana cara menjaga hati agar sentiasa bersih, Kenapa hati menjadi kotor dan keras, dan juga Siapa kah pemilik hati yang hakiki.....................


No.9 Paling Cuak : Misteri Hotel
Koleksi kisah-kisah seram diseluruh dunia. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia. Semua berlaku di hotel, motel, rumah tumpangan, apartment hatta tempat mandi awam. First time baca meremang jugaklah, tambah pulak baca sorang-sorang dalam bilik heheheh. Bagi sesiapa yang tahap "ghostphobia" dia tinggi disarankan membaca di waktu siang.Kalau cuak lagi bolehlah baca sambil tengok TV dengan famili. Gerenti pembacaan anda akan lancar gila tanpa perlu keluar masuk toilet. Setahun sekali bolehlah mengulang baca buku ni, tapi confirm "feel" takkan sama macam mula-mula baca



No.8 Paling Inspire : Rabiatul Adawiyah
Selepas baca buku ni, memang kagum melihat keikhlasan seorang wanita yang bernama Rabiatul Adawiyah ini.Sungguh tinggi ilmunya, cukup mantap akhlaknya, cukup ikhlas percintaanya pada illahi. Sememangnya buku yang perlu diulang baca... 



No.7 Paling Feminist : Nice Girls Don't  Get the Corner Office
Selalunya begitulah, asal namanya perempuan tak sedikit mungkin sebanyak yang berfikir bahawa perempuan sesuai diletakkan di ceruk-ceruk sempit atau invisible cthnya macam kat tepi dindinglah, penjurulah, kalau dulu-dulu lak orang kata kat cerok dapur nun letaknya. Jangan "Emo" rileks, itu pandangan memasinglah. Tapi bagi aku semua itu boleh diubah tapi perlulah berbatas, jangan langgar hukum islam, tak menzalimi atau menyakiti orang sekeliling, tak mengacau tanggunjawab sebagai seorang perempuan (muslimah/ ibu/isteri/anak) sudah......dalam buku ni ada 101 mistakes, ade yang aku agree dan ada yang tidak. Yang betul kita ikut yang tak berapa nak betul biarkan jer....

No.6 Paling "Women Idol" : Khadijah 
My idol, kerana beliau adalah seorang wanita yang cukup gagah. Kegagahan wanita itu tidak terletak kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:

1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menanggung kerinduan bila ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala permintaan.

Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan...


No.5 Paling Adventure: The Hobbit
Ni semua gara-gara cerita ni dah dibikin M.O.V.I.E barulah tergerak nak baca. Padahal dah lama berkepuk dalam almari dari 2009 lagi kot. Tapi last month baca, boleh tahan lah adventure+fantasy nyer. Siapa yang suka trilogy L.O.T.R confirm layan buku or movie ni....


No.4 Paling Fantasy : The Tales of Beedle The Bard
Kompilasi cerita-cerita dongeng, fantasi dan seangkatan dengannya. Aku memang minat cerita yang keanak-anakan ni, sambil baca boleh meleleh air liur punyalah fokus gitu........kalau "waktu exam" menelaah macam ni ada faedahnya. Confirm 30A1 dalam dakapan masa SPM dulu.......



No.3 Paling "Pelik" : Si kembar Furou
Ye aku memang hantu komik, sampai 7Eleven pun tak dapat nak catch up dengan kadar bacaan aku. Tapi nilah satu-satunya komik yang paling terpahat kat otak aku. Kembar yang akan nampak hantu bila terpisah... dari kecik sampai dewasa. Kesian diorang kena berkepit je walaupun bukan kembar siam, hatta lumba lari pun kena berdua. Jadi cikgu diiorang pun poneng nak masukkan diorang dalam kategori lelaki ke perempuan. 

Syukur Alhamdulilah Allah dah bagi keistimewaan kat kita ni manusia, iaitu pandangan yang terhijab daripada benda-benda ghaib. Tapi realiti sekarang, dah ramai yang bengong. Siap seru-seru lagi, ada yang disuruh menjelma, ada yang diajak berbual dan ada jugak yang diajak bergaduh...tak caya tengoklah kat TV. Sekarang ni dah ada "Ghost hunter", Ghost Lab","paranormal" kalau yang versi melayu "Seekers" la pulak. Aku rasa "hantu" pun dah mula ber"holiday" sekarang ni sebab manusia pun dah banyak berperangai mengalahkan diorang...kuikui..



No.2 Paling Menyentuh : Dimana Dia Di Hatiku?
Buku ni merupakan salah satu buku yang amat bermakna bagi aku. Semua isi kandungan didalamnya, seperti membaca isi hatimu, membaca luahan, keluhan dirimu. Buku yang memperingatkan kita akan  kekerdilan kita. Buku yang memperingatkan akan tujuan sebenar kita di dunia singgahan. Bila rasa down atau bila rasa lelah dengan ujian atau bila rasa hampa buku ini salah satu buku yang bagus untuk mengembalikan semangat kita. Yang menyedarkan kita semua yang kita lakukan adalah untuk diri kita sendiri......



No.1 Paling "menginsafi" : 100 Tokoh Dalam Dakapan Rasullulah S.A.W
Catatan kisah-kisah sahabat Rasullullah yang menempuhi pelbagai kepayahan dan kesulitan tetapi tetap mempunyai tahap keimanan yang mantap dan tidak dapat digugat. Maka selayaknya mereka berada didalam dakapan Rasulllullah. Buku yang mengalirkan air mata sedari kisah yang pertama hingga keakhirnya. Bukan kerana kisah pilu disebabkan kepayahan mereka. Tetapi air mata ketakutan bila dibandingkan dengan tahap "diriku" dengan mereka disisi Allah dan Rasullah. Betapa kerdilnya jika nak dibandingkan tahap kasihnya mereka kepada Allah dan Rasul. 

