Nov 19, 2008


Serai, pandan , kucai and aloevera

Kailan and park choy

Bunga -Bunga

Ros Peach

Test Tangan....

First trial, harap2 menjadi.Dari kiri ros merah, pokok pandan,ros kuningdan lain lain hehehe. gogo chayok

Nov 17, 2008


My Babies

Atas tu melon bawah tu manggo

Comelnya manggo mengelliat hehhee bebe control macho


Melon zzzzzzz................

x malu sungguh si manggo ni terlentang gila babeng

06/11/2008 bebe selamat melahirkan 3 ekor anak yg cute2. sehari selepas Bobo mati pada 05/11/2008

1. Melon - Bertompok sikit and paling buncit

2. Manggo - Iras-iras melon, tapi kuat menangis
3. Apple - ni sungguh lain coz warne die coklat cair
Rasanya bukan anak Bobo coz takde sekor pun ikut warna dia. Mule-mule sedih giler pastu tak kisah ah anak siapa janji anak bebe hehehe. cucuku jugak
Anyway bak kata orang tua2; "Patah tumbuh hilang berganti" tuhan maha kaya. satu yang ku sayang pergi tapi Allah beri 3 sebagi pengganti.

Tapi yang paling bestnyer bau diorang cam baby hehee.

Nov 10, 2008

24/07/07 to 05/11/2008


Chronicles of My BoBo

24 July 2007


Terjumpa masa lunch di kedai nasi Kukus. Besar tapak tangan aku jer. Cute sangat siap mintak ngan tauke kedai tu lagi. Serius aku tak pernah jumpe kucing yang begitu baik budi pekerti;
- Sangat manja, suka dibelai macam baby
- tak bising, berbunyi pun sekali sekala
- kalo demam ke sakit die x mengiau, cuma melendeh aku (cam nak bagitau yang die sakit)
- Kuku x pernah sekali pun keluar, gigit lagilah x pernah
- gaya tidornyer yang thp cipan punyer comel
- X pernah menyusahkan aku, buang kumuhan dier pun x merata (dlm toilet jer)
- tido ngan aku tiap2 hari
- Kalo keluar pandai balik rumah
- kalo orang makan tak pernah sekali pun die kacau
- Bile die tengok mata aku, rasa macam die bercakap ngan aku yang dier pun sayang aku
- Sangat penyayang, x pernah bergaduh dengan kucing aku yg lain
- Sayang pada rain, and bebe sebijik macam abang yang bertanggungjawab

24 July 2008

Dah 1 tahun umur dia (aku jaga dielah). Rasa macam dah lame aku bela die. Banyak sangat yang aku kongsi bersama. Sayang aku pun makin bertambah2


22 August 2008

Dia menghilangkan diri lama jugak, rasa macam separuh giler mencari die.Sampai terdetik dihatiku mengatakan aku sudah kehilanganya. Rasa luluh ranap hatiku.Allah maha besar, BoBo kembali semula. gembiranya hatiku tak terkate. Malam tu jugak aku belanja die makan KFC heheheh

24 October 2008

Dah seminggu aku rasa semacam, macam ade sesuatu. Manja die makin bertambah bila aku pandang mata die. Dia tenung dengan renungan yang macam sayu / sedih aku pun x leh nak explain. Serius aku tak tau die sakit, sebab die tak buat kerenah langsung. Asyik melepak dalam bilik aku x nak keluar rumah. Aku bawak die pergi jumpa verterinar bila aku rasa badanyer yang makin kurus. Sedih giler bile dr. cakap die kene Jaundice / Demam Kuning. So die pun aku kene tahan kat klinik tu for 4 days. Tapi dr. kata boleh dirawat cume kene masuk wad jelah. dr.zaiton kata insyaallah die akan OK. Lega rasanya

29 October 2008

Dr.zaiton call, die cakap yang bobo bukan yer jaundice je tapi die kene jangkitan virus kucing or FIP. antara simptom nye termasuklah jaundice, and busung. Masa dr.Zul explain condition bobo, serius aku tergamam sepatah perkataan pun x terlepas dari mulut aku. Air mata jangan cakap ah macam pili air pecah. Masa tu perasaan aku bercampur2 sedih/menyesal.sayu/kasihan/marah. Macam2 aku persoalan timbul kenape mesti bobo? kenape sekarang? Aku tengok die nyer perut dah membesar cam belon tapi badan mcm rangka je tinggal mcm biase die tak mengiau just pandang je kat aku. tapi mata die.....mcm sedang menenangkan aku supaya jangan menangis. Dr. suruh matikan saja (injection) or just let it find his way at the street. let him cure itself. How could i let it die like that. Dia pun de perasaan Bawak balik umah just treat him as usual, play with him, talk to him with those eyes. Always know that he always communicate with me. His eyes soothed me, like he want to say that he will die and want me to accept the fact that he will leave me and want me to be strong and want me to know he also did not mean to leave me.

05/10/2008

Pagi ni aku tengok dia sangat kasihan, sangat lemah. Before pergi office sempat jugak aku usap die 2-3 kali. Tapi x tahulah itu adalah usapan terakhir aku pada dia. Balik2 aku tengok dia dah tak benyawa dalam bilik air
- Keras, tapi nampak mcm tak meyakitkan, seperti mati dalam tidur.
- So dia tinggalkan aku jugak akhirnya..........dan terima ini sebagai ketentuan