Kalau kita mencari cinta yang hakiki iaitu cinta yang sebenar, bacalah buku ini. Air mata sebaldi pun tak membazir, bengkak mata pun tak mengapa sebab buku ini benar-benar menginsafi diri.

# Strongly recommended - Bagus untuk diri kita dalam merebut Cinta Allah dan Rasullullah. 




Dengan ini, tersenarailah sudah carta buku paling meletop, mantap dan yang sewaktu denganya. Semua ini adalah berdasarkan penilaian yang dibuat oleh aku sendiri semata-mata. 

Ucapan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua penulis-penulis di seluruh dunia, semoga anda semua dapat menghasilkan karya-karya yang mantap lagi pada tahun depan. Amin......................

Dec 28, 2012

Expecting my new gadget........

Bismillahirahmanirahim...........................


Bulan November & December ni, duit gaji mostly spending pada gadjet-gadget termasuklah yang related dengan  En.NBX. Apa-apa hal, yang urgent dan paling priority mestilah didahulukan. En.NBX punya hal jer 5-6 ratus (breakdown servis, tyre servis, termasuklah saman speedtrap). First time kot setelah hampir 7 tahun bawak kereta, aku kena saman. Macam peribahasa melayu" sepandai pandai tupai melompat, akhirnya  jatuh ke-tanah jua" inikan pulak sebuah kereta confirm jatuh atas tanah. Tapi surat cinta ni dari JPJ, bukan saman PDRM. Kesalahan biasalah had laju, area 80 km/h aku bawak sampai 100km/h makanya RM300 jugaklah yang melayang. Walaupun ramai orang akan tunggu sampai dapat diskaun, barulah bayar. Tapi aku  ni jenis tak suka menangguh, nanti rasa macam aku berhutang lah pulak. 

Hajat nak beli external hard disk ni memang dah lama plan (sebelum raya lagi), tapi asyik pending jer. Dulu dapat hard disk free aku terhempaslah pulak, padan muka aku, sempat pakai 1 tahun jer. Akhirnya aku beli juga External HD (1T) setelah beberapa bulan bersabar. Takpe ini semua kehendak bukan keperluan makanya kena banyak bersabarlah yop!!.

Bila dah dapat, ape lagi teruslah transfer siri games show "Running Man" dari Episode 1-94. Terima kasih kepada adik Nana (Soleha) yang bersusah payah mendownload siri ini. Biasalah TV tak berapa nak Beyond kan jadi takdelah siaran ASTRO Beyond. Nak pi rumah angah tiap-tiap minggu malas la pulak. Aku ni main tibai jer beli - brand WD (Western Digital), ok ke tidak insyaallah OK. Apa-apapun semua HD walaupun "Hard" namanya, namun kalau sekali jatuh maknanya "The End" lah. Mudah-mudahan "Hachiko" akan bersamaku dengan lebih lama..

Western Digital External HD a.k.a "Hachiko"
Tak sabar-sabar menunggu iPOD nano aku sampai, petang semalam order online kat Apple Store. Kalau order terus dari Apple store dapat "free engrave" and free shipping, price product dari apple selalunya sama je kat mana-mana outlet. Mula-mula berkira juga nak beli ke tidak benda alah ni. Sebab kalau tak silap aku dari tahun 2011 kot aku dok memikir pasal benda alah ni. Haha orang dah mimpi sampai ke iPad bagai.....aku baru iPod, Nano pulak tu. Takpe biar lambat asal puas hati, ada bebereapa model lah yang masuk dalam list pilihan aku.

1) iPod nano watch - takde la pulak kat apple store (1st choice pada mulanya)
2) iPod shuffle - heheh simple banget la pulak, radio application takde
3) iPod nano - yeah selected!! application cam dlm photo kat bawah
4) iPod touch (4th?ke 5th generation) - too many application that not so useful for me

Setelah mengambil kira pelbagai aspek, maka aku telah membuat keputusan memilih item No.3. Tapi main reason pemilihan adalah berdasarkan application yang paling useful sekali. Tujuannya pun nak dengar radio, music, videos & fitness application, jadi nilah yang paling bagus dan tak membazir. Yelahkan kalau nak tangkap gambar, dalam h/p pun dah ada. Kalau nak buat kerja, laptop pun dah cukup. 

                      iPod Nano a.k.a "Miss green"  
Apa-apapun, hari ni aku berjaya menghasilkan sarapan pagi yang mengenyangkan lagi kehijau-hijauan......biaselah "mood-hijau sokmo" sebab menunggu Miss greeen...........

Bismillahirahmanirahim.....meh makan.... 
Oblong beef, lettuce, tomato, onion, cheddar cheese yang dikapit dengan wholemeal bread 

Dec 26, 2012

Bawak-bawak berubah

Bismillahirahmanirahim.................................


Jika nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku yang lain, aku ni kira yang paling malas nak "complain" lagi-lagi pasal makanan or servis kat kedai makan.Tak kuasa aku nak pi mengadu pada orang lain or update status kat FB @ meng"complain" kat blog bagai. Setakat tunggu makanan hampir sejam dah banyak kali kot, ada tu dah sampai naik kebas punggung menunggu. Tapi nak kata aku rasa nak pi marah kat tauke or pekerja kedai tak pernah lah sampai ke tahap tu pulak. Bagi aku servis lambat tu perkara biasa yang aku boleh terima. Hatta aku boleh terima lagi kalau tukang ambil order tu tersalah order menu contohlah  kalau order "kuew teow bandung" tapi dapat "mee bandung" ataupun bila order air teh "o" ais tetiba dapat teh "O" limau. Semua ni aku boleh terima, lagipun makanan je kot, asal harga ikut menu yang dapat dan perut  pun kenyang, sudah. STOP. Tauke tak kena marah, aku dapat kenyang....cool jer...........

Tapi yang aku T.A.K > B.O.L.E.H >T.E.R.I.M.A sama ada secara langsung ataupun tidak langsung adalah apabila penjual berkelakuan B.I.A.D.A.P dan menyuruh pembeli turut sama berkelakuan B.I.A.D.A.P.  Ada juga manusia yang suka berkelakuan biadap dan pada masa yang sama suka kalau orang biadap pada dia.

- "NOT ACCEPTABLE" - sama ada secara  fizikal  mahupun mental ;)
Seperti gambar diatas, bas tu umpama diri aku manakala gajah tu umpama "kebiadapan". Kalau kita tak bagi ruang untuk "kebiadapan" masuk maka tak dapat masuklah jawabnya. Tapi kalau kita bagi ruang, seperti buat pintu bas yang lebih besar maka "gajah" atau kebiadapan akan dapat masuk. Umpama kita menerima saja kebiadapan tu berlaku. hmmm pandai sungguh aku berkias, sampai aku sendiri pun poneng..

Situasi kejadian adalah seperti berikut:

Lokasi: 
R&R Seremban (dari KL -Selatan)

Menu:  
Bihun putih & merah, Mee goreng (perencah "kosong" ikan bilis pun takde) /status aku (NO PROB)

Work flow:  
Cashier (Staff 1) space besar untuk cashier / Tukang bungkus (Staff 2) - ditutupi dengan cermin kaca yang tiada lubang. Tapi job scope si tukang bungkus adalah mengambil order dari customer yang berada di depan kaca yang tiada berlubang itu.....

Issue: 
Orang ramai beratur panjang dihadapan "cashier" untuk mengambil order. Kemudian dialog seperti berikut pun berlangsung antara cashier & customer disaksikan oleh si tukang bungkus.

Customer 1: Bihun 2, bungkus ye 
Staff 1       : Sini bayar saje, nak ambik order sila jerit nak apa kat tukang bungkus.(kata si cashier sambil berdiri tegak disebelah "mesin kaching" dengan poyonya)
Customer 1: blurrrr... tapi dia ikut juga arahan, terjerit-jeritlah dia pada si tukang bungkus yang nampak macam "orang paling busy" di sebalik cermin kaca itu.
Staff 2       :   krik....krik (bunyi seperti cengkerik.... diam seribu bahasa), nak kata dia dapat "grab" order tu pun belum pasti lagi.
Customer 1: Maka si customer yang dah kebulur pun terus menerus menjerit sambil mengetuk-ngetuk cermin kaca.
# Adegan ini berlangsung kira-kira 5 minit, lagaknya si customer seperti "romeo yang bertepuk sebelah tangan" ketika itu huhuhuu (dia tidak dipedulikan)
Staff 1        :  RM6:00 (itu sahaja yang diucapkan, tanpa melemparkan senyuman 2 bihun kosong disuakan ke arah customer tadi)
Customer 1: Di pihak customer pulak, bungkusan diambil dan terus blah.....maka tiadalah ucapan terima kasih diberikan kepada si penjual
# Tapi aku gerenti dia makan sambil menyumpah seranah pekerja kedai itu. Sebab dia berkemungkinan tidak dapat lagi berkaraoke lebih dari 1 lagu disebabkan oleh aktiviti terpekik terlolong yang melampau...

Customer 2 dan seterusnya : Turut sama melalui situasi yang sama
# Adegan jerit menjerit sambil ketuk mengetuk berlangsung selama 5 minit bagi setiap customer.......hinggalah tiba kepada customer yang ke-7

Customer 7:  Bihun Putih 1, Mee goreng 1. Tapau yer
Staff 1        :   Sini bayar saje, nak ambik order sila jerit nak apa kat tukang bungkus.
Customer 7:  (Mengulangi lagi) Bihun Putih 1, Mee goreng 1.Tapau yer 
Staff 1      :  (Tetap dengan jawapan yang sama) sini bayar saje, nak ambik order jerit nak apa kat tukang bungkus.
# Maka adegan yang cukup dramatik pun bermula............................
Customer 7:  Mintak maaf bertanya ye, tukang bungkus tu dah lama ke pekak & bisu? 
Staff 1        :  Kenapa pulak?
Customer 7: Sebab tadi encik cashier suruh "jerit" kat dia kalau nak order. Selalunya mereka yang ada masalah pendengaran jer yang camni. Saya pun ingatkan dia ni bisu jugak sebab saya tengok dari tadi dia tak cakap bila customer order kat dia. Itu pasallah saya ingatkan dia bisu. Saya kesian kat dia jadi dengan bijaknya saya order pada encik cashier jer terus. Lagipun encik boleh bercakap dan tak pekak jadi tak payahlah saya menjerit. Tekak saya pun tak berpa sihat ni, almaklumlah musim durian.
# Belum sempat cashier nak memaki hamun, Customer 7 pun dengan ramahnya terus bertanya lagi.....
Customer 7: Sekali lagi mintak maaf bertanya yer, owner encik ni masukkan satu je ker program dalam otak encik cashbot? (cashbot = cashier+robot) sebab selalunya robot ni kena update banyak program and antivirus kalau tak jadi robot yang lembab meng"proses" maklumat. Erkkk encik ni cashbotkan?????? yelahkan kalau manusia tentu encik dah lama buat improvement dalam "sistem pengambilan & pengurusan order yang tak praktikal langsung" macam ni. 
kredit dari blog lain.... "otak kosong"
# Dua-dua staff (cashier dengan tukang bungkus)  ter S.E.N.T.A.P dengan agak lama sebab lama nak memprocess "customer complaint" yang amat sophisticated macam ni. Setelah beberapa minit barulah merah padam muka mereka menahan marah. Berdasarkan reaksi mereka berdua, ternyatalah tiada siapa yang pekak mahupun bisu.. kedua-duanya cukup sempurna sifatnya.....kurniaan illahi. Cuma mereka tidak tahu bagaimana nak menghargai nikmat Allah s.w.t
Customer 7: Encik berdua, bawak-bawaklah berubah untuk jadi lebih bersopan santun, kalau nak biadap juga tak perlulah ajak orang lain sekali biadap. Kalau nak mengajar pun mengajarlah benda yang elok, bukannya mengajar orang terjerit terlolong.....setahu saya, binatang yang bernama anjing je yang suka terpekik terlolong ni......

# Akhirnya berlalulah Customer 7 pergi dengan selambanyer... walaupun tanpa bihun mahupun mee goreng. Walaupun perutnya berkeroncong lagu "bila resah-anuar zain", tapi hatinya rasa puas. Tak rela dirinya diperlakukan seperti anjing yang disuruh menyalak untuk mendapatkan makanan.

Semua cerita diatas adalah pengalamanku sendiri, tetapi perbualan dari Customer 7: adalah kata hatiku yang tak mampu aku lontarkan kepada kedua makhluk Allah itu. Syukur alhamdullilah aku dapat mengawal "darah mudaku", yelah nak menegur kena berhemah. Tapi kalau kita dalam keadaan marah, teguran boleh bertukar makian. Jadi lebih baik berdiam atau beredar sahaja. Untuk pengetahuan, aku sebenrnya dapat membeli bihun dan mee goreng itu, cuma cara aku meng"order" jer yang tak sama macam orang lain hahahha.  Aku order guna isyarat tangan dan kepala. Si cashier dan tukang bungkus bengang  giler ngan cara aku meng"order"  hehehe  aku tak peduli pun, aku lebih rela jadi pekak &bisu dari jadi cam hanjing......
Harap-harap mereka yang berkelakuan seperti penjual-penjual diatas mendapat cahaya kesedaran dari Allah untuk mengubah diri mereka menjadi lebih beradab......bagi sesiapa yang mampu berikanlah teguran kepada mereka yang memerlukan....

Dec 24, 2012

Dua Puluh Tiga December......................2312

Bismillahirahmanirahim.........................

Selamat memperingati Tarikh Kelahiran Diriku...................
23 Disember 1983, uwek-uwek sedutan nafas pertama setelah 9 bulan berada di dalam kegelapan rahim seorang wanita yang dipanggil emak. Agaknya begitulah bunyi tangisan pertamaku hehehehe aku pun tak tau yang sebenar-benarnya macam mana. Kekadang tu aku terfikir juga, adakah tangisan bayi yang baru lahir itu adalah tangisan kegembiraan atau tangisan ketakutan. Mungkin gembira kerana diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk melihat dan menerokai kehidupan dunia yang nampak luas dan terang setelah lama bergelap. Atau adakah ia tangisan ketakutan kerana bermulalah ujian dalam memikul amanah Allah sebagai hamba dan khalifahnya di dunia ini.

Nasib baik yong balik kampung, kalau tak takdelah kek ni hehehe. Kek ni bukan "secret recipe" murah jer... kat mersing ni mana nak cari kek ala-ala "secret recipe" hehehe. Nak wat sendiri jangan mimpi lah, tapi  boleh tahan lah sedap kek ni, pasal ayah makan 2 slice. Sebab selalunya jarang ayah makan banyak kek cam ni. Terima kasih juga pada adik ku Qila, si Tabby orange tu memang taste aku he. Tapi kalau meyo, adu ngan si boot ada sekali lagi best. Huhuhu rindu kat mereka, kalau tak disebabkan oleh ketidak laratan aku ke sana sini, memang dah aku angkut sekali semuanya balik kampung huhuhu.
Muka pun dah macam sayo, psl potong kek kol 10 p.m, dah nak tido pun.......
Hidup itu indah bila kita tidak merumitkan kehidupan kita. Salah satu petikan dari majalah Solusi, yang aku yakin dapat membuatkan kita berasa bahagia dengan kehidupan kita sekarang adalh eperti yang aku coretkan di bawah.

"Sentiasalah  memandang orang-orang yang dibawah dalam segala hal duniawi, dan selalulah memandang orang-orang yang diatas untuk segala urusan akhirat"
- Ertinya jika kita berasa serba kekurangan pandanglah orang yang lebih tidak bernasib baik daripada kita nescaya kita bertambah bersyukur. Jika kita berasa puas dengan amalan-amalan kita seharian, pandanglah orang-orang yang lebih atas (alim ulama) necaya kita akan bertambah insaf & takut serta terus memperbaiki akhlak dan amalan kita.

Jadi sempena birthday aku yang ke 29 tahun ni, terimalah lagu yang giler sempoi dari Awie rafael................... Ada yang tersirat disebaliknya yang kekadang kita lupa akan nikmat yang Allah s.w.t telah berikan kepada kita.

"Asalkan Aku OK"

Selamat pagi, selamat pagi aku ucapkan,
Burung merpati bernyanyi di ruang halaman,
Hidup ini indah kukatakan, hidup ini indah lawa,
Hidup ini indah ternyata.

Selamat petang, selamat petang aku ucapkan,
Kanak-kanak kecil berlari di ruang halaman,
Hidup ini indah kukata, Hidup ini indah lawa,
Hidup ini indah ternyata.

Asal aku OK, duit dalam kocek,
Hidup dengan sederhana,
Keluarga semua OK,
Masa depan cantik,

Asal aku OK, hidup macam tauke,
Teman ada sentiasa,
Bernyanyi dan karaoke,
Kaya macam Dato' K

Hidup tanpa masalah dunia,
Hidup mewah tanpa berhutang,
Hati bersih tak lupa sembahyang,
Inilah kehidupan,
Inilah kehidupan.

Otak cergas tanpa menipu,
Jangan marah-marah,
Tak perlu begitu,
Inilah kehidupan,
Inilah kehidupan.

Asal aku OK, duit dalam kocek,
hidup dengan sederhana,
Keluarga semua OK,
Masa depan cantik,
Hidup jauh narkoba dunia,

Asalkan aku OK, hidup macam tauke
Teman ada sentiasa,
Bernyanyi dan karaoke,
Kaya macam Dato' K,
Hidup tanpa masalah dunia.

Dec 15, 2012

Kerana Aku Suka.......

Bismillahirahmanirahim......................

Pendek kata puas hatilah bila dapat jugak menjejakkan kakiku di "BIG BAD WOLF" 2012 di Mines, tahunlepas dengar je cerita orang. Disini ingin diiucapkan jutaan terima kasih pada kawan-kawanku yang sekepala ngan aku.  Bila masuk je dalam "exhibition hall" tu rasa macam tak nak keluar-keluar. Rasa meluap-luap, excited betul kat dalam tu, kiri kanan depan belakang buku. Memang murah dalam range (RM8- RM12), kalau yang mahal sikit dalam range RM20 -RM30 yang lagi mahal selalunya kulit tebal dan buku yang masih hangat dipasaran. Hahaha best giler bila dikelilingi buku, berdebar-debar, siap blushing2 lagi bila tengok buku-buku ni semua. Tambah best lagi bila "outing" dengan kawan yang jarang kita bersama. Satu pengalaman baru bila banyak kawan-kawan yang berlainan personaliti. Sebab setiap individu itu mempunyai personaliti yang sangat "unik". Jadi perhatikanlah dan ambilah sebanyak mana pengajaran. Bukan apa selain daripada buku, peringatan  tentang kehidupan boleh juga daripada individu2 di sekeliling kita. Biar mata sepet tapi mata hati terbuntang luas "melihat". Supaya tidak mudah berputus asa dengan rahmat Allah dan juga sebagai "free warning" kepadaku supaya tidak mudah terpedaya dengan hiasan dan kemewahan dunia sementara. 
Photo cilok dari Instagram kak fazila.... heheh
Depan entrance exhibition hall tu adalah diorang letak 2 biji Lamborghini. Erkkk kalau bawak balik kampung yang hitam ni confirm juling mata orang kampung aku hahaha. Tapi Alhamdulillah Mr. NBX pun dah memuaskan hatiku sekarang ni. Tapi serius En WOLF 1 ni amatlah hensem.... huhuhu
Lamborghini version "big bad wolf" - WOLF
Antara buku yang dibeli heheheh
Buku yang aku suka sebenarnya pelbagai genre, tak kiralah misteri ke seram, comic, history, fantasy, fairy tale, novel dan banyak lagi  semuanya aku layan. Cuma satu jer jenis buku yang aku allergik iaitu "NOVEL CINTA" melayu. Pasal apa? hmmm pasal aku "trauma kot" kalau dulu zaman-zaman buku Alaf21 @ creative mostly novelnya amatlah sedih tahap sadis. Terlampau banyak "dugaan" bukan lagi lepas jatuh ditimpa tangga dah tapi turut juga dilanggar lori hatta dihempap atap rumah jiran sebelah. Erghhhh aku tak tahan kot nak baca cerita macam tu. Rasanya buku novel melayu  terakhir yang aku baca sampai muntah adalah "ombak rindu" lepas tu aku terus STOP baca novel melayu. Kalau karya ahadiat akasha pulak percintaan nya ya ampun!, kompleks sungguh. Bukan lagi "cinta  3 segi" tapi dah sampai "Cinta hexagon" dah  jadinya, poneng kepala eden. Cukup gementar aku dengan novel-novel ini, sebab "percintaan antara makhluk" digambarkan terlalu memeritkan dan hanya mendatangkan penderitaan. Walaupun aku cuba mengatasi trauma ini tapi "cannot go" kot. Tapi sekarang ni, novel cinta melayu era millenium ni terlampau "menggelikan" aku la pulak. Sebab kebanyakkannya over romantik,  "boleh berdarah hidung" baca benda-benda yang romantik ni. So untuk kesihatan aku, jadi "Novel Cinta-Melayu" dikategorikan sebagai (Book allergy) yang masih lagi aku tak jumpa antidote baginya.

Free Gift (bookmark) - for every purchasing hehehe suke.. suke...suke!
Tak mahu membuang masa lagi, buku-buku tu memanggil2 aku mintak dibaca. Apalagi sambung baca "the hobbit" Bilbo baggins sambil makan kudap-kudapan....


" We don't need to wait for someone else to bring us happiness, because happiness is a choice" - So lets start to make our life full of happy things!!! (NHT 2012)


Dec 11, 2012

Eden Confuse......plus scary

Bismillahirahmanirahim.....................


Haa title post ni pun dah semacam jer. Asalnya tajuk ni memang diambil terus dari lubuk "hatiku" la ni. Isu yang menjadikan aku berperasaaan sebegini adalah disebabkan oleh kehadiran @ penjelmaan program-program TV (Malaysia) yang menampilkan selebriti-selebriti sebagai "penasihat" bagi masalah-masalah masyarakat yang berpenyakit sosial.

Yang "Confuse" 

Bukan menyangkal kredibiliti artis-artis ini dalam memainkan peranan sebagai masyarakat yang perihatin. Tetapi lebih kepada perasaan berbelah bagi @ omputih kata "confuse" sebab yang menasihatkan itu > kurang @ > bermasalah daripada yang dinasihatkan itu. Bak kata pepatah melayu "Seperti Ketam Mengajar Anaknya Berjalan" adakah kita nak mengikut ibu ketam yang berjalan kengkang??. Sekarang ni trend, asal ada jer skill berceloteh, popular atau ada rupa, maka seseorang itu mampu menjadi apa sahaja. Jadi pelakon, penyanyi, pengacara, pengarah, penerbit hatta jadi pelawak awam pun boleh. Tapi "come on" lah takkan lah nak jadi "kaunselor" pun seminimum itu "qualification" nya. uitttt senangnya hidup kalau macam tu, mak-mak kita pun boleh pakai baju ngerlip bagai, masuk tv dan membebel 1 jam non-stop kat depan TV kot. Nak jadi penasihat ker, pengkritik ker apatah lagi penceramah benda pertama kena tengok adalah "diri sendiri". Ilmu pengetahuan tu mau (No.1), Akhlak yang baik dan selayaknya dicontohi pun (No.1), Mampu memberikan penyelesaian dengan cara yang berhikmah juga (No.1). Kriteria lain popular, petah dalam percakapan,  cantik, cun melecun, kacak tak hingat, seksi meksi tu dah jatuh berdebuk-debuk ke belakang he. 

Tapi ni tidak, stesen TV semakin menggila berlumba-lumba mengambil artis-artis popular, untuk dijadikan contoh tauladan dan penyelesai masalah "sosial" masyarakat. Sedangkan kebanyakkan masalah "sosial yang kronik" sekarang ni, kalau tak sedikit  pasti sebanyak tempias dari mereka-mereka ini jugak.  

"Mungkin ramai yang tak rasa pelik pun, sebab walaupun selebriti tu tidak bertudung @ berpakaian sendat @ tak cukup kain, wajahnya masih "kebelacanan" orang melayu. Jadi kalau mereka membicarakan "isu-isu penyakit sosial" mungkin tak sedar pun kejanggalanya. Tapi cuba bayangkan kalau "Britney spears" bercakap@menasihatkan kita tentang "masalah remaja dan seks rambang" maybe korang pun akan pelik sama macam aku ni haaaa" - (Mood: pelik memanjang) 

Yang "Scary"

"Scary" gitu,  melihatkan mereka-mereka yang berani menghukum tentang "situasi" seseorang di khalayak ramai. Seperti mereka adalah "super baik", "super betul" dan maybe "super ring"  jajan kegemaran ku dulu. Walaupun ilmu tak sedalam mana atau pengalaman pun tak sebanyak mana tetapi mereka tegar menghukum seseorang. Erkkk memang boleh kalau nak menasihat atau membetulkan diri seseorang, tapi kenalah perbaiki diri sendiri terlebih dahulu. Menghukum seseorang tentang sesuatu yang tidak kita ketahui adalah tidak sewajarnya bagi kita manusia. Hanya Allah sahaja yang layak menghukum. 

Kenapa jadi begini, dari pandangan mata hatiku yang disalurkan melalui neuron-neuron terus ke otak. Perkara ini mungkin terjadi atas sebab-sebab yang tak kita sedari dibawah:

1. Masyarakat terlalu menjadikan "selebriti@artis" sebagai icon dan contoh untuk diikuti. Trend sebegini salah yer kawan-kawan, bagi kita orang mukmin icon sebenar dan utama kita hanya Nabi Muhammad s.a.w. Kalau nak cakap susah untuk mengenali Nabi junjungan kita, pi lah beli Biography atau search kat google dan belajar  pasal Nabi Muhammad. Confirm once kita kenal beliau, takde yang lain yang boleh dijadikan contoh.

2. Apelagi stesen-stesen tv pun berebut-rebut lah ambik artis-artis popular yang masyarakat vote & Like. Pastu disuruhnya pulak artis-artis ni berceloteh pot,pet,pot,pet. Kalu dulu artis-artis ni bercakap pasal gossip2 diorang je, tapi sekarang dah semakin advance sikit levelnya.Hmm yang untung penerbit rancangan juga. Kita ni dok melopong kat depan TV. 

3. Kurang @ takde rasa malu. Kalau ulama-ulama yang benar-benar mendalami ajaran islam sebagaimana dibawa oleh Rasullullah. Mereka lebih suka berkata "tidak tahu" atas segala apa yang mereka tidak tahu. Tapi sekarang ni semakin ramai yang berlagak pandai, semuanya serba tahu, semuanya expert, semua boleh buat. Jujurlah pada diri sendiri, kalau tidak tahu buat cara tak tahu. Kalau tidak berpengetahuan buat cara begitu. Sebelum dimalukan orang lain malulah pada diri sendiri dulu.

Kalau nak juga "Artis" sebagai idol dalam menyelesaikan masalah ummah sekarang ni, pilihlah yang betul-betul mempraktikkan ajaran islam. Barulah rasa sesuai dan eden takkan lagi "confuse" dan "ketakutan". Ini tak eden pun "confuse" nak percaya ke tak apa yang dibebelkan kat TV nun. Macam tak percaya ajo....

"Semoga kita sentiasa dihindari daripada sifat tidak tahu malu & sifat malas mencermin diri sendiri, Jangan segan berkata tidak tahu bila kita tidak mengetahui, Tapi malulah bila kita berkata tahu sedangkan kita tidak betul-betul mengetahui".

Dec 9, 2012

Lepak bersama kucing-kucingku

Bismillahirahmanirahim..........................

Weekend yang berjaya dihabiskan sepenuhnya di rumah dengan segala bagai aktiviti kerumahan yang nampak senang tapi sebenarnya memerlukan banyak kesabaran dan kekuatan menta. Terutamal bagi orang yang tak berapa nak rajin macam aku ni. Selepas penat mengemas, masa bergolek-golek dengan 3 ekor buah hatiku (Si boot, Adu n Meyo) pulak. Hasil daripada masa yang diluangkan bersama bebudak ni selama 2 hari,  maka terhasillah laporan tentang  pattern or habit tidur bebudak ni.  Report daripada observation ni adalah seperti dibawah:

A)  Masing-masing ada feveret spot nak membuta or tido...zzzzzzzzzz.....
B)  Spot tidur diorang berubah mengikut perubahan tempat aku melepak e.g kalau aku melepak kat ruang tamu sambil tengok TV diorang akan cenderung tidur sekitar ruang tamu. Kalau aku melepak dalam bilik lain pulak feveret spot diorang
C) Meyo n Adu jer boleh tidur secara kuak lentang, Si boot sangat bersopan dia lebih suka tidur mengiring.
D) Duration tidur bebudak ni dipengaruhi oleh "owner"nya. Kalau lama "owner" dia tidur maka lama jugaklah bebudak ni tidur.

Now their Feveret Spot/ habit is Revealed.....................................

1. Si boot a.k.a adik
The best "Bed" for her (kerusi rotan ku) 
Kalau dibiarkan...boleh tidur sampai 2-3 jam kat sini...;)
Satu-satunya kerusi yang ada kat rumah sewa aku sekarang (kerusi malas) ala atuk-atuk. Inilah tempat yang paling budak ni gemar, tapi itupun kalau kerusi ni tak occupied lah. Kalau aku yang duduk kat situ maka dia akan pilih ke 2nd option iaitu dengan sendirinya  masuk dalam cage n tidur kat situ.
Memang ada persamaan antara kerusi rotan n cage ni, (dua-dua permukaan berjaring)... 

Tapi lain pulak kalau aku melepak kat dalam bilik, feveret spot dia of coz lah atas katil bawah kaki aku heheh...bagus jugak tak payah lah selimut kaki bagai, sorok jer kaki bawah badan dia.....panas terus. Selesa dan boleh tidur lena sampai ke pagi.

2. Adu a.k.a aduhai..........


Walaupun Adu ni "boy" tapi tempat feveret budak ni adalah di dapur. Tapi kadang-kadang budak ni suka  jugak tidur kat mana aku duduk. Kalau dalam bilik aku melepak, maka kat bawah tempat sidai telekung ngan sejadah lah tempat budak ni suka landing. Budak ni memang senang dan selalu tidur, tapi budak ni jugaklah yang paling liat nak bangun .
Adu boy...............................
Adu yang bercita-cita menjadi "chef" merenung masa depannya sambil bertemankan  periuk belanga
Nilah yang dinamakan alim-alim kucing, tak dapat beriktikaf di masjid , bawah sejadah pun jadilah.Alhamdullilah

3. Meyo...the big sister.... (dalam hati ada taman)


Meyo ni kalau tengok sekali pasti ada yang kata budak ni kucing jantan. Semuanya disebabkan oleh raut wajahnya yang macho lagi hensem, ditambah pulak dengan attitude dia yang ala-ala tomboy.Bak kata fiza Meyo ni "Feminist" or anti lelaki. Tapi hanya "owner" dia jer yang kenal budak sorang ni. Budak ni bukannya anti lelaki, tapi sebenarnya tak berapa biasa dengan lelaki-lelaki diluar sana. Chewah... emo pulak owner dia ni. Tapi dalam macho-macho si Meyo, budak ni sangatlah manja sebenarnya. Meyo cuma tak nak tunjuk manja dia depan si boot or Adu, takut hilang "cool" hahahha (aku agak jer).Pasal tempat tido,  Meyo ni  tak  ada feveret  spot nak tido. Di mana mata dia ngantuk kat situ lah dia tidor. Tapi kalau nak cakap pasal tempat menyorok or tempat dia buat perangai memang banyak. Menyorok dalam almarilah, dalam bakul baju, dalam bakul tempat surat sampaikan dalam bekas simapn bawang pun dia pernah menyorok.  Tahap "habit" suka menyorok si Meyo ni memang cukup bijak dan boleh menyebabkan kemarahan tahap "boiling point".
Meyo's sleeping style, memang hampeh heheh
Sleeping style ala-ala perempuan melayu terakhir.... ada juga kelembutannya
Sleeping like a coccon.....
Showing her innocent face when she's got caught.......(this tactic really work on me!
Bila menulis pasal kucing-kucingku ini, rasa macam tak boleh  nak berhenti menaip. Sebab terlampau banyak benda baru yang aku lalui bila bersama bebudak ini. hehehehe apa-apapun sayang mereka semua muah........ walaupun bila aku tengah "pressure" dengan keadaan sekelilingku, bebudak ni mampu buat aku hadapi semuanya dengan senyuman....

Syukur alhamdullilah atas kurniaan nikmat yang tidak terhingga ini..........

Dec 7, 2012

yoyonya mood aku hari ni..............

Bismillahirahmanirahim................

Sambil melayan rancangan kat TV pada malam Jumaat yang indah dan tenang ini, sambil tu lah aku menaip-naip keyboard notebook ni. Hehhehe ku tekan-tekan, walaupun takder idea nak ditulis. Lepas tu datang lak Meyo buat muka comei ishh... dari dah dapat idea terus jer lesap menghilang disebabkan kecomelannya. Mood sekarang ni boring "Housemate" semua keluar, ada yang dating, balik kampung lah. Jadi malam ni tinggal aku sorang jelah nampaknya layan "Maharaja Lawak Mega". Jadi mood malam ni sangat boring........................
Salah satu sindrom "kebosanan" ku, paper clip pun jadik.....
Tapi tiba-tiba dengan bersemangatnya aku nak menggoreng instant donut. Tapi kita sebagai hamba-Nya hanya mampu merancang namun Tuhan yang menentukan. Maka terhasillah "Donut hangit" yang rangup lagi gelap. Haha kalau cam nilah gelap masa depan aku kalo nak masuk master chef 3 huhuu.....Apa-apapun rezeki jangan ditolak, bedal jelah walaupun rupanya hodoh rasanya boleh kasi perut kenyang.

2 ketui donut jer yang ada dlm fridge... huhuhu lapar.......lagi

Dec 4, 2012

Ingat! ada yang semakin menjauh dan ada yang menghampiri.....

Bismillahirahmanirahim.................................


Peringatan buat diriku yang seringkali melupakan tentang hakikat sebenar kehidupan:

Ada benda yang semakin menjauh dari kita iaitu   ................................. Masa lalu
Ada benda yang semakin mendekat kepada kita iaitu..............................Kematian

Al-fatihah buat suami sahabatku Amal, semoga sahabatku Amal tabah menghadapi kehilangan orang yang disayanginya. Semua yang berlaku semestinya ujian dari-Nya kepada kita. Pada jam 7:00 a.m (01/12/2012) aku dikejutkan dengan  berita  pemergian suami Amal melalui SMS kak fazilla. Oleh kerana aku pun tengah sibuk bersiap sedia pergi ke majlis perkahwinan sepupu aku di Batu Pahat, jadi otak macam keliru sikit pagi tu, tambah lah pulak dengan beberapa panggilan temanku yang lain minta kepastian tentang berita itu. Alhamdullilah, SMS takziah aku kepada Amal, di jawab dengan pantas oleh Amal. Lega rasanya bila mendapat maklum balas dari Amal, aku yakin Amal dapat menerima dugaan ini dengan tabah kerana Amal adalah ex-housemateku yang paling sporting dan ceria yang pernah aku kenal amat penyabar dan penyayang orangnya. Insyaallah, aku yakin Allah akan bagi yang terbaik untuk keduanya. Dan kepada aku pula, setiap kali menerima berita kematian, tambah lagi umur yang hampir baya dengan aku. Pasti akan rasa cam kebas-kebas jer, otak ligat berputar adakah aku akan mengadap-Nya dengan kematian yang baik atau tidak. Rasa ngilu mengenangkan saat yang pasti akan kunjung tiba itu. 

Pada hari yang sama aku pergi ke Majlis perkahwinan adik sepupuku umairah a.k.a umi. Meriah bangat, hampir semua saudara mara belah ayah dapat hadir di rumah pak uda. Rasa bersalah juga bila tiba, tengok semua mak-mak sedara dan saudara-saudara yang lain memakai baju kain ela yang mak uda bagi. Huhuhu aku bukan tak nak pakai cuma aku tak sempat nak hantar tempah. (heheh dalam hati cakap tu semua alasan). Baju tu pun masih ada dalam almari tak berjahit. Catering kat batu pahat kira murah jugalah, dahlah lauk sampai 5 jenis (beef black pepper, dalca daging, kurma daging, ayam goreng, acar nenas, nasi putih, nasi beriani) semua tu baru RM10/kepala. Berbaloi ah, tapi takkan nak order kat batu pahat, makan nya kat mersing pulak (contohnyalah). Balik hari jer, pergi pagi balik KL semula dah malam. Tapi yang paling rugi tu masa balik tak singgah rumah tunang ipit (intan) kat lubuk sipat kalo tak dapat ah sebakul dua durian ngan rambutan. Semuanya pasal takut berjangkit "chicken pox" dari abang si Intan huhuhu.

Balik rumah dengan mata yang bengkak, pasal allergy lepas makan "buah mata kucing" . Oleh kerana aku sedar sympton allergik ari ahad, maka terpaksa lah pi NCI belakang rumah pasal klinik kat area nilai ni banyak tutup. Sound funny, selalunya orang allergy seafood ker, shellfish (ni normal bg aku), tapi buah mata kucing pun dah masuk list allergy aku. Hmmmm ni sign of ageing lah ni, makin hilang nikmat dunia kuikui. So dapat jugalah injection Piriton 1cc tapi effect dia kus semangat. Injection malam, tapi sampai pagi esoknya aku dalam condition yang blurr...n berkhayal, hahahah sampai ke pukul 4:00p.m aku rasa cam berhalusinasi. End up aku tak makan pun Piriton tablet  4mg waktu malam aku just ambil cetirizine 10mg waktu pagi. Bukan apa yang Citirizin tu xde effect dizziness or blurrnesss huhuhu. Aku ni dah lah selalu berkhayal, kang ambil lagi piriton bertambah-tambah berkhayal.

Hari ni Alhamdullilah bengkak mata dah kurang cuma tinggal fluffy + redness sikit kat area bawah mata. nampak cam beruang panda pakai makeup ah.. huhuhu. Selalulah aku ni memperingati diri bahawa penyakit adalah cara yang Allah kasihkan kan kita, kerana dengan kesabaran menahan kesakitan maka Allah menghapuskan dosa kita dan memberi pahala kepada kita. Bilamana kita percaya dan beriman kepada-Nya Amin